Selama ni aku dah pergi holiday kat banyak tempat kat mesia dah, tapi kali ni baru berpeluang utk ceritakan dalam bentuk penulisan.
Trip kali ni aku pergi Desaru kat Johor sempena cuti tahun baru dari 31st december malam sampai 3rd january.
31st December 2009
Kami bertolak dari rumah cheras pukul 9 setgh malam pergi tido kat melaka dulu, rumah nenek mama. Mama balik keje lambat aritu, tu yang kul 9setgh baru dpt keluar rumah tu. Kitorg sampai melaka kul 11 lebih. Jangkamasa stended utk kelajuan stended. teringat kalau masa pakai Euro R dulu, biasanya sejam lebih je kalau balik melaka. (masa terpantas aku pernah buat 45 minit dari Durian Tunggal sampai Bangi tgh hujan sepanjang jalan, masa sama sama merempit ngan apul dulu-dulu, anak bini takde la dalam kereta hehehhe). Bila dah sampai melaka, kitorg rehat jap tunggu ambang 2010. seploh minit lepas masuk 2010, kitorg gi menculik kakak. (kakak ni nama panggilan utk sepupu mama, rakan subahat kitorg setiap kali balik melaka) Ingatkan culik kakak pastu buleh la merayap tgk pemandangan malam melaka, dari durian tunggal nak lepas ayer keroh pun dah jem nak mampos, last2 kitorg singgah McD drive through pastu balik umah balik. lagipun babah dah penat giler.
1st January 2010 (Happy New Year!!!)
bangun pagi, pegi beli breakfast ngan mama, zia n kakak. pastu lepak2 n siap2....kul 12 lebih kitorg bertolak menuju ke desaru......
Dari Melaka masuk Plus Highway menuju ke Johor Bharu. Keluar exit Kulai, pastu ikut signboard arah Kota Tinggi. Nanti akan lalu jalan hutan/kelapa sawit lah. Sampai kat Kota Tinggi akan jumpa signboard Desaru, follow signboard tu. Desaru dari Kota Tinggi ade la dalam 60km. Jalan raya walopon jalan biasa, tapi lurus pastu takde lobang2 sangat, memang orang bawak laju2 pun (giller cuak gak la tgk diorg ni bawak laju2).
Dalam perjalanan nak pegi resort kitorg, kereta aku record lawa punye mileage....Resort yang kami tidor ni nanti pulak bukannya betul2 kat pantai desaru, tapi melencong sket ke selatan. ade la 20km dr desaru...
Nama resort kitorg ni Sebana Cove Marine & Golf Resort. Terletak di sungai sebana yang melunjur ke selat johor. Dari main entrance sampai ke reception ade la 4.5km camtu, giller jauh. nanti lalu kawasan hutan sket sebelom jumpa padang golf. Tapi yang paling best, tgh jalan nanti jumpa mende2 nih...
Lepas check-in, tak sempat nak masuk bilik terus gi resort punye restoran, melantak. restoran dia mengadap kapal2 layar yang besau2....lepas makan, balik bilik, rehat.....
malam lepas tgk buletin utama (bilik aku ni buleh tgk TV3 jek, bengong betull...), kitorg keluar menjelajah seafood restoran kat pekan Sg. Rengit. Pekan Sg. Rengit ni terletak 9km dr resort, pekan yang paling dekat sekali. sampai2 tu, memang banyak la kedai yang tutup (pekan koboi...) tapi kitorg ternampak satu medan selera dengan signboard "Medan Ikan Bakar".....terus berhenti huhuhu...kitorg duduk pastu dengan excited sekali mama tanya orang kedai, "ikan bakar ada?"...orang kedai menjawab "ada ikan pari ngan terubuk je"...ceh hampeh. "kerang bakar ada?"...dia jawab, "seafood takde sangat la kak, ikan pari ngan terubuk tadi je ada"......kitorg blur, nama medan ikan bakar, tapi takde seafood?!....takpe2, terus kitorg order ikan pari bakar pastu aku beli bubur nasi utk zia. walopon ikan pari bakar je yang ada, dia punye rasa....pergh, sedap giller!! serius...bukan nak tipu, memang sedap...lepas makan, kitorg balik resort...(cuba korang bayang kitorg jalan kat resort ngan signboard2 kat atas tu, hutan kiri kanan waktu malam pukul 11 lebih, aku cuak gak aa, tapi cuba control takut mama pun jadik takut gak nanti)...
2nd January 2010
bangun pagi, pergi breakfast, lepak2, bergambar....
lupa nak cakap, bilik yang kitorg dapat ni best gak la. bukak pintu je, terus nampak kereta....Dah tengahari barulah kitorg mula keluar berjalan. Mula2 sekali sebelum pergi makan, kitorg pergi ke Tanjung Pengelih. Kat Tanjung Pengelih ni ada Kem TLDM ngan pelabuhan feri dari singapore. Jalan raya nak sampai sini pun betul2 sebelah laut. Lepas berhenti kat Pelabuhan Tanjung Pengelih, kami pun berpatah balik menuju ke Sungai Rengit, keluar je dari pelabuhan tu, aku ternampak satu structure batu tepi jalan. Nampak ayashi (meragukan) giler...jalan depan sikit ade seketul lagi. dalam batu tu lak ade ruang kosong....masa tu baru aku sedar yang tu sebenarnya kubu peninggalan dari perang dunia ke2 dulu. Aku ada baca dari brochure yang anwar (member opis) bagi. Tapi aku tak sempat nak amik gambar pasal dah terlepas jauh dah pun. Cuma yang aku kesalkan, apsal takde signboard ke apa ke yang nak tunjuk tu satu dari bahan sejarah kita.
Balik ke Sungai Rengit makan kat tempat ikan bakar semalam (ni pun satu hal, nak mencari kedai halal kat sini punye la susah. sebesar mukim/pekan ni kat medan ikan bakar semalam tu je la yang ada kedai makan halal. mana pergi orang islam kat pekan ni?)...
Ada ayam nak bergambar samaAyam spesis rare (nama dia polish chicken)Anak kasuwari yang baru sehari menetas (hidup lagi tu)
Barang sourvenir dari Ostrich Farm
Barang sourvenir dari Ostrich Farm
Nak masuk Ostrich Farm ni kene bayaran RM10 untuk seorang dewasa. Kat sini nanti bila kita masuk, ada orang yang akan bagi explanations pasal burung ni. Kita buleh la nak naik burung ni, bagi makan etc. Ade gak dijual daging burung, telur, satay burung, etc. Telur dia harganye RM50!!!! mahal tak?tapi logik la sebab saiz dia besar pastu kos untuk jaga burung ni mahal. sebiji telur dia dikatakan buleh dimakan untuk 20 hingga ke 30 orang!!!!...giller....senang nak buat kenduri nih hehehe......pastu kami beli kaya yang dibuat dari telur burung ostrich sebagai buah tangan.
lepas keluar dari ostrich farm tu, kami berangkat pulak ke Batu Layar. Aku mulanye tak faham kenapa dipanggil sebagai "Batu Layar", tapi sebab ade kat dalam peta tourism desaru, aku pun pegi la jenguk...sampai2 je sana, ade la beberapa family tgh bermandi manda kat pantai. "Amendenye Batu Layar?".........rupanya nun jauh kat sana tu, ade kawasan batu batu, salah satu batu tu berbentuk layar kapal. aku tak dapat nak amik gambar betul2 sebab jauh sangat......tapi takde la besar mana pun....mandi kat pantai tu lagi best kot. dah la orang tak ramai, air pun tak dalam, ombak pun takde la kuat...buleh nampak air biru...tapi aku tak mandi dah, sebab aku nampak ade mamat ni datang kat kete aku tulih resit, "hampeh, nak kene bayar ke?".....aku pun blah gi kat kete kata kat mamat tu aku nak blah dah, saja singgah kejap........pastu kami teruskan perjalanan ke pantai desaru......

Jalan ke Desaru dari Batu Layar (lawa tak?)
Sampai ke pantai desaru, ade banyak resort yang buleh jumpa tengah jalan. kami pergi lepak kat Desaru Holiday Beach....nak masuk situ kene bayar RM3. Kat dalam tu banyak la kereta..(kebanyakkannya nombo plate singapura)...pastu jalan dia bukan jalan tar. (waktu ni lah yang aku bersyukur pasal beli SUV hehehe....kalau pakai Euro R dulu, ade gak kene buat zig zag, gesel sini gesel sana.....).. bila dah sampai tepi pantai, ingat nak ajak anak aku main air, rupanya dia tido. alahai kesiannya...pastu aku pun duduk je la dalam kete ngan mama. kitorang tengok orang main2 pasir, mandi laut, orang main surfboard, layang2...........sampai dah busan giler, aku pun baru ingat nak blah bila zia bangun dari tido......on time lah. aku pun amik zia bawak gi tepi gigi air, sentuhkan dia kat pasir.............................................................terus melalak nangis hahahah..aku cecahkan kaki atas air pun dia melalak...last2 tak buat apa, kitorang main2 air camtu je ngan mama. Lepas tu kitorang pun bergerak balik resort sebab takut tak sempat sembahyang. Masa balik singgah petronas basuh kaki (perlu diingatkan yang ini lah satu satunya petronas yang ada kat desaru, petrol station paling dekat ade la 20km ke arah Kota Tinggi. So sesiapa yang nak datang Desaru, isilah minyak siap2 untuk kesenangan anda).
Sampai kat resort, babah ngan mama pun bawak zia gi mandi pool....yeyy!!!memang babah tunggu saat ni untuk mandi ngan zia. sekali bila masuk dalam air jek, terus melalak lalak menangis budak tu....macam2 cara dah buat, menangis gak dia...sebabkan takut nanti orang kata kita dera anak, kami pun bawak zia balik masuk bilik, mandi kat bilik je la senang. malam tu kitorang duduk kat bilik makan megi je sebab malas nak keluar carik makan, penat lagipun.
3rd January 2010
Kami bangun pagi terus gi breakfast, siap2 kemas barang....check out pukul 11 pagi. pastu jalan gi Kota Tinggi nak carik souvenir......tapi tak jumpa tempat jual barang2 tu...puas pusing2 kat bandar Kota Tinggi tapi tak jumpa. Pelik betullah tempat pelancongan camni takde jual sourvenir, t-shirt ke keychain ke apa langsung takde.......last2 kitorang pegi Econsave beli susu untuk zia jek. pastu gerak balik Kuala Lumpur........
sampai kat rumah cheras, malam tu aku keluar gi gunting rambut siap massage (betul ke aku eja ni?kira pegi gunting sambil urut lah). giler terer india tu urut aku, abih hilang lenguh2 badan..........
Begitulah kenangan kami kat Desaru...........Next trip....Bukit Fraser awal bulan February lak (insyaallah)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan