Khamis, 30 Disember 2010

Natsukashi

Kenangan lama sekitar tahun 2003, dari kiri: Kucai (tukang bawak tools: botol kosong sentiasa diikat kat basikal untuk tujuan ke tandas), Rintik (tukang cuba: apa yang pelik2 jumpa tgh jalan, dia cuba dulu hehe), Apul (tukang rekod perjalanan: sebab beskal dia ade meter, tapi kalau naik bukit dia paling laju), Saya (tukang lead jalan (navi): tapi masa naik bukit saya kat belakang sekali), Pabo (radio jalanan: menyanyi manjang sepanjang jalan, bila naik bukit jalan kaki dengan saya kat belakang sekali, tapi turun bukit paling laju sekali)

Sebabkan semua gambar2 masa kat Jepun abih hilang (sebab hard disk yg simpan gambar2 tu rosak), so saya pun saja usha kat yahoo group ke apa2 la method yang kami kat Akita pernah guna untuk simpan gambar. Last2, dapat jugak jumpa gambar2 lama......gambar masa cycling pun ada gak..
Gambar2 di atas diambil masa kitorang pergi camping kat satu tempat pelancongan nama Oga. Perjalanan sejauh 50 km melalui bandar, pekan, bukit, tepi pantai. Bila balik pun ikut laluan sama sejauh 50km gak....
saya cuba carik gambar masa kitorang pergi touring ke Hirosaki sejauh 500km pergi balik selama 5 hari, tapi tak jumpa gambar tuh.

Rabu, 29 Disember 2010

KAMI MAHU LALUAN BASIKAL!!!!

Sejak mula berbasikal balik nih, memang teringin buat mcm masa kat Jepun dulu. Pergi touring jauh2 ngan kawan2...naik beskal ramai2..memang best. Pastu bila dah balik mesia nih, tau je la dengan kete ngan motor yang byk pastu bawak laju, agak bahaya sebenarnye nak berkayuh kat tepi jalanraya nih. Kalau ikutkan memang la nak bg cadangan kat PBT suruh buat laluan basikal, tapi sure takkan dapat sebabkan kos tinggi, pastu laluan tu sure nanti motor yang lalu, pastu berapa ramai je sgt yang naik beskal.....berbaloi ke?Tapi kalau ade laluan beskal yang sesuai, siapa tahu boleh menggalakan orang ramai naik beskal.
Kalau tgk kat area Wangsa Maju ngan Bandar Permaisuri, sebenarnye DBKL ade buat laluan untuk basikal dan pejalan kaki. Tapi kalau sesiapa tgk laluan yang dibuat tu, mesti fikir byk kali nak lalu ke tak. Sama jugak kat tempat lain yang pernah saya nampak laluan basikal. Bukannya orang tak nak guna laluan basikal tuh, tapi laluan basikal tu terhapa hapa ntah....ibarat macam korang naik basikal mountain bike masuk hutan. Laluan basikal sepatutnya selesa untuk dilalui semua basikal terutama basikal orang tua nih. Bila laluan basikal teruk, memang tiada yang akan guna laluan basikal. Kemudian mungkin PBT akan buat tanggapan laluan basikal tak perlu. Sedangkan orang tak sanggup tempuh laluan yang tak selesa gitu. Dah la penat kayuh basikal, nak campor pulak penat dok redah laluan mcm offroad tuh. Saya tak tau la designer PBT yang design laluan basikal tu tiru dari negara mana, tapi kenapa tak dicuba buat laluan basikal dari negara-negara yang ramai menggunakan basikal mcm Jepun. Tgk contoh laluan basikal negara Jepun kat gambar bawah.

Hampir kata kat sepanjang jalanraya seluruh Jepun ada laluan pejalan kaki ngan basikal kat sisi jalan, kecuali dekat kawasan berbukit yang sempit. Kalau kawasan yang ramai penduduk, laluan begitu ade kat kiri-kanan jalan. Laluan pulak memang rata, mcm laluan jalan untuk kereta. Andai kata ade pembinaan, penyelenggaraan telekom, tnb dll kat laluan basikal ni, kontraktor akan buat laluan kecik untuk org naik beskal, letak kon berpagar kat sepanjang laluan supaya penunggang basikal tak masuk kawasan penyelenggaraan, pastu akan ade sorang pengawal lalulintas yang menjaga penunggang basikal. Walopon di kawasan ceruk sekali pun, mereka akan sediakan semua kemudahan tu sebab tu undang-undang negara Jepun untuk menjaga pejalan kaki dan penunggang basikal.

Kalau tgk kat gambar2 atas tu, laluan basikal ngan kereta memang bersebelahan betul2, dibahagi dengan pagar divider yang kuat kat tengah. Maksudnye kalau nak buat kat Malaysia, tak payah nak ditarah bukit ke, hutan ke untuk buat laluan nih, cuma tambahkan lorong di tepi jalan dan diletakkan pagar divider di tengah. Kalau fikir2, bukan susah mana pun nak buat laluan basikal camtu kat Malaysia nih, cuma kos je la yang jadik masalah. Tapi apa la sangat kos yang tinggi berbanding keselamatan rakyat.
Apa kelebihan laluan begini?
1. Keselamatan pejalan kaki ngan penunggang basikal terjamin. Mungkin kita tak nampak berapa ramai yang nak kayuh/jalan kat tepi jalan ni. Tapi cuba bayangkan sebuah sekolah yang terletak di tepi jalan besar. Bila tamat waktu sekolah, ade pelajar yang berbasikal/berjalan untuk pulang. Laluan pejalan kaki hanya ade di bus stop saja. Walopon rumah mereka 500meter dari rumah, mereka terpaksa berjalan di bahu jalan, bahaya tak kalau ramai2 berjalan/berkayuh tepi jalan gitu?lebih2 lagi kalau kat kawasan2 kampong, memang tak byk bas sekolah, kebanyakkan mereka rumah jauh2, terpaksa berbasikal atau jalan kaki. Kat kawasan kampong/pendalaman ni jugak la kereta selalu pandu laju sebab jalan tak byk kete. Signboard suruh perlahan sebab kawasan sekolah hanya ada bila dekat ngan sekolah, kalau rumah pelajar tu satu kilometer ngan sekolah, memang takde la signboard gitu. Kete pun memang bawak laju la. Kalau takde laluan sesuai untuk pejalan kaki/basikal, memang jalanraya tu jadik kawasan bahaya.
2. Keselamatan pengguna jalanraya yang lain pun terjamin sama. Sekarang ni bila hujan, air yang mengalir kat bahu jalan konpem akan rosakkan tanah kat bahu jalan. Tanah2 yang terhakis ade yang terbawak masuk ke jalanraya, hasilnye jalan berpasir, bahaya untuk penunggang motor. Tanah2 kat bahu jalan pulak bila dah terhakis kadang2 buleh sampai bahu jalan berlubang, bahaya untuk pengguna jalan bila malam. Longkang kat bahu jalan pulak penuh ngan pasir, tersumbat..last2, jalanraya banjir, memang bahaya. Andaikata ada laluan khas untuk basikal kat tepi jalan, air mengalir kat laluan basikal itu saja, kurang tanah yang terhakis, kurang pasir yang masuk longkang ngan jalanraya. Tambahan pula laluan pejalan kaki juga akan jadi tempat menunggu sementara bagi pejalan kaki yang nak lintas jalan. Takde la diorang kene tunggu betul2 kat tepi jalan, dibuatnye dtg treller, abih kene......
3. Pemandangan jalanraya kita berubah. Ape perasaan korang bila nampak jalanraya kita ni selamat bagi pejalan kaki ngan penunggang basikal?gitu la jugak perasaan pelancong yang datang malaysia. Kalau macam sekarang ni, betul2 kat tepi jalan penuh semak, sampah, kete yang parking sesuka hati, tanah runtuh, pasir, tanah, sampah bahan binaan ngan lain2. Bila ada laluan beskal, at least pemandangan tu akan di tapis dengan laluan basikal dulu.........dengan syarat sampah pejadah tu semua semua tak leh ada atas laluan basikal, sebab bahayakan pejalan kaki ngan penunggang basikal.
4. Mengelak perbuatan khianat. Kalau tgk kes2 ragut, rompak tepi jalan ni.....kene pada pejalan kaki yang sedang berjalan di tepi jalan oleh si penjenayah yang menunggang motor. Laluan pejalan kaki, basikal begini mungkin dapat mengelak berlaku kes begitu. Sebabnye, laluan itu untuk pejalan kaki dengan basikal, bila motor pun nak menyebok masuk situ, sure ade maksud lain dan pejalan kaki boleh lah berwaspada pada motor tu.

Buat masa ni tu je kelebihan yang buleh saya fikir. Apa pun kesimpulan yang saya nak cakapnye, kepada kerajaan, tolong la buat laluan pejalan kaki ngan basikal so saya dapat naik beskal menjelajah ke mcm tempat dengan selamat, pastu anak2 saya nanti dapat pegi sekolah dengan selamat. Sekian

Isnin, 27 Disember 2010

Velo 5 meter installing

Hari ni saya nak ceritakan cara memasang meter basikal pada basikal....saya rasa mungkin ada yang nak cuba pasang meter tu sendiri tapi tak berapa sure caranye. Ye la kan, manual yang ade pun bukannye buleh pakai.....so meh saya tolong sikit. Sebenarnye saya pun baru pertama kali buat mende nih, kirenye nak try DIY la kan, so sesiapa yang rasa cara saya salah, sila komen...

Kat sini saya gunakan meter brand Cateye model Velo 5. Model Velo 5 ni agak lekeh sikit banding ngan Velo 8....lagipun model Velo nih pakai wire lagi untuk sambungan sensor kat tayar ngan meter unit. Kat market skang dah byk dah jual yang pakai wireless, nampak canggih lagi la, kemas, takde selekeh ngan wire yang berserabut.

Dalam setiap pembelian meter Cateye biasanye akan disertakan ngan 1. meter unit, 2. sensor 3. magnet 4. ty-rap 5. manual 6. bracket.........

1. Tetapkan kat mana nak letak sensor ngan magnet. Sensor diikat pada fork beskal guna ty-rap, magnet lak kat jejari rim basikal. Jarak antara magnet ngan sensor tu dalam 5mm lebih kurang.
※kedudukan sensor/magnet tak kesah pada rim, tak ada jarak tertentu dari hub ke, axle ke....yang penting setting saiz rim kat meter unit tu nanti

2. Lilit wayar secomei yang mungkin bermula dari fork, sambung ke cable brek depan. Mcm beskal saya, pakai disc brake, kalau letak sensor tu kat sebelah fork yang ada disc tu, nanti susah nak dapat gap 5mm, so saya letak kat opposite site. So wire terpaksa la ikat sikit kat fork pastu terus lilit kat cable brek.

3. Set meter bracket cun pada tempatnye kat atas handle bar. Lepas wire pun dah kemas lawa, meter bracket pun dah tau nak letak mana, ikat meter bracket kat handle bar guna tyrap.

Siaplah pemasangan meter....seterusnye cara nak setting meter tu buleh berpandukan mada manual. Lebih senang sebab siap gambar turutan....

※gambar meter terlupa nak amik, will be updated

Kayuhan pertama tasik

Weekend baru ni saya teruskan usaha saya untuk kembalikan stamina cycling. Sabtu pagi lepas subuh lagi dah bgn siap2 pegi cycling kat Tasik permaisuri. Basikal dah sumbat dalam CRV siap2 mlm tuh......Sabtu pagi tu alhamdulillah, 2 round dapat buat. Hajatnye nak buat satu round je sebab tak biasa lagi, lagipun takut lambat sebab aritu ade hal, tak leh keluar lama. Sekali bila dah habis satu round, tgk2 15 minit jek, tak penat lak tuh, tu yg buat lagi satu round....dah buat 2 round tu baru la rasa semput sikit pastu....tapi memang puas hati giler. Balik pun sebab terpaksa, kalau tak memang sambung satu round lagi. Yang bestnye, tgh dok ngayuh tu, kita dgn seluar cycling la, glove la...sekali tgk ade sorang pakcik tuo nih, pakai kemeja, slack ngan kopiah dok cycling naik beskal lipat....memang riadah betul pakcik nih...

Ahad pagi lak, pegi lagi kat tmpt yang sama. Tapi pagi ahad tu agak hujan renyai2 sikit, tapi dah prepare baju hujan (sebenarnye baju sejuk masa kat Jepun, agak tebal banding ngan baju hujan biasa).Sampai kat tasik, tgk orang dah ramai, tapi semua rilek je hujan2 camtu dok jogging. Tapi sebab saya cycling, kene la baju hujan sebab lagi laju kita gerak lagi byk kene hujan. So lepas siap ngan baju hujan, terus buat satu round. Masa nak abih round 1st tu dah setat semput......tapi takkan nak benti, ari sebelum tu selamba jek. Sambung dengan round 2nd, masa mula2 tu ade naik bukit sikit, macam nak tercabut gak la paru-paru dok ngayuh.bila nak abis tu, memang tak saba2 la nak sampai kat kete...giler penat. sebab pakai baju tebal kot....masa dok ngayuh tu pun saya perasan beskal ade lain, gear punye setting ade lari sikit, seat dok goyang2, ngan taya yang tak cukup angin........pastu saya ade semcm punye feeling yang basikal tu punye saiz tak masuk ngan saya, sebab jarak antara handle ngan seat agak dekat bagi ketinggian saya.....hmmm

Jumaat, 24 Disember 2010

Recreational is good

"Kau sepatutnye buleh smash sebab kau tinggi"...gitulah nasihat yang diluahkan Aidil kepada saya baru2 ni masa dok main badminton. Betul la tu, tapi saya ada sebab sendiri heheh....(malas pun ada gak aa)
mengimbas kembali:
Semasa di sekolah rendah, saya memang giler bermain bola sepak. Kawan baik saya ketika tu pun kebetulan dia pun giler bola sehingga kami tubuhkan kelab bola sendiri ketika itu dengan sorang uncle indian ni yang merupakan bekas jurulatih bolasepak negeri Pahang telah menjadi jurulatih kami. Anak uncle ni pun salah sorang member team kami....kalau main bola ngan anak dia nih, bila laga betis tu, toksah kata la sakit dia camne, tapi budak tu rilek jek. Kawan baik saya tu pulak dengar cerita memang sampai ke besar bersama bolasepak.
Walopon giler bermain bolasepak, saya memang malas nak pergi join team sekolah masa tu. Walopon kawan baik saya ngan kawan india tu dah pun join team sekolah, sampailah masa darjah 5 lepas kene paksa ngan kawan india saya, saya pun turun la join ujibakat pemilihan utk wakil sekolah. Tapi disebabkan sampai lambat ke pemilihan tu (sedangkan sekolah depan rumah je, lintas jalan 2 lorong), saya pun tak dapat join langsung pemilihan tuh. Masa dok tengok yang terpilih masuk team sekolah berlatih, saya nampak ade la sekumpulan budak ni tengah main volleyball. Sebabkan tak tau nak buat apa, saya pun pergi la join diorang main volleyball. Sedangkan saya tak perasan yang sebenarnye tu ujian pemilihan untuk wakil sekolah. Tiba-tiba saya terdengar bunyik wisel, saya pun mula la nak berangkat balik sebab ingatkan saya mengganggu latihan diorang. Masa nak blah tu la ade sorang cikgu tu panggil nama saya, dia suruh saya stay, saya yang tak tau pape lagi masa tu pun duduk je la sebelah cikgu. Lepas saya, sorang2 nama budak lain cikgu panggil...masa tu la baru saya tau saya terpilih utk team sekolah.....pulak dah....dtg utk pemilihan lain, lain yg dapat. Pertama kali main volleyball, terpilih team sekolah, dan mendapat tempat ke-4 dalam zon ..........(kat KL ni sebabkan takde daerah, kawasan terpecah ikut zon. No 4 dlm zon mcm no4 dlm daerah la jugak).............bermula dari itulah saya mula aktif dalam volleyball dan mewakili sekolah setiap tahun sehingga lah bersara ketika tingkatan 5.
Cedera:
Semasa di sekolah menengah, saya tidak lah begitu tinggi berbanding dengan teammate volleyball saya yang lain. Disebab itu tugasan untuk spike (perbuatan smash tapi digunakan dalam sukan volleyball), diberi kepada mereka yang tinggi2 ini. Tapi saya ada kelebihan lain iaitu servis. Servis saya dikatakan sukar diambil pasukan lawan. Sebabkan tulah mereka sering jadikan saya sebagai servis utama dalam setiap game. Tapi dalam kekuatan servis yang ada pada saya, tak sangka la pulak membawa kesan buruk kepada saya ketika umur masih muda.
Semasa belajar di universiti, saya masih bermain bersama rakan2 malaysia di universiti. Kebetulan ada antara mereka ni yang juga pernah mewakili sekolah dalam volleyball, so kami kadang2 kami masih mengamalkan cara permainan sama ketika di zaman sekolah. Ketika itu, court volleyball perlu di tempah dari pihak sekolah dan biasanye kami menempah ketika awal pagi di hujung minggu. Sepanjang 5 tahun bermain vollleyball di waktu pagi, memang tiada langsung saya mengamalkan senaman panas badan...akhirnye masa tahun ke 3 di universiti, saya mengalami kecederaan bahu lepas membuat servis. Waktu pagi kan badan lembut lagi, pastu dok servis kuat2....memang injured la bila dah lama. Pastu cedera tu mcm berkekalan gak la, saya tak boleh hayun lengan kanan dgn agresif.

walopon buleh dikatakan sebagai alasan, tapi tu antara salah satu punca saya tidak boleh smash semasa bermain badmintan. Pernah jugak cuba dulu, lepas tu terus tangan sakit tak leh gerak. Punca lain lak sebab pakai cermin mata (susah nak agak jarak) ngan belom biasa main badminton lagi..(dua-dua ni alasan malas je kot heheh)........cycling antara recreational yang sesuai saya lakukan sekarang sebab tak payah hayun tangan kuat2 hehe....

Fake CL1 on the market

Actually I saw the add before this and really did not give a damn at that time even I knew that the car was not CL1. Until yesterday when I received a call from my old friend. Actually we had lost contact with each others since 2007 after we finished our study, and coincidentally we met yesterday at Midvalley. Back to story, my old friend housemate are driving original CL1, brought back from Japan to Malaysia. Now he want to sell his car for some reasons and he dun know market price, loan matter and lots of things. So that guy requesting my help coz I have experienced with my CL1. So, there will be an original CL1 on the market and this fake CL1 will surely kacau or getting untung.
If people who not recognize CL1 will surely thought that the fake CL1 is surely original CL1. Here were the comments from my accord frens who know a lots about Accord 6th generation.
1. There are no water spraying nozzle and wiper at the back windscreen which is CL1 should have.
2. Vin plate got kacau-ed. Means owner has adjusted the vin plate by adding CL1 word. The second row word on the plate are showing chasis number. We can check the right chasis number at the body (around clutch master cylinder area) and compare it with the plate.
3. Back light which attached with body (not bonnet) are not CL1 light casing.
4. exhaust very kecik compare to original Cl1 exhaust which is bigger and twin tail.

Actually tak kesah pun if the owner convert or fake the car, but lying people in the add and modify vin plate somemore....not good la kan.

Here are the link to the add (as the time i'm writing the article)

Rabu, 22 Disember 2010

Corporate Social Responsibility (CSR)

Surat khabar hari pun menceritakan betapa 'baik' nye SPRINT ngan LITRAK nak bagi diskaun sempena krismas nih. So nanti LDP ngan Sprint Hway pun murah lah tol nye masa hari tu. Sebelom ni selalu dah pemegang konsesi hway camni buat diskaun gitu, cam PLUS bagi masa Hari Raya ngan Deepavali. Tapi yang tak tahannye bila keluar ayat gini..."Kadar diskaun yang diberikan adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial yang dilaksanakan oleh kumpulan XXXXXX"....tak tau lak saya bila bagi diskaun tu dah dikira tanggungjawab sosial. Nak guna highway tu bukannye wajib bagi semua rakyat, rakyat ada pilihan untuk guna atau tak guna highway tu. Bila diskaun diberi dikatakan pula aktiviti CSR.....hmm...kalau gitu masa Jusco ke, Tesco ke buat diskaun besar besaran, dikira CSR jugak la kot ek....

Isnin, 20 Disember 2010

Total = RM134 termasuk upah


hari ahad......pagi2 lagi dah kluar rumah gi basuh kete, ingatnye lepas basuh tu nak pegi kedai spare part beli minyak hitam utk CRV. tgh drive nak pergi kedai tu, ternampak satu kedai sevis kete kat umah. Diorang baru renovate kedai...dah pernah pergi dah sebelom nih, buleh tahan gak diorang punye cerite dongeng kalau bab suruh org belanja kat kedai diorg. Saya saja singgah sbb nak tau diorg ada minyak hitam apa, saya ni memang pakai semi-syntethic pun dr dulu.....ada la shell semy-syn....tak nok lah. dah pernah pakai 3, 4 kali sebelom ni..memang tak best. power kurang, enjin pun bising...pakai last time pun sebab terpaksa. Kedai yg pergi kali ni pulak ada shell ngan Total...hmm..Total....europe punye brand, tak pernah try.......kedai tu pun stat le cerita dongeng diorg. memang tak amik pedulik pun cerita diorg, last2 saya amik je Total sebab nak try....RM104 termasuk upah...ingatkan malas nak tukar oil filter, last2 pikir tukau je la....sekali dia charge RM30 utk oil filter honda....kureng asam....kalau kat kedai spare part, RM15 hengget jek. Memang dah tau kene tipu...tapi sebab memang malas nak gi tmpt lain, pastu nak suruh kedai tu tgkkan cermin kereta sebelah co-driver yang bergetar bila jalan, relakan je la diri kene tipu....memang lepas2 ni tak pergi dah kedai tuh. Tu pun mcm2 lagi diorg cuba racun saya beli itu la ini la........no..no..no.....lepas siap semua, diorang basuh bhgn depan kete saya jap, sblm tu saya suruh jaga elok sbb saya baru basuh kete. Dah siap basuh kete saya tu, baru saya perasan dia pakai sabun basuh baju.....damn!.......sabar lagi, malas nak ngamuk. Pastu ade la sorang staff diorg ni bawak kete tu sbb nak dgr yang bunyik kat cermin tuh....lepas diorang sampai balik kat kedai, saya pun tanye:
"camne bunyik tu?"...apek tu jwb...
"bos, ni kalau u pasang sounruf ha, ok woo....talak munyik2 lagi".......
konpius jap apsal dia suruh saya pasang sunroof..
"ni sounruf ha, letak belakang panel ni ha, semua munyik talak la nanti...itu mising2 semua talak la"....
baru la saya perasan yang dia kata soundproof....bukan sunroof...memang tak menjawab soklan la dia nih...
"abih tu bunyik cermin tu kenapa?"
"itu sounruf ha, kalau u pasang nanti bila ketuk munyik lain woo....lain woo...talak sama dengan keleta yang talak sounruf"...
"tapi kenapa cermin tu buleh bunyik pulak?"
"itu la...belakang ini panel ha, u talok sounruf ha..nanti haa....." apek ni memang tak menjawab soklan...terus saya potong dia ckp...
"ye saya tau itu soundproof semua....saya sudah pernah pakai. soalan saya sekarang, kenapa cermin saya ada bunyik getar?"
"pasai u punya panel ini sulah longgar, u kene pakai sounruf....."
"abistu kenapa cermin lain takde bunyik?"
"sebab cermin sini punya braket sulah tak ngam sangat maa..."
"ha tu la yang saya mau tau.."...yg kau dok ngarut mende lain tu pejadahnye.
"solution dia apa?selain sounruf?"
"u tukar braket lain".......
terus saya masuk kete blah........................stupid punye kedai.
bengang tu bengang gak la, tapi minyak semi Total ni lepas pakai seharian rasa sedap la pulak. Beza gak la banding ngan minyak semi Shell........tgk dulu perkembangan utk 5000km akan dtg....

Selasa, 14 Disember 2010

Awal Muharram Trip: Kelantan n Penang

Lepas sebuk dengan macam2 hal...akhirnya dapat jugak saya sekeluarga pergi bercuti. Cuti yang pertama kali untuk zahirah zaara sejak dilahirkan.

Kesahnye bermula 5 disember lagi, bila kakak saya buat kenduri kesyukuran sempena majlis khatan anak dia. Semua family saya datang termasuk parent kat Kelantan....diorang dtg KL 2, 3 ari sebelom tu lagi. Hari isnin 6 disember tu pulak, dengan saya sekali kitorang bergerak balik ke kelantan. Kakak sulung saya satu famili bersama mak ngan abah naik kereta avanza dan saya satu famili ngan anak buah 2 orang anak buah naik crv ikut belakang avanza. Bertolak dari wangsa maju kul 10 pagi, berhenti rehat di Stesen Esso Kuala Lipis dan Masjid Gua Musang, akhirnya sampai di rumah kat kelantan pukul 5 setgh petang......terpaksa bawak perlahan sebab kereta avanza ade anak buah yg sakit naik sama. Pastu campor sesat kat kuala lipis jap sebab jalan utama tutup, lencongan masuk bandar....sesat pastu folo belakang lori perlahan kat jalan sempit. Bila dah masuk jalan utama balik, terus kitorang pecut.....cayolah abah, dah tua2 pun boleh tahan gak bawak kete, tak hilang lagi driving skill dia yang menjadi idola saya dari dulu. Sampai kelantan mcm biasa jem dari Kuala Krai sampai Pasir Mas, tapi alhamdulillah kitorang sampai gak. Hujan pun tak turun......

Esoknye, hari pertama kat kelantan rancangnye nak pergi byk tmpt, tapi awal2 pagi lagi dah hujan turun...daripada nak pergi sana sini, terus melepek duduk kat umah terus seharian. Malam tu saya keluar la bawak zia ngan anak2 buah gi beli roti tempayan bawak balik umah. Hari kedua cuaca cerah dari pagi, terus bersiap nak keluar...mcm biasa kawasan bebas cukai, Pengkalan Kubur jadik tumpuan. Mama nak beli barang yang mak mertua pesan, alang2 tu kami tgk2 la barang2 lain....alih2 byk gak la yg dibeli, selimut, mainan zia, kain sembahyang mama ngan zia, makanan sikit2, tikar lipat. nasib baik cash kitorang dah abih, kalau tak byk lagi barang nak angkut masuk dalam kereta......lepas keluar dr pengkalan kubur, kitorang pergi Pasir Pekan, satu pekan terletak antara Tumpat ngan Kota Bharu...ala kat Jambatan Sultan Yahya Petra tu la. Pergi situ sebab nak keluarkan duit dr bank je, pastu kitorg pegi ke Wakaf Bharu, satu pekan bersebelahan ngan Pasir Pekan untuk carik serunding. Buleh je carik kat Kota Bharu, lagi byk kat sana tapi sebab malas nak tempuh jem, carik je kat Wakaf Bharu. Kat pasar Wakaf Bharu tu beli serunding ngan biskut sikit2, pastu beli selipar comel utk zia. Lawak giler bila tgk zia melompat ke sana ke sini sebab takut ngan kucing2 kat pasar tu....dah tau takut bukannya nak duduk diam2, tapi dok berlari sana sini kacau mak cik2 yg tgh berniaga tuh....masa kitorang nak gerak balik, ternampak la kedai basikal. singgah la kejap alang2 nak singgah tapau makanan dr restoran kat sebelah kedai tuh....dok tgk2 basikal, ternampak satu beskal comel utk zia, dia pun berminat, murah lak tuh...kalau kat kl harga basikal camtu ade la seratus hinggit camtu, tapi nyonya tu bg 80 hengget je, kitorang pun angkat terus la bawak balik umah.....
hari ketiga kat kelantan kitorang keluar bila dah lewat petang pegi shopping barang2 pampers dan lain2 sebab esoknye dah nak gerak pergi penang pulak.....Total perjalanan meter kereta dari rumah cheras sampai hari khamis kat kelantan tuh, 600km...

Jumaat 10 disember tuh, pukul 11 pagi kitorang bertolak pergi ke Penang pulak.....lambat gak la nak gerak tuh. sebuk nak mengemas kereta sebab byk barang, siap ngan basikal zia lagi....
Singgah melihat gerai2 kat Bukit Bunga, Jeli
Jalanraya Timur-Barat
Berhenti rehat kat puncak banjaran Titiwangsa
View dr puncak Titiwangsa
Zia yang baru bgn tido lepas lelap sepanjang jalan
Jauh giler amik gambar
Tempat helikopter mendarat kat Tasik Banding
Jambatan merentasi Tasik Banding
Zahirah ngan mama
Singgah beli pisang goreng kat Baling, Kedah
Naik Feri masuk ke Pulau Pinang...bayar RM7.70 utk naik feri
Encik CRV dalam feri
Kitorang dalam feri...zia takut sebab angin kuat ngan feri yang terhoyong hayang
Hotel yang kami duduk...kat Batu Feringgi
Bilik kami
Balkoni kami
Bilik kami
Zahirah cuba buat balik kuang, Zia tgh tgk kartun

Sebenarnye tujuan utama untuk ke Penang ni selain bercuti, kitorang nak pergi ke kenduri kawen kawan saya kat Bukit Mertajam. Malam masa hari tiba kat Penang tu, jumpa la ngan kawan lama, saudara Tempe. Malam tu dia ngan adik2 dia ngan famili dia bawak kami pergi makan restoran nasi kandar kat Goergetown. Mulanya dia nak bawak pergi makan ikan bakar kat mana ntah, tapi saya mintak dia bawak dekat2 je sebab saya satu famili semua tgh penat lagi. Janji ngan dia gerak lepas maghrib, so kitorang pun bersiap la cepat2......alih2 cam biasa la kalau ngan abang tempe nih, last2 kul 9 gak dapat jumpa. Ingat lagi masa kitorang kat Jepun dulu, kalau nak keluar ramai2 gi mana2 dia ni memang selalu lambat. Bila telepon tanye kat mana, mesti dia kata 'on da way' sedangkan kat umah lagi tgh pakai baju......tapi malam tu memang seronok la lepak ngan famili tempe. Last sekali jumpa dia masa saya kat KLIA tiba dari Jepun 4 taun lepas.
Anak2 saya lak semua dah layan tidow, kalau tak buleh gak gi main ngan anak2 tempe malam tu. Kul 11 lebih camtu kitorang pun bergerak balik.
Pagi esoknye sebabkan penat, kitorang semua bgn lambat, sy sendiri pun terlelap lepas subuh. Pukul 9 setgh baru terhegeh2 pergi breakfast hehe....lepas tu kitorang terus naik bilik siap2 pergi kenduri. Kul 12 dpt call dr Tetan kata dia dah sampai tempat kenduri...awal giler. Saya lak dpt keluar hotel kul 1 tapi sebab georgetown jem, kul 3 baru sampai bukit Mertajam. Jumpa Tempe famili tgh jalan, terus gi tmpt kenduri...nasib baik saya ingat2 lupa google map dalam kepala. Sambil bantuan drpd saudara Pojik, sampai gak kat tmpt kenduri. Masa sampai sana, ada saudara Cipet, kawan satu batch ngan Pabo, si pengantin lelaki...lama giler tak jumpa dia nih..last sekali jumpa tahun 2002. Pastu pojik pun ada (ni pun pengantin baru gak nih, baru seminggu)...pastu ade Tetan ngan .....eh Tetan ade awek rupenye hehe...cun lak tuh. Tetan ni housemate saya masa kat Jepun dulu..tak sangka lak budak yang pemalu ngan pompuan cam Tetan ni dapat awek cun hehe........cayo ah. Saya terpaksa blah awal dr situ sebab ada planning lain. Perjumpaan yang singkat tapi penuh makna....terima kasih banyak semua. Tahniah to Pabo n Huda (pasangan pengantin) dan Pojik (pengantin seminggu).

Sebelah kiri tu la Tetan, sebelah kanan tu lak Pojik
Tempe bersama anak sulungnya
Dari kanan: Isteri Tempe(tudung putih), Zia, wife saya, awek Tetan, adik Tempe, anak bongsu tempe (tgh pangku)

Sampai hotel je layan Zia mandi swimming pool, sampai dah menggeletar badan baru nak keluar dr pool......mlm tu hujan mencurah, so kitorang duduk kat bilik jek.
esoknye pagi lagi kitorang bgn, pergi breakfast...pastu ingat nak pergi main pasir pantai, sekali hujan turun. So tunggu hujan reda jap kat lobby hotel, bila hujan benti terus gi pantai. Zia cam bosan jek sebab main sorang2...alih2 kitorang terus bawak dia gi main pool, baru la tersengih-sengih dia. Kul 1 camtu kitorang check out hotel bergerak keluar....thank you Park Royal Hotel atas layanan terbaik anda. Semua mantap cuma saya terjumpa lipas kat bilik air jek.
Lipas kat bilik air

Anak beranak kat lobby menunggu hujan berhenti
Hotel lobby
Layan Zia main pasir
Gaduh ke diorang dua nih?
Kuda menguasai pantai
"Aih busannye main sorang2...."
"Ni baru la best babah!"
"babah, zia nak berenang gi sana jap eh?"
Bergambar kenangan

Keluar dari hotel, kitorang terus perjalanan dengan cuba membuat pusingan keliling Pulau Pinang. Tempat yang dituju, Baru Feringgi ke Kg. Nelayan ke Balik Pulau ke Air Hitam ke Sg. Ara (nak carik kedai jual jeruk, tapi tak jumpa) ke Bayan Lepas dan terus masuk Jambatan Pulau Pinang pulang ke KL. Perjalanan ke KL agak jem....semua orang balik dr cuti gak kot. Sampai kat Cheras kul 10 mlm gitu......
Ada lumba perahu kat Teluk Bahang Dam
Bergambar kat Teluk Bahang Dam
Kampung melayu di Pulau Pinang, Balik Pulau
Isi minyak kat Balik Pulau
Jambatan Pulau Pinang
Selamat Tinggal Pulau Pinang

Total perjalanan ikut meter kereta:
Umah kat Pasir Mas→Penang→Cheras:909km

Total cheras→pasir mas→penang→cheras:1509km
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...