Khamis, 27 Mei 2010

Nissan keluarkan kereta 100% menggunakan elektrik

Nissan telah mula mengeluarkan secara komersil kereta yang menggunakan 100% tenaga elektrik dan kini ianya telah mencapai ribuan tempahan telah dibuat terutama di negara yang harga minyak mereka mahal seperti US. Kereta yang dinamakan Nissan EV Leaf ini bersaiz kompak namun sesuai untuk 5 orang penumpang. Gambar kereta ini boleh didapati dibawah...






Kereta ini memiliki semua eksesori dan ciri yang terdapat pada kereta biasa lain seperti ABS, Airbag, LED headlights dan lain lain lagi. Yang bezanya kereta ini tiada ekzos! jadik ianya memang mesra alam....
Kereta ini tidak perlu diisikan minyak, so anda boleh lupakan jalan untuk ke stesen minyak di rumah anda sekiranya anda ada kereta ini. Tetapi kereta ini perlu di-charge untuk mengisi kuasanya. Cara untuk charge kereta hanyalah mencucuk plugnya di mana-mana soket elektrik. Sekali charge penuh kereta ini boleh pergi sejauh 100 batu dan kelajuan maksimumnya adalah sekitar 90 batu sejam. Maknanya kalau sekali full charge, anda bawa selaju 90mph, sejam lepas tu kene charge balik heheh.....berdasarkan ini, kereta ini bukanlah untuk kegunaan long distance. tetapi ianya sesuai untuk digunakan di kawasan bandar ataupun untuk ke pasar.

Kalau anda ada duit banyak sekarang, mahukah anda membelinya?

Sumber dari Nissan USA

Rabu, 26 Mei 2010

Satu Malaysia Satu Jalanraya: Lampu....again

Sila perhatikan gambar lampu belakang beberapa kenderaan di dalam gambar dibawah dan fikirkan sejenak soalan saya ini....



Dalam banyak-banyak kenderaan di dalam gambar diatas, anda rasa kenderaan manakah yang paling senang untuk kita perasan mereka sedang menyalakan lampu signal?...
Lampu signal memang sedia maklum amat penting bagi sesebuah kenderaan. Pembuat kenderaan tidak akan mereka/memasang lampu signal pada kenderaan buatan mereka jikalau ianya tiada tujuan. Pemandu yang tidak tahu menggunakan lampu signal pula baik buang lesen memandunya.
Apa yang saya perasan di Malaysia ini, semakin besar kenderaan itu semakin kecillah lampu signal dan lampu breknya. Bandingkan lampu signal kereta kancil dengan lampu signal bas rapidKL, anda rasa lampu signal mana lebih besar? sudah tentu lampu signal kancil yang lebih besar walhal bas rapidkL punya badan lagi besar. Pada pembuat/pereka bas, rupa bas lebih utama daripada keselamatan kot...
Lori pula, besar mana pun lori tu, saiz lampu belakang mereka sama sahaja. Kecil sedikit dari lampu kancil. Diparahkan lagi dengan lori-lori ni yang memang dibasuh 3 tahun sekali, debu-debu kotor yang melekat pada lampu belakang buatkan lampu belakang mereka seolah-olah tiada guna kerana tidak berfungsi. Ada sesetengah lori pula memang sudah tertanggal lampu belakang, tetapi masih berada di atas jalanraya kita yang kononnya selamat ini.
Abang-abang penguatkuasa, tiada yang nak amik kesah ke?

Satu Malaysia Satu Jalanraya: Lampu


LAMPU KERETA....semua orang dah tahu apa tu lampu kereta. Macammana nak pasang pun semua orang dah tahu. Sebelum ni saya ada menceritakan kesah dongeng mengenai sesetengah pemandu yang tak suka ambik tahu samada lampu dia bernyala atau tak bila memandu waktu malam. Bagi pemandu-pemandu yang careless and selfish macam ni, kononnya dia buleh mengelak sebarang halangan bilamasa dia nampak, ataupun dia akan memberi seribu alasan konon tak perasan lampu kereta tak bernyala. Namun ada juga sesetengah pemandu kereta yang elok dan tidak rosak keadaan lampu keretanya, tetapi tidak membuka lampu ketika memandu malam. Bila masanya kita perlu membuka lampu kereta?.....
Mengikut secara lojik sekolah memandu, apabila malam menjelma secara otomatik kita akan membuka lampu. Namun apabila kita bertanya kepada orang kebanyakan mengapa kita perlu membuka lampu ketika memandu waktu malam? mungkin kebanyakan jawapan yang dapat kita terima adalah kerana kita tidak nampak jalan....memang betul jawapan tu, tapi dengan kehadiran lampu jalan yang belambak-lambak sekarang ni, takkan la kita tidak nampak jalan kan?...
Jawapan yang sebetul lojik adalah supaya kenderaan lain perasan dengan kehadiran kita di atas jalanraya. Betul apa yang saya katakan, kalau la kita pasang lampu supaya kita nampak jalan, bagaimana pula pemandu-pemandu selfish yang memandu tanpa memasang lampu itu? Ini bermakna kita mampu melihat juga walaupun memandu dengan lampu kereta padam di waktu malam.
Atas alasan yang sama juga kita perlu memasang lampu pada keadaan lain selain faktor malam. Antara keadaan yang perlu dipasang lampu:
1. malam
2. senja atau subuh (lampu kecil pun takpe)
3. hujan
4. terowong
5. Parking shopping complex bertingkat yang tertutup

1. Malam
Semua dah sedia maklum....

2. Senja atau subuh.
Senja atau subuh ketika gelap gelita tu memang la patut pasang lampu, yang saya maksudkan adalah ketika matahari baru hendak naik atau baru hendak tenggelam. Ketika nampak tompok-tompok merah kat langit. Memang secara dasarnya kita masih nampak jalanraya dan kenderaan lain dengan jelas dan kenderaan lain pasti nampak kita dengan jelas juga. Tetapi pernahkah anda semua menyelami maksud "Sekali Imbas"? Pada ketika ini lepas subuh dan senja ini, keadaan sekeliling kita boleh dikatakan seakan-akan berwarna kelabu, seolah-olah berkabus. Pada ketika inilah mata kita tidak dapat memberi fokus dengan baik terutama dengan pandangan sekali imbas. Apabila kita memandu laju di lebuhraya, dengan sekali imbas kita melihat side mirror untuk menukar lorong. Pandangan sekali imbas itu mungkin menyebabkan kita tidak nampak kehadiran kenderaan lain melalui side mirror itu, TERUTAMANYA apabila kenderaan itu tidak memasang lampu. Maka kita pun terus menukar lorong tanpa sedari tindakan kita mengundang bahaya. Terutama kepada kenderaan berwarna gelap dan silver, waktu subuh dan senja ini adalah waktu kenderaan kita sukar dilihat. Maka pasanglah lampu ketika ini, walaupun lampu kecil supaya orang keliling kita tahu kewujudan kita.

3. Hujan
Apabila hujan turun, ramai yang sedia maklum untuk memasang lampu supaya kenderaan lain perasan kehadiran kita di jalanraya. Walaupun ramai yang masih bangang tidak membuka lampu kerana mereka rasa mereka nampak kenderaan lain, mereka perlu ingat orang lain tidak semestinya nampak kehadiran mereka. Keadaan ketika ini juga amat bahaya dengan pandangan sekali imbas. Maka pasanglah lampu ketika hujan supaya orang perasan kehadiran kita. Sekiranya hujan renyai/tidak selebat mana bolehlah memasang lampu keci sahaja. Apabila hujan yang benar-benar lebat, perlulah dipasang lampu besar kerana lampu kecil anda benar-benar kecil. Jangan sesekali memasang lampu hazard walaupun ketika itu hujan tersangat lebat sehingga sukar nampak jalanraya!Ini kerana orang lain tidak tahu anda kereta anda sedang rosak atau bergerak. Ini tersangat mudah menyebabkan kemalangan jalanraya.

4. Terowong
Apabila melalui terowong, walaupun keadaan didalam terowong dicerahi dengan cahaya lampu, tetapi kita perlu juga memasang lampu supaya kenderaan lain tahu kehadiran kita. Ini kerana lampu didalam terowong di pasang dengan lampu kuning yang memang menyebabkan penglihatan menjadi kabur terutama bagi mereka yang sedia rabun. Kenderaan lain ketika ini sekiranya dilihat melalui side mirror akan nampak seperti sebuah objek hitam. Dengan pemasangan lampu akan membantu kenderaan di hadapan perasan dengan kehadiran kita.

5. Di parking bertingkat tertutup
Kawasan ini memang cerah dengan pelbagai jenis lampu, dan kenderaan-kenderaan pun semua memandu dengan perlahan. Kita memang nampak kenderaan lain dengan jelas. Namun ada ketika apabila kenderaan hendak keluar daripada parking, mereka cuma melihat sekali imbas sahaja. Lampu di kawasan parking yang malap dan berwarna kuning akan membantu penglihatan mereka. Ada kebarangkalian yang mereka akan keluar parking sesuka hati mereka tanpa menyedari kehadiran kita yang menghampiri mereka. Maka pasanglah juga walaupun lampu kecil ketika melalui kawasan parking bertingkat yang tertutup.

Jumaat, 21 Mei 2010

Zia Zaara Diarrhoea


Last Sunday, kitorang perasan Zia kerap buang air besar. Pada pendapat kami itu petanda kanak-kanak yang sehat hasil minum susu dengan banyak. Tapi Ahad malam Isnin tu pun dia kerap berak jugak. Alih-alih hari Isnin tu my parent in-law bawak Zia pergi jumpa doktor sebab pagi Isnin tu pun selalu berak. Doktor kata Zia kene Diarhoea... (atau pun dalam bahasa saintifik orang melayu sebagai cirit birit). Macammana Zia buleh kene tu kitorang pun jadik pelik. Berdasarkan bedah siasat/post mortem yang saya jalankan, tidak ada benda lain yang meragukan diberi makan kepada Zia....so...WHY??? then...
doktor menasihatkan kurang memberi susu dan banyakkan minum air garam (ORS) disamping makan ubat yang doktor bagi. Kami pun melaksanakan arahan doktor tanpa segan silu mahupun perubahan menu doktor. Hari Rabu (hari ke-4) pagi, keadaan Zia mula pulih. Hasil buangan air besar dia sudah tidak cair. Maka pada pendapat mertua, Zia sudah beransur pulih. Setelah beberapa hari hanya memberi sedikit susu sahaja, malahan dengan sukatan yang tersangat cair, maka pagi rabu itu mertua pun memberi Zia susu dengan sukatan seperti biasa. Zia yang sudah beberapa hari tidak menikmati kesedapan susu sepenuhnya telah minum 6 auns sekaligus (kebiasaannya 4 auns). Namun hari yang indah jangan disangka akan berkekalan, Petang Rabu itu tiba-tiba hujan lebat................ (eh silap cerita). Keadaan zia yang disangkakan beransur pulih, kembali teruk pada sebelah petang Rabu. Punggung (maap sekiranya bahasa saya lucah sedikit) dia menjadi merah-merah kerana selalu berak dan dia akan menangis setiap kali berak. Maka pada malam rabu itu juga saya membawa Zia kepada doktor. Doktor yang sama merawat Zia kemudian menasihatkan kami membawa Zia berjumpa specialist kanak-kanak sebab berkemungkinan Zia mengalami alahan dengan susunya. Walaupun dia telah minum susu itu melebihi 4 bulan.
Oleh itu, dipagi khamis kami pun mulakan perjalanan selambat 10 suku pagi dari rumah menuju doktor panel Zia yang bertapak di Pandan Indah. Hasil perbincangan dengan Doktor Hoh yang rupa seakan 'Fei Mau' telah mendapati memang Zia mengalami masalah dengan susunya. Beliau menasihatkan menukar kepada susu soya, tetapi kami memaklumkan yang Zia pernah diberi minum susu soya tetapi terdapat alahan kepada susu ini. Doktor kata ini pertama kali beliau mendengar budak alahan dengan susu soya. Memandangkan tiada susu lain yang buleh doktor rekemen selain susu soya, akhirnya doktor menyuruh kami hentikan pemberian susu kepada Zia dan terus memberikan air garam sebanyak mungkin sehingga Zia pulih. Apabila Zia sudah pulih, susu hanya boleh diberi dengan sukatan yang tersangat cair...nisbah 1:3.
Sehingga semalam (khamis), Zia masih lagi berak-berak. Mengikut kata doktor, sekiranya Zia masih berterusan berak sehingga Sabtu, Zia perlu dimasukkan ke wad. Namun apabila malam tadi ketika tidur. Zia sudah tidak berak lagi sehingga pagi ini. Perkembangan Zia perlu diawasi setiap masa.........
sekian,

p/s: pembantu klinik doktor hoh ni memang Satu Malaysia. Sorang Chinese, sorang Indian, sorang Malay....klinik tak besar mana pun

Isnin, 17 Mei 2010

Satu Malaysia Satu Jalanraya: Sesak

Setelah sekian lama mendiamkan diri dari persada seni mengumpat, kini ia telah kembali bersama gossip terbaru.....dipersilakan........'Satu Malaysia Satu Jalanraya' bersama topiknya.....SHESAKU (sebutan sesak dalam slang Jepun).....

Ya tuan-tuan dan puan-puan, Jalanraya dan Lebuhraya di Malaysia ini dah ibarat seperti 'aur dengan tebing'. 'sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula lebuhraya malaysia'.....Boleh dikatakan bagi penduduk di Lembah Klang, bermesra dengan lebuh raya ibaratkan menggosok gigi di pagi hari. Setiap hari kita akan melalui lebuh raya, manakala bagi penduduk di luar lembah klang, jalanraya sudah diibaratkan melepas 'saham' dipagi hari. Kita rakyat Malaysia pasti akan berhadapan dengan jalanraya dan lebuhraya setiap hari. Terutama bagi mereka yang bekerja di kawasan bandar, mencium bau ekzos kereta sudah ibarat mencium perfume Gucci. Sudah sebati dalam diri kita apabila kesesakkan jalanraya sudah menjadi sarapan dan hidangan minum petang kita.

Bagi orang-orang yang jarang ataupun tidak pernah berada di kawasan lembah klang, apabila mendengar radio diwaktu puncak, sering kali kedengaran perihal laporan mengenai kesesakkan lalulintas di kawasan lembah klang. Tetapi pasti mereka ini tidak dapat membayangkan bagaimana teruk kesesakan lalulintas itu. Disini saya cuba untuk memberi darjah keterukkan kesesakkan lalulintas di lembah klang.

Peringkat 1: Laluan dipenuhi dengan kenderaan namun masih lancar dan boleh memecut selaju 80km/h.
Peringkat 2: Laluan dipenuhi dengan kenderaan dan laju maksimum boleh pergi pun lebih kurang 50km/h ke 60km/h.
Peringkat 3: Laluan penuh dengan kenderaan perlahan. Halaju umum sekitar 10km/h ke 30km/h.
Peringkat 4: Laluan sesak. Perjalanan sejauh 1 kilometer memerlukan 30minit untuk sampai.
Peringkat 5: Laluan sesak. Perjalanan kurang 500 meter memerlukan masa hampir 30 minit ke atas.

*Adalah dimaklumkan bahawa peringkat darjah diatas adalah berdasarkan pendapat saya. Mungkin berbeza dengan orang lain. Sila jangan mengada nak kondem...

Bergantung kepada kawasan kesesakkan, kebanyakkan laluan di lembah klang ketika waktu puncak adalah sekitar peringkat 2 hingga peringkat 4. Kesesakkan ini bagaimana pun adalah kesesakkan yang dikira pada kebanyakkan waktu biasa, walau bagaimanapun kesesakkan bergantung kepada juga kepada cuaca, kemalangan, cuti umum dan juga faktor sampingan seperti polis mengada-ngada buat road block.
Mengambil contoh perjalanan seharian saya dari rumah di Taman Cuepacs, Cheras menuju ke tempat kerja di Jalan 222, Petaling Jaya. Bagi kesesakan biasa waktu puncak yang saya akan hadapi adalah seperti berikut:

Laluan 1: Keluar dari rumah di Taman Cuepacs menuju lebuhraya Cheras-Kajang. Waktu tidak sebuk hanya memerlukan 3 minit, namun ketika waktu puncak memerlukan hampir 20 minit. (Kesesakkan Peringkat 4)
Laluan 2: Sejurus memasuki Lebuhraya Cheras-Kajang sebelum tiba memasuki Lebuhraya Hubungan Timur-Barat di Taman Connaught. Perjalanan memerlukan hanya kurang 4 minit. (Kesesakkan peringkat 1)....(dahulu laluan ini pernah mengalami Kesesakan Peringkat 4 selama beberapa tahun setiap masa dalam sehari disebabkan pembinaan laluan bertingkat)
Laluan 3: Sejurus memasuki Lebuhraya Hubungan Timur-Barat. Apabila banyak kenderaan 'bijak' daripada Taman Connaught yang keluar dan masuk lebuhraya sesuka hati adik mertua diorang tanpa memikirkan kenderaan yang datang. Hasilnya laluan menjadi sesak. (Kesesakkan Peringkat 3)
Laluan 4: Apabila melepasi Tol di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat. Tiada kesesakkan dikenalpasti.
Laluan 5: Di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat apabila tiba di persimpangan masuk ke Lebuhraya KL-Seremban. Daripada persimpangan ini sehingga memasuki Lebuhraya Persekutuan, perjalanan yang hanya memerlukan kurang 3 minit pada waktu biasa memakan masa selama 15 ke 20 minit pada waktu puncak. (Kesesakkan Peringkat 4)
Laluan 6: Sejurus memasuki Lebuhraya Persekutuan dihadapan Angkasapuri menuju Petaling Jaya sehingga persimpangan PPUM/KWSP. Kesesakkan disebabkan pelbagai faktor terutamanya sikap pemandu yang suka memotong barisan menyebabkan perjalanan yang hanya memakan masa selama kurang 2 minit pada waktu puncak menjadi 10 hingga 20 minit pada waktu puncak. (Kesesakkan Peringkat 4)
Laluan 7: Perjalanan seterusnya lancar sehingga ke pejabat di Jalan 222.

Berdasarkan laluan saya tersebut, adalah jelas perjalanan menjadi sesak disebabkan pertambahan kenderaan. Ini juga bersamaan pertambahan pemandu yang amatur/ kurang cekap, teragak-agak membuat tindakan sehingga mengganggu perjalanan yang lancar. Disamping itu juga sikap sesetengah pemandu yang mementingkan diri sendiri, memotong kenderaan lain yang sedang sabar mengikut barisan juga menambahkan lagi parah kesesakkan. Memang lojik la perjalanan akan sesak kalau pemandu 'bijak' seperti ini mengikut laluan bertentangan dan lorong kecemasan kemudian mencelah dihadapan. Jadi kenderaan dibelakang sampai bila pun tidak dapat bergerak......disebabkan setiap kali ada ruang untuk kenderaan hadapan bergerak, sering kali diisi dengan kenderaan biadap yang memotong. Berdasarkan pemerhatian saya terhadap golongan-golongan selfish begini, mereka tergolong dalam golongan tertentu sahaja. Tidak kira mereka kaya memakai kenderaan besar ataupun hanya kenderaan yang menunggu untuk roboh, apabila golongan ini yang memandu, pasti sikap biadap dan pentingkan diri sendiri mengisi corak pemanduan mereka. Tidak perlu saya tulis disini golongan-golongan tersebut kerana ISA akan menjadi mimpi buruk saya apabila dituliskan.

Dengan corak masyarakat pemandu begini, dan ditambah pula dengan faktor lain seperti cuaca, akan hadir Kesesakkan Peringkat 5 akhirnya. Kebiasaannya dipetang hari, saat-saat sebelum hujan lebat ataupun saat-saat sejurus hujan lebat reda, saat-saat itu akan menjadi mimpi ngeri pemandu-pemandu di lembah klang. Ketika ini, Kesesakkan Peringkat 5 amat mudah berlaku di mana-mana. Oleh itu, apabila anda lihat hari hampir hendak hujan lebat, tunggu sahaja apabila hujan turun sebelum bertolak pulang ke rumah. Ataupun apabila hujan telah mula turun lebat, cepat-cepat la anda bertolak pulang sebelum hujan berhenti, kerana kesesakkan akan menjelma. Walaubagaimanapun, sekiranya hujan yang turun hanya sedikit, kesesakan boleh menjadi Peringkat 4 atau 5 secara tiba-tiba apabila pemandu memperlahankan kenderaan masing-masing. Ketika ini anda tiada pilihan lain selain memaki-hamun kenderaan-kenderaan amatur di keliling anda. Tetapi anda juga perlu berwaspada sekiranya ingin memandu seperti biasa ketika jalan basah, pastikan anda mempunyai daya membuat keputusan cepat selain skill-skill tambahan. Ini kerana sedikit kesilapan buleh mnyebabkan kenderaan anda terbabas. Pastikan anda boleh membaca keadaan permukaan jalanraya dari jauh supaya tindakan awal boleh dibuat.

Kesesakkan yang disebabkan oleh kemalangan kadang-kala menyakitkan hati juga. Kepada yang terlibat kepada kemalangan, tiada apa buleh dilakukan. Semoga mereka dalam keadaan selamat. Sekiranya kemalangan kecil, buleh dialihkan kenderaan ke tepi, sekiranya kemalangan besar, kesesakkan tidak dapat dielakkan. Namun kesesakkan yang disebabkan oleh kemalangan kecil yang telah dialihkan tetapi menjadi tatapan semua pemandu yang paling tidak diterima. Semua pemandu penuh perasaan ingin tahu sehingga masing-masing memperlahankan kenderaan semata-mata mahu melihat apa yang telah berlaku pada kemalangan itu. Hasilnya kesesakkan Peringkat 5 berlaku....

Pelbagai lagi faktor kesesakkan yang menyakitkan hati buleh diceritakan, tetapi tiada apa yang buleh dibuat. Selagi kita tidak memupuk sifat pemandu cemerlang, bersopan santun, menghormati pemandu lain, mengikut peraturan termaktub dan tidak termaktub. Apa yang paling penting, respect other people's...jangan sampai menyusahkan pemandu lain.

Moral: Carikla rumah sebelah opis korang

Dengan sikap pemandu yang penuh ciri-ciri selfish begitu

Selasa, 11 Mei 2010

H1N1 Strikes Back....


Last week our office member was confirmed having positive H1N1. She was just coming back from Vietnam for business purpose and got infected. Glad that she already took a leave not coming to office when she had fever earlier. But the news still makes us cuak......management suddenly took all possible counter measure to prevent from infected to others, without shutting down factory operations. But for us....its still....
So I said to my wife about it and at the same day I sent my wife and daughter to have H1N1 vaccine injection at private clinic.

According to the hotline info, that every one can get the free vaccine as prevention for FREE at the selected government clinic if stock available. Private clinic will charge RM 75.00 per vaccine. In Assunta Hospital only have similar flu vaccine with the cost of RM 70.00 per injection.

Please refer to selected clinic as follows:-
Government Clinic which is able gets the H1N1 Vaccine for free.

Selangor
Dr Anita bt Sulaiman
Tel: 03-51237366/
03-51237368

KK Kajang
KK Pandamaran, Klang
KK Kelana Jaya
KK Seri Kembangan
KK Seksyen 7 Shah Alam
KK Taman Ehsan, Gombak
KK Kuala Selangor (Kuala Selangor)
KK Sungai Besar (Sabak Bernam)
KK Salak (Sepang)
KK Teluk Datok (Kuala Langat)

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Dr Mazliza bt Ramly
Tel: 03-26983757

KK Tanglin
KK Kg Pandan
KK Jinjang
KK Batu
KK Bandar Tun Razak
KK Cheras
KK Cheras Baru
KK Dato Keramat
KK Pantai
KK Petaling Bahagia
KK Setapak
KK Sungai Besi
KK Putrajaya

*KK refer to 'Klinik Kesihatan'

Ministry of health was identifying that group to be provided immunization as follows:-

1. Pregnant women (18+ pregnancy weeks) and get pregnancy care in health facility
Government
2. Patient who experiencing kidney failure and undergoing dialysis in dialysis facility Government
3. Patient who suffer chronic disease and get follow-up treatment in health facility Government
4. Individual with morbid obesity (namely BMI > 35 kg / m2) and / or suffer any chronic disease and received treatment in health facility Government; and
5. Public require in order to (traveller)

Because limited vaccine supply, so grant do according to approach first come, first serve. Clinical evaluation which operate by medical officers treat will be accounted to determine individual someone's suitability to receive vaccine

Members of the public who categorised as target group preference as on can obtain this immunization service in a few government health facilities identified. Currently as much as 104 facilites has identified for target group preference get this immunization.
Members of the public who qualified to get this immunization required to read first information on vaccine immunization influenza A(H1N1) and have to pass on written consent with fill and restore consent form written.
Website : h1n1.moh.gov.my or hotline 03-88810200 or 03-88810300

pergh...terbelit jari nak menaip omputeh nih. Alkesah yang nak bercerita disini adalah pasal mama ngan zia dah amik vaksin H1N1 dah. Kerajaan sebenarnya ada menyediakan vaksin percuma kepada yang berkenaan. So mama dan Zia ni termasuklah dalam golongan yang berisiko tinggi nih. Kitorang pergi amik suntikan vaksin nih kat satu klinik swasta. Namanya Klinik Pakar Wanita dan Keluarga Suria yang bertempat di Alam Damai, Cheras. Kenapa kitorang pilih sini?....sebab-sebabnya:

1. Doktornya adalah seorang wanita Islam.
2. Doktornya siang bekerja di Hospital Pantai Cheras, dan waktu malam beroperasi di klinik ini. So kami buleh pergi mendapatkan vaksin pada waktu malam hari bekerja berbanding dengan klinik kerajaan yang hanya buka disiang hari. Kami juga boleh membuat check up pregnancy di malam hari, tak payah amik cuti di siang hari. Waktu operasinya adalah dari pukul 6pm hingga 10pm setiap hari kecuali hari khamis dan hari cuti yang berkaitan dengan orang Islam.
3. Doktor wanita ini memang telah menjadi doktor rujukan kami untuk check up sejak mama mula mengandungkan zia, membidankan masa zia lahir di hospital pantai dan sekarang check up untuk baby baru dalam perut mama.
4. Dekat dengan rumah kami yang juga di Cheras. Lokasinya juga tidak padat, senang untuk mendapatkan parking didepan klinik dan pelbagai prasarana lain yang berdekatan.
5. Harganya yang takde la mahal sangat berbanding klinik lain. (tolong jangan bandingkan dengan klinik kerajaan)

Berbalik kepada kesah suntikan vaksin itu, mama ngan zia pun mengambil suntikan itu hari Rabu yang lepas. Memang kata orang ramai, akan ada side effect daripada pengambilan vaksin ini, tetapi saya tengok mama lepas dapat suntikan rilek jek..takde pape pun. Tapi zia lepas tu dia kene demam 3 hari heheh....takpe lah, untuk kebaikan dia jugak.
Harga yang dikenakan adalah RM75 seorang.........memang harga camtu pun...tapi doktor tak charge konsultan la pulak huhu...

Suntikan untuk baby pulak sebenarnya ada golongan umur tertentu je yang buleh dapat. Bergantung kepada syarikat pengeluar vaksin tuh, ada yang mengatakan untuk umur 18 bulan ke atas sahaja. Tetapi yang kitorang amik nih, baby umur 6 bulan ke atas buleh dapatkan vaksin ini. Zia sekarang dah setahun 3 bulan dah...lepas dah lah...

Walaupun tahu kalau Allah yang tetapkan sebarang ketentuan samada kita kene atau tak virus nih, tapi sekurangnya kalau kita berusaha untuk mengelak dari terkene, Insyaallah selamat. Kita perlu berusaha, Allah tentukan. So terpulang samada anda semua hendak ambil suntikan vaksin atau tidak. Bagi kami, inilah usaha kami...insyallah.

Isnin, 10 Mei 2010

Islamophobia Vs Sunnah Waljamaah

Dalam masyarakat Islam dikecam oleh masyarakat seluruh dunia dan juga ditindas dibeberapa negara, Islam sepatutnya semakin kuat mempertahankan pendirian dan agama. Di Yorkshire, England, masyarakat Islam dikecam hebat apabila cadangan pembinaan masjid dan pusat ilmu yang besar dibantah penduduk setempat dan pihak gereja. Sedangkan hak milik tanah telah pun dimiliki oleh masyarakat Islam sejak 14 tahun yang lepas*. Di Malaysia, masyarakat Islam diberi segala kemudahan dan bantuan malah pelbagai pangkat dan kurniaan diberi kepada guru-guru agama, Ustaz-ustaz dengan harapan Islam di Malaysia subur. Segala maksiat dan kepincangan kehidupan masyarakat Islam di Malaysia diharapkan dapat menjadi fokus utama pihak masjid setempat selain bantuan penguatkuasaan oleh pihak kerajaan. Namun, sila baca artikel surat khabar pada hari ni dan..............lu pikirlah sendiri..

*rujuk Al-Islam edisi May

Jumaat, 7 Mei 2010

..kerajaan mendapat hasil darinya...

kawan-kawan, sila baca artikel surat khabar pada hari ini..........apa pendapat kawan-kawan?

“Dengan pengawalan kerajaan, aktiviti ini(merujuk kepada aktiviti pertaruhan sempena Piala Dunia) akan dapat dilakukan dengan lebih teratur dan pada masa sama kerajaan akan mendapat hasil yang boleh digunakan termasuk untuk pembangunan pelbagai sukan di negara ini.
Katanya, kerajaan juga akan berlaku adil apabila hasil diperoleh daripada pemberian lesen pertaruhan itu akan dimanfaatkan untuk pembangunan sukan yang tidak menjadi isu kontroversi selain menjangkakan nilai pertaruhan setiap kali piala dunia mampu mencecah ratusan juta ringgit.

“Kita tahu ia membabitkan pertaruhan yang besar tapi kita tiada angka yang tepat kerana ia dilakukan secara haram. Pihak yang melakukan kegiatan berkenaan akan tetap meneruskannya sama ada secara sah atau haram,” katanya.

“Persoalannya, patutkah kerajaan mengawal aktiviti ini dengan pemberian lesen, kita tahu berapa banyak wang yang dapat dikutip kerajaan yang boleh dimanfaatkan termasuk untuk pembangunan sukan,” katanya.


maaf untuk menggunakan bahasa kurang sopan..tapi....bodo ke dia nih?

bukan masalah pertaruhan tu dijalankan secara berlesen atau haram, masalahnya JUDI tu HARAM!!!
pastu bagi alasan kerajaan akan mendapat keuntungan daripada itu?!...............
kerajaan akan dapat untung dari duit JUDI tuh?!................damn
patut lah selama ni sukan malaysia susah nak maju, guna duit tak berkat rupanya. Baik tukar slogan ke "Majulah JUDI untuk negara"............

Cara memeriksa saiz tayar kereta anda

Adakah anda mengalami masalah kemurungan? sering ulang-alik ke tandas?sukar untuk tidur malam?jerawat sering timbul?...........sekiranya anda mengalami masalah-masalah begini, usah risau dengan artikel pada kali ini kerana ia tidak ada kene mengena dengan masalah-masalah anda itu. Teruskan membaca....

Saya pasti majoriti daripada anda adalah seorang yang bergelar ataupun pernah bergelar pemandu kereta. Sekiranya anda pernah memandu, sudah pasti anda tahu dimana terletaknya tayar kereta anda. Setiap kereta ada 5 biji tayar yang dibawa kemana-mana apabila ia mula bergerak. 4 biji tayar terletak di bawah setiap penjuru kereta dan sebiji tayar terletak di pendalaman ruang kargo kereta anda. Tayar kelima ini tidak digunakan pada waktu biasa, ia hanya sebagai simpanan sebagai ganti apabila 4 biji taya yang tadi tu rosak/pancit.
Apabila tayar kereta anda mengalami masalah pancit ditengah jalanraya, apa yang perlu dibuat?...pergi tepi jalan, tukar tayar..(pada entry lain nanti saya akan ceritakan kesah tanda-tanda ketahui tayar pancit ketika memandu dan cara menukar tayar). Tayar yang sudah pancit perlu diganti dengan tayar lain. Namun, bagaimana anda ingin tahu saiz tayar kereta anda?

Apabila anda tengok tayar anda, carik barisan nombor seperti diatas. Nombor itu adalah saiz tayar kereta anda. Ianya bukanlah nombor ringkas seperti S, M, L, XL etc. Apa kemende maksud nombor nih?Berdasarkan contoh saiz tayar diatas...
215: merujuk kepada lebar tayar (Width, W). Unit dikira dalam milimeter, mm.
70: merujuk kepada tebal tayar (Ratio, r). Unit dikira dalam unit peratus (%). Ianya berapa percent tebal berbanding lebar tayar. Tapi biasanya orang tak sebut "70%", orang biasa sebut "70 series".
R: Merujuk kepada jenis pembuatan tayar. Tapi hampir kesemua jenis pembuatan tayar sekarang ini adalah jenis Radial (R)
15: merujuk kepada saiz diameter lubang tengah, yang tempat kita isi rim kereta tuh. Unit dikira dalam inci.


Lebar taya, Width:
Lebar taya yang besar biasanya dikaitkan dengan grip/cengkaman yang diberikan tayar kepada jalanraya. Lagi lebar tayar anda, lagi grip tayar pada jalan. Walaupun ianya kelihatan sebagai positive point, namun ada juga keburukannya. Tayar yang bersiz lebar akan membuatkan rintangan tayar pada jalan luas. Ini boleh membuatkan enjin anda memerlukan beban yang tinggi untuk menggerakkan kereta. Tambahan pula, berat kereta anda akan bertambah dengan tayar yang lebar. Justeru itu, ia akan makan minyak kereta anda.
Penggunaan tayar lebar amat sesuai untuk kereta yang memerlukan cengkaman yang baik untuk pecutan yang pantas. Kebanyakkan kereta di Malaysia adalah jenis FF, (sila rujuk entry ini untuk tahu maksud FF). Kenderaan seperti FF amat baik untuk pecutan apabila menggunakan tayar lebar pada tayar hadapan. Manakala kereta FR mempunyai pecutan baik apabila menggunakan tayar belakang lebih lebar dari tayar depan. Sebab tu kalau tengok kereta macam skyline ke, Altezza ke, tayar belakang mereka lagi besar dari tayar depan. Walaupun FF pun buleh buat begitu dengan tayar depan yang lebih lebar dari tayar belakang, ia bukan saja akan buat kereta itu kelihatan buruk, malah ia akan mengganggu kelancaran kereta semasa membelok.

Ratio:
Lebih tebal ratio tayar anda, lebih selesa perjalanan anda. Ini kereta ratio yang tinggi mempunyai daya serapan hentakan yang tinggi. Sebab tu kereta2 besar seperti SUV memerlukan ratio tinggi seperti kereta saya. Manakala kereta-kereta performance boleh menggunakan tayar dengan ratio yang rendah sehingga 30! Ini kerana ratio yang rendah boleh membantu kereta ini membuat selekoh yang stabil. Namun keburukan daripada ratio yang rendah adalah keupayaan untuk senang pancit, manakala keburukkan tayar yang ratio tinggi adalah selekoh yang kurang stabil dan senang terbabas apabila tayar pancit dikelajuan tinggi.

Diameter taya
Setiap kereta ada besar kecil tayar masing2. Kereta performance biasanya akan mempunyai saiz diameter yang besar seperti 17inci dan 18inci. Ini perlu untuk mereka menghasilkan jarak terjahan untuk setiap pusingan tayar. Ianya dihasilkan bersama keupayaan enjin yang kuat dan sistem brek yang baik. Bagi kenderaan penumpang biasa, saiz yang biasa kita dapati adalah 15inci dan 16inci.
Terdapat juga sesetengah orang yang menukarkan diameter tayar ke saiz lebih besar seperti dari 15inci ke 17inci. Ini boleh dilakukan namun ada sedikit keburukkan disitu. Ia disebabkan gear ratio yang berlainan. Gear ratio yang direka untuk tayar 15inci digunakan untuk tayar 17inci menghasilkan daya terjahan yang kurang baik semasa mula bergerak. Namun ianya hanya memberikan sedikit kesan sahaja. Kesan buruk yang lain adalah seperti penggunaan minyak yang banyak dan bacaan speedometer yang lain dari halaju sebenar.

Oleh itu, apabila anda berhasrat untuk menukar tayar kereta anda, pastikan ianya sama dengan saiz rim sedia ada sekarang. Namun apabila anda berhasrat untuk menukar ke saiz yang lebih besar, pastikan ianya tidak memberi kesan buruk kepada poket anda. Pastikan juga saiz yang ditukarkan adalah sesuai dengan jenis kenderaan anda. Penggunaan saiz yang berlainan seperti contoh, SUV yang asal menggunakan saiz 205/65/16 telah menukar kepada 215/45/17. Walaupun saiz diameter hanya meningkat satu inci, namun ratio yang serendah 45 tidak sesuai dengan SUV. Ini kerana SUV berat dan boleh menghasilkan daya hentakan kuat apabila lalu di lubang jalan. Hentakan kuat sebegini boleh menyebabkan parts undercarriage kenderaan rosak. Oleh itu, pastikan anda tahu saiz taya yang sesuai apabila menukarkan saiz taya asal.

Tips untuk membeli taya second hand:

Semasa anda hendak mencari tayar lain bagi menggantikan taya anda yang rosak, anda diberi pilihan membeli tayar baru atau second hand. Sekiranya membeli tayar second hand, selain memastikan saiz yang dibeli adalah betul, anda juga perlu pastikan bila tayar anda telah dibuat. Disisi tayar yang hendak dibeli, ada ditulis 4 digit nombor didalam kotak seperti dibawah.

Bagi 2 digit yang pertama, ia merujuk pada minggu keberapa dalam tahun itu, tayar itu telah dibuat. Manakala pada 2 digit yang terakhir, ia merujuk kepada tahun bila ia dibuat. Kalau ikut contoh diatas:
20: Minggu ke 20
09: Tahun 2009
Justeru itu, apabila memilih tayar second hand untuk dibeli, pastikan anda memilih tayar yang dibuat tidak terlalu lama dari tarikh sekarang. Paling lekeh pun setahun sebelum la. misalan sekarang bulan May, 2010...tayar hendak dibeli adalah tahun 2009....buleh lagi tuh. Tapi kalau taya hendak dibeli adalah tahun 2007 ke 2006 ke..baik toksah beli sebab getah tayar tu dah boleh buat selipar dah...keras. Nanti kalau pakai, tak sampai sebulan pecah.....tak pun hilang grip, pastu kete eksiden...


Sebenarnya pada taya kita juga ada menunjukkan kandungan angin maksimum yang buleh diisi, berapa beban boleh isi dalam kereta (load rating), berapa kelajuan maksimum yang boleh ditahan kepanasan (speed rating)...dan lain-lain lagi. Malah, bunga tayar (tyre thread) yang berlainan juga ada maksud masing-masing. Ada yang sesuai sewaktu hujan, ada sesuai sewaktu jalan kering, ada tayar yang bising, ada tayar yang senyap. Tapi yang basic adalah saiz tayar dan tahun dibuat tayar itu. Itu sudah cukup sebagai panduan kita bersama. Sekiranya anda ingin tahu lebih banyak, buleh la tanya pada saya atau buat sendiri research ataupun bertanya kedai tayar.
sekian

Khamis, 6 Mei 2010

New Kids On the Block...

Kete Baru kak gi

3 geng honda bersama model Kakgi


Kereta disepak samseng jalanraya



Kuala Lumpur, 5/May/2010- Seorang lelaki yang dalam perjalanan kerja ke tempat kerjanya seperti biasa di waktu pagi mengalami tekanan perasaan setelah kereta Honda Accord yang dinaikinya telah dicalarkan dan ditendang oleh seorang samseng jalanraya yang menaiki motorsikal kapcai. Berita selanjutnya:

Mangsa, Shahreza yang bekerja di sebuah kilang Jepun yang kedekut di Petaling Jaya bernama Sato berkata, "Saya rasa tertekan dan murung selepas kejadian itu. Mungkin memerlukan masa selama seminggu untuk redakan keadaan....abang tau tak nak repair mana?".
Kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa dan suspek melalui satu jalanraya yang sempit di kawasan Sentul sebelum mangsa mengelak lubang di tengah jalanraya tanpa menyedari kehadiran suspek yang menaiki motosikal di sisinya. Akibat daripada tindakan mangsa itu, dipercayai hampir mengakibatkan suspek jatuh gedebuk dari motornya. Suspek yang berang dengan tindakan mangsa lalu mengejar mangsa sambil memaki hamun, menunjuk-nunjuk isyarat lucah (rujuk abe lucoh R&D untuk mengetahui lebih lanjut isyarat ini), dan menekan hon motosikalnya kepada mangsa. Mangsa yang dipercayai baru pulang setelah lama migrasi dari negara asal Ultraman dikatakan membuat dono sahaja kepada suspek. Ini membuatkan suspek bertambah berang. Setelah lama kejadian kejar-mengejar berlaku, akhirnya suspek dikatakan telah menendang kereta mangsa dan melarikan diri. Manakala mangsa masih lagi maintain pada posisinya. Setelah mangsa membuat pemeriksaan ketika tiba di kilang kedekut, didapati beberapa kemek dan calar terhasil daripada insiden tersebut.
Beliau telah membuat report kepada rakan-rakan R&D nya dan hasil siasatan pasukan khas dari R&D mendapati mangsa dan suspek masing-masing bersalah. Menurut ketua pasukan khas, GL Mohd Aidil ketika dihubungi berkata, "itulah penunggang motor, kadang-kadang kita bukannya nampak diorang kat mana, diorang ligat kiri kanan kita. sedar-sedar je ada kat kiri la, kanan la. Keadaan jadi lebih teruk semasa mereka berada di kawasan 'blind spot' pemandu kereta." sambil mengesahkan menerima laporan tersebut.
Menurut salah seorang ahli pasukan khas yang ditemui berkata, "mangsa sepatutnya mengangkat tangan meminta maaf kepada penunggang motosikal tersebut kerana jalanraya Malaysia ni memang bahaya sedikit. Tidak mengapalah kerana mangsa baru mula mengenali jalanraya Malaysia".

moral: harap JKR dapat repair semua jalan berlubang.

Selasa, 4 Mei 2010

Non Alcoholic....



Gambar ni diambik pagi tadi masa nak gi kerja. Kereta ni berada di depan saya mula dari Taman Connaught sampai la ke Federal Highway. Apa yang menarik perhatian saya adalah iklan yang terpampang besar kat body kereta tu. Tak berapa jelas, tapi lebih kurang macam ni lah "NON ALCOHOLIC DR....".........apa mende tuh?tengok rupa iklan macam minuman, tapi kalau baca iklan dia macam 'non alcoholic drinks' la pulak. Saya tak katakan 'ya' disini, cuma pada pandangan saya begitu la yang ditulis. Mungkin juga saya tersalah tafsir, harap sesiapa yang tahu ini iklan apa yang sebenarnya bulehlah bgtau saya.
Kalau betullah itu iklan minuman yang non alcoholic.....


Kenapa perlu dia tekankan perkataan non-alcoholic?...Kalau terdapat penekanan perkataan disini, bererti jua minuman itu selama ini dipandang umum sebagai minuman yang beralkohol dan mereka telah keluarkan versi non-alkohol punye lah......minuman apa yang sebegitu kalau bukan ARAK....
Arak walaupun non-alkohol masih lagi haram bagi umat Islam untuk minum minuman itu. Sebabkan dalam Islam, bukan alkohol yang menyebabkan arak itu haram, tetapi minuman itu sendiri yang haram. Alkohol hanya kandungan minuman itu. Buleh rujuk kepada mana2 Ustaz atau guru agama, bukan sesuatu yang saya buat andaian sendiri.
Terdapat satu soal jawab antara seorang guru agama dengan seorang wanita didalam sebuah website diAmerika Syarikat....(saya tak jumpa address dia..), bunyinya lebih kurang begini...
Question

My husband drinks non-alcoholic beer with the intention of not thinking of it as beer, but I believe it is haram. Can you please give us an opinion on this?
Answer

The basic ruling on food and drink is that things are halal except for those which are specifically
described in Shari`ah as being haram, such as alcoholic drinks. It was reported that the Prophet (peace and blessings be upon him) said: “Every intoxicating substance is haram.” (Narrated by al-Bukhari) And it was narrated that `A’ishah said: “The Messenger of Allah (peace and blessings be upon him) said: ‘Every intoxicating substance is haram, and whatever intoxicates in large amounts, a handful of it is haram.’” (Narrated by at-Tirmidhi).

Focusing more on the question in point, we’d like to cite the following relevant fatwa:

“Non-alcoholic beer is haram because although it is claimed that it is alcohol free, it does have some alcohol in it. We checked with beer manufacturers and confirmed that non-alcoholic beers do have a minimum amount of alcohol in them because during the manufacturing process, a small amount of alcohol is unavoidable. Also, we checked the matter from the legal perspective and found that U.S. law (and probably European law, too), allows beer manufacturers to claim that it is alcohol free if it contains less than one percent alcohol. We wish all Muslims were aware of this fact and if they are not, then we should make this known through the proper educational and media channels.” Source: www.islamicity.com

Thus, non-alcoholic beers are haram and all Muslims should be aware of this. So, you can approach
your husband kindly and tell him of the Hadith of the Prophet (peace and blessings be upon him) and the above mentioned fatwa so that he knows what is halal and what is haram and the right attitude regarding this issue.

Allah Almighty knows best.


Kalau search kat internet pun kita akan mendapat jawapan yang sama. Kemudian pada Pameran barangan Halal Antarabangsa yang dianjurkan baru-baru ini di ibunegara, minuman bir tanpa alkohol telah diperkenalkan kepada umum. Bir ini dikeluarkan oleh sebuah syarikat usahasama malaysia dan Iran..........Syarikat Islam tuh.....

Ok lah, mungkin pada pendapat mereka, dan mungkin ada hujah2 daripada mereka yang mengatakan kita buleh minum minuman itu. Okeh...senang nak cerita, jom kita fikir sekejap kononnya kita buleh minum bir tanpa alkohol nih.....

Kalau betul begitu, ada kemungkinan tak bila seseorang itu sudah suka/seronok meminum bir tanpa alkohol, kemudian dia akan mencuba/terminum bir yang mengandungi alkohol?....kemungkinan yang terlampau tinggi kan?.....

Surat khabar semalam ada memaparkan remaja bawah umur antara yang ditahan disebuah kelab hiburan di ibunegara. (mak bapak diorang nih gi mana ek?)......budak2 bawah umur yang baru nak kenal dunia, masuk kelab hiburan...nak bagi nampak hebat, pesan minuman coke.....bila dah bosan, pesan bir tanpa alkohol.....lama2 dia akan mula minum bir dengan alkohol.........pastu mabuk2, lupa diri, agama, lupa mak bapak, goncang sana goncang sini, kenal laki lain, sedar2 je dah ngandung...pastu buang anak dalam tong sampah, bila kantoi yang pompuan je kene, yang laki terus cari mangsa lain kat kelab2 malam.....damn...

So kepada pemikir2 hebat negara, toksah berpikir la nak halalkan minuman tanpa alkohol ni kat malaysia....

p/s: siap buat iklan kat kereta tuh...konpem ramai yang kene tipu sebab ingatkan halal....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...