Rabu, 29 Disember 2010

KAMI MAHU LALUAN BASIKAL!!!!

Sejak mula berbasikal balik nih, memang teringin buat mcm masa kat Jepun dulu. Pergi touring jauh2 ngan kawan2...naik beskal ramai2..memang best. Pastu bila dah balik mesia nih, tau je la dengan kete ngan motor yang byk pastu bawak laju, agak bahaya sebenarnye nak berkayuh kat tepi jalanraya nih. Kalau ikutkan memang la nak bg cadangan kat PBT suruh buat laluan basikal, tapi sure takkan dapat sebabkan kos tinggi, pastu laluan tu sure nanti motor yang lalu, pastu berapa ramai je sgt yang naik beskal.....berbaloi ke?Tapi kalau ade laluan beskal yang sesuai, siapa tahu boleh menggalakan orang ramai naik beskal.
Kalau tgk kat area Wangsa Maju ngan Bandar Permaisuri, sebenarnye DBKL ade buat laluan untuk basikal dan pejalan kaki. Tapi kalau sesiapa tgk laluan yang dibuat tu, mesti fikir byk kali nak lalu ke tak. Sama jugak kat tempat lain yang pernah saya nampak laluan basikal. Bukannya orang tak nak guna laluan basikal tuh, tapi laluan basikal tu terhapa hapa ntah....ibarat macam korang naik basikal mountain bike masuk hutan. Laluan basikal sepatutnya selesa untuk dilalui semua basikal terutama basikal orang tua nih. Bila laluan basikal teruk, memang tiada yang akan guna laluan basikal. Kemudian mungkin PBT akan buat tanggapan laluan basikal tak perlu. Sedangkan orang tak sanggup tempuh laluan yang tak selesa gitu. Dah la penat kayuh basikal, nak campor pulak penat dok redah laluan mcm offroad tuh. Saya tak tau la designer PBT yang design laluan basikal tu tiru dari negara mana, tapi kenapa tak dicuba buat laluan basikal dari negara-negara yang ramai menggunakan basikal mcm Jepun. Tgk contoh laluan basikal negara Jepun kat gambar bawah.

Hampir kata kat sepanjang jalanraya seluruh Jepun ada laluan pejalan kaki ngan basikal kat sisi jalan, kecuali dekat kawasan berbukit yang sempit. Kalau kawasan yang ramai penduduk, laluan begitu ade kat kiri-kanan jalan. Laluan pulak memang rata, mcm laluan jalan untuk kereta. Andai kata ade pembinaan, penyelenggaraan telekom, tnb dll kat laluan basikal ni, kontraktor akan buat laluan kecik untuk org naik beskal, letak kon berpagar kat sepanjang laluan supaya penunggang basikal tak masuk kawasan penyelenggaraan, pastu akan ade sorang pengawal lalulintas yang menjaga penunggang basikal. Walopon di kawasan ceruk sekali pun, mereka akan sediakan semua kemudahan tu sebab tu undang-undang negara Jepun untuk menjaga pejalan kaki dan penunggang basikal.

Kalau tgk kat gambar2 atas tu, laluan basikal ngan kereta memang bersebelahan betul2, dibahagi dengan pagar divider yang kuat kat tengah. Maksudnye kalau nak buat kat Malaysia, tak payah nak ditarah bukit ke, hutan ke untuk buat laluan nih, cuma tambahkan lorong di tepi jalan dan diletakkan pagar divider di tengah. Kalau fikir2, bukan susah mana pun nak buat laluan basikal camtu kat Malaysia nih, cuma kos je la yang jadik masalah. Tapi apa la sangat kos yang tinggi berbanding keselamatan rakyat.
Apa kelebihan laluan begini?
1. Keselamatan pejalan kaki ngan penunggang basikal terjamin. Mungkin kita tak nampak berapa ramai yang nak kayuh/jalan kat tepi jalan ni. Tapi cuba bayangkan sebuah sekolah yang terletak di tepi jalan besar. Bila tamat waktu sekolah, ade pelajar yang berbasikal/berjalan untuk pulang. Laluan pejalan kaki hanya ade di bus stop saja. Walopon rumah mereka 500meter dari rumah, mereka terpaksa berjalan di bahu jalan, bahaya tak kalau ramai2 berjalan/berkayuh tepi jalan gitu?lebih2 lagi kalau kat kawasan2 kampong, memang tak byk bas sekolah, kebanyakkan mereka rumah jauh2, terpaksa berbasikal atau jalan kaki. Kat kawasan kampong/pendalaman ni jugak la kereta selalu pandu laju sebab jalan tak byk kete. Signboard suruh perlahan sebab kawasan sekolah hanya ada bila dekat ngan sekolah, kalau rumah pelajar tu satu kilometer ngan sekolah, memang takde la signboard gitu. Kete pun memang bawak laju la. Kalau takde laluan sesuai untuk pejalan kaki/basikal, memang jalanraya tu jadik kawasan bahaya.
2. Keselamatan pengguna jalanraya yang lain pun terjamin sama. Sekarang ni bila hujan, air yang mengalir kat bahu jalan konpem akan rosakkan tanah kat bahu jalan. Tanah2 yang terhakis ade yang terbawak masuk ke jalanraya, hasilnye jalan berpasir, bahaya untuk penunggang motor. Tanah2 kat bahu jalan pulak bila dah terhakis kadang2 buleh sampai bahu jalan berlubang, bahaya untuk pengguna jalan bila malam. Longkang kat bahu jalan pulak penuh ngan pasir, tersumbat..last2, jalanraya banjir, memang bahaya. Andaikata ada laluan khas untuk basikal kat tepi jalan, air mengalir kat laluan basikal itu saja, kurang tanah yang terhakis, kurang pasir yang masuk longkang ngan jalanraya. Tambahan pula laluan pejalan kaki juga akan jadi tempat menunggu sementara bagi pejalan kaki yang nak lintas jalan. Takde la diorang kene tunggu betul2 kat tepi jalan, dibuatnye dtg treller, abih kene......
3. Pemandangan jalanraya kita berubah. Ape perasaan korang bila nampak jalanraya kita ni selamat bagi pejalan kaki ngan penunggang basikal?gitu la jugak perasaan pelancong yang datang malaysia. Kalau macam sekarang ni, betul2 kat tepi jalan penuh semak, sampah, kete yang parking sesuka hati, tanah runtuh, pasir, tanah, sampah bahan binaan ngan lain2. Bila ada laluan beskal, at least pemandangan tu akan di tapis dengan laluan basikal dulu.........dengan syarat sampah pejadah tu semua semua tak leh ada atas laluan basikal, sebab bahayakan pejalan kaki ngan penunggang basikal.
4. Mengelak perbuatan khianat. Kalau tgk kes2 ragut, rompak tepi jalan ni.....kene pada pejalan kaki yang sedang berjalan di tepi jalan oleh si penjenayah yang menunggang motor. Laluan pejalan kaki, basikal begini mungkin dapat mengelak berlaku kes begitu. Sebabnye, laluan itu untuk pejalan kaki dengan basikal, bila motor pun nak menyebok masuk situ, sure ade maksud lain dan pejalan kaki boleh lah berwaspada pada motor tu.

Buat masa ni tu je kelebihan yang buleh saya fikir. Apa pun kesimpulan yang saya nak cakapnye, kepada kerajaan, tolong la buat laluan pejalan kaki ngan basikal so saya dapat naik beskal menjelajah ke mcm tempat dengan selamat, pastu anak2 saya nanti dapat pegi sekolah dengan selamat. Sekian

3 ulasan:

  1. Cadangan yang bernas...sesuai untuk meningkatkan tahap kesihatan rakyat. Mengurangkan kos perbelanjaa kerajaan di hospital besar. Sekarang ni...penyakit jantung menjadi sangat normal kepada masyarakat Malaysia terutama yang duduk bekerja di pejabat tampa banyak bergerak dan pemakanan yang tidak sihat. Pengangkutan awam disertakan dengan kemudahan basikal sewa memerlukan lebih banyak laluan basikal yang selamat pengguna. Al maklum lah....pengguna kenderaan kat malaysia ni suka memandu laju dan merbahaya. Walaupun di kawasan taman...ada yang memandu laju dan membahayakan penungggang basikal. Jila ada laluan basikal...alangkah selamatnya. Sudah tiba masanya untuk kita belajar dari sistem pengangkutan di Jepun.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...