Isnin, 11 Januari 2010

D'Carbo D'Tiara

Aritu kami kat opis telah menjalankan eksperimen D'Carbo pada kereta carburator pulak.
Kalau kereta injection ni tau la, carik vacum hose...tapi kalau carburator ni, baru nak try. Mangsa eksperimen kami kali ini adalah Proton Tiara milik saudara anwar (sebenarnye kereta family bazilah, tapi sebab anwar dah kawen ngan bazilah, maka buleh kata kereta dia gak la).
cara2nye:

1. bukak hood, start enjin kereta...(kereta tiara si Anwar ni memang gila punk la. kitorg bukak je hood, nampak air filter ngan karburator tak bersambung, tercabut. heheh...maknanye kereta tu bergerak tak guna air filter, memang bagus untuk performance. tapi barai untuk jangka hayat kereta)
2. bukak lobang karburator, pastu curah perlahan lahan D'carbo kat dalam.
3. tunggu dalam beberapa minit, baru la buleh rem kereta macam biasa.....agak banyak gak la asap yang keluar dari kereta tiara nih.

macammana perbezaan dia?aku pun tak tau, kene tanye empunye kereta. dia yang dok bawak kereta selalu, dia yang rasa sendiri. camne rasa anwar?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...