walopon kereta saya tidak ada rupa dan kuasa sehebat kereta diatas, tapi lebih kurang macam tu lah kereta nih. Skyline R32 ni lebih kurang macam pencetus era kegemilangan untuk siri skyline kerana model ini dikatakan lebih berjaya berbanding model-model skyline sebelumnya. Bermula pada model ini jugalah Nissan telah memperkenalkan siri GTR yang telah terbukti sebagai "monster" pada kalangan-kalangan performance car. Selepas kejayaan yang dicapai pada Skyline R32, Nissan telah menyambung kehebatan siri skyline melalui R33 dan R34 sebelum dikecewakan melalui model R35.
Nissan Skyline R33 adalah siri kedua skyline yang dihasilkan berdasarkan skyline R32. Dengan isipadu enjin yang lebih besar (2500cc), Skyline R33 bagaimanapun gagal dalam perkara asas utama dalam bidang performance car, kekuatan enjin yang selari dengan berat kereta.
Nissan Skyline R33 GTR
Skyline R32 dicipta dengan badan yang ringan bersama enjin 2000cc nya dan ini menghasilkan satu keupayaan yang sesuai. Manakala Skyline R33, walaupun dihasilkan dengan enjin 2500cc, berat badan kereta yang berlebihan menyebabkan model ini tidak berapa berjaya. Para pengguna perlu mengurangkan berat badan kenderaan sekiranya mereka inginkan kuasa maksimum daripda model ini. Nissan telah pun sedar akan perkara ini lalu menghasilkan satu lagi model yang kuat dan bersesuaian dengan berat badan, Skyline R34. Nissan Skyline R34 GTR
Nissan Skyline R34 GTR adalah antara monster yang amat digeruni dan diingini berdasarkan kehebatannya yang dikatakan satu-satunya kereta komersial keluaran Jepun yang boleh menyaingi kelajuan Ferrari. Namun, sebaik sahaja Encik Carlos Ghosn menguasai Nissan, kehebatan siri skyline dikecewakan dengan penghasilan skyline R35 yang lebih menuju ke arah sebuah kereta mewah.Nissan Skyline R35
Selepas menerima kritikan dan kutukan mengenai perubahan mengecewakan pada Skyline R35 inilah, Nissan telah mengumumkan projek penghasilan monster skyline yang baru. Selepas sekian lama, kita telah dikejutkan dengn pengumuman Nissan Skyline GTR terbaru dari Nissan sebelum namanya ditukar kepada Nissan GTR (ianya dikeluarkan daripada siri Skyline berikutan kuasanya yang terlampau hebat).Nissan GTR
Berbalik kepada Nissan Skyline R32 kepunyaan saya dahulu, model Type M sebenarnya adalah model R32 coupe yang dikuasakan dengan single turbo, berbanding dengan GTR yang mempunyai twin turbo. R32 ini juga seperti skyline yang lain dihasilkan dalam pelbagai version. Version 4 pintu tanpa turbo untuk kegunaan pak cik makcik, version 2 pintu tanpa turbo untuk kegunaan wanita bujang (menggunakan nama panggilan GTS), Type M yang mempunyai 2 pintu dan satu turbo, dan juga GTR yang mempunyai 2 turbo 4WD.Kereta saya semasa dibeli mempunyai spesifikasi yang simple, ekzos besar dari HKS, air filter cendawan HKS. CPU ???(lupa nama), bodykit Bomex ala ala GTR. kemudian saya telah mulakan modifikasi dengan menukar stereo kereta, menukar steering kereta, memasang blow off HKS, menggunakan Iridium Plug, menukar ignition coil kepada HKS dan beberapa modifikasi yang ringan. Terus terang saya telah berhabis banyak untuk kereta ini ketika itu.
Sethun selepas bermanja dengan skyline nih, saya pun telah mula mencongak congak mengenai kereta untuk dibawa pulang ke malaysia. dengan kereta 2 pintu seperti ini, amat sukar untuk digunakan di malaysia. apatah lagi apa telah berkeluarga nanti.. ketika itulah saya mula mencari cari kereta lain dan menjual kereta ini kepada kohai (junior) saya.
Terus terang, walaupun saya telah menggunakan honda dan toyota sebelum ini, nissan skyline ini tetap menjadi kegemaran saya yang utama. Sehingga sekarang pun saya masih terkial-kial mencari masa dan wang untuk kembali bermanja bersama Nissan Skyline R32 ini lagi.....Insyaallah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan