Selasa, 15 Jun 2010

Balik Kampung

Last weekend saya men'kibuntenkang'kan diri dengan balik kampung di Kelantan..........yop. Antara sebab saya nak balik kali ni adalah last sekali balik kelantan masa Chinese New Year bulan 2 dulu...takde cuti punye pasal, pastu sepupu saya kawen weekend aritu, dan anak buah saya yang berada di kelantan telah dimasukkan ke wad kerana jangkitan kuman dalam paru-paru. Kali ni terpaksa balik tanpa mama ngan zia sebab mama kene kerja ari jumaat, sabtu, ahad, isnin...takde cuti+kene keje ahad. So saya pun balik dengan abang saya satu kereta. Kitorang bergerak daripada Cheras pada pukul 9 setengah malam hari khamis. Perjalanan yang disangkakan lancar rupanya meleset sama sekali dimana banyak la pulak kereta yang menghala arah sama.
Saya sebenarnya telah mendengar banyak kesah2 entiti yang berlaku di sepanjang perjalanan ke Kelantan di malam hari. Memandangkan saya yang ditugaskan untuk memandu dahulu pada malam itu, saya cuba sedaya upaya untuk sampai seberapa cepat yang mungkin ke Gua Musang dimana abang saya pula akan memandu kemudian. Kami menaiki kereta honda accord milik abang saya, saya pulak yang sudah memandu CRV ni tiba2 rasa pelik giler nak pandu kereta rendah ni. Akhirnya selepas sesi pemanduan ala-ala rally pada malam hari, kami tiba di Gua Musang pada pukul 1 setgh pagi. Itu pun kepala saya dah berat dah sebelum sampai Gua Musang, tapi sebab malas nak berhenti kat tengah hutan punya pasal, bawak je la slow2 sampai Gua Musang.

Untuk pengetahuan sesiapa yang belum pernah ke pantai timur, jalan ke pantai timur ini tidak seperti jalan di pantai barat semenanjung Malaysia. Perjalanan Karak Highway yang selesa hanya sejam sahaja sebelum perjalanan jalanraya biasa yang berbukit bukau, bengkang-bengkok, paya gaung bermula daripada Bentong sehingga Gua Musang untuk 3 jam, dan bersambung sehingga ke Kota Bharu untuk 3 jam lagi. Di tengah perjalanan, sebahagian besar masa akan ditemani dengan hutan belantara. Maka bagi sesiapa yang tidak biasa ke pantai timur, perjalanan ke Kota Bharu melalui Gua Musang adalah satu perjalanan yang mencabar fizikal dan mental sebenarnya.

Akhirnya kami sampai di rumah di Pasir Mas pada jam 4 pagi setelah abang saya sambung memandu dengan gaya pemanduan yang cemerlang....

Jumaat, 11/June
Setelah tidur dan berehat dipagi Jumaat, saya bersama ayah dan abang bergerak menuju ke Hospital USM Kubang Krian bagi menjenguk anak buah saya yang sakit. Ketika kami sampai, dia telah pun sedar dan buleh berbicara. Pada tanggappan kami, dia sudah pun buleh meninggalkan wad, tapi sebabkan doktor panel tidak hadir pada hari itu, terpaksa la tunggu sehari lagi. Keadaan anak buah saya pun semakin baik namun memerlukan penjagaan sepenuhnya sahaja.

Pengantin lelaki dengan keluarganya
Pasangan pengantin baru

Petang selepas solat Jumaat, sesi menikah untuk sepupu saya. Sepupu saya ni perempuan, pasangannya orang terengganu. Masa akad nikah tu, tok kadi (kami panggil Pok Su Hamid, juga merupakan teman seperguruan dengan ayah saya) ni mula2 tanya sikit je pasal hal agama kat pengantin lelaki, makin lama makin banyak la pulak soalannya, campor pulak dengan ceramah lagi...memang saya tengok pengantin lelaki tu dah down giler dah.....setelah lama disoal siasat, akhirnya sesi khutbah pun masuk dan disusuli dengan sesi akad nikah....sekali nafas je lepas. tengok gaya memang dah dok hafal je ayat tu. Kemudian sesi makan2 pun menyusul....maka saya sebagai pun memainkan peranan sebagai tukang rewang pada petang itu.

Dan malam itu World Cup 2010 pun bermula......

Sabtu, 12/June
Saya bangun tido pagi tu terus sahaja membuka tv untuk menyaksikan perlawanan ulangan bola pukul 2 pagi punya. Waktu yang sama saya bukak tingkap umah pastu nampak sedara mara tengah ramai nak sembelih lembu kat depan rumah saya....mak aih, memang seawal 7 pagi. Saya yang baru celik mata ditambah pula dengan ulangan bola kat tv, cuba menyorok dibalik tingkap dan layan tv heheh....
Sesi memotong daging dan memasak di pagi itu dijayakan oleh adik saya dan abang saya sementara saya menjadi runner untuk rumah saya. Untuk pengetahuan, orang kelantan ni kalau kenduri, lembu2 dan sesi memasak akan dibuat di pagi hari yang sama dengan hari kenduri. Kenapa begitu pun saya taktahu tapi mungkin nak bagi makanan yang nak jamukan kat orang itu fresh. Tambahan pula masyarakat kelantan ni, datang ke kenduri bukannya kira masa macam kat Kuala Lumpur nih. Kalau kat KL, biasanya pukul 12 sampai kul 4 petang, tapi kat Kelantan ni pukul 7 pagi sampai ke 7 pagi esok pun ada lagi yang datang...masa kenduri kakak saya kawen dulu, pukul 2 pagi pun ada lagi orang datang...begitulah meriahnya kenduri kat kelantan nih, kemeriahan yang tidak memerlukan sebarang hiburan karaoke mahupun sukaneka...
Berbalik kepada kesah persiapan kenduri sepupu saya itu, kebetulan selepas siaran ulangan bola habis, emak saya minta saya hantarkan dia ke klinik kerana dia mengalami sakit kepala......save lagi tenaga yang muda ini huhu....balik daripada klinik, kakak saya yang menemani anaknya di hospital pula meminta saya mengmbilnya di hospital kerana dia ingin pulang berehat, tempat kakak saya untuk menemani anaknya di ambil alih oleh anaknya yang sulung.
Di hari ini juga, perjalanan di sebahagian besar jalan di Kota Bharu dan Pasir Mas mengalami kesesakkan yang teramat teruk......namun tidak seteruk di hari raya. Untuk pengetahuan, bagi sesiapa yang ingin melancong ke Kelantan, cuba elakkan daripada mengunjungi Kelantan sesama cuti panjang seperti Hari Raya. Ini kerana ketika ini jalan raya adalah tersangatlah sesak dimana-mana sahaja. Ketika ini adalah lebih baik duduk di rumah daripada keluar ke mana-mana. Pernah ketika hari raya yang lepas, perjalanan daripada rumah saya ke Bachok yang mengambil masa selama 1 jam kebiasaan memerlukan lebih 3 jam!

Dan selebihnya waktu diisi dengan perlawanan bola di TV....

Ahad, 13/June
Saya mulakan kerahan tenaga semua anak buah saya di rumah dengan menyeksa mereka mengemas dan mencuci rumah di awal pagi. Setelah selesai, saya dan abang saya merayap ke Pengkalan Kubur, satu kawasan bebas cukai yang agak popular di Kelantan.
Pemandangan orang yang ramai di Pengkalan Kubur

Kami sampai di Pengkalan Kubur pada jam 11 pagi, pada ketika ini juga sukar untuk mendapat parking kereta. Kami perlu pusing 2, 3, 4 kali untuk mendapat ruang parking. Dan kali ini juga adalah pertama kali saya datang shopping disini seorang diri semenjak berkahwin. Maka memang banyaklah yang ingin saya beli sebagai buah tangan untuk keluarga.....
Saya beli sehelai jersi untuk saya, beberapa helai baju untuk anak-anak buah di KL, beberapa helai baju untuk mama dan seheli jersi beserta tudung untuk Zia.

Pintu keluar dari kawasan bebas cukai yang perlu melalui pemeriksaan kastam

Pemeriksaan Unit Pencegah Penyeludupan di sepanjang laluan menuju ke Pengkalan Kubur

Isnin, 14/June
Kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada pagi hari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...