Isnin, 19 Julai 2010

HID da CRV

Beberapa bulan yang lepas saya telah menukarkan rim kereta saya dan menggunakan rim standard CRV. Maka dari saat itulah, projek Xtreme CRV saya terpaksa saya hentikan atas sebab-sebab tertentu. Ianya telah menjadi seakan-akan satu pembekuan aktiviti terhadap CRV saya sehingga buleh saya katakan selain menukar minyak hitam, tiada apa yang saya lakukan termasuk membasuh kereta yang hanya dilakukan 2 bulan sekali.

Baru-baru ini saya merasa sesuatu yang tidak kena dengan CRV saya, setelah saya amati, saya dapati yang lampu foglamp yang saya pasang sebelum ini tidak memainkan peranan dengan baik. Sebenarnya kualiti lampu foglamp aftermarket (lampu jenama lain yang dipasang selepas kenderaan keluar daripada kilang) sememangnya tidak setanding dengan lampu original. Tetapi pada diri saya, asalkan lampu itu dapat menunjuk jalan dengan baik ketika gelap dan hujan pun cukup baik dah. Ini kerana saya telah menukar mentol untuk lampu utama daripada warna kuning kepada mentol lampu putih. Lampu yang putih tidak dapat berfungsi dengan baik apabila waktu hujan dan kabus. Pada ketika inilah lampu foglamp perlu memainkan peranannya dengan lampunya yang berwarna kuning. Namun begitu pada kes CRV saya ini, jarak penglihatan CRV untuk lampu foglamp ini adalah tersangat dekat.


Seperti yang ditunjuk pada gambarajah diatas, kawasan limpahan lampu foglamp hanya boleh dilihat sedikit sahaja daripada cockpit CRV. Ini boleh dikatakan sebagai tidak berfungsi dengan baik.
Berhubungkait dengan itu, maka saya pun dengan secara rasminya mengaktifkan kembali projek Xtreme CRV saya dimana projek kali ini dimulakan dengan meng-HID-kan lampu foglamp.
Oleh itu, baru-baru ini saya telah pergi membuat tinjauan ke beberapa kedai aksesori kereta untuk mencari lampu foglamp dengan harga yang berpatutan. Untuk pengetahuan, harga lampu HID bergantung kepada jenis mentol yang digunakan selain jenama, kualiti dan berapa banyak kedai eksesori itu akan mencekik "darah". Bagi Honda CRV generasi kedua seperti saya punya ini, mentol foglamp adalah daripada jenis 9006. Berdasarkan cerita dongeng staff kedai eksesori, mentol jenis ini adalah mahal, oleh itu harga HID setnya pun adalah tinggi sedikit daripada mentol jenis lain. Ada sesetengah kedai eksesori hanya memberi harga barang sahaja tanpa bayaran untuk upah pemasangan. Oleh itu pastikan anda bertanya mengenai upah pemasangan sekiranya ingin mereka lakukan pemasangan untuk anda.
Berbalik kepada cerita saya, setelah membuat pemantauan, akhirnya sebuah kedai telah memberi harga yang agak murah berbanding dengan kedai lain, tetapi upah pemasangannya agak mahal sedikit. Namun begitu jumlah keseluruhannya masih rendah berbanding dengan kedai lain. Kalau nak diikutkan, cara pemasangannya adalah senang sahaja kerana ianya telah dibuat untuk sesuai dengan connector pada kereta kita. Kita hanya perlu sambungkan connector itu dan kemas semua wayar2, pasti kita akan berjaya save lebih kurang RM 50 upah pemasangan. Tetapi seperti yang telah saya katakan sebelum ini, untuk kereta saya kali ini, saya berasa malas untuk melakukan aktiviti DIY, dan lebih suka menyerahkan kepada kedai untuk memasangnya. Maka leburlah duit saya lagi sebanyak RM60 untuk upah pemasangan yang senang. Pemasangan memakan masa selama lebih kurang 20 minit. Hasilnya:

SEBELUM

SELEPAS


*AMARAN: Menggunakan lampu HID adalah dilarang bagi undang-undang Malaysia. Segala apa yang tertulis di dalam artikel ini adalah sebagai rujukan saya sahaja. Saya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah dan propaganda yang tercetus pada pihak pembaca sekiranya meniru atau melakukan apa yang saya lakukan.
*AMARAN: Lampu HID adalah merbahaya kepada mata sekiranya ia dilihat secara terus atau direct. Sila berwaspada terhadap pengguna jalanraya dan pejalan kaki lain sekiranya anda menggunakan lampu HID. Sila tutup lampu HID sekiranya tidak menggunakannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...