"Kau sepatutnye buleh smash sebab kau tinggi"...gitulah nasihat yang diluahkan Aidil kepada saya baru2 ni masa dok main badminton. Betul la tu, tapi saya ada sebab sendiri heheh....(malas pun ada gak aa)
mengimbas kembali:
Semasa di sekolah rendah, saya memang giler bermain bola sepak. Kawan baik saya ketika tu pun kebetulan dia pun giler bola sehingga kami tubuhkan kelab bola sendiri ketika itu dengan sorang uncle indian ni yang merupakan bekas jurulatih bolasepak negeri Pahang telah menjadi jurulatih kami. Anak uncle ni pun salah sorang member team kami....kalau main bola ngan anak dia nih, bila laga betis tu, toksah kata la sakit dia camne, tapi budak tu rilek jek. Kawan baik saya tu pulak dengar cerita memang sampai ke besar bersama bolasepak.
Walopon giler bermain bolasepak, saya memang malas nak pergi join team sekolah masa tu. Walopon kawan baik saya ngan kawan india tu dah pun join team sekolah, sampailah masa darjah 5 lepas kene paksa ngan kawan india saya, saya pun turun la join ujibakat pemilihan utk wakil sekolah. Tapi disebabkan sampai lambat ke pemilihan tu (sedangkan sekolah depan rumah je, lintas jalan 2 lorong), saya pun tak dapat join langsung pemilihan tuh. Masa dok tengok yang terpilih masuk team sekolah berlatih, saya nampak ade la sekumpulan budak ni tengah main volleyball. Sebabkan tak tau nak buat apa, saya pun pergi la join diorang main volleyball. Sedangkan saya tak perasan yang sebenarnye tu ujian pemilihan untuk wakil sekolah. Tiba-tiba saya terdengar bunyik wisel, saya pun mula la nak berangkat balik sebab ingatkan saya mengganggu latihan diorang. Masa nak blah tu la ade sorang cikgu tu panggil nama saya, dia suruh saya stay, saya yang tak tau pape lagi masa tu pun duduk je la sebelah cikgu. Lepas saya, sorang2 nama budak lain cikgu panggil...masa tu la baru saya tau saya terpilih utk team sekolah.....pulak dah....dtg utk pemilihan lain, lain yg dapat. Pertama kali main volleyball, terpilih team sekolah, dan mendapat tempat ke-4 dalam zon ..........(kat KL ni sebabkan takde daerah, kawasan terpecah ikut zon. No 4 dlm zon mcm no4 dlm daerah la jugak).............bermula dari itulah saya mula aktif dalam volleyball dan mewakili sekolah setiap tahun sehingga lah bersara ketika tingkatan 5.
Cedera:
Semasa di sekolah menengah, saya tidak lah begitu tinggi berbanding dengan teammate volleyball saya yang lain. Disebab itu tugasan untuk spike (perbuatan smash tapi digunakan dalam sukan volleyball), diberi kepada mereka yang tinggi2 ini. Tapi saya ada kelebihan lain iaitu servis. Servis saya dikatakan sukar diambil pasukan lawan. Sebabkan tulah mereka sering jadikan saya sebagai servis utama dalam setiap game. Tapi dalam kekuatan servis yang ada pada saya, tak sangka la pulak membawa kesan buruk kepada saya ketika umur masih muda.
Semasa belajar di universiti, saya masih bermain bersama rakan2 malaysia di universiti. Kebetulan ada antara mereka ni yang juga pernah mewakili sekolah dalam volleyball, so kami kadang2 kami masih mengamalkan cara permainan sama ketika di zaman sekolah. Ketika itu, court volleyball perlu di tempah dari pihak sekolah dan biasanye kami menempah ketika awal pagi di hujung minggu. Sepanjang 5 tahun bermain vollleyball di waktu pagi, memang tiada langsung saya mengamalkan senaman panas badan...akhirnye masa tahun ke 3 di universiti, saya mengalami kecederaan bahu lepas membuat servis. Waktu pagi kan badan lembut lagi, pastu dok servis kuat2....memang injured la bila dah lama. Pastu cedera tu mcm berkekalan gak la, saya tak boleh hayun lengan kanan dgn agresif.
walopon buleh dikatakan sebagai alasan, tapi tu antara salah satu punca saya tidak boleh smash semasa bermain badmintan. Pernah jugak cuba dulu, lepas tu terus tangan sakit tak leh gerak. Punca lain lak sebab pakai cermin mata (susah nak agak jarak) ngan belom biasa main badminton lagi..(dua-dua ni alasan malas je kot heheh)........cycling antara recreational yang sesuai saya lakukan sekarang sebab tak payah hayun tangan kuat2 hehe....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan