Jumaat, 20 Ogos 2010

Kereta dan AKU: Honda Accord Euro R CL1

Bahagian kereta dan AKU kembali lagi bagi memperkenalkan sebuah lagi kereta yang hadir dalam hidup saya selama ini, Honda Accord Euro R CL1.
My lovely ex-car

Honda Accord Euro R CL1 sebenarnya satu model Honda Accord yang disuntik dengan DNA kereta berprestasi tinggi. Seperti mana konsep pada enjin Honda Integra Type R dan Honda Civic Type R, Honda telah menyuntik konsep yang sama di dalam enjin Accord Euro R ini tetapi dengan kapasiti yang lebih tinggi.

Accord Euro R ini mula diperkenalkan pada Honda Accord generasi ke 6 di Jepun. Perlu diingatkan disini bahawa Accord di Malaysia adalah berlainan dengan Accord di Jepun di mana Accord di Malaysia diambil daripada Honda Inspire. Pada asal penghasilan Honda Accord generasi ke-6 ini, Honda tiada perancangan untuk menghasilkan sebuah Accord berprestasi tinggi. Kemudian setelah melihat permintaan daripada ramai pengguna yang ingin sebuah kereta berprestasi tinggi seperti Type R tetapi sesuai untuk sebuah keluarga, maka Honda Jepun telah memperkenalkan Honda Accord Type R CH1 untuk pasaran di Eropah. Kemudian Honda telah menerima pelbagai permintaan daripada pengguna di Jepun untuk menghasilkan Accord Type R bagi pasaran Jepun, maka terciptalah sebuah lagi Accord berprestasi tinggi untuk pasaran Jepun sahaja.

Ciri-cirinya adalah seperti sebuah Type R dimana mempunyai enjin yang kuat (tuned-up H22A daripada Prelude Type S), Recaro seat, stereng momo dan pelbagai lagi namun berbeza daripada Type R kerana mempunyai 4 pintu, tambahan ciri keselamatan dan ruang yang luas. Oleh itu, penggunaan "Type R" adalah tidak sesuai dengan sebuah kereta berciri keluarga. Dengan mengekalkan prinsip 'R' dan mengenangkan Accord Type R di Eropah yang telah berjaya, Honda menamakan Accord berprestasi tinggi ini dengan nama Honda Accord Euro R CL1 khas untuk pasaran di Jepun sahaja.
Accord Euro R CL1 juga telah diadaptasikan pada sebuah lagi kereta keluaran Honda yang menggunakan casis yang sama iaitu Honda Torneo (model gantian bagi Honda Ascot dan Honda Rafaga). Honda Torneo menggunakan casis yang sama seperti Honda accord generasi ke-6 tetapi berbeza pada lampu depan dan belakang. Selebihnya semua sama.

Bagi gred yang rendah sedikit daripada Euro R (220hp), Honda telah memperkenalkan SiR-T dan SiR. SiR-T/SiR adalah model Accord/Torneo generasi ke-6 yang menggunakan enjin F20B yang berkuasa 200hp (SiR-T) dan 180hp (SiR). SiR-T adalah dalam transmisi manual manakala SiR adalah dalam transmisi separuh automatik.
Yang merah tu Accord Euro R saya, yang putih Torneo SiR milik kawan saya. Nampak beza kat lampu ngan grill depan. Bodykit memang lain sebab bodykit Euro R ngan SiR lain.

Accord Euro R telah mula dikeluarkan pada 1997 sehingga pengakhirannya pada 2002. Pada akhir-akhir keluarannya pada 2002, Honda telah memperkenalkan edisi terhad Honda Accord Euro R-X yang mempunyai beza sedikit pada warna interior.

Pada tahun 2002 juga Honda Jepun telah memperkenalkan Honda Accord generasi ke-7 dan pada penghujungnya tahun diperkenalkan pula Honda Accord Euro R bagi generasi Accord ke-7 and Euro R generasi ke-2.
Honda Accord Euro R CL7 terbaru

Accord generasi ke-7 ini pula tidak disertakan bersama model 'adik-beradik' Torneo seperti pada model ke 6. Bermakna variasi Euro R hanya ada pada Accord sahaja. Bagi Accord Euro R untuk model ini, masin mengekalkan kuasa kuda yang sama dengan Accord Euro R pertama CL1. Tetapi disebabkan badannya yang berat dan jumlah torknya yang agak rendah, Euro R ini dikatakan berprestasi kurang daripada model sebelumnya. Pada tahun 2009, Honda Jepun telah memperkenalkan pula Honda Accord generasi ke-8. Mungkin Euro R Accord generasi ke7 memperlihatkan sedikit kegagalan, maka sehingga ditulis artikel ini, masih belum diperkenalkan atau memperdengarkan desas desus kelahiran Euro R bagi generasi Accord ke-8.

Nissan Skyline R34 4 pintu

Berbalik kepada Honda Accord Euro R Cl1 saya, saya membeli kereta ini pada mac, 2006 semasa belajar di Jepun. Sebelum membeli kereta ini, saya telah membuat list untuk kenderaan-kenderaan pilihan saya yang sesuai untuk saya bawa balik ke Malaysia. Antara pilihan saya selain Euro R adalah Subaru Legacy B4, Toyota Altezza RS200, dan Nissan Skyline ER34 4 pintu. Namun ketika itu, Nissan Skyline R34 4 pintu masih berharga sedikit mahal dan kurang kemampuan, maka saya terpaksa lupa hasrat. Manakala Legacy B4 pula sukar dicari yang mempunyai transmisi manual, dan yang ada pun telah mempunyai mileage yang tinggi serta pernah mengalami kemalangan.
Subaru Legacy B4

Bagi kenderaan yang menggunakan enjin boxer seperti Subaru, pernah mengalami kemalangan adakalanya tidak sesuai dibeli kerana dikuatiri mengalami masalah dikemudian hari. Ini kerana pada enjin boxer, pistonnya bergerak secara melintang berlainnan daripada kereta lain yang bergerak secara menegak atau melentok senget.
Sehinggalah pada suatu masa, saya telah menjumpai beberapa orang ingin menjual Accord Euro R dan Altezza. Pada ketika saya melihat Altezza itu, terus terpaut di hati saya kerana Altezza itu telah pun diubahsuai berserta telah dicat baru. Dengan harganya yang rendah, memang menarik hati saya. Saya melihat iklan itu di pagi hari, dan terus bertanya kepada rakan saya yang telah pun mempunyai sebuah Altezza. Setelah dia pun mempersetujui, pada tengahari itu ketika saya ingin menghubungi penjual tersebut, saya dapati yang kereta itu telah pun dijual. Berasa kecewa yang teramat, saya terus membuat keputusan membeli Honda Accord Euro R yang saya lihat beberapa hari sebelum itu. Dan kereta itulah yang menjadi buah hati selama beberapa tahun.
Toyota Altezza RS200

Accord Euro R saya ini semasa dibeli telah disertakan dengan spoiler dan grill jenama Mugen yang sedia maklum sukar dicari dan mahal. Kira nasib baik la saya nih. Kemudian pada permulaan, beberapa proses pembaikan perlu dilakukan pada sebelum proses pengubahsuaian dimulakan dengan sebahagian besarnya adalah DIY. Antara DIY yang saya telah lakukan:

1. Mengecat brake caliper
2. Menukar stereo dan speaker
3. Memasang lampu neon bawah kereta
4. Menukar stereng
5. Membuang calar-calar di bumper hadapan
6. Menukar airfilter sistem
7...

ntah, banyak sangat yang telah dilakukan. Selain itu, pelbagai masalah juga telah saya hadapi dengan kereta ini seperti bolt enjin mounting yang terpatah ketika berlumba dengan kawan-kawan, banana inner house yang hancur setelah terjatuh selepas berlanggar dengan tayar, bolt rim yang terpatah dan lain lain. Kemudian setelah kereta ini dibawa pulang ke Malaysia, pernah juga kereta ini dipecahmasuk oleh perompak dan 2 kerusi recaro standard, stereng momo bernilai RM800, beserta speed limiter yang baru dipasang telah dicuri. Selain itu juga pelbagai lain kenangan dan rekod bersama kereta ini telah dibuat.
Bergambar bersama Altezza di PutraJaya

Di Malaysia juga, terdapat kumpulan Honda Accord generasi ke-6 yang aktif dalam pengubahsuaian dan berkomuniti. Saya yang telah menganggotai mereka setelah pulang juga telah belajar banyak mengenai perihal kereta daripada mereka. Cuma keadaan kewangan dan alat ganti yang mahal di Malaysia berbanding dengan di Jepun buatkan tiada sebarang pengubahsuaian yang boleh dibuat saya ketika di Malaysia. Setelah berkahwin dan isteri yang telah mengandung membuatkan saya mengubah kembali keadaan kereta kepada keadaan asal. Tiada lagi kedudukan seat yang rendah, tiada lagi suspension perlumbaan, dan tiada lagi sebarang pengubahsuaian ekstrim.
Semasa gathering bersama rakan-rakan Accord 6th gen

Setelah beberapa tahun berlalu, dan isteri saya pula sedang mengandung anak ke-2 kami, kebetulan pula usia kereta telah pun lanjut dan pelbagai peralatan perlu diganti. Ketika ini jugalah saya terpaksa membuat keputusan yang sungguh sukar iaitu menjual kereta ini. Walaupun kereta ini sukar dilihat di Malaysia dan mempunyainya adalah satu kelebihan, tetapi manusia perlu maju ke hadapan. Dan saya yang mementingkan keluarga lebih dari segalanya telah menjual kereta yang banyak berjasa kepada saya dan isteri selama ini. Mungkin pada perasaan saya sahaja atau pun kebetulan, di saat akhir sebelum saya menjual kereta ini, pelbagai masalah datang serentak seolah-olah merajuk dengan keputusan saya. Namun begitu terpaksa jua saya lepaskan......................................semoga berjumpa lagi 'Maikel' (nama timangan saya kepada Honda Accord Euro R CL1 yang banyak berjasa kepada saya itu).

2 ulasan:

  1. -fareez-

    salam bang... tq untuk info... sy mmg berminat dgn euro r ni...maybe jd first car sy... insyaalah...

    BalasPadam
  2. salam brO..banyak infO berguna daripada brO sbb tengah nak mencari hapkat cl1..terimakasih brO-mie havoc muar

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...