Jumaat, 21 Mei 2010

Zia Zaara Diarrhoea


Last Sunday, kitorang perasan Zia kerap buang air besar. Pada pendapat kami itu petanda kanak-kanak yang sehat hasil minum susu dengan banyak. Tapi Ahad malam Isnin tu pun dia kerap berak jugak. Alih-alih hari Isnin tu my parent in-law bawak Zia pergi jumpa doktor sebab pagi Isnin tu pun selalu berak. Doktor kata Zia kene Diarhoea... (atau pun dalam bahasa saintifik orang melayu sebagai cirit birit). Macammana Zia buleh kene tu kitorang pun jadik pelik. Berdasarkan bedah siasat/post mortem yang saya jalankan, tidak ada benda lain yang meragukan diberi makan kepada Zia....so...WHY??? then...
doktor menasihatkan kurang memberi susu dan banyakkan minum air garam (ORS) disamping makan ubat yang doktor bagi. Kami pun melaksanakan arahan doktor tanpa segan silu mahupun perubahan menu doktor. Hari Rabu (hari ke-4) pagi, keadaan Zia mula pulih. Hasil buangan air besar dia sudah tidak cair. Maka pada pendapat mertua, Zia sudah beransur pulih. Setelah beberapa hari hanya memberi sedikit susu sahaja, malahan dengan sukatan yang tersangat cair, maka pagi rabu itu mertua pun memberi Zia susu dengan sukatan seperti biasa. Zia yang sudah beberapa hari tidak menikmati kesedapan susu sepenuhnya telah minum 6 auns sekaligus (kebiasaannya 4 auns). Namun hari yang indah jangan disangka akan berkekalan, Petang Rabu itu tiba-tiba hujan lebat................ (eh silap cerita). Keadaan zia yang disangkakan beransur pulih, kembali teruk pada sebelah petang Rabu. Punggung (maap sekiranya bahasa saya lucah sedikit) dia menjadi merah-merah kerana selalu berak dan dia akan menangis setiap kali berak. Maka pada malam rabu itu juga saya membawa Zia kepada doktor. Doktor yang sama merawat Zia kemudian menasihatkan kami membawa Zia berjumpa specialist kanak-kanak sebab berkemungkinan Zia mengalami alahan dengan susunya. Walaupun dia telah minum susu itu melebihi 4 bulan.
Oleh itu, dipagi khamis kami pun mulakan perjalanan selambat 10 suku pagi dari rumah menuju doktor panel Zia yang bertapak di Pandan Indah. Hasil perbincangan dengan Doktor Hoh yang rupa seakan 'Fei Mau' telah mendapati memang Zia mengalami masalah dengan susunya. Beliau menasihatkan menukar kepada susu soya, tetapi kami memaklumkan yang Zia pernah diberi minum susu soya tetapi terdapat alahan kepada susu ini. Doktor kata ini pertama kali beliau mendengar budak alahan dengan susu soya. Memandangkan tiada susu lain yang buleh doktor rekemen selain susu soya, akhirnya doktor menyuruh kami hentikan pemberian susu kepada Zia dan terus memberikan air garam sebanyak mungkin sehingga Zia pulih. Apabila Zia sudah pulih, susu hanya boleh diberi dengan sukatan yang tersangat cair...nisbah 1:3.
Sehingga semalam (khamis), Zia masih lagi berak-berak. Mengikut kata doktor, sekiranya Zia masih berterusan berak sehingga Sabtu, Zia perlu dimasukkan ke wad. Namun apabila malam tadi ketika tidur. Zia sudah tidak berak lagi sehingga pagi ini. Perkembangan Zia perlu diawasi setiap masa.........
sekian,

p/s: pembantu klinik doktor hoh ni memang Satu Malaysia. Sorang Chinese, sorang Indian, sorang Malay....klinik tak besar mana pun

1 ulasan:

  1. kesian zia.mesti badan dia susut menjadi semakin ramping..eeuwwwww~

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...