Isnin, 5 Julai 2010

Pelajar mempelajari pelajaran belajar

Kalau lah kita berjaya meluangkan masa membaca surat khabar setiap hari, tidak kira surat khabar apa pun pasti ada satu dua yang akan menceritakan perihal masalah yang menimpa dan dibuat oleh pelajar-pelajar Malaysia sekarang. Sebagai contoh didalam Berita Harian hari ni ada mengisahkan mengenai pelajar pecah rumah cikgu dan satu lagi kisah mengenai pelajar perempuan bergaduh di sekolah lalu diambil video pergaduhan itu oleh pelajar lain dan disebarkan. Esok sudah pasti kesah lain pula mengenai pelajar akan mengisi berita nasional kita. Persoalan saya kepada diri sendiri:

1. Diorang ni ada masa banyak ke?
Kalau mengikut keadaan anak-anak buah saya yang sudah pun seramai satu pasukan bola sepak dan sedang bersekolah di sekolah menengah dan sekolah rendah, memang tidak ada masa untuk mereka bersosial selain di sekolah. Anak buah saya yang bersekolah rendah misalnya akan ke sekolah di pagi hari sehingga petang jam 3. Kemudian pulang berehat sebelom ke sekolah semula selepas asar. Jikalau menghampiri musim peperiksaan UPSR atau PMR, kadang-kadang mereka perlu pula ke kelas tambahan di malam hari. Sudah mengalahkan saya yang bekerja la pulak. Ada ke masa terluang untuk buat mende lain?

2. Mak Bapak pelajar ni pergi mana?
Cara kehidupan di zaman moden ini......"ibu dan bapa sibuk mencari harta dari mendidik anak di rumah". Di sini saya menggunakan perkataan mendidik, ianya berbeza daripada membesarkan atau menjaga. Saya amat gemar dengan situasi di mana si ibu akan berada dirumah sepanjang masa menjaga anak-anaknya dan si bapa akan keluar mencari rezeki. Insyaallah, kalau diizinkan tuhan saya akan mengamalkan situasi sebegini dalam keluarga saya sendiri.

Selebihnya memang terletak pada masyarakat sendiri untuk mendidik pelajar-pelajar. Namun apa yang penting adalah peranan kita sebagai ibu bapa yang akan berada di barisan hadapan dalam mendidik anak kita menjadi yang terbaik.
Di Amerika Syarikat sekitar tahun 1970-an, ketika kumpulan Mafia menjadi musuh utama negara mereka, terdapat seorang ketua satu kumpulan Mafia yang cuba mengelak anak lelakinya daripada mengikuti jejak langkahnya. Segala pekerjaan si bapa cuba dirahsiakan daripada anaknya dan dia telah berjaya membesarkan anaknya sehingga dijangkakan akan menjadi seorang doktor perubatan. Namun semasa si anak sedang menuntut di tahun ketiga di universiti, si bapa telah terbunuh. Ketika itulah segala pekerjaan si bapa telah di ketahui si anak.
Apa yang cuba saya tonjolkan disini adalah, walaupun berada pada tahap ketua sebuah kumpulan mafia, dia cuba untuk menjadi bapa yang baik demi anaknya. Itulah sebaik baik peranan seorang bapa.

Perlu diingat disini bahawa kumpulan Mafia adalah lebih aggresif dan merbahaya daripada kumpulan kongsi gelap mahupun kumpulan penjahat. Mafia sebenarnya berasal daripada Italy ditubuhkan dengan tujuan melindungi penduduk kampung daripada serangan penjajah Sepanyol. Selebihnya carik la sendiri, malas nak cerita dah.

end.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...