Wife aku, mak mertua aku, maid aku..selalu bising pasal diorg asyik kene karen (electric shock) bila pegang besi. aku pun kene gak lately...kenapa ek, mari kita pikir balik dari segi saintifiknye
Asalnye setiap jasad dalam dunia dihasilkan dengan jumlah cas positif dan negatif yang sama banyak. Ini yang kita sebut sebagai stabil. Bila berlaku pergerakkan pada jasad ataupun geseran sesama jasad (jasad tu bukan merujuk kepada mahkluk hidup sahaja ye, saya maksudkan semua benda termasuk udara), perlanggaran cas akan berlaku menyebabkan cas-cas ini beralih tempat lain. Bergantung kepada jasad itu sendiri, sesetengah jasad akan mengumpul cas positif sahaja manakala sesetengah jasad pula akan mengumpul cas negatif sahaja. bila masa cas-cas ini telah mengumpul banyak cas, sekiranya ia bertembung dengan jasad dengan cas berlawanan ataupun jasad yang berhubung dengan bumi/ground (contoh seperti besi), kejutan letrik akan terhasil. lagi banyak simpanan cas dalam badan seseorang, lagi kuatlah kejutan letrik yang akan dirasai. mengikut rekod, ada kejutan letrik yang dirasai manusia sehingga ke 4kV. kuat tu.....letrik kat umah pun 250V, bila kene tu pun dah tercampak badan. inikan pulak 4000V....pergh. pergeseran dengan udara, pergeseran dengan kain, pergeseran dengan perabot pun sudah cukup untuk menghasilkan cas. cuma yang membezakan adalah kuat atau tidak kuat cas yang dikumpulkan.
selain sifat fizikal jasad tu, keadaan suhu dan cuaca juga memainkan peranan dalam pengumpulan cas nih. suhu yang paling aktif untuk penghasilan cas ni adalah suhu yang sejuk....contohnye dalam bilik ber-aircon, duduk dalam bilik tu lama2..mesti kadang2 korang kene letrik bila pegang tombol pintu. humidity atau bahasa kuala lumpurnye kelembapan udara juga memainkan peranan. humidity yang rendah amat memudahkan pengumpulan cas manakala humidity yang tinggi menyukarkan pengumpulan cas. ini kerana wap air dalam udara sudah cukup untuk men-stabil-kan cas-cas yang tak stabil dalam udara.
berdasarkan cerita dongeng diatas, boleh la kita mengambil usaha untuk mengelakkan kejutan letrik itu dengan memasang ionizer atau mesin kecik yang keluarkan wap air tu berdekatan dengan tempat yang selalu kita kene kejutan letrik...
kita naik kereta, suasana dalam kereta tu sahaja dah mengumpulkan cas dalam badan kita (sebab tu kat jepun ada jual ionizer utk kereta, untuk menuetralkan cas dalam badan kita). pastu kita keluar kereta, masuk shopping complex..(sejuk tu..)pastu terus pegang trolley...kene KEJUTAN!!skang dah tau kenapa kan?
cas yang tak stabil dalam badan ni jugak sebenarnya boleh membuatkan badan kita rasa tak sehat. kalau search kat internet, banyak artikel yang mengaitkan cas badan yang tak stabil dengan kesihatan....oleh itu, banyakkan bersukan untuk menuetralkan cas selain menggunakan ionizer...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan