Setelah saya berjumpa kembali pengecas bateri kamera digital saya, mulalah pelbagai idea dan topik yang datang melekat di kepala ini. Antaranya penggomolan saya terhadap CRV, berjalan-jalan dengan mama n zia...tetapi idea penulisan itu semua masih tidak dapat mengalahkan satu idea penulisan terbaru....................kelahiran anak kedua saya.
Kalau kita buka mana-mana penulisan, blog, warkah mengenai kelahiran orang baru ini, saya pasti kebanyakkan akan menceritakan perubahan si ibu, apa perasaan ibu, apa yang si ibu rasa, apa yang bapa patut buat, hadis-hadis nabi, dan pelbagai lagi mengenai saat-saat kelahiran bayi di dunia ini. Tidak perlu saya menambahkan lagi maklumat yang dah tersedia penuh di alam cyber tersebut. Maka saya hanya menceritakan apa yang berlaku kepada kami sahaja.
Adapun isteri saya, berdasarkan kiraan mesin scan, sepatutnya dijangkakan akan melahirkan bayi pada awal bulan 8. Dan jika difikirkan yang anak pertama saya telah dilahirkan 2 minggu lebih awal daripada tarikh jangka kelahiran, maka kami menganggap yang adiknya juga akan dilahirkan 2 minggu awal iaitu minggu ketiga bulan 7. Maka saya dan isteri pun tidak melakukan persiapan sepenuhnya dan hanya bersiap sedia ala kadar dengan beg untuk dibawa ke hospital.
10/July/2010
Dipagi hari, saya membawa Zia berjalan-jalan di taman di Alam Damai. Pagi yang sejuk dan hujan di hari sebelumnya membuat taman permainan kanak-kanak di taman itu sedikit basah dengan embun pagi. Tidak banyak yang buleh Zia mainkan. Maka kami pun bertolak balik sambil singgah membeli nasi lemak untuk mama.
Petang itu kami keluar membawa mama dan Zia ke Jusco Balakong untuk membeli sedikit barang keperluan rumah.
Malam itu Zia tidak mahu tidur, di anak main dan makan sahaja. Sepupunya yang lain telah pun lelap lama tetapi dia masih nak bermain sahaja. Saya yang ingin tidur cepat kerana ingin bangun menonton perlawanan world cup antara Jerman menentang Uruguay pula berasa tertekan dengan perangai Zia pada malam itu. Akhirnya setelah Zia termuntah sekejap, (akibat makan banyak), dia pun terlelap...mungkin kerana penat.
11/July/2010
Dari pagi sehingga ke petang kami hanya berada di rumah sebab saya yang mengantuk kerana menonton world cup dan perlu simpan tenaga untuk perlawanan akhir malam nanti.
Petang itu saya membawa mama dan Zia berjalan-jalan ke Putrajaya. Kebetulan pada hari itu Putrajaya ada menganjurkan hari Flora Putrajaya, maka banyak la gerai jualan dibuka. Mama yang terus excited teringin untuk berjalan-jalan di gerai-gerai tersebut. Tetapi memikirkan parking kereta yang jauh dan waktu yang menghampiri maghrib, maka kami pun tidak berhenti dan terus pulang. Tetapi yang menimbulkan kehairanan pada diri saya, ketika waktu menghampiri maghrib, waktu ketika nyamuk aktif beraksi dan juga waktu yang sama para jin menjadi giat, ketika itulah di setiap celah pelusuk putrajaya (kawasan kompleks-kompleks kerajaan dan taman sekitar masjid) penuh dengan manusia yang sedang berasmara, bermain-main, beriadah, bergambar dan serba maklum majoriti adalah orang Islam!
Kami tiba dirumah pada jam 8 malam dan saya terus mandi dan mengerjakan solat sementara mama menjaga Zia. Setelah selesai giliran saya, mama pula akan mandi dan bersolat dan saya menjaga Zia. Setelah selesai maghrib, mama pun duduk di atas sejadah menanti waktu Isyak dan saya masih menjaga Zia di dapur rumah. Setelah beberapa lama dan Isyak pun telah masuk, mama pun keluar daripada bilik sambil tersenyum kambing memanggil ibu mertua saya. Pada pendapat saya, cara senyuman itu samada mama sudah sampai waktu ingin bersalin (yang saya pasti belum tiba waktunya lagi), ataupun mama ingin meminta kebenaran ibu mertua untuk keluar malam itu. Rupanya perkataan yang saya pasti tidak akan keluar, muncul di bibir mama....."sudah sampai waktu".
Saya yang blur pun tiba-tiba jadik panik, lahir awal bulan ke?persiapan apa pun tak buat lagi nih....dah la world cup final pun malam tu juga! maka saya pun terus menyiapkan beg mama dan menukar baju. Saya dan mama pun keluar rumah sementara orang gaji mendukung Zia ke dalam bilik. Kami singgah di surau untuk memaklumkan kepada bapa mertua saya, dan kami juga singgah ke rumah seorang tukang urut untuk meminta air selusuh untuk mama (telah dimaklumkan yang kami tidak menyediakan apa-apa persiapan termasuklah air selusuh). Sementara saya berjumpa tukang urut/bidan wanita ini, mama pun menalifon doktor panelnya dan doktornya menyuruh kami ke kliniknya yang terletak di Alam Damai. Ini kerana masih awal untuk mama melahirkan bayi dan doktor suriati ingin membuat kepastian. Sampai sahaja di klinik nya, mama terus dimasukan ke bilik rawatan, dan doktor terus memeriksa keadaan mama.............open 3 cm oredi. Sudah sampai waktu tetapi doktor menyuruh kami ke hospital selepas pukul 12 tengah malam untuk mengelak daripada dikenakan bayaran wad untuk hari itu. Lagipun mama masih tidak merasa sakit, cuma terdapat sedikit lendir yang telah keluar sahaja. Maka kami pun pulang dahulu ke rumah.
12/Julai/2010
Jam 12:15 pagi kami sampai ke Hospital Pantai Cheras dan terus daftar masuk ke wad. Jururawat yang memeriksa menjangkakan mama akan melahirkan bayi pagi itu dan menyuruh mama rehat di wad dahulu. Saya menemani mama sepanjang malam itu, dan dapatlah juga saya menonton perlawanan akhir world cup dari dalam wad huhu.....
pukul 7 pagi, mama dimasukkan ke labour room (bilik bersalin)
Pukul 9 pagi, saya dipanggil masuk ke labour room.
Pukul 9 setengah air ketuban mama di pecahkan.
Pukul 10 suku pagi, bukaan telah pun 6 cm. Persiapan mula dilakukan.
Pukul 10 setengah pagi, bukaan telah pun 9 cm. Persiapan diteruskan, dan ketibaan doktor dinanti. saya perlu menunggu diluar bilik buat sementara dan masuk semula setelah doktor suriati tiba.
Pukul 10:45 pagi, seorang bayi perempuan seberat 3.5kg telah selamat dilahirkan.
Perasaan ketika itu sukar dikatakan, tetapi terus terang kelahiran kali ini saya rasakan lebih rilek dan tidak secuak masa yang pertama dahulu. Perasaan menjadi bapa itu, tanyalah kepada orang yang telah menjadi bapa lain.
Apapun, saya bersyukur dengan kelahiran ini. Mama pun telah bertenaga kembali semasa blog ini ditulis, dan Zia masih tidak tahu yang dia telah pun ada adik walaupun pernah ditunjukkan bayi itu kepadanya.
Maaf, gambar tidak dapat di tunjukkan lagi atas sebab masalah teknikal terhadap PC. nanti saya upload gambar baby....
Tahniah bro...
BalasPadamMoga kehadiran anak kedua dpt menambahkan lagi keceriaan anda sekeluarga.Amin
Dari abah izz dan hasanah.