Isnin, 28 Februari 2011

Suka ati la nak bagi tajuk apa pun..

Al-kesah dah lama tak update. Banyak mende yang nak cite sebenarnye, tapi sebabkan sebuk, tak tertulih la.....antara kesah yang nak tulih sebelum ni pasal CRV yang buat hal, Bateri dah kong sebenarnye, tapi nak cerita la pasal teknik tukar bateri kereta ngan plug kereta. pastu kebetulan pulak masa tu tgh demam....lain kali je la cerita pasal bateri tuh. malas nak cerita skang.

Lepas CRV buat masalah, datang pulak dugaan baru. Hari sabtu dua minggu lepas saya ngan isteri kerja. Pastu kami dapat berita dari rumah yang anak-anak kepada adik ipar saya ni positif H1N1. Mereka ni pulak tinggal sekali dengan saya kat rumah mertua. Cuak la jugak kami yang dengar berita kat opis nih. Pastu bila balik rumah petang tu saya rasa anak sulung saya, Zia pun badan panas semacam. Dia ni pun mcm cousin2 dia yang masuk wad tu jugak, demam kejap ada kejap takde.....sekali lagi kami pun cuak. Malam tu demam Zia still tak kebah2 jugak...last2 pagi esoknye kitorang buat keputusan hantar Zia pergi spital untuk periksa.

Jumpa doktor, cerita pasal demam dia yang on-off nih, pastu cerita pasal cousin2 dia yang masuk wad sebab h1n1, terus doktor tu masukkan Zia kat wad jugak. Nak buat test sebab suspek H1N1. Doktor panel pun kitorang amik doktor yang sama dengan doktor kepada anak2 adik ipar saya. Senang cerita sket. Bermalamlah kitorang kat spital Pantai Cheras sebab result H1N1 Zia jangka keluar esok harinye. Pastu doktor tgk mulut zia ada merah2 sket ngan statement kitorang yang zia selalu darah hidung...doktor takut zia kena jangkitan mulut hidung sekali. Esoknye result H1N1 zia negatif tapi doktor suruh stay kat wad jugak sebab dia demam pastu mulut dia merah2. Waktu yang sama dapat berita dari mak kat rumah yang jaga zahirah kata zahirah dah setat demam. Periksa suhu badan 39 darjah, dah bagi ubat bontot pun sejam kemudian suhu naik balik. Petang tu isteri saya balik rumah untuk bawak zahirah pergi spital. Check ngan doktor pastu dia pun kene tahan wad. Kitorang amik satu bilik wad ngan zia. Maka tidolah kitorang 4 beranak kat spital tuh malam tuh.

Esoknye walopon dah seharian bagi ubat kat zahirah, demam dia tak surut2 jugak. Doktor pun tak tau kenapa. Pastu buat xray jumpa pulak jangkitan paru-paru...terus mlm tu jugak doktor masukan dia kat icu sebab zahirah bernafas laju. Malam tu saya ngan isteri tido kat spital tapi dia kat icu jaga zahirah, saya lak kat wad biasa jaga zia.

Alhamdulillah, esoknye zia dibenarkan balik tapi zahirah kene stay lagi sehari kat icu. Lepas selesaikan urusan discaj zia, saya stay kat spital sampai untuk temankan isteri jaga zahirah. Alhamdulillah, esok harinye zahirah ditukarkan ke wad biasa pastu keesokkannya dia discaj.

Sepanjang seminggu ni kami di spital Pantai Cheras, perasaan tu toksah kata la. Dari cuak anak2 kene h1n1, tukar ke cuak kene demam lain, pastu jangkitan paru2 lagi. Ye la kan, budak2 kecik nih, kalo demam panas, silap haribulan buleh shoot ke otak....tu yang paling risau tuh. Alhamdulillah, semua selamat. Zia ngan Zahirah pun dah aktif balik skang, dah pandai buli sepupu2 diorang yang lain. Alhamdulillah jugak kitorang ada masukkan Zia ngan Zahirah dalam insuran. Dapat la cover cost hospital yang beribu tuh. Zia lak, merasa la sambut birthday ke 2 dia dalam ward hospital (22 aribulan aritu)............

1 ulasan:

  1. huhu.. hebatnya dugaan. nsb baik semua dh sihat. syukur alhamdulillah. mmg paling takot kalo anak2 x sht (apatah lagi sampai masuk wad dan icu). hasanah pn tgh dmm kat rumah ni. dah 2 hari. habis ubat demam balik. seriau. doakan hasanah cepat sembuh ye.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...