Isnin, 11 Januari 2010

D'Carbo D'Perdana

ari sabtu cucu letak D'Carbo kat kereta perdana pak mertua cucu ngan kenari adik ipar cucu....

kat kereta perdana ni memang cucu 1st time buat la. masa kat rumah, cucu bukak hood, carik vacuum hose.................................tak jumpa. sudah.......enjin V6, so besar bagak la, takde vacuum hose ke?!.....carik punye carik, last2 jumpa la. tapi susah nak bukak sebab ade clip. cucu pulak takde tools apa2 nak bukak....pastu pak mertua cucu datang tengok.
"tau tak kat mana nak letak?"....tanya dia
"kat vacuum hose je, kat sini ni. tapi susah la nak bukak, kalau ade playar senang la"...cucu kata la
"betul ke?kene pastikan betul2 ni. kita bawak pegi kat Lam lah" kata pak mertua.

dia ni memang, percaya sangat kat Lam tu (Lam tu mekanik kat kedai dekat ngan umah kitorang). cucu bukan apa, kalau mende2 cam D'Carbo nih, cucu tau mekanik bukan nak layan sangat. diorang tak suka mende2 camtu. tapi sebab pak mertua cucu lagi percaya kat Lam daripada menantu dia, cucu pun dah memang faham dah, kalau dia nak camtu, camtu je la kene buat. cucu pun takde cakap apa, terus setat enjin kete gi jumpa Lam ngan pak mertua.

Sampai tempat Lam, pak mertua panggil dia pastu suruh pasang kat kereta perdana tu, Lam jadik blur sebab tak tau mende apa tu. (ade ke patut dia nak letak kat tempat masukkan minyak enjin, nasib baik cucu halang)...pastu ade la cucu lawan mulut ngan Lam pasal cara pasang mende tu. Ye lah, cucu dah buat kat berapa kereta dah, dah tau cara2 dia, tapi Lam ni pulak baru kenal mende ni, kene la ajar dia. nak buat camne dah pak mertua lagi percaya kat Lam.
lepas dah ajar, Lam masukkan sambil cucu bgtau cara2 dia.......
kat sebelah throttle body perdana, ade satu vacuum hose besar (lagi besar dari yang kat accord ngan kenari). kat situ lah kitorang masukkan d'carbo. Lam pun kata perdana ni tak banyak vacuum hose. Lepas masukkan, kitorang pun tunggu dalam sepuloh minit baru la mula rem2 kereta tu.....maka berkepul kepul lah asap keluar dari ekzos. pastu Lam ngan staffs dia semua cam terkejut. semua tertanya tak pe ke berasap camtu?....
pastu pak mertua tanya kat Lam, nak pakai kat kedai dia tak?......Lam cepat je menolak. dia tak berani nak buat, kang jadik pape kang dia yang kene...(cucu dah agak dah, ekzos keluar asap, mana ada mekanik yang ingatkan mende tu ok kalau camtu)..sementara tunggu perdana ni abih keluar asap, pak mertua suruh buat kat kereta kenari adik ipar cucu. dia pun panggil husband adik ipar cucu bawak kenari tu datang bengkel Lam. Sementara tunggu kenari sampai, Lam cakap ngan cucu kat belakang (pak mertua kat depan masa tu)..
"ini senang punya keje you sendiri boleh buat"...kata Lam. (memang pun)
aku pun jawab slow2....."memang i selalu buat sendiri kat kereta lain, tapi bapak i nak u yang buatkan kat kereta dia"....
"aiya......."......Lam mengeluh.

sampai je kenari tu, dengan enjin yang terpasang, cucu terus bukak bonet. Tarik vacuum hose (sila rujuk sini untuk cara buat kat kenari) start keje.....pak mertua mula nak panggil Lam tapi tak sempat sebab cucu dah mula buat keje. bila cucu dah tarik hose, pak mertua pun asyik tanya "betul ke tu?"..."pastikan betul"...etc. cucu buat tak dengar terus buat keje sampai semua dcarbo abis kene sedut masuk dalam enjin.....setel.

lepas abih buat keje, cucu ngan pak mertua gi sport centre belakang umah gi tanya harga sewa court berapa heheh...

4 ulasan:

  1. bro ada x gambar vacuum hose tu?
    gua tgh blur2 nk buat Dcarbo ni sbb x jumpa hose tu lar...

    BalasPadam
  2. nak gamba vacuum hose kenari ke, perdana?

    BalasPadam
  3. Hello, i believe that i noticed you visited my blog so i got here to return the prefer?
    .I'm trying to to find things to improve my website!I assume its good enough to use a few of your concepts!!

    Also visit my site :: Gema Dacy

    BalasPadam
  4. Always not too certain this is a good the ways to access funds?

    Cease working the specific meat, interesting situations.
    Worth mentioning shoots that was founded from a cooking
    damage, 25 percent happen presented by fat cells along with engine oil watching log fire furthermore 31 %
    by just barbq griddles.

    Here is my site ... Weston Schell

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...