Khamis, 29 Julai 2010

Fire Extinguisher



Gambar di atas saya ambil dari sebuah stesen minyak di Cheras. Apa yang menarik pada pemerhatian saya bukanlah stesen minyak itu ke bentuk pemadam api tu ke atau sampah yang kelihatan di dalam gambar itu. Tetapi apa yang menarik perhatian saya adalah cara pemadam api itu diuruskan. Untuk pengetahuan, pemadam api itu diletakkan di dalam kotak berkunci berwarna merah seperti gambar di atas, manakala kotak berisi pemadam api itu diletakkan betul-betul bersebelahan dengan pam minyak di tempat mengisi minyak.
Cuba anda perhatikan lukisan menawan saya di bawah dan fikirkan apa yang berlaku sekiranya satu kebakaran berlaku pada sebuah kereta yang sedang mengisi pam di kawasan "A".


Petunjuk:
A: Kawasan mengisi minyak A
B: Kawasan mengisi minyak B
P: Mesin pam minyak
TS: Tong sampah

Gambarajah di atas adalah gambaran dari atas kawasan mengisi minyak di sebuah stesen minyak. Pada gambarajah di atas, pemadam api terletak pada posisi bertanda kotak merah. Sekiranya kebakaran berlaku pada kenderaan di kawasan A atau B, anda sudah pasti tidak boleh menghampiri kotak pemadam api untuk mengambil pemadam api kerana ianya terletak betul-betul bersebelahan dengan pam minyak dan ada risiko kebakaran merebak ke pam minyak dan berlaku letupan. Tambahan pula kotak berisi pemadam api itu dikunci dan sudah pasti mengambil masa untuk mengeluarkan pemadam api itu dan ini akan menambah risiko kepada diri anda.
Maka secara tak langsung, pemadam api daripada pam minyak di sekeliling akan digunakan. Sekiranya sebuah stesen minyak mempunyai kira-kira 4 tiang (2 pam setiap tiang) mengisi minyak seperti gambarajah di atas. Satu pemadam api tidak dapat digunakan atas sebab keselamatan dan tinggal 3 pemadam api yang buleh digunakan.
Persoalannya, kenapa kita perlu menggunakan 3 pemadam api sedangkan kita buleh pasti kesemua 4 pemadam api digunakan?
Caranya hanya dengan meletakkan pemadam api tersebut di kawasan yang berjauhan dengan pam minyak.
Persoalan kedua, berapa banyak salinan dan berapa ramai yang memegang kunci untuk bekas pemadam api itu?
sebaiknya diberi satu kunci pembuka kepada setiap pekerja supaya apabila berlaku sebarang insiden, tindakan pantas dapat diambil. Tidak perlu menunggu penyelia datang ataupun perlu berlari ke kaunter untuk mengambil kunci.

Apapun itu hanya pendapat saya sahaja, saya pasti pemilik stesen minyak sudah memikirkan dari pelbagai sudut semasa membuat tindakan meletakkan pemadam api tersebut di situ.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...