Khamis, 27 Januari 2011

Alkesah Recaro Signo

Dulu saya pakai kereta Accord Euro R...kereta ni dah siap factory made Recaro seat dah pun. Masa wife tgh pregnant anak pertama, wife mengidam nak seat recaro gak untuk anak sebab kunun nak bagi serasi la dengan seat recaro kereta kami masa tuh. Harga memang tak terkata lah mahalnye, tapi berkat kumpul sikit lama2 jadik bukit pastu kawan2 opis pun ade sumbang duit sikit hadiah untuk anak pertama, berjaya jugak kami beli seat tu beberapa bulan lepas anak kami lahir.

Tapi ye lah, seat recaro sedia ada kat kereta tu pun dah besar semacam, pastu beli pulak child seat recaro yang besar semacam gak nih, dalam kereta pun sempit giler la jadiknye. Tapi, keselamatan anak punye pasal, pergi mana2 konpem pakai child seat walopon pergi supermarket kat umah. Sampai la sekarang ni, Zia tu dah biasa dah duduk dalam seat tuh, sampaikan bila kitorang tak letak dia dalam car seat, dia mintak nak duduk dalam car seat tu jugak bila nak tido. Alhamdulillah, dia memang suka duduk dlm car seat, bukan senang budak2 kecik ni nak duduk dalam car seat kene ikat lah apa lah. Insyallah, anak kedua ni pun saya tgh latih dia untuk duduk dalam car seat jugak. Memang diorang akan mengamuk sekali sekala untuk keluar, tapi ye la kita ni kene la tegas sikit kalau nak didik diorang kan.....

Alkesah, baru2 ni kami pergi berkelah kat Janda Baik ngan kawan2 opis. Sekali masa nak balik tuh, anak sulung nih buleh pulak capai satu chocolate bar yang dah cair sebab tinggal dalam kereta. Kitorang pulak tak perasan dia dok main ngan chocolate yang dah cair tu sebab kitorang kat luar kereta tgh kemas barang. Sekali bila tengok je kat dia, abih car seat, baju, muka, pintu kereta, cermin kereta semua kene cat ngan chocolate cair....zia ler yang buat. Terus buat operasi pembersihan serta merta, dah ler car seat tu baru je basuh...kotor balik dah. Bila dah sampai rumah, saya terus dismantle cover car seat tu untuk basuh. Dalam fabric cover tu ada foam/sponge...yang ni saya sorok sebab takut budak2 main. So saya rendam la fabric cover tuh....amik masa berhari gak la untuk kering sebab fabric tebal.
Foam kat bahagian ni yang kene koyak

Serpihan Foam

Satu hari balik dari keje, saya ternampak foam/sponge yang saya sorok tu ade dalam kotak bawah meja, dah abih barai kene koyak. Punye bengang saya...dah la mende tu susah nak carik ganti, buleh pulak budak2 tu koyakkan. Bila tanye kat pak mertua, rupanya semua tu zia punye angkara.....argh.....nak marah, budak tu kecik lagi, bukannye dia tau pun kalau marah sebab koyakkan foam tuh. last2 simpan je marah tu..........skang tgh carik foam ganti, tapi tak tau nak carik kat mana. At the moment, tgh deal ngan retailer Recaro kat Sunway, sambil tu tanye gak online company kat UK......belom ada result lagi sebab retailer Recaro tu tak tau mende ape yang kitorang mintak sebab diorang tak leh bayangkan. Sampaikan saya kene buat satu report bergambar rupa foam tuh....menyusahkan betul.
Foam selepas dilekatkan guna tape

Nasib baik serpihan koyak tu ade lagi, so sikit2 saya lekatkan supaya dapat guna buat sementara sebelom beli yang baru. Nak ikutkan boleh je pakai yang dah lekatkan semua tu, tapi incase kalau nak jual car seat tu bila budak2 tu dah besar, tak de harga la jadiknye.....
Foam tu masukkan kat bahagian situ

Condition lepas letak fabric cover

Jumaat, 21 Januari 2011

Teori harga kereta mahal

Kalau tengok harga Lamborghini Murchielago kat Malaysia nih, second hand pun harga still RM1M lagi, tapi kalau kat Jepun tuh, kereta yang sama buleh dapat dengan harga RM500k. Keduanya kereta Import di Malaysia ngan Jepun, keduanya jugak kene baya tax tinggi kat Malaysia ngan Jepun. Persoalannya, kenapa harga kereta sana murah berbanding Malaysia? Kenapa harga kereta kat Malaysia ni mahal? sengaja saya amik contoh daripada kereta Lamborghini sebab senang sikit nak buat perbandingan. Pastu, semua orang pun dok kutuk kerajaan sebab mende nih.........lalu saya pun keluarkan la teori saya sendiri....huhu

Perotong ngan peroduwa...dua2 nih merupakan asset kerajaan. Secara tak langsung, management dalamannya sedikit sebanyak ada kaitan ngan kerajaan. So, ye lah kita nih, kalau dah terbiasa dengan perangai kunun beramah mesra dengan orang ramai, bila orang mintak tolong pape, kita pun tolong lah.Macam tu lah lahirnya perkataan "cable orang dalam". Amat berguna bila nak buat permohonan apa2 dengan mana2 organisasi.

Kaitannye dengan harga mahal ni adalah........sebagai sebuah syarikat pengeluar, kita akan berusaha bersungguh untuk menurunkan harga kos untuk mencatat lebih keuntungan, dan cuba menurunkan harga jualan untuk mendapat lebih jualan. Untuk menurunkan harga tu, faktor paling utama adalah dengan cara mencari kos buruh yang rendah dan mendapatkan bahan mentah yang berkualiti dengan harga yang murah. Pergi je mana2 kilang kat dunia nih, sama je caranye. Di Malaysia, kos buruh susah sikit la kan dengan harga barang yang semakin naik nih. Tapi kita boleh je kurangkan kos bahan mentah ni supaya harga barang yang kita nak jual tu pun nanti murah la. Sama la dengan kereta keluaran perotong ngan peroduwa. Tapi masalah "cable orang dalam" tu lebih penting daripada mengurangkan kos bahan mentah...itulah sebabnye harga "tin aluminium bergerak" tu jadik mahal. Misalan bahagian Purchasing dalam Perotong telah menjumpai vendor/material yang lebih murah dan berkualiti utk digunakan dalam kereta kita. Semasa permohonan untuk menukar barangan itu dibuat, tak pasal2 ade Datuk/TanSeri/Datuk Seri mana ntah, melalui "cable orang dalam" mintak gunakan vendor/material yang diorang ni syorkan. Konpem harga lagi mahal, kualiti?...ntah la. Datuk/TanSeri/Datuk Seri untunglah, dapat duit poket lagi, kereta mercedeh, buat apa nak pening kepala pasal kereta nasional nih. Yang susahnye rakyat lah sebab harga kereta mahal.
Susah sangat ke nak turunkan harga kereta? Sedangkan pengeluar kereta asing yang dah dikenakan tax berkali ganda tuh, senang je buat kereta yang lagi murah dr kereta nasional. Kenapa kita pulak susah nak keluarkan kereta kita sendiri dengan harga yang murah?
Mungkin R&D kita mahal, R&D nak buat kereta tuh.....tapi kita dah ada lotus tolong. Susah ke?Peroduwa pun dah copy sebijiksebijik dari Daihatsu pun susah lagi ke nak control kos?
Lagi satu sebab harga kereta mahal ni ialah, kereta kat jalanraya kita ni susah nak dimansuhkan (scrap). Cara scrap yang ada sampai sekrang ni adalah eksiden, ngan kereta dicuri..maknanye selagi kereta tu buleh bergerak, selagi tu kereta tu ada harga, selagi taraf hidup penduduk tak naik, selagi tu kereta2 tu ada harga. Biarla seburuk mana pun kereta tu sampaikan bonet belakang tercabut, karat separuh kereta, tapi kereta tu still ada value...........................susah sgt ke nak control mende nih?

Sekali lagi, ni hanyalah teori saya sorang. mungkin pengetahuan saya tak seberapa...mungkin ada faktor lain yang buat harga kereta mahal. Tapi, rasanye teori saya kat atas tu betul gak apa heheh....

Jumaat, 14 Januari 2011

Marketing vs Traffic jam

Dua tiga hari lepas ade keluar dalam berita pasal perancangan Perodua untuk kekal mendahului pasaran kenderaan tempatan. Bagi tahun 2010, Perodua dilaporkan menguasai 30% penjualan kenderaannya di Malaysia, bersamaan dengan 180,000 unit.

Beberapa bulan yang lepas menteri kerjaraya telah mempertahankan pertikaian mengenai MRR2 yang jem teruk setiap masa. Beliau mengatakan rekabentuk dan mentenen MRR2 yang tiada masalah. tak silap saya, dia kata MRR2 dibina untuk menampung kenderaan sebanyak 200,000 pada satu masa, tapi penambahan kenderaan dijalanraya adalah penyebab utama kesesakkan di MRR2.

Bandingkan berita di perenggan pertama di atas dengan perenggan kedua di bawahnya. MRR2 di buat utk menampung 200k unit kenderaan pada satu masa, sedangkan perodua yang menguasai 30% penjualan pada 2010 telah dijual sebanyak 180k unit. ....maknaye pada tahun 2010 kira2 sebanyak 5400000 kenderaan telah berjaya dijual di seluruh malaysia oleh semua pembuat kereta. Yang mana perlu kita ikuti?beli kereta dapat membantu perodua utk berjaya, tapi hasilnye jalanraya jem teruk.

Kenderaan bertambah dijalanraya melebihi 500,000 unit setiap tahun, kenderaan yang dilupuskan pula mungkin tidak sampai 10,000 unit setiap tahun. Itu pun mungkin kerana kenderaan dicuri sebagai alat ganti, dicuri utk dijual di negara jiran atau kenderaan itu terlibat dalam eksiden yang total lost. Itu cara kenderaan dilupuskan di negara ini.

Jadi........semakin hari semakin banyak kenderaan di jalanraya, jalanraya akan semakin sesak. Rakyat akan memarahi kerajaan sebab biarkan jalanraya sesak, kerajaan akan menyalahkan rakyat sebab semua nak naik kereta sendiri pergi kerja, rakyat marah balik kerajaan sebab buat public transport yang tah hapa hapa ntah, kerajaan suruh pulak rakyat berubah, jangan boros.......takkan selesai jugak, alih2 kerajaan pun keluarkan duit rakyat untuk besarkan jalanraya. Jalanraya yang nak dibesarkan pulak amik masa bertahun nak siap, bila dah siap jalan tuh, kenderaan pun dah bertingkat berkali ganda, jem balik jalanraya. Takde beza besarkan jalan atau tidak....alih2 kerajaan buat highway baru terus, ganti jalan yang sesak tuh. Buat tol kat hiway tuh, rakyat terpaksa lalu sebab takde choice, nanti lambat nak pergi keje. Pastu rakyat marah pulak sebab harga tol tinggi.............pendek kata, takkan ada kesudahan semua tuh. Kalau berterusan, 10 tahun akan datang, berlambak hiway bertingkat2 lalu kat atas bandaraya KL nanti. Tu pun jem gak nanti...........camne nak buat?

1. Buat sistem pelupusan kenderaan (scrap) mcm yg byk negara maju dok buat. Sekurangnye kereta2 yang dah tunggu masa nak roboh tu buleh la dilupuskan, xde la nampak dok kacau laluan.
2. Buat laluan basikal dan pejalan kaki mcm syor saya sebelum nih (rujuk link nih). Contohnya kalau kat Stesen LRT Asia Jaya, ia dikelilingi oleh byk pejabat dan perumahan. Memang ianya salah satu stesen yang paling sebuk kat lembah klang. Tapi laluan pejalan kaki hanya ada untuk beberapa meter sahaja. Andai kata kita hendak bergerak dari stesen LRT tersebut ke Jalan 222, kita perlu meredah berjalan kaki di laluan motorsikal di Federal hiway ataupun melalui perjalanan yang lebih jauh melalui kawasan rumah orang di seksen 14. Boleh jugak dibuat jejantas pejalan kaki di sepanjang bawah rail LRT. Laluan pejalan kaki ngan laluan basikal sekurangnya memberi pilihan untuk rakyat utk tidak menggunakan kenderaan bermotor.
3. Mantapkan lagi rangkaian public transport. Mcm sekarang ni, antara teksi, bas, komuter dan LRT.......saya percaya lebih ramai yang prefer LRT sebabnye...teksi dah la kene tanye driver tu dulu sebelom naik teksi tuh pastu kalau nasib tak baik kene la charge tinggi, bas pulak selalu sangkut kat jem pastu ramai ke tau camne nak naik bas?maksud saya berapa kene bayar, camne nak bayar? sebab ramai antara rakyat yang tidak diasuh untuk menaikibas dari kecil. Tambahan pulak sistem bas masa kita kecik2 dulu lain dari skang. Dulu ada kontraktor bas, naik je bas tu, buleh tanye bas tu pegi mana, berapa nak baya..kalau salah buleh turun terus. Komuter pulak memanjang tak tetap masa. Kalau kat jadual tulis ketibaan pukul 7 pagi, pukul 7 suku baru sampai...tak pun sebelom kul 7 dah sampai dah. So pilihan utama rakyat memang lah LRT, cepat, tepat masa dll.......tapi LRT skang ni lalu kat mana je kan......
4. Banyakkan parking bertingkat berbayar untuk public untuk kurangkan masalah tak cukup parking. Kuatkan penguatkuasaan untuk yang suka parking kat tepi jalan. Yang mana degil parking kat tmpt tak sepatut tu, saman je terus. Penguatkuasa pulak bukannya ronda sekali sehari, kalau buleh stay terus kat satu-satu kawasan yang jadik tmpt utama orang suka parking tepi jalan yang ganggu lalulintas nih.

apapun tu semua cadangan dan cara pemikiran saya. Orang lain, lain pulak cara fikir. Yang penting matlamat semua orang sama, kurangkan kesesakan jalanraya, kurangkan pencemaran udara.

Khamis, 13 Januari 2011

Cara mencari size basikal


Kalau sesiapa yang mula nak mencari basikal, eloklah mencari basikal yang masuk dengan ketinggian dan kepanjangan kaki anda. Masa dengan basikal mtb Montana saya dulu, saya dapat tahu ketinggian saya tidak sesuai dengan basikal apabila saya mengayuh. Ketinggian batang seat post telah pun saya tetapkan setinggi yang mungkin, tapi masih lagi kaki saya membengkok semasa mengayuh. Susah nak faham kan?.........kalau saiz yang betul, masa kita kayuh basikal, masa salah satu pedal berada pada posisi paling bawah (pedal sebelah lagi pada posisi paling atas), kaki sebelah pedal bawah tu perlulah lurus atau membengkok sedikit menghampiri lurus. Kemudian semasa berhenti dan kita berdiri sambil punggung pada seat basikal, hujung kaki digunakan untuk berdiri pada lantai, bukannya tapak kaki. sekiranya waktu berhenti, punggung pada seat tapi tapak kaki yang memijak lantai, maknanye basikal tu memang tak masuk saiz dengan anda. Begitulah juga semasa saya menggunakan basikal Montana itu. Kemudian untuk mencari basikal yang saiz sesuai, boleh dirujuk pada website ini. Ia mempunyai jadual untuk ketinggian anda dan saiz basikal yang sesuai. Tapi tak perlu la ikut betul2 sebab seat post boleh dilaras untuk match dengan ketinggian kita. Misalan saiz basikal road yang masuk dengan ketinggian 172cm saya ada saiz 54, tapi basikal yang saya beli ada saiz 49...masih boleh digunakan tetapi saya perlu tinggikan kedudukan seat saya.

Panjang crank juga perlu diambil kira supaya dapat kedudukan yang baik. Panjang crank campor batang frame yang sambung crank ke seat post adalah perlu menghampiri dengan panjang kaki anda.

Sebenarnya kedudukan yang baik semasa menunggang basikal adalah seat perlu sama paras dengan handle (bagi basikal mtb dengan road). Ini bertujuan mengurangkan rintangan, mengimbangi berat badan ke depan dan belakang basikal,...dan kemudian dapat mengurangkan keletihan akibat mengayuh, dan supaya meningkatkan kelajuan.
Bagi basikal santai seperti city, dan hybrid, kedudukan handle yang lebih tinggi akan membuat penunggang lebih selesa tetapi sukar untuk memecut dan mendaiki bukit.

untuk itu, tentukan saiz basikal yang sesuai dengan diri anda sebelom membeli basikal itu. Kalau tak tahu mana sesuai atau tak tahu saiz basikal, boleh mintak pendapat owner kedai basikal tuh. ataupun kunjungi website yang saya sebut diatas.

Selasa, 11 Januari 2011

Selamat Tinggal.....Selamat Datang

Adalah dimaklumkan bahawasanye saya telah menjual basikal bertuah saya. Kronologinya bermula apabila saya mendapati basikal tersebut tidak menepati saiz2 badan diri saya setelah satu kajian dibuat, dan kemudian syazwan (ofismate) menyuarakan hasrat untuk memiliki sebuah mountain bike. Maka tanpa segan silu saya meng-offer basikal saya kepadanya termasuk semua eksesori yang telah diubahsuai kecuali meter basikal yang saya ambil semula.
Untuk menggantikan basikal bertuah yang telah dijual kepada syazwan, pelbagai sumber telah saya rujuk dan hampir2 ditipu oleh spam melalui internet. Nasib baik pengetahuan saya mengenai basikal lebih sedikit daripada pengetahuan pasal basikal oleh si penipu, terselamatlah saya.
Bagi menentukan basikal yang patut saya beli, saya telah memikirkan beberapa aspek. Bagi yang baru hendak berkecimpung di dalam dunia basikal, buleh jadikan aspek ini sebagai satu rujukan jenis basikal yang perlu dibeli.
1. Jenis Basikal: Basikal secara amnya terbahagi kepada mountain bike (mtb), road bike, hybrid, BMX dan city. Mountain bike (mtb) semua tahu yang ade suspension kat depan tuh, pastu ade jugak yang suspension depan belakang, ianya memang sesuai untuk kegunaan offroad. road bike pulak basikal yang mcm basikal racing tuh, yang handle melengkung tuh. hybrid nih gabungan road bike ngan mtb. BMX semua tahu dah, city lak basikal santai mcm basikal lipat ngan basikal yg handle besar tuh. Saya hanya akan menggunakan basikal untuk on-road yang mana sesuai dengan basikal jenis road bike, ada taya halus, ringan dan tinggi, tapi saya tak gemar dengan handle melengkung basikal road. Mtb pulak byk ciri2 utk offroad, berat sikit tapi nampak lawa sikit la rupa dia. Sebenarnye buleh je kalau nak guna mtb untuk on road, cuma nanti taya besar (byk geseran), saiz kecik sikit dari road bike. Kalau tukar pakai taya slick, memang sesuai la buat main pusing2 jalanraya. Lagipun ramai yang guna mtb nih, agak2 rajin, bawak la masuk hutan kat FRIM ke Kiara ke, bila nak ubah angin, bawak la pusing2 tasik ke......xde masalah pun mtb nih, serba boleh. Lepas fikir2 byk, saya pun pilih basikal hybrid. Sebabnye, basikal ni sekali tgk mcm basikal mountain bike tapi ade ciri2 road bike. Ianya lagi selesa daripada road bike dan besar sedikit dari mountain bike. Maka memang masuk dengan ciri2 yang saya nak.
2. Basikal hybrid yang mana: Saya pun carik kat internet tapi tak byk hybrid yang saya jumpa. Kalau yang ada pun harganye bukan main lagi. Untuk beginner cam saya nih, eloklah carik basikal yang murah sedikit harganye, tapi jgn murah sgt. Sebabnye kita tak tau basikal camne yang masuk dengan diri kita, andai kata beli basikal mahal tapi lepas pakai sekejap rasa tak sedap, rugi la. Sebaiknya beli basikal yang murah dulu, bila dah biasa mengayuh, dah tau adat resam basikal, baru buleh beli basikal mahal sikit. Tu pun lepas tau basikal camne yang kita nak.

Kebanyakkan basikal yang saya tgk harganya lebih dr RM1k....memang takkan laburkan RM1k la kan untuk basikal, nanti kayuh sama je..yang penting nak keluarkan peluh je kan. Saya pun pergi kedai pulak tgk, kedai kat Taman Melawati ade jual banyak jenis basikal, mcm2 harga dari murah ke mahal....tapi sayang sebab hybrid yang paling murah adalah RM1050...keluar sikit dari bajet saya. Pastu saya pergi satu kedai kat Wangsa Melawati, kedai tu ade satu je basikal hybrid, brand Rock Machine (seingat saya brand chekos, tp org kata brand US). Harganye RM850 disertakan helmet, lock, bottle ngan bottle holder percuma......memang sesuai la kan. Gear ade 7 speed, tapi pedulik hapa asalkan buleh kayuh. Saya balik rumah dulu sebab masa pegi kedai tu saya bawak zia sekali. Masa kat rumah saya search pasal basikal rock machine nih ngan basikal hybrid. Quite good la kot, bukan cap ayam punye...lagipun eksesori dia pun kebanyakkannye pakai shimano, bukan shimano cap ayam gak.....lepas tu saya pegi kedai tu balik, angkat terus basikal tuh. Maka itulah basikal ke 3 yang saya bermanja setelah pulang ke Malaysia................

Rock Machine Cross Ride 125
Sources and specification from this link

Isnin, 10 Januari 2011

Bearing wheel

Nak ikutkan dah nak dekat sebulan dah pun tayar belakang tu dok melalak suruh tukar wheel bearing. Tapi sebabkan takde duit ngan malas nak bawak gi bengkel, saya pun dok la tanguh buat keje tuh. Lagipun nak carik kedai yang kita buleh percaya ni bukan senang. Dah banyak kedai/bengkel saya pegi untuk repair kete, setiap kedai ade je buat hal/amik untung lebih2.....tapi kalau bab tayar, saya suka pergi kat ade satu kedai/bengkel kat PJ nih, dekat la ngan opis, cuma bila bab nak tukar wheel bearing ni tak sure la dia buleh buatkan ke tak.

Kedai ni terletak Taman SEA, dekat ngan seksyen 14 Petaling Jaya. Camne saya buleh sangkut ngan kedai nih?............dulu masa baru beli CRV ni dulu, lepas tu tukar rim pakai Advan RG...alignment kereta agak lari lah. Dah 3, 4 buah kedai saya pegi suruh betulkan alignment....tak jugak setel. Dah la kalau CRV ni alignment kene buat depan belakang sebab 4WD. Pastu kene cekik darah nak dekat RM45 setiap kali alignment. Bila nak carik kedai ke 5 tu, saja la lalu depan satu deretan kedai kat Taman SEA nih. Nampak la satu kedai tu cam baru lagi, nampak dari jauh alat2 cam canggih jek, pastu terus saya belok masuk lorong pegi kedai tu pastu terus benti. Bila keluar kete, baru saya perasan yang saya silap masuk kedai, tapi alang2 dah sampai tu buat je la alingment. Kedai yang saya masuk nih, owner dia sorang chinese agak tua la, pekerja dia ade 3 orang yang tua2 belaka gak. Sorang tu pulak pekak ngan bisu.........hmm...cam menarik je kedai nih...kedai pulak memang style old school lah....lama gak la nak tunggu diorang siapkan kete saya sebab ramai customer. Rasa nyesal lak masuk situ sebab saya tgk kedai yang saya nak masuk mula2 tadi tak de la org sgt, mesti buleh siap cepat tuh....

bila dah siap kete saya, aih....sedap la pulak alignment nih, dah la amik murah, seingat saya dalam RM30 camtu je kot.........mungkin kebetulan la kedai tu boleh betulkan alignment CRV tuh, tapi 6 bulan lepas tu saya pegi buat alignment lagi, tapi kat kedai lain la......gagal jugak. terus saya hantar pegi kedai kat Taman SEA nih...alhamdulillah, setel. Yang saya kata kedai2 lain gagal tu sebabnye.....memang la alignment yang bila jalan steering lurus sama ngan pergerakkan kereta kan, tapi bila dah jalan 120kmh camtu, kereta bergegar. Kedai lain buat mesti gegar jugak, tapi kedai yang kat Taman SEA ni, setel jek.

So yang wheel bearing ni pun saya cuba la hantar kot2 diorang buleh repair, alhamdulillah. xde masalah walopon terpaksa tinggalkan kete satu mlm sebab diorang sebuk. Memang senang la hantar kereta kat diorang nih, cara nak nego ngan diorang pun senang. xde la mcm apek2 kat kedai lain yang kononnye bagi nasihat, tapi gaya mcm paksa, ckp pun kasar cam hebat jek, mentang2 kita customer tak tau sgt pasal kete....tapi yang kedai ni, memang diorang ni ckp pun elok jek, xde la diorang bagi nasihat yang mengarah kita leburkan duit lagi ke apa ke.....memang style mcm pakcik2 kat kampung la. Apa pun saya memang rekemen kedai ni la kalau nak betulkan tayar ke apa ke yang berkaitan taya, cuma kalau nak tukar taya, kedai lain byk lagi kot pilihan yang lebih baik.

Isnin, 3 Januari 2011

Cara menukar seat post basikal


Beskal bertuah saya ni ade problem ngan seat post. Seat dia akan bergerak kiri kanan walopon batang seat post tu dah ikat kuat. Problemnye datang dri seat post tu sendiri yang kire dah rosak la. Nasib baik la saya ade seat post lebih yang saya bawak dari Jepun dulu.....
Seat post yang dah rosak. Walopon post tu dah diikat kuat, seat tetap akan bergerak.

Cara menukar seat post:
1. Pulas quick release bagi basikal yang ada quick release, ataupun bukak/longgarkan skru/nut yang ikat seat post tuh.

2. Bukak seat dari post dengan cara membuka nut Allen di sebelah bawah seat.

3. Pasang post lain.
4. Adjust kedudukan seat (ketinggian, alignment etc)

Untuk pengganti seat post saya, saya gunakan seat post yang ade suspension. Tak tau la ade jual ke kat mesia, tapi saya beli kat jepun dulu. Kat gambar atas tu, suspension seat post kat sebelah kiri, tengah tu seat post asal basikal GT saya dulu, yang kanan tu seat post sekarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...