myMetro | ‘Air mata’ pokok petai
nah...cerita pasal pokok petai menangis. Mesti kecoh kan kampung ni bila dapat tahu pasal pokok petai menangis. Kecoh mcm kat kampung saya dulu la masa kecik2 dulu. Pokok petai depan rumah atuk saya kat kelantan keluarkan air macam nih la. Kecoh gak la sampai keluar TV3. walopon penduduk kampung kecoh, atuk saya rilek je cakap takde mende pun tuh. Siapa buat kepercayaan sendiri, memang bangang la. Atuk saya ni pun kira cam tok lebai kampung gak la, so takde la yang nak buat tanggapan mengarut. Rupanya betul pun takde pape, rupenye rokok petai memang sifat dia camtu bila dah sampai saat dia nak mati. Bila pokok tu nak mati, air2 yang diserap dari tanah akan keluar ikut daun2.........(kalau tak silap saya sebab dia nak mati...ingat2 lupa la)
Isnin, 28 Februari 2011
Suka ati la nak bagi tajuk apa pun..
Al-kesah dah lama tak update. Banyak mende yang nak cite sebenarnye, tapi sebabkan sebuk, tak tertulih la.....antara kesah yang nak tulih sebelum ni pasal CRV yang buat hal, Bateri dah kong sebenarnye, tapi nak cerita la pasal teknik tukar bateri kereta ngan plug kereta. pastu kebetulan pulak masa tu tgh demam....lain kali je la cerita pasal bateri tuh. malas nak cerita skang.
Lepas CRV buat masalah, datang pulak dugaan baru. Hari sabtu dua minggu lepas saya ngan isteri kerja. Pastu kami dapat berita dari rumah yang anak-anak kepada adik ipar saya ni positif H1N1. Mereka ni pulak tinggal sekali dengan saya kat rumah mertua. Cuak la jugak kami yang dengar berita kat opis nih. Pastu bila balik rumah petang tu saya rasa anak sulung saya, Zia pun badan panas semacam. Dia ni pun mcm cousin2 dia yang masuk wad tu jugak, demam kejap ada kejap takde.....sekali lagi kami pun cuak. Malam tu demam Zia still tak kebah2 jugak...last2 pagi esoknye kitorang buat keputusan hantar Zia pergi spital untuk periksa.
Jumpa doktor, cerita pasal demam dia yang on-off nih, pastu cerita pasal cousin2 dia yang masuk wad sebab h1n1, terus doktor tu masukkan Zia kat wad jugak. Nak buat test sebab suspek H1N1. Doktor panel pun kitorang amik doktor yang sama dengan doktor kepada anak2 adik ipar saya. Senang cerita sket. Bermalamlah kitorang kat spital Pantai Cheras sebab result H1N1 Zia jangka keluar esok harinye. Pastu doktor tgk mulut zia ada merah2 sket ngan statement kitorang yang zia selalu darah hidung...doktor takut zia kena jangkitan mulut hidung sekali. Esoknye result H1N1 zia negatif tapi doktor suruh stay kat wad jugak sebab dia demam pastu mulut dia merah2. Waktu yang sama dapat berita dari mak kat rumah yang jaga zahirah kata zahirah dah setat demam. Periksa suhu badan 39 darjah, dah bagi ubat bontot pun sejam kemudian suhu naik balik. Petang tu isteri saya balik rumah untuk bawak zahirah pergi spital. Check ngan doktor pastu dia pun kene tahan wad. Kitorang amik satu bilik wad ngan zia. Maka tidolah kitorang 4 beranak kat spital tuh malam tuh.
Esoknye walopon dah seharian bagi ubat kat zahirah, demam dia tak surut2 jugak. Doktor pun tak tau kenapa. Pastu buat xray jumpa pulak jangkitan paru-paru...terus mlm tu jugak doktor masukan dia kat icu sebab zahirah bernafas laju. Malam tu saya ngan isteri tido kat spital tapi dia kat icu jaga zahirah, saya lak kat wad biasa jaga zia.
Alhamdulillah, esoknye zia dibenarkan balik tapi zahirah kene stay lagi sehari kat icu. Lepas selesaikan urusan discaj zia, saya stay kat spital sampai untuk temankan isteri jaga zahirah. Alhamdulillah, esok harinye zahirah ditukarkan ke wad biasa pastu keesokkannya dia discaj.
Sepanjang seminggu ni kami di spital Pantai Cheras, perasaan tu toksah kata la. Dari cuak anak2 kene h1n1, tukar ke cuak kene demam lain, pastu jangkitan paru2 lagi. Ye la kan, budak2 kecik nih, kalo demam panas, silap haribulan buleh shoot ke otak....tu yang paling risau tuh. Alhamdulillah, semua selamat. Zia ngan Zahirah pun dah aktif balik skang, dah pandai buli sepupu2 diorang yang lain. Alhamdulillah jugak kitorang ada masukkan Zia ngan Zahirah dalam insuran. Dapat la cover cost hospital yang beribu tuh. Zia lak, merasa la sambut birthday ke 2 dia dalam ward hospital (22 aribulan aritu)............

Jumaat, 18 Februari 2011
Samishii....na~....
数週間前から、週末に自転車でどっか行ったりしたよ。でも、次の日に熱や風などの病気が来た。それで、一週間に1度ぐらい自転車で遊べるんだよ。一週間に1度でも絶対サイクルをしたい。一人でも絶対サイクルをしたい。面白いから、一人ぼっちでもいいんじゃねいか。。。。。と思ったけど、やっぱり、一人ぼっちは駄目だな。マレーシアでは自転車が乗り物として考える人は少しつづ消してしまう。特に都会ではどこへでも高速道路だから、自転車の通過が許されてもまだ危ないだろう?みんなレーシングカーのように速いよ。だから、マレーシアでは自転車が乗り物ではなくスポーツとしてどんどん思われちゃう。もし、マレーシアではみんな、自転車が乗り物として思われるとたぶんあっちこっちで自転車ルートが見える。あっちこっちで自転車を乗る人がいっぱいいる。私も自転車を乗るのは寂しくなくなるかも。。。
Walopon tahu bahasa Jepun kat atas tu tunggang langgang, nak tulih gak. nak test kebolehan......(result: cam hampeh, tak payah tulih dah lain kali)
translate:
beberapa minggu yang lepas, weekend je saya mesti pergi kayuh beskal. Tapi esok harinye mesti demam, selsema datang. maknenye, seminggu tu, sekali je la saya dapat kayuh. Seminggu dapat sekali pun nak jugak gi kayuh. Sorang2 pun nak jugak gi kayuh. Xpe la sorang2 pun asalkan seronok.......pada pendapat awal saya tapi...........sorang2 ni busan ler. Kat Malaysia ni orang dah mula fikir yang basikal ni bukan satu alat untuk bergerak. Lebih2 lagi kalau kat bandar besar, pergi mana2 pun kene naik highway. Walopon ade highway yang benarkan basikal untuk lalu, still bahaya kan naik basikal kat highway. Semua orang bawak kereta macam naik kereta racing. Sebab tu kat Malaysia ni orang dah mula fikir basikal sebagai satu sukan sahaja. Kalau la kat Malaysia ni orang beranggapan yang basikal ni adalah satu transportation, mesti kita buleh tgk laluan basikal kat semua tempat. Pastu orang yang naik basikal pun mesti ramai. Pastu saya pun mesti tak rasa busan naik beskal sorang2 kot...

Jumaat, 11 Februari 2011
Generasi ku......(versi Jepun jin)
Selama 5 tahun "menjajah" Jepun sebelum ini, dapat saya perhatikan yang generasi muda Jepun masa kini sudah mula cenderung ke arah kemerosotan ketamadunan Jepun. Senang cerita makin rosak la kan..........beberapa pakcik pakcik Jepun yang selalu berborak dengan saya dulu juga selalu mangatakan yang generasi muda Jepun sudah semakin rosak dan pemimpin negara semakin resah dengan masalah itu kerana masa depan negara mereka itu terletak pada generasi muda sekarang.
Walopon Jepun mengalami masalah sosial yang terlampau teruk, kemerosotan budaya dan negara mereka tidak merunsingkan saya berbanding kemerosotan yang dialami Malaysia sendiri. Ini kerana Jepun mula merosot apabila negara mereka telah berjaya membangun dan maju. Tapi Malaysia mula mengalami kemerosotan budaya sosial semasa negara sedang membangun. Gila kuat pengaruh internet yang buatkan dunia takde sempadan nih......
Berbalik ke Jepun, masa saya belajar dulu...di tahun pertama saya berjaya membuat kawan dengan beberapa orang Jepun dalam course yang sama. Ingatkan dapat sahabat Jepun yang akan membantu saya dalam pelajaran........best ler...................................... Rupenye semua kawan2 saya tu pun jenih rosak gak. Pengakhirannya, sorang kawan saya behenti dari unibesiti, sorang repeat semester tak abis2 sampaikan saya dah balik mesia pun dia dok semester sama. sorang tu pulak pakar meniru.......dia ni la rujukan saya bila nak dekat periksa heheh........................bukan kawan2 sahaja. Seingat saya, setiap kali waktu peperiksaan, semua budak dalam course saya akan masuk bilik peperiksaan awal dan berada dalam formasi tertentu...termasuk saya. Tujuannya untuk tiru la kan......................hasilnye, budak2 yang takde kualiti....
Apa yang saya nak ceritakan sebenarnye...baru2 ni Job Fair berlangsung di Sendai, sebuah bandar di utara Jepun). Yang menariknye Job Fair dianjurkan khas untuk para pelajar asing yang nak kerja dengan company Jepun. Majikan yang turut serta banyak la mcm Honda, Panasonic. Antara komen majikan yang join Job Fair tu ialah mereka baru membuka cawangan di sesebuah negara, maka mereka mencari bakal graduate yang buleh ckp bahasa Jepun. Ada pula kata kemasukan orang asing ke company mereka buleh membantu meluaskan business ke peringkat global, ada juga kata graduated unibesiti Jepun ni tahu budaya Jepun, senang la nak suruh buat kerja nanti. Tapi komen yang paling saya suka adalah "kualiti dan semangat bekerja generasi muda Jepun sekarang sudah kurang, tapi bagi orang asing graduated Jepun ni semangat bekerja diorang bagus.....so memang biasa la syarikat amik orang asing untuk bekerja"
berita tersebut buleh dibaca disini.

Selasa, 8 Februari 2011
Apa class???
Baru-baru ni saya pergi ke sebuah kedai basikal di Kajang untuk menukar shifters basikal tuh, masa kat kedai tuh, ade la sorang brader nih nak beli ada satu basikal road nih. Saya mulanye tak amik kesah la....lagipun ade la 2, 3 orang sekali ngan brader tuh tgh borak sama2 sambil bg pendapat pasal beskal tuh. Pastu saya terdengar la yang harga beskal tuh RM7.2k lepas diskaun. Brader tu memang setuju sgt nak beli beskal tuh sambil yang lain dok racun2 dia beli. Pada saya masa tuh, lantoklah dia nak beli walopon harga RM7.2k....dah dia ade duit. Ingatkan yang brader nih memang jenih kaki racing la......bila dok curik2 dengar, rupanya dia pun jenih cam saya kayuh buat eksesais jek.......tp setakat tu pun nak beli beskal yang harga RM7.2k...tak pernah terpikir lak saya.
lepas brader tu blah untuk gi amik duit...yang belen 2,3 orang ni pun dok kata.....yang mereka tu lain level ngan brader tuh....brader tu dah level tinggi. masa tu saya terfikir la, naik beskal ni pun ade level ke? kalau bagi pelumba, mungkin la ada level mereka......tapi bagi pengayuh dihujung minggu nih...............hmm...
Mungkin bagi mereka yang obses dengan basikal, berapa pun sanggup dilaburkan asalkan dapat mengayuh. Semakin minat, semakin banyaklah yang dilaburkan....bukan kat bidang beskal jek...kalau minat kat kereta pun sama jugak kita buat. Tapi melabur untuk kereta lain dari melabur untuk basikal. melabur byk duit untuk performance kereta menghasilkan kereta yang laju, tapi melabur untuk basikal mungkin lah menghasilkan sedikit perbezaan untuk kelajuan ngan kepenatan. tapi yang penting sebenarnya diri pengayuh tu sendiri.........
So bila orang kata level ke-otai-an seseorang dalam bidang basikal tuh, buatkan saya terpikir dua tiga kali. Kalau orang tuh memang kaki beskal, dah jelajah byk negara, ade pengetahuan yang tinggi pasal basikal, pastu berpewatakan rendah diri.......yes, saya akan respek dan kata yang orang itu berada pada level yang lain dengan saya. Tapi kalau setakat orang itu mempunyai duit byk, boleh beli basikal mahal, boleh beli eksesori mahal, pakai helmet mahal, pastu hanye kayuh dengan orang2 yang ada basikal setaraf dengan dia, ataupun pernah mewakili mana2 kelab atau persatuan......plis jgn kata level dia lain dari saya. even kalau dia kayuh lagi laju dari saya atau dia ada stamina lagi tinggi dari saya, saya tetap katakan level kami tak berubah...............
Di negara Jepun, saya buleh kata level seseorang itu berlainan dari saya. Sebabnye, di sana kita mudah mendapati orang pergi jelajah naik basikal....pergi ke mana-mana........dan mereka bukannya memakai basikal road....kebanyakkan memakai basikal steel yang biasa kita kenali sebagai basikal Jepun kat kedai2 basikal skang. Kemudian mereka tidak perlu menunjuk nunjuk dengan memakai jersi team basikal, tidak perlu helmet yang mahal...sesetengahnya tidak memakai helmet, tidak perlu sunglass dan sebagainye.....apa yang mereka perlukan hanyalah kesungguhan, keazaman, semangat dan yang penting tujuan mereka adalah untuk menjelajah demi kepuasan. Ada antara mereka yang saya kenal, mengambil cuti kerja setengah tahun semata-mata untuk berbasikal menjelajah seluruh Jepun dengan basikal cabuk mereka. Dan mereka sangat peramah walopon terhadap saya yang seorang berbangsa asing. Orang2 sebegini memang saya respek kerana mereka obses dengan basikal dan obses mereka ditunjukkan dengan cara mengayuh, bukan dengan eksesori yang mahal. Mereka juga sering dilihat menjelajah berseorangan tanpa perlu menyertai kelab, persatuan atau komuniti. Bukan setakat yang suka menjelajah, malahan untuk yang beriadah pun cara mereka lain dari kita di Malaysia. Di sebuah kedai basikal kegemaran saya di Akita, saya sering terjumpa dengan pelumba2 professional dan juga pemilik basikal yang mahal2, tapi kalau diperhati cara mereka berkomunikasi dengan beginner, orang luar, dan cyclist lain, amatlah berlainan, sifat rendah diri mereka amat tinggi. Itu yang membuatkan orang luar, beginner berasa senang untuk bergaul dengan mereka, meminta nasihat dan di kala itu lah dapat dirasakan level mereka tu berlainan.
Di tanah air kita, tatkala seseorang beginner mula mencongak langkah untuk menyertai mana-mana komuniti, di kala itu juga ahli2 komuniti2 menunjukkan basikal mereka yang high end (walhal beginner pula biasanya mulakan diri dengan basikal low end), menunjukkan kejayaan menjajah mana2 bukit dan rimba (yang mungkin sukar dicapai oleh seorang beginner), memakai eksesori yang lengkap (yang belum terfikir bagi beginner untuk membeli).....dan yang utama, ahli komuniti akan bergaya hebat dengan basikal dan kejayaan mereka yang mungkin akan membuat beginner tawar hati untuk menyertai komuniti tersebut.
lagi satu, biasalah orang kita.....bila orang lain pakai mende yang murah, kaput sket, mula la nak mengata la mengisih la apa la......walhal yang membentuk diri seorang cyclist adalah pengayuh itu sendiri...............bukan basikal
Selasa, 1 Februari 2011
Satu hari di bulan Januari
Sabtu 29 Januari.........kene keje seharian...tak dapek nak gi ngayuh jitensya (basikal)
Ahad, 30 Januari..........bgn pagi lepas subuh dengan penuh semangat untuk mengayuh. Janji ngan syazwan nak cycling pegi menghala ke Kajang....dia kata nak sampai rumah saya kul 7 pagi..
kul 7...xde respon dari syazwan...konpem tgh tido. Layan sorang2 lah, baru nak turun dari bilik, si kecik dah bangun. Bawak la si Zahirah dari tingkat atas nak pass kat bibik kat bawah. Mama si kecik ni tgh tido dengan si kakak. Sampai kat bawah tgk ade sorang je bibik dok menjaga anak buah yang memang selalu nangis....buat naya kat dia kalau pass si kecik zahirah ni jugak....dibuatnye anak buah yang sebaya zahirah tu jaga, abih la bibik sorang ni. Sorang lagi bibik temankan mak mertua pergi surau.....ade kuliah subuh tu yang balik lambat......tgh dok termanggu, pegi la ubah basikal punye brek lever punye position jap. pastu masuk bilik sebab nak letak balik tools. Alih2 tgk si kakak la pulak dah bangun. Mamanye pulak kata nak tido sket lagi, terpaksa la bawak si kakak turun dari bilik lak. Kat bawah si anak buah dah terjaga, bibik dok sebuk jaga anak buah tu sambil saya jaga zahirah ngan zia.....sekali abangnye anak buah tu (nama aqeel), baya zia pulak dah jaga.....menangis sorang2 keluar bilik. Ayahnye lak buleh berdengkur kat bilik buat tak tau hoho....terpaksa la saya gi dokong anak buah lagi satu tuh....terpaksa la jaga 3 orang budak. Sekali zahirah ngan zia lak ngamuk nak susu....pegi la bgn nak buat susu, yang aqeel lak ngamuk sebab saya bgn gi dapor.......................sudah.............................kelam kabut jap.........................lepas siap susu, saya jaga semua budak2 tu....kat luar lak hujan lebat.....memang takde rezeki nak gi kayuh arini...
bila mertua ngan bibik sorang tu balik dr surau, still tak leh gak nak tinggalkan budak2 tuh sebab bibik kene masak sarapan. Bila sarapan dah siap, pak mertua pun dah makan....time tu la baru ada peluang nak kluar kayuh....tapi kat luar hujan lebat...........argh, tak kira, nak lepas gian gak. cepat2 saya gi amik beskal pastu kayuh keluar. masa nak kuar tu.zia dok usha dari dalam umah........saya kayuh kat area rumah jek, basah abih badan......lepas 20 minit camtu, patah balik umah....cukup la setakat nak lepas gian. sampai umah mama cerita yang zia dok tunggu saya balik kat depan pintu...dok sebut "babah?"...."babah?"...sedih lak dengar cerita......
petang tu saya keluar gi hantar beskal kat satu kedai kat kajang. tujuannye nak tukar gear shifter. skang ni beskal tu guna gear shifters jenis yang pulas2 tuh. saya memang tak gemar shifters jenis gitu, pastu dulu ade beli shifters jenis tekan2 dari sorang mamat ni dari Alor Setar. Sampai kedai, tokey kata shifters rosak.....hampehnye...kene tipu terbeli barang rosak. pastu mintak tokey tu tgk2 kalau buleh repair. Alhamdulilah...dia buleh repair...............tapi tak leh nak merasa kayuh ngan shifters baru lagi sebab hujan sepanjang hari.
Malam tu tgk berita banjir kat banyak tempat kat johor. Kakak saya yang ikut suami dia balik johor untuk mengundi DUN Tenang, tersangkut tak leh balik umah dia kat Kemaman sebab jalan naik air. Bekalan makanan ngan keperluan harian kat umah lak makin sikit, kedai2 runcit semua tutup sebab banjir....................aduhai....doa je la untuk keselamatan masing2

Langgan:
Catatan (Atom)