Rabu, 28 Ogos 2013

Proton Suprima S: Berbaloi? Berpatutan? ye ke ni?

Semua tau dah pasal Proton Suprima S, model terbaru proton yang baru dilancarkan. Tak payah saya nak kenalkan lagi. Tapi mcm biasa nak bagi komen membina bukan sebagai tanda ketidakpuasan hati atau tidak menyokong kenderaan milik Malaysia, tapi bagi menunjukkan betapa saya sayangkan Proton dan Malaysia dan berharap komen sebegini boleh diambil kira untuk membantu memajukan (improvekan) lagi apa yang sedia ada.

Harga Proton Suprima S premium, RM79,000...saya pun tak pasti harga atas jalan berapa, tapi senang kira kita amik RM80k la harganya. Camne? berbaloi tak kereta ini dengan harganya?

Kalau tgk spec dia yg ada enjin turbo, 5 start NCAP, full accessories etc, hmmm...apa yg seangkatan dengan dia ye? saya tak buat kajian betul tapi saya rasa mungkin Ford Focus turbo boleh dijadikan perbandingan. Tolong jangan hentam saya kalau dua kereta ni tak layak dibandingkan, sbb saya belom bua perbandingan terperinci dengan mana2 kereta lagi. Kalau tak sesuai, boleh dijadikan rujukan. Okeh......Ford Focus turbo...enjin turbo, byk accessories, full safety features, kira sama la kot ngan Suprima S nih. Tapi harga lebih RM100k......so ok la kot harga Suprima S nih.
Please jgn komplen pasal cheapo plastic usage on interior sbb mende tu mmg trend pengeluar kereta skang. Even camry yang mahal pun guna cheapo plastic as dashboard.....So ok la harga Suprima S dengan spec begitu untuk harga RM80k.....

So renungan bersama.......

Proton Suprima S dilancarkan selepas kerajaan dan pengeluar kereta berjanji akan mengurangkan harga kereta. Untuk model sedia ada, pelbagai kaedah digunakan untuk memberi harga rendah termasuk memberi servis percuma. Tetapi untuk kenderaan yang belom dilancarkan lagi, sepatutnya harga rendah sudah semestinya diberi keutamaan. Bermakna utk Suprima S ni, ianya harga paling murah boleh kerajaan bagi lepas diorg janji nak bagi harga kereta murah.....ye RM80k itu murah bagi mereka. Ya mmg la murah kalo banding dengan Ford Focus tadi.

Saya menulis artikel ini pada 28 Ogos, 2013...hari ini kadar tukaran wang asing untuk Jepun adalah RM1=JPY29.07 . Saya tukarkan harga Suprima S ke currency Jepun, saya akan mendapat JPY2,325,920..............

Apabila saya search dengan harga sebanyak JPY2325920, saya mampu membeli kereta seperti Subaru BRZ yang baru di Jepun. Dengan harga yang sama, jikalau anda diberi pilihan Proton Suprima S dengan Subaru BRZ, mana akan anda pilih?
Macammana pula dengan kereta bawah ni?
Myvi S series dijual pada harga sekitar RM42,424. Dengan tukaran matawang asing, saya akan mendapat sebanyak JPY1,233,440. Dengan jumlah sebyk ni saya boleh membeli sebuah brand new Honda Fit (atau dikenali sebagai honda jazz di malaysia).

Jepun, sebuah negara yang serba serbi mahal. Sebab tu byk kilang sana lari pegi negara luar seperti Malaysia sebb operation disini lagi murah dari sana. Di sana upah pekerja pun dah mahal, tu belom kira harga tanah, cukai pesemua. Tapi dengan serba serbi mahal, diorg menjual sebuah kereta yang baru dengan harga yang apabila ditukar ke matawang kita hanya mampu membeli kenderaan under spec disini.

Di Jepun, engineer fresh grad bergaji sebanyak RM6k sebulan. Still harga diorg sama ngan kita...tak kesah la kilang diorg kat jepun ke, kat Brazil ke, tapi diorg mampu beri harga yang baik. Kita di Malaysia, menggunakan kepakaran rakyat tempatan, kilang di malaysia, harga tanah yg murah, pelbagai sumber semua murah seperti digembar gemburkan kerajaan untuk mnarik pelabur dari Jepun, tapi kenapa kita mengeluarkan hasil yang mahal?

Seorang pit crew leader untuk satu team Japan GT pernah berborak dengan seorang rakyat malaysia semasa berasa di Malaysia, org Malaysia ini berkata dia baru membeli sebuah kereta proton Saga berharga hampir RM50 ribu. Selepas membuat tukaran ke matawang Jepun, org jepun ini tersangat terkejut apabila lelaki itu hanya mampu membeli proton saga dengan harga sebegitu. Laki jepun ini ada mencoretkan diblog dia mengenai perkara ini, tapi saya lupa link dia.

So secara lojiknya malaysia mampu untuk memberi harga kereta yang lebih rendah disini.Apa yang memahalkannya adalah penglibatan politik dalam setiap perkara. Di Malaysia ini, bole kata setiap perkara akan melibatkan politik. Bukan saja politik dalaman sesuatu pertubuhan itu, malah memang campur tangan terus ahli politik dalam pertubuhan itu. Mende sebegini yang mencacatkan/mambantut pertumbuhan sesuatu pertubuhan.

Berbalik ke harga Proton Suprima S, ianya dilancarkan selepas pihak kerajaan berjanji untuk menurunkan harga kenderaan. Untuk kenderaan sedia ada dijual, tak kesah kalau nak turun perlahan sehingga tahun 2017 seperti dijanjikan. Tapi untuk sebuah kenderaan yang hendak dilancarkan, adalah lebih baik untuk terus memberi harga rendah. Tak payah nak tunggu sehingga 2017. Sebab bila dah 2017, kos sure bertambah naik, lagi susah nak turunkan harga.

So secara peribadi, RM80k untuk Proton Suprima S bagi saya adalah terlalu mahal walopon ianya dah dikira murah berbanding kenderaan lain yang mempunyai specifikasi lebih kurang sama.

8 ulasan:

  1. BETULLLLLLLLLLL!!!!!

    BalasPadam
  2. Pada saya tak ada istilah berbaloi atau tak.....
    kalu ikutkan kereta lain pun mahal...kalu nak bandingkan

    ya diakui cukai eksais Malaysia adalah tinggi jika dioffsetkan dengan Negara luar lagi tinggi sebab wujudnya cukai yang mencecah sehingga 35% bagi cukai individu....

    adanya VAT atau GST yang mencecah 20% atas belian barang...kos bahan api yg tinggi dan pelbagai kos lain...

    kalu kita nak berjuang sebab org miskin baik kita perjuangkan system pendidikan....tempat tinggal....oleh kerana syarikat proton bukanlah badan kebajikan harga proton ini tidak ada kena mengena dengan berbaloi atau tidak tetapi sebaliknya

    isu sekarang tuan nak beli atau tidak?

    Sebelum tu tahukah anda bagi Negara yg menjual minyak murah didunia menrupakan Negara yg mengamalkan system politik beraja sepenuhnya dan bercorak authoritarian(kukubesi) Negara demokrasi minta maaf la nak dapat minyak murah.....kalu tuan dapat senarai kan 2buah Negara demokrasi harga mintak murah hebatlah Negara tu....

    Soal kereta proton mahal tidak menjadi persoalan tetapi persoalannya sekarang kenapa air mineral pun boleh jadi mahal????


    Kerata suprima ini mmemang terbaik kepada org yang mempunyai pendapatan 6-7k sebulan dan bukan bawah dari itu....dan bukan untuk orang yg gilakan kereta import...


    Tahukah tuan bahawa teknologi yg diadaptasi....???

    hanya pendapat org kampong yg gagal SPM dan bukan engineer....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas pendapat encik.
      Saya memang setuju byk la dengan apa yg encik kata. Memang harga Suprima tinggi disebabkan tax tinggi etc.
      Tapi apa yg saya cuba gambarkan ikut artikel diatas adalah apabila dibandingkan dengan negara pengeluar kereta seperti Jepun, dengan value duit yg sama, Jepun mampu menawarkan sebuah kereta yg lebih baik. Padahal kos disana lebih mahal berbanding kita di Malaysia. Minyak kereta disana tiada diberikan subsidi, mmg mengikut harga minyak semasa dunia. Air mineral di Malaysia berharga rm1.50 bagi botol kecil, tapi di Jepun berharga hampir rm5. Jepun juga ada tax mereka tersendiri, sebagai contoh setiap manusia dikenakan tax 6% walopon hanye membeli lolly pop di kedai. Dengan value rm80k, proton menawarkan Suprima dan Toyota menawarkan GT86?
      Kenapa saya bangkitkan perkataan 'berbaloi' adalah kerana kerajaan dah janji nak turunkan harga kereta tapi mereka masih memberi harga yang tinggi untk sebuah kereta buatan tempatan.

      Saya sebenarnya mmg tgh mencari sebuah kereta utk dibeli, Suprima S ni mmg telah saya tunggu sejak byk kabar angin pasal kereta ni dr awal tahun. Jika Preve ditawarkan dgn harga rm50k hingga rm70k, saya fikir suprima s sepatutnya boleh dlm lingkungan rm60k kerana menggunakan teknologi yg sama dan jika dijual dgn rm60k, insyaallah saya akan beli. Tetapi rm80k?....

      Padam
    2. Pakat ramai2 pindah jepun. Boleh pakai kereta power2...hohoho

      Padam
  3. Suprima S memang cantik dari segi luaran tapi selalu bermasalah. Kakak saya pun guna suprima S selalu saja rosak. Saya guna ford focus ok aje.

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa yang selalu rosaknye Proton Suprima tu?!?

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  4. sy setuju dgn pendapat penulis. kat msia harga kereta mahal sbb campur tangan politik.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...