Selasa, 29 Oktober 2013

Golden Explorer & travel agensi

Assalamualaikum,
Bercuti...antara kegemaran saya. Masa belajo kat negara penjajah dulu lagi, dh memang tabiat suka pergi melancong. Trip cuti yang paling seronok saya rasakan kalo perlu memandu berpandukan peta, bukannya GPS. Dan trip yang perlu mengetahui selok belok public transport seperti bas dan train.

Travel Agensi....agak senang dan mungkin berbaloi ataupun murah sekiranya pergi ke trip mengikut travel agensi. Travel agensi sepatutnya bertindak sebagai agensi yang menguruskan percutian mengikut keperluan pelanggan. Travel agensi juga perlu memberi nasihat sekiranya sesuatu percutian dirancang pelanggan tidak bersesuaian atau merbahaya. Apapun, keuntungan ataupun rezeki pihak agensi datang daripada pelanggan mereka.

Kekecewaan yang pertama

Saya mula mengenali travel agensi ketika mula berkahwin. Kebtulan saya yg memang suka melancong ni dihampiri staff agensi ketika mereka melakukan promosi di sebuah shopping kompleks. Dimakan hasutan utk mendapatkan trip yang murah, saya pun join la membership travel agensi yg HQ dia kat bangsar, lupa lak nama company apa. Dikatakan saya akan mendapat pelbagai kebaikan, dan keahlian saya adalah seumur hidup dengan membayar sebyk sejumlah duit. Jadik cerita, lepas isi borang disitu termasuk buat bayaran, sehingga kini sudah hampir 6 tahun, saya tidak pernah dihubungi mereka melalui surat, email, telefon kecuali sekali selepas beberapa tahun. Itu pun untuk mengajak saya menyertai investment. Mungkin salah saya tidak pernah hubungi mereka, tapi mereka juga sebagai agensi patut cuba menjaga pelanggan mereka, terutama bagi pelanggan yang telah membuat bayaran.

Kekecewaan yang kedua

Dari kekecewaan pertama, saya dihampiri travel agensi seterusnya. Entah dari mana ntah dpt nombo phone saya, tetiba dtg call dr staff Golden Explorer, Agent S. Punya la pujuk rayu suruh saya join membership. Mcm biasa mcm2 mende dijanjikan termasuk voucher free penginapan hotel, claim duit minyak, tour voucher etc. Kebetulan pulak, memang sy tgh plan masa tu nak bawak anak2 pegi Legoxand kat johor. Lepas kira cost sendiri ngan kos kalo join membership+free voucher. Hmm...ok la. Saya yg lurus bendul ini pun menerima pujuk raju agent S. Lagipun dia kata membership seumur hidup ngan voucher valid 2 tahun, kalo tak guna time tu pun, bole guna next year. Memandangkan taknak jadik cam kekecewaan pertama, saya terus mintak uruskan percutian ke Legxxand termasuk hotel dan tiket. 2 bulan sebelom tarikh percutian, cukup la masa utk si agensi melakukan persiapan. Beberapa kali jugak saya berhubung dgn agent S pasal trip tu. Akhirnya hotel, tarikh & perjalanan telah ditetapkan. Sebulan kemudian, saya hubungi hotel utk pengesahan booking, sekali hotel kata nama saya tiada dalam senarai booking. Dan saya terus hubungi agent S, dan agent S janji akan periksa perkara tersebut. Beberapa hari kemudian, tiada reply dr agent S. Saya terus hubungi orang atasannya, si manager Sh. Sekali manager Sh kata request saya tiada dlm sistem. Dan yg paling cilakak sekali, manager Sh ckp yg agent S ni dah berhenti kerja. Dh last minit, hotel pun dh full. Yg tinggal, bilik yg tak boleh pakai voucher. Bayangkan kita dah janji ngan anak bini nak bawak jalan, cuti kerja pun dh amik, sekali booking takde?!

Kekecewaan yang ketiga

Dari kes booking sy xde dlm sistem tu, saya terus maki agent S. Agent S pun bg la byk alasan. Saya pun mintak utk cancel membership dan saya akan pulangkan semua voucher yg saya terima. Saya bgtau hasrat saya kat agent S (yg dh berhenti kerja, tapi janji nk tlg perihal cancel membership saya), dan juga beritahu manager Sh. Beberapa bulan berlalu, tiada kabar berita dr dua2 pihak. Saya terus sms manager Sh tanye cancellation status, sekali manager Sh reply kata tak boleh cancel dah. Damn, ko dh amik duit orang, tapi bila org mintak servis, merapu perginye. Bila mintak cancel, tak boleh pulak.

Kekecewaan ke-4

Hampir setahun lepas kekecewaan ke-2, tiba agent N dr golden explorer ni call pulak. Dia ingatkan saya yg voucher free saya dh nak expire...(aik, bukan ke agent S kata valid 2 tahun?rupenye ada voucher valid 5 tahun, ada yg setahun je). Pastu Agent N pun dok la pujuk rayu suruh baya lagi duit utk dpt voucher br + extend voucher lama. Saya ckp la sy tak moh, lgpun sy tensyen ngan golden explorer sbb tak bagi cancel. Sekali agent N ckp, cancel membership boleh, kena bgtau betul2 la. Aih...yg sy dok bgtau direct kat manager Sh tu tak betul ke?lagpun manager Sh sendiri ckp tak boleh. Ni boleh ke tak boleh?kalo betul boleh, memang saya bengang...

Kekecewaan ke-5

Memandangkan voucher nak abih awal bulan 11, lepas bincang ngan wife, kitorg guna je la voucher. Dh tu nak cancel membership pun dah setahun berlalu. 2 minggu sblm voucher expire kitorg call customer service golden explorer bgtau hasrat nak guna voucher sblm expire. Hasratnye nak lepak mana2 hotel kat area cherating/kuantan guna free voucher tuh. Kalo xdpt hotel pun, sy tak kesah sbb faham la sy request kt diorg lmbt. beberapa hari lepas tu sy dpt sms dr nombo tak kenal suruh saya email voucher free tu kat diorg kalo taknak booking hotel sy cancel. Nombo tak kenal, pastu tak perkenalkan diri, hotel mana pun tak tau, tiba2 ugut kalo tak bagi voucher nnti booking cancel. Disebabkan saya taknak layan spam mesej, sy just reply kata nak tau status hotel dulu, xde reply dah pastu. 2 ari kemudian, manager Sh sms saya kata booking hotel sy dah cancel sbb diorg xdpt copy voucher dr saya ngan signed authorization form dr saya.............what?!...........
1. hotel mana pun engkorang tak bgtau aku
2. engkau tak mintak copy voucher elok2. dok sms pakai nombo tak kenal, pastu tak kenalkan diri.
3. authorization form tu aku dh passed setahun yg dulu. Dah tu kalo tak pass form tu, sah2 payment dari pelanggan korang ni tak masuk poket korang. Pastu skang ni lepas setahun ko mintak lagi ngan aku?!
Nasib baik lepas dpt sms mengong dr manager Sh, si agent U (minah customer service yg rajin membantu saya) ni call saya ckp yg saya kena email copy voucher ngan form tu. Ha..kan elok kalo call, cakap elok2 gini. pastu saya explain psl form tu, pastu sy terus emel dia copy voucher...3 hari berlalu, tetiba dpt sms dr manager Sh kata booking saya cancel sbb full alotment, yg tinggal bilik yg ada discount rate. free voucher hanye available start januari 2014, dimana saya kena baya lagi sejampok duit utk guna voucher time tu.
1. "full alotment" tu menatang apa?
2. apsal tak replace free voucher tu utk bilik yg ada diskaun tu, kalo kena top sket, bgtau la.
3.  Dalam byk2 hotel kat cherating/kuantan, takkan sebijik hotel tu je free voucher tu boleh pakai?
Actually saya tak kesah kalo tk dpt booking sbb bgtau lmbt. Alasan tu sy boleh terima, lepas voucher expired nnti mmg saya lupakan terus golden explorer ni dah.Tapi kalo booking cancel sbb "full alotment" yg sy tak tau amende+bilik diskaun ade, bilik yg free ni xde+satu hotel je bole guna voucher+free voucher available januari 2014..........memang satu kekecewaan buat sebuah agensi yang mencari rezeki sebegitu.


Selasa, 22 Oktober 2013

Kereta Hybrid Vs Kereta Kovensional Vs Alam sekitar

Kereta Hybrid, satu ciptaan yg ketika ini menjadik kegilaan ramai orang Malaysia yang berkemampuan tapi tak berkemampuan. Tambahan pula kerajaan memberi potongan cukai 100% utk kenderaan hybrid sehingga penghujung 2013 ini.
Mereka berkemampuan sebab berupaya mengeluarkan duit deposit yg tinggi, pinjaman yang mudah lulus disebabkan gaji tinggi untuk membeli kereta hybrid dimana yang paling murah di Malaysia ini sama harga dengan sebuah Mitsubishi Lancer 1.8 baru dan beberapa kereta konvensional lain. Tapi mereka juga tidak berkemampuan kerana mereka membeli kereta hybrid ini kerana mahukan penggunaan minyak yang rendah.
Walaupun saya tidak pernah memiliki dan memandu hybrid, tapi saya percaya jikalau mahukan penjimatan minyak dari kenderaan hybrid ini, cara pemanduan perlu ada caranya. Jikalau anda memandu hybrid ibarat memandu Skyline di litar sepang, sudah pasti penggunaan minyak pun lebih kurang kenderaan konvensional.
Namun jikalau dengan pemanduan hybrid yang betul untuk menjimatkan minyak, saya percaya dengan teknik pemanduan yang sama digunakan pada kenderaan seperti Perodua Viva juga akan menjimatkan minyak seperti kenderaan hybrid. Tambahan pula Perodua Viva berharga lebih kurang 30% daripada harga kenderaan hybrid. Jadi ia juga menjimatkan.

Jadi atas tujuan apa kenderaan hybrid ini menjadi idaman ramai?

Ianya mesra alam apabila kurang penghasilan asap.

Mesra alam........mesra alam....kurang asap, maka kurang CO2, CO etc dihasilkan, kurang fenomena rumah hijau, kurang la kepanasan bumi etc.

betul gak tu.......bila kereta ni bergerak menggunakan motor elektrik yang mendapat kuasa dari bateri, maka tiada penghasilan asap. Maka ianya mesra alam.......eh....kuasa dari bateri?...owh ada bateri....bateri tu dibuat dari apa ye?

Tu dia.....bateri untuk kenderaan hybrid ini dihasilkan dari beberapa bahan kimia yang boleh dianggap toksik. Apabila banyak kenderaan hybrid di muka bumi ini, maka makin banyak bahan buangan toksik dihasilkan.

Ye kita berjaya mengurangkan penghasilan asap kenderaan tetapi waktu yang sama kita menghasilkan banyak toksik tambahan.

Secara peribadi saya menyokong kenderaan hybrid, saya pun mmg teringin nak beli sebuah tapi belom mampu lagi. Kebanyakkan pembeli kenderaan hybrid ini mmg membeli atas tujuan menjimatkan minyak dan mesra alam. Walaupun mereka bergaji tinggi sehingga mampu membeli sebuah, tapi jumlah kekerapan pengisian minyak yang kurang lebih dititikberatkan dan saya juga agak menyokong.
Kemudian mereka juga membeli kerana ianya kurang mengeluarkan asap dan mesra alam. Bagaimana pencemaran yang terhasil sepanjang proses penghasilan kenderaan hybrid ini tidak perlu dititikberatkan asalkan ianya menghasilkan sesuatu yang mesra alam apabila tiba ditangan pembeli adalah yang lebih utama.
Apapun Hybrid ini sangat sesuai untuk mereka yang banyak menghabiskan masa di kawasan yang padat kenderaan, mereka yang sebahagian besar masa dihabiskan di kesesakkan jalanraya. Di kesesakkan, hybrid akan hanya menggunakan motor elektrik dan ini menjimatkan minyak. Kurang penghasilan asap sedikit sebanyak mengurangkan kepanasan dikawasan terbabit dan ini mengurangkan keperitan penunggang motosikal dan pejalan kaki.
Selain faktor jimat minyak dan mesra alam, kebanyakan pembeli juga membeli kenderaan ini kerana ianya unik dan lain dari kenderaan biasa lain. Sesetengah orang tidak mahukan sesuatu yang sama seperti orang disekeliling dan mereka mahukan yang unik. Jikalau 15 tahun dulu, kita hanya akan melihat proton wira di mana2 lampu isyarat, kini kita sudah mampu melihat pelbagai variasi kenderaan semasa kenderaan berhenti di lampu isyarat disebabkan masing2 mahukan kelainan.

Malaysiaku Hutanku Bandarku...eh?

Baru2 ni, dikala petang yg enak kalau dapat la disertakan sekali dgn pisang goreng n teh o panas, saja melepakkan diri ni kat depan ofis bersama sahabat baik yg baru nak mengenali malaysia. Kemudian kelihatan seorang staff baru yang berbangsa sama dengan sahabat baik saya ini, baru saja kluar dr ofis dan seperti ingin pulang ke rumah. Bersikap peramah, saya menegur staffs baru ini dan kami pun memulakan perbualan kosong.
Tiba2 si staff baru itu berkata dlm bahasa ibundanya dan saya terjemahkan begini, "tak sangka ye Malaysia ni macam2 pun ada, sebelum datang Malaysia ni saya ingatkan Malaysia ni tiada apa, hanya hutan belantara.".....satu ayat yang buat saya tersentap kejap lalu berkata dalam hati...."apa ko ingat kitorg ni duduk kat hutan ke?". kemudian sahabat baik saya pun berkata kepada staff baru ini, "Malaysia ni mmg mcm2 ada, dkt cyberjaya ni pun dah mcm2 ada...tak lama lagi ada shopping mall nak bukak, lagi la senan....bla bla..."

HUTAN?.....tapi tak leh nak salahkan akak jepun nih, mmg org luar tak dpt pendedahan sebetulnya pasal Malaysia. Kat Asia Tenggara ni orang lagi kenal Thai, Singapore ngan Indonesia. Nak buat camne....

Khamis, 12 September 2013

Mazda 5 3rd gen review dari seorang bergelar ayah





Ha...dah setahun lebih saya pakai Mazda 5 nih. Dah boleh terima semua kekurangan n kelebihan kereta nih. Belambak review Mazda 5 bole jumpa kat intenet, tapi rasanya xde lagi kot review dari penggunaan sebenar. Kalo ade pun mungkin saya terlepas pandang.


Kalo ikut post saya sebelom nih, Mazda 5 ni punye rival di Malaysia adalah Nissan Serena, VW Sharan, ngan Honda Freed. Kenapa saya tak masukkan Exora, Estima, Wish, Stream etc?

Sebabnye, mcm sy ckp sblm ni. Requirement pertama saya adalah kereta tersebut mestilah ada warranty lebih setahun dari pengeluar kereta, bukan penjual kereta. Ini bermaksud semua kereta recond sah2 digugurkan dari list. Requirement kedua pulak, kereta tu mesti sliding door utk pintu belakang. So semua yg jenis pintu kepak ni kena gugur dr list jugak la termasuk exora.

Exterior
Yang bagus:
- Dari segi aerodinamik, mmg kena dgn nagare design kereta ni sbb cermin depan dia melunjur ke depan dashbod so mmg belah angin, air gak la. Mmg bagus utk elak cermin depan dr kena 'jerawat bulan' disebabkan batu2 yg melantun atas jalan.
- Ketinggian kereta ni sebenarnye agak rendah. Mmg bagus untuk cruising kat hiway and cornering. Rasanye ketinggian kereta ni sama dengan Accord Euro R saya lepas tukar ke low spring.
- Kat bumper dah sedia ada platform utk pasang roof bar.
- Ada auto sunroof.
- Auto back door. Mmg terbaek...senang kalo ada anak kecik or tgh angkat brg byk. Kat parking bukak pintu guna remote dr jauh, terus campak barang kat dalam or terus suruh anak2 masuk kete. Tak payah tehegeh2 nak letak barang, bukak pintu, jerit kat anak suruh masuk dlm kete.

Yang kureng:
 - Bumper belakang ibarat platform utk letak barang kat belakang kereta. So design camtu mmg buat bumper ni senang calar kat bhgn nak masukkan brg dlm kereta.
- Sebabkan ketinggian kereta ni rendah, mmg senang utk bawah kereta ni gesel ngan bonggol etc. Kami dah selalu kena dah.  Mmg sakit hati. Sbb tu hari tu saya tuka rim masukkan rim 17 inci.
- Jarak antara belakang kete ngan seat belakang agak dekat. Actually bahaya gak la dalam keadaan kecemasan yg tidak diingini.

Apa2 pun:
- Dari segi rupa, semua orang dah tau rupe dia. So buat la andaian korang sendiri. Bagi saya...ada cacat sikit rupe dia nih. Kalo tgk dari tepi, mpv ni ada side skirt original, cun dah tu...tapi cacat sikit sbb bumper depan takde bumper lips, so kalo tgk dr tepi, bumper tu mcm tinggi sikit dr side skirt.


Interior
Yang bagus:
- Suasana masa memandu ibarat pandu sedan, bukan mpv. mmg besh....
- Bole control pintu belakang dr driver (common utk mpv yg ada auto door).
- Meter mmg terbaik, senang view and senang faham.
- Aircond sejuk woo... belakang pun ada separate blower.
- Karakuri seat mmg bagus. Bila tak ramai yg naik, seat tgh boleh simpan.Dalam jadik luas lagi.
- Bila jatuhkan semua seat belakang, dah jadikvan pick up dah.
- Plastic usage utk dashbod tak rasa cheapo sgt. kena lak ngan leather seat, mmg nampak exclusive. 

 ynag kureng:
- Keseluruhannya, dalam agak sempit kalo digunakan sebagai mengangkut penumpang + barang.
- Bhgn depan kurang compartment utk letak barang. Terutama bagi driver utk letak barang sambil pandu.
- Ade certain seat position yg buat kita tak nampak fuel level meter lepas laraskan steering position.
- Cigeret point kat tmpt letak air, kalo ade air, susah nak cucuk mende kat situ dah.
- DVD player common yg biasa dijual murah kat kedai eksesori, GPS navigator pulak tak boleh dihidupkan utk beberapa minit lepas start enjin, sbb nnti dia jadik lambat utk search satelite signal.
- Lubang aircodn kat centre panel tu kena hala kat seat belakng sekali kalo ade org situ sbb blower belakang tak sampai org belakang.
- LCD kat headrest tak sesuai langsung dengan MPV kecik camni. Sbbnye seat blakang confirm budak2 yang tgk, headrest tu pulak tinggi melampai. Original headrest mazda premacy (yg xde lcd) lagi rendah and very good position to support kepala. Kalo tinggi mazda 5 nih, kalo anak anda duduk dlm car seat, position mata ngan lcd agak rapat, tak bagus utk mata. Kalo anak anda tak pakai car seat, anak anda perlu mendongak utk tgk.
- Tmpt sandar seat tgh yg boleh lipat karakuri tu, senang rosak. Saya aritu dh rosak lepas buat leather seat, dah anta service centre ok la, skang mcm rosak balik. Rosak dia tu, bila kita sandar, tmpt sandar tu akan tertolak ke belakang. Sebbnye, tmpt sandar tu lock sebelah bhgn je.
- seat belt belakang kalo tak digunakan, akan selalu berlaga tang besi seat belt tu ngan body kereta. Annoying gak la bunyik dia.
- Seat belakang sempit, sesuai utk budak2 je, pastu rendah lak bumbung dia. Kalo ade org duduk belakang, back mirror kat driver dah tak nampak belakang kete dah.
- bunyik buzzer kete reversed tu kuat giler. Bole dgr org kat luar jugak.
- Saya ni jenis pakai car seat utk anak2. 3 car seat diperlukan utk letak anak saya, kalau semua car seat guna, ruang utk penumpang lain hanya tinggal satu je. Lagi satu, kalau seat belakang sekali naik, tiada ruang utk letak stroller.

apa2 je la:
Digalakkan tak payah pasang leather seat sbb leather seat buatkan pergerakkan seat belakang, karakuri seat pesemua tersekat2. MPV kan selalu kena alih2 seat belakang ni, so leather seat buatkan seat tu tersekat2. Lagipun feeling rasa luas lagi kalo pakai seat biasa.

Pemanduan/handling
Yang bagus:
- Ni yang paling aku suka......hiway ngan jalan biasa very stable. Sesetgh mpv kalo kat jalan biasa nih tak leh bawak laju sbb suspension belakang bouncing. Lebih2 lagi kalo jalan tak rata, tapi mazda 5 ni xde...cun beb. Bawak selamba mcm bawak sedan je. Pegi balik kelantan ikut gua musang bole merempit ngan sedan biasa, cuma kena hati2 ngan penampor tangan yg hinggap kalo laju sgt hehe...
- Pikap kereta pun cantek, xder la giler hebat mcm enjin turbo tapi just nice for a small minivan yg penuh penumpang utk bergerak. Naik bukit pun xde masalah sgt, gear pun triptronix yg boleh tuka ke manual kalo nak.
- Penukaran gear smooth. Kalo kete auto kan biasa bila mula gerak, dpt rasa bila kete tu tuka gear. Tapi yg ni very smooth........
- Brek kete ni terbaek. Seriously, Accord Euro R saya yg guna disc brembo pun tak sebaek brek mazda 5 nih. Kalo brek emergency or skit nak emergency, mmg control superb. Dalam byk2 kete yg pernah saya drive, brek kete ni yg paling saya suka. Dia punye smooth feeling etc....pergh...

Yang kureng:
- cornering mcm senang buang. faham?...camne nak ckp ek?......saya sbb dah drive mcm2 jenis kete, even crv dulu pun kalo cornering xde la rasa nak buang camni (sbb crv tu 4wd). Tapi cornering utk kete ni saya tak gemor sgt. Tapi tak tau nk ckp camne....

Fuel consumption
- Depend cara pemanduan sebenarnye. Kalo korang jenis bawak elok2, mmg minyak save kete ni. Tapi kalo korang jenis bawak tak berapa elok, penumpang/barang selalu full, blower depan belakang kuat etc...minyak bole tahan la. Tapi still di tahap yang boleh diterima.

KESIMPULAN
Atas tu apa yang saya dpt fikir buat masa ni, mungkin ada lain tapi saya terlupa. So berdasarkan apa yg saya ingat kat atas tu, dpt buat kesimpulan dr segi luaran, rupe kereta bergantung kat individu. Rasanya perempuan yg minat design camni sbb sy tak minat sgt design belakang kete nih. Mmg byk kelebihan drpd kelemahan untuk luaran kereta nih.
Dalaman pulak, byk kelemahan dari kelebihan. Mungkin sbb saya dah terbiasa dengan CRV yg tersgt luas sebelom ni.
Pemanduan very good. Masalah cornering tu mungkin bole selesai dengan beberapa ubahsuai hehehe...
Minyak, ok la.

kesimpulannya Mazda 5 mmg sesuai dan praktikal untuk kegunaan family kecil yang selalu travel. Cuma kena pilih seat belakang sekali samada nak letak car seat atau troller sbb tak boleh bawak dua2 sekali.



Jumaat, 6 September 2013

Mazda 5/Premacy Mods: My first mods

Last week, woke up early on clear Sunday morning. After performed Subuh prayer, layan tengok Buletin Pagi dulu. Then start my first modification work with my car after more than a year.
Just a simple modification, change the car rim.

I still have with me the 17" Advan RG rims that I used since my late Honda Accord Euro R. Previously I installed it to my CRV and now after changed to this Mazda 5, thinking of installing the rim to the car also but hold it for long time. Because the tires size that attached to the rims are for the CRV. So to install it to my Mazda 5, I need to change the tire size also. My original Mazda tire size is 205/55/R16, by calculation if I want to upgrade to 17" tires, the closest one is 225/45/R17 or 205/50/R17. In Malaysia, 205/50/R17 is a rare tire size in market but it is still cheaper than 225/45/R17. But still tak rasa nak tuka original mazda 5 tires sbb taya baru lagi tu, bunga tebal.

Keputusan utk tuka
Keputusan utk tuka masukkan rim Advan RG tu mula masuk dlm kepala few months ago. Drive balik kelantan, cornering rasa tak best. Drive balik kampung isteri masa raya, kereta amat padat dengan penumpang + roof cargo box, kereta mazda 5 yg lowered bertambah lowered.Pastu mula sagat sana sagat sini (untuk pengetahuan, Mazda 5 ni mmg sebuah MPV yang rendah, bukan masa penumpang ramai je, mmg setiap masa dia rendah compared dengan sedan biasa. Dah macam pakai lower spring dah). So kepala dah terpikir nak masukkan rim advan rg 17" tu nak bagi tinggi sikit kereta.

DI pagi ahad yang lepas, saja2 la pasang rim tu kat kereta bersama taya 215/55/R17 yg digunakan utk CRV dulu. Tujuan dia nak tgk rupe kete kelabu tu lepas pasang rim kaler emas nih. Pastu dah pasang tu, tgk cun la pulak size taya tu ngan kereta. Gap antara taya ngan body kereta agak kurang, nampak mcm dah kete lowered. Kebetulan hari yg sama nak bawak parent mertua + 2 maid utk pegi beraya, so kesempatan digunakan utk tgk samada size taya ni bole tampung penumpang ramai tak.

Dgn taya 215/55/R17
Masa penumpang full, tgk condition taya, OK la...xde touch terus taya ngan body kereta. Tapi sure kalo jalan tak rata nnti, taya touch ngan body kereta. Dah bole agak, tapi biar eksperimen yg tentukan. Sekali anggaran mmg tepat, sepanjang jalan kalo ade jalan tak rata, taya akan sentuh body.
tapi kalo setakat naik 4 org, xde masalah la.

Dari segi pick up, 215/55/17 mmg size yg besar utk mazda 5. Agak berat gak la masa nak start jalan or pecut. Minyak kereta pun agak byk mkn sepanjang guna taya nih.....tapi saya tak rasa rim advan rg ni yg buatkan taya tu berat sbb rim ni mmg la ringan sgt.

Dari segi handling, hmm...215/55/17 lagi tebal taya dia dr 205/55/16 yg asal. Mmg cornering tak best langsung sbb rasa mcm nak lari je stereng. Lagipun taya ni pun berat, so agak berat gak la masa cornering.

Berdasarkan ujian atas, kesimpulannya penukaran size taya diperlukan kalau nak upgrade ke rim 17 inci.Minggu depan dijangka kereta ni digunakan utk long distance ke Johor dan mungkin ramai penumpang. So perihal taya ni kena diselesaikan sebelum itu.

Rabu, 28 Ogos 2013

Proton Suprima S: Berbaloi? Berpatutan? ye ke ni?

Semua tau dah pasal Proton Suprima S, model terbaru proton yang baru dilancarkan. Tak payah saya nak kenalkan lagi. Tapi mcm biasa nak bagi komen membina bukan sebagai tanda ketidakpuasan hati atau tidak menyokong kenderaan milik Malaysia, tapi bagi menunjukkan betapa saya sayangkan Proton dan Malaysia dan berharap komen sebegini boleh diambil kira untuk membantu memajukan (improvekan) lagi apa yang sedia ada.

Harga Proton Suprima S premium, RM79,000...saya pun tak pasti harga atas jalan berapa, tapi senang kira kita amik RM80k la harganya. Camne? berbaloi tak kereta ini dengan harganya?

Kalau tgk spec dia yg ada enjin turbo, 5 start NCAP, full accessories etc, hmmm...apa yg seangkatan dengan dia ye? saya tak buat kajian betul tapi saya rasa mungkin Ford Focus turbo boleh dijadikan perbandingan. Tolong jangan hentam saya kalau dua kereta ni tak layak dibandingkan, sbb saya belom bua perbandingan terperinci dengan mana2 kereta lagi. Kalau tak sesuai, boleh dijadikan rujukan. Okeh......Ford Focus turbo...enjin turbo, byk accessories, full safety features, kira sama la kot ngan Suprima S nih. Tapi harga lebih RM100k......so ok la kot harga Suprima S nih.
Please jgn komplen pasal cheapo plastic usage on interior sbb mende tu mmg trend pengeluar kereta skang. Even camry yang mahal pun guna cheapo plastic as dashboard.....So ok la harga Suprima S dengan spec begitu untuk harga RM80k.....

So renungan bersama.......

Proton Suprima S dilancarkan selepas kerajaan dan pengeluar kereta berjanji akan mengurangkan harga kereta. Untuk model sedia ada, pelbagai kaedah digunakan untuk memberi harga rendah termasuk memberi servis percuma. Tetapi untuk kenderaan yang belom dilancarkan lagi, sepatutnya harga rendah sudah semestinya diberi keutamaan. Bermakna utk Suprima S ni, ianya harga paling murah boleh kerajaan bagi lepas diorg janji nak bagi harga kereta murah.....ye RM80k itu murah bagi mereka. Ya mmg la murah kalo banding dengan Ford Focus tadi.

Saya menulis artikel ini pada 28 Ogos, 2013...hari ini kadar tukaran wang asing untuk Jepun adalah RM1=JPY29.07 . Saya tukarkan harga Suprima S ke currency Jepun, saya akan mendapat JPY2,325,920..............

Apabila saya search dengan harga sebanyak JPY2325920, saya mampu membeli kereta seperti Subaru BRZ yang baru di Jepun. Dengan harga yang sama, jikalau anda diberi pilihan Proton Suprima S dengan Subaru BRZ, mana akan anda pilih?
Macammana pula dengan kereta bawah ni?
Myvi S series dijual pada harga sekitar RM42,424. Dengan tukaran matawang asing, saya akan mendapat sebanyak JPY1,233,440. Dengan jumlah sebyk ni saya boleh membeli sebuah brand new Honda Fit (atau dikenali sebagai honda jazz di malaysia).

Jepun, sebuah negara yang serba serbi mahal. Sebab tu byk kilang sana lari pegi negara luar seperti Malaysia sebb operation disini lagi murah dari sana. Di sana upah pekerja pun dah mahal, tu belom kira harga tanah, cukai pesemua. Tapi dengan serba serbi mahal, diorg menjual sebuah kereta yang baru dengan harga yang apabila ditukar ke matawang kita hanya mampu membeli kenderaan under spec disini.

Di Jepun, engineer fresh grad bergaji sebanyak RM6k sebulan. Still harga diorg sama ngan kita...tak kesah la kilang diorg kat jepun ke, kat Brazil ke, tapi diorg mampu beri harga yang baik. Kita di Malaysia, menggunakan kepakaran rakyat tempatan, kilang di malaysia, harga tanah yg murah, pelbagai sumber semua murah seperti digembar gemburkan kerajaan untuk mnarik pelabur dari Jepun, tapi kenapa kita mengeluarkan hasil yang mahal?

Seorang pit crew leader untuk satu team Japan GT pernah berborak dengan seorang rakyat malaysia semasa berasa di Malaysia, org Malaysia ini berkata dia baru membeli sebuah kereta proton Saga berharga hampir RM50 ribu. Selepas membuat tukaran ke matawang Jepun, org jepun ini tersangat terkejut apabila lelaki itu hanya mampu membeli proton saga dengan harga sebegitu. Laki jepun ini ada mencoretkan diblog dia mengenai perkara ini, tapi saya lupa link dia.

So secara lojiknya malaysia mampu untuk memberi harga kereta yang lebih rendah disini.Apa yang memahalkannya adalah penglibatan politik dalam setiap perkara. Di Malaysia ini, bole kata setiap perkara akan melibatkan politik. Bukan saja politik dalaman sesuatu pertubuhan itu, malah memang campur tangan terus ahli politik dalam pertubuhan itu. Mende sebegini yang mencacatkan/mambantut pertumbuhan sesuatu pertubuhan.

Berbalik ke harga Proton Suprima S, ianya dilancarkan selepas pihak kerajaan berjanji untuk menurunkan harga kenderaan. Untuk kenderaan sedia ada dijual, tak kesah kalau nak turun perlahan sehingga tahun 2017 seperti dijanjikan. Tapi untuk sebuah kenderaan yang hendak dilancarkan, adalah lebih baik untuk terus memberi harga rendah. Tak payah nak tunggu sehingga 2017. Sebab bila dah 2017, kos sure bertambah naik, lagi susah nak turunkan harga.

So secara peribadi, RM80k untuk Proton Suprima S bagi saya adalah terlalu mahal walopon ianya dah dikira murah berbanding kenderaan lain yang mempunyai specifikasi lebih kurang sama.

Cara mengelak penyeludupan di sempadan Malaysia Thai

Saya tertarik dengan berita hari ini dimana timbalan menteri dalam negeri ckp peningkatan jumlah kes membabitkan senjata api diKelantan disebabkan oleh hadiah senjata api yg diberikan oleh sindiket dadah kepada penyeludup sekira berjaya menyeludup dadah antara dua negara ini.
Itu kenyataan dr seorang menteri tanpa menyebut solution yg akan diambil. Biasanya kalau camni diorg akan sebut "Kami akan mengarahkan pihak yang mengawal sempadan supaya memperketatkan kawalan"............pastu minggu depan ada lagi org kena tembak mati...

Kalau sesiapa yang tidak pernah menjejak kaki ke kelantan, sebenarnye sempadan malaysia thailand di Kelantan ni di pisahkan oleh sungai golok. Sungai yang selalu melimpah kalo musim banjir tu heheh........kalo yg pernah ke sungai ini, pastu tahu kelebaran sungai ni yang tersangat dekat. Anda tak perlu jadik Ian Thorpe untuk berenang ke seberang, tak pandai berenang pun takpe sbb sungai pun xde la dlm sgt....lebar dia kalo kat kawasan kastam pengkalan kubur tu jauh sikit la, tapi kat belah pendalaman tu, lebar dia mcm melintas jalan raya 2 lorong je...Pastu ditepi tepi sungai ni la ada rumah2 penduduk, kalo belah sini, penduduk malaysia, belah sana pulak penduduk thai...sedangkan sedara mara je nih..........bila musim banjir, abih semua tenggelam....
sepanjang sungai ni kalo kat belah malaysia ni, byk la pos kawalan polis/tentera. ini yang dikatakan kawalan ketat, tapi kalo penduduk naik sampan pegi umah org thai kat seberang, no problem...sedara mara lah katakan....kawalan still ketat..no problem. Bila byk org seludup dadah ngan pistol, alasan yang senang diberikan "kawasan terlampau luas untuk dikawal"..........ceit..politik belaka...

Siapa pernah pergi Konpleks Bebas Cukai Pengkalan Kubur?yang pernah pegi tu pernah tak pegi sampai tepi sungai sebelah kompleks kastam tu?...kalo siapa pernah pegi situ, sure terkejut dgn suasana disitu. Disebelah kanan ada kompleks imigresen, di sebelah kiri ada kastam, terdapat pengkalan polis marin berdekatan....tapi di situlah sampan2 dengan selamba pass beras pesemua kat peraih2 yg dok tunggu tepi sungai. Peraih2 ni akan amik beras pesemua tu bawak masuk kete, ade setengah tu siap ade ruang simpanan rahsia dlm kereta. Lepas sumbat dlm kereta terus blah......aik, camtu je?.....serius tak tipu, sbb kitorg penah saja jalan2 kat situ...kete lalu betul2 tepi air sungai, cuak gak kot2 tergelincir masuk sungai...masa kitorg lalu, ramai gak la yang dok usha kitorg...

Dah byk merapu nampak saya nih, okeh kesimpulan dr cerita diatas.....semua kawalan ketat pejadah semua tu, politik je. Sebenarnya diorg ni susah nak kawal org ulang alik sungai golok sbb penduduk antara dua2 belah sungai ni walopon negara berlainan tapi ada hubungan sedara mara.....

Ok la, tu cerita kat belah kelantan. Belah kedah perlis ni apa cerita pulak? aritu ade menteri kata nak pasang pagar kat sempadan. tapi dpt buat skit je skang sbb ade masalah cost dulu, skang mungkin nak sambung balik....seriously?buat pagar tgh2 hutan?.....penyeludup xde masalah langsung nak potong pagar kalo nak seludup barang.....

abihtu semua aku nak komplen, ade idea ke?

kalo idea tu ade la...tapi still nak kena buat study gak. ye la, cadangan dari rakyat jelata ni, bukannya golongan cerdik pandai cendekiawan yang bertapak di institusi tinggi milik kerajaan.

Cadangan saya

1. Zon larangan 100 meter: Sepanjang 100 hingga 200 meter dari sempadan negara dibuat satu zon larangan sebarang aktiviti. Zon ini perlulah clear dari sebarang pokok/bangunan/apa2 yang besar, ianya perlu clear ibarat padang bola. Kalau di belah perlis n kedah, hutan2 sepanjang sempadan perlu dibersihkan, pastu nak buat pagar pun buat la sbb kawasan dah clear."Giler byk pakai kos ni, dah la gunung ganag lak tu"...Pembersihan tu turut melibatkan pokok2 balak yang berharga, boleh balik modal. Mana lebih utama? keluarkan kos besar utk clear hutan atau biarkan penyeludup seludup dadah, minyak masak, minyak petrol, senjata api etc?...."kalau ada rumah penduduk cam kat kelantan tu camne?"...pindahkan je la. Beribu rumah setinggan kat KL n Selangor selamba je kerajaan pindahkan, ni nak pindahkan berapa puluh rumah pun susah ke?lagipun kat sungai golok tu, duduk tepi sungai, tiap2 tahun banjir nak kena pindahkan. Baik pindahkan terus gi tempat lain.......

2. Pos kawalan sempadan: Berjarak 100 meter dari sempadan yang telah dibersihkan, bina pos kawalan pihak berkuasa yang tinggi. Supaya penjaga sempadan boleh check persekitaran dari jarak jauh lagi. Senang nak view dah sbb semua pokok, bangunan, rumah dah dibersihkan...ibarat melihat padang bola dari seat paling tinggi di stadium.

3. Pagar (optional): ni optional la kalo nak mantapkan lagi zon larangan. Andai takut lembu kambing milik penduduk sekitar berkeliaran sampai zon larangan.Kang jadik alasan penduduk lak nak pegi dekat ngan sempadan.

Cukup?....cukup dah tu, yg lain2 tu kalo nak buat, tambahan je la. tapi yang penting nye kat atas tu la.Asalkan xde sebarang aktiviti di kawasan berdekatan sempadan, penyeludupan pun dapat disekat. Pos kawalan tinggi2 belaka, kalo nampak orang menghampiri sempadan, bole cepat2 hantar pasukan pegi kat orang tu.....tapi yang penting pembersihan kawasan supaya orang di menara pos kawalan ni dpat tengok sekitar tanpa halangan.
Faedah lain dari segi masalah banjir kat sungai golok. Tiap2 tahun dengar penduduk rantau panjang dipindahkan sbb banjir, kalau ada zon larangan, digarisan 100 meter yang bertempat pos kawalan ni,bolehlah dibuat tanah tinggi ibarat tembok la. so kalo banijr pun xde la besar mana sbb 100 meter dr sungai dah memang clear utk sungai memenuhi.

Amacam? Okey tak idea saya.
Diharap pihak berkuasa mempertimbangkan permohonan saya.

Sekian,
Yang menulis sesuka hati.


Rabu, 21 Ogos 2013

Satria di bumi Jepun (bukan samurai daa)

Kepada siapa yang dok mengagung-agungkan kereta jepun, especially those yg dok gilerkan title JDM, apakah perasaan anda apabila mendapat tahu terdapat orang kat Jepun sana lagi suka guna Proton Satria Neo untuk berlumba? Iye, Proton Satria Neo yang korang dok kutuk2 kata takde quality tu....

Sejak 2011, Carrosser, sebuah syarikat modifikasi lumba di Jepun telah mula mengimport Satria Neo untuk dijual di pasaran Jepun. Carrosser juga mendapat kerjasama daripada syarikat modifikasi Jepun, Cusco untuk membuat spare part aftermarket perlumbaan untuk Satria Neo ini. Punye banyak kereta best kat Jepun bole buat lenjan, apsal nak guna Satria Neo pulak?

Berdasarkan komen diberikan oleh Corrosser, barisan kenderaan yang dikeluarkan oleh pembuat kereta di Jepun sekarang ni, semua bagak2 berat belaka. Dah tak seronok nak buat lumba (Yo lar, tgk impreza GTR pesemua ni dah makin bagak n berat je)...Satria Neo pula selain mempunyai base yang ringan, kenderaan ini juga stabil apabila mengambil selekoh dengan halaju yang tinggi.
Pada mulanya mereka hanya import sebuah dua sebagai kereta lumba rasmi syarikat. Namun ianya mendapat maklumbalas memberansangkan daripada ramai peminat lumba. Maka mereka mengambil langkah dengan mengimport Proton Satria Neo ini untuk pasaran tempatan. Satria Neo ini juga telah lulus pelbagai ujian ketat kerajaan Jepun untuk syarat mengimport.
Namun begitu, mereka hanya mengimport Satria Neo ini untuk spec yang rendah sahaja (L line model) walaupun Neo telah pun mempunyai CPS dan R3 model. Ini kerana harga jualan bagi L line ini adalah dikira murah untuk pasaran jepun dan sesuai dengan spesifikasinya. Sekira M line ke CPS ke dibawa masuk, harga jualan disana akan menyamai kereta2 premium disana seperti Accord, Impreza etc. Ianya sgt tidak berbaloi untuk sebuah kereta yang enjinnya tidak seberapa seperti Satria Neo. Justeru hanya L Line model dibawa masuk ke Jepun. Model yang lebih hebat ada juga dibawa masuk tapi dengan jumlah yang sedikit dan berdasarkan order sahaja.
Jepun yang gunakan Satria Neo utk berlumba kebanyakkannya dalam bidang rali. Ini pun hasil pengaruh pasukan Proton Satria Neo S2000 rally team. So kalau search gambar kereta satria neo ni kat jepun, kebanyakkannyu mmg xde bodykit mcm cps ngan R3, nampak selekeh gak la......tapi bagi diorg, body yang ringan dan stability yang diorg pentingkan.....

Proton Satria Neo yang digunakan oleh Cusco rally team untuk Rally Seluruh Jepun 2011.
Gambar dr Japan Wikipedia.

Amacam?

Kenapa Mazda 5?!Why?why?....

Ha......kembali semua bersama topik berkaitan kereta.....
Sebelom ni dah janji nak kenalkan family baru satu lagi kan?...ha ni lah dia, Mazda 5.....

Tercetusnya idea...

Kesah mengambil anak angkat ini bermula setahun yang lepas. Kira2 beberapa bulan sebelom Ramadhan, and kami pun baru saja mendapat baby baru, kami pun planned nak buat akikahnye dkt kampong hamba, kat kelantan. Nak jadik kesah pulak, kami baru meng-order seorang maid dr agen kat indonesia (mcm order apa la pulak) and dia berjanji maid kami akan sampai sebelom Ramadhan. Ini bermakna, utk bergerak ke kelantan ketika Raya puasa nanti, saya, isteri, anak 3 orang yg perlu duduk dlm car seat dan seorang maid akan menaiki kereta CRV. Kemudian seorang sepupu wife pun teringin nak ikut, so nanti 4 dewasa dan 3 kanak2 dlm car seat akn memenuhi CRV saya. Maka setelah berfikir lama dgn wife, membuat kira2 kewangan, akhirnya kami setuju melucutkan jawatan encik CRV gemuk dan mencari pengganti lain yg lebih byk seat.

Abistu, kenapa Mazda 5?

Kalo nak ikut nafsu saya, mmg sy angkat Estima la....tapi terdpt beberapa requirement yg kitorg letak utk mencari pengganti crv tu.
1. Kete baru, bukan 2nd hand. Sbb malas nak jaga maintenance kete besar2 nih. Tak larat dah asyik dok pakai kete besar je selama ni.
2. Kereta tu perlu 6 seat dan ke atas.
3. Kereta tu perlu ada official warranty lebih dr setahun dr pengeluar kereta, bukan penjual kereta.
4. Kereta tu perlulah mempunyai pintu belakang sliding (gelongsor). Senang kalo kat parking sempit2 ni nak kluakan anak dr kete. Berdasarkan pengalaman lepas masa pakai CRV, mmg susah kalo nak kluakan anak dr car seat kalo tmpt sempit nih. So mmg nak carik yg pintu sliding.
5. Tak nak kereta tinggi sgt sbb kalo drive ke kelantan, senang nak amik corner laju etc. Kebanyakkan kereta besar cam starex mmg sedap bawak, especially kat hiway, tapi bila kat laluan biasa ni, suspension belakang too bouncing and cornering kena carefull enough.

Based on above requirements, list yg boleh disediakan lepas tgk availability di malaysia nih:
1. Mazda 5
2. Mazda 8
3. Honda Freed
4. Volkswagen Sharan
5. Nissan Serena

Nissan Serena: kesah mencari kereta ni pada tahun 2012. Nissan Serena model 2nd generation ini telah mula dijual sejak 2001/2002 begitu. Sudah 10 tahun namun masih menjual model ini. Sedangkan kat Jepun sudah ada generasi ke 4. Mmg tak masuk akai langsung kalo nak beli kete nih.....old technology.

Sharan & Mazda 8: Mahal sgt...lebih2 lagi Sharan. Dah la kecik mcm mazda 5...tapi harga giler mahal.

Honda Freed: Too small. Tak patut jadik 7 seater car sepatutnye nih.

So yang tinggal, Mazda 5 je la....faham dah?

Spesifikasi

Speksifikasi asal buleh check intenet, malas nak tunjuk kat sini. Tapi hok kitorg ni ada additional leather seat. Pastu dah tau mmg kete sempit kalo semua seat bukak, terpaksa la pasang roof box. Batang pelantar pakai brand Thule, sbb brand lain ni tak percaya sgt. Takut bengkok etc. Pastu dah alang2 tu, beli la box Thule sekali...harga tak moh cakap sini. Gi kedai tanya sendiri...

Sabtu, 3 Ogos 2013

Kemalangan Chua Boon Huat: mengapa?

Pasukan hoki negara adalah pasukan kebangsaan yang paling cemerlang buat masa ini. Walaupun hoki tidak sehebat bola sepak dari segi sokongan peminat, tetapi mereka ini berjaya berada dalam kelompok terbaik pasukan hoki di dunia. Amat sukar untuk berada di kelompok terbaik dunia untuk sesebuah pasukan, sukan seperti badminton hanya terbaik pada peringkat individu, bukannya pasukan itu. Justerus hoki negara boleh dilihat antara yang terbaik pada masa ini.

Mendiang Chua Boon Huat adalah salah seorang pemain feveret saya dalam pasukan malaysia. Rata2 pemain malaysia adalah berbadan kecil, justeru badan mendiang yg besar dan tinggi adalah sangat sesuai untuk di bahagian serangan supaya bole memberi tekanan kepada pasukan lawan. Justeru kemalangan yg menimpa mendiang baru2 ini amat dirasai oleh seorang peminat seperti saya.

Bagaimana kemalangan ini boleh terjadi?

Sudahpun disebut sebagai 'kemalangan', sudah pasti semua bole membayangkan ianya tidak disengajakan, ataupun ianya disebabkan kecuaian pemandu (dalam kes ini mendiang). Polis pun akan siasat bagaimana kemalangan terjadi....sup sap sup sap...kesimpulan, mendiang memandu laju. kes closed.................itu saja?

Itu saja lah. Ada pandangan lain ke?

Saya ada soalan, tapi bukan untuk ditanyakan kpd pihak tertentu, cuma mengajak kita semua untuk berfikir. jawapan atau hujah membangkang bole ketepikan dulu. Just mari kita berfikir dari sudut lain.

soalan pertama: Kenapa lori tangki tu nak siram air pukul 2 pagi? mak saya ajar siram pokok waktu pagi n petang je. mungkin sebab nak elak jalan jem, tapi siram pukul 2 pagi?

soakan kedua: Kalau siapa yang selalu sangkut kat jem di LDP, mesti perasan pokok kat tengah divider tu, ada sprinkler and piping utk siram pokok. Kenapa tak pakai mende tu?kenapa nak kena siram jugak? Jangan bagi alasan pressure air tak kuat or cost down, abis dulu siapa yang bijak pegi design piping camtu? nak kata sistem rosak, takkan berbulan2 tak repair lagi.

soalan ketiga: pokok kat tgh divider tu kan, sejemput je la sangat. Sampai nak kena siram pakai lori tangki, tak ke membazir? Petaling Jaya adalah antara daerah yang paling banyak purata hujan kat malaysia, cukup dah tu, tak perlu siram dah pokok sejemput camtu.

soalan keempat: Semua hujah diatas telah dipatahkan, lori tangki memang perlu. Apakah SOP yang digunakan untuk sebuah lori tangki yang bergerak tersangat perlahan untuk menyiram air di sebuah lebuh raya? Ia adalah sebuah LEBUH RAYA, satu jalan expressway yang kita bayar tol supaya kita boleh bergerak lancar tanpa halangan. Had laju PURATA lebuh raya adalah antara 90km/j hingga 110km/j. Sebuah kenderaan bergerak selaju 80km/j di lebuh raya di waktu malam, secara lojik, lorong kanan adalah lorong memotong. bererti lorong ini dipilih disebabkan lorong kiri byk lori yang erlahan. tiba2 kenderaan ini tersempak dgn sebuah lori bergerak perlahan di lorong kanan. Kalau laluan lurus, pemandu kereta akan nampak lori tersebut sbb ada pelbagai lampu liplap liplap. Kalau laluan bengkok? camne pulak kalo yang mmg tgh belumba? mmg sah salah diorg belumba, walopon tak sesuai tapi sebagai designer SOP, kena fikir dr pelbagai sudut kemungkinan. So, SOP camne digunapakai disini?

Di malaysia, sekiranya berlaku kemalangan sebegini, polis mmg akan siasat bagaimana ia terjadi sahaja. Sekiranya ada pesalah, pesalah akan dihukum. Punca bagaimana ia terjadi, polis tidak amik kesah. Itu mungkin kerja JKJR utk siasat punca, buat laporan, bentangkan kat mesyuarat datuk2, tan sri2...kesimpulan dan tindakan secara umum sahaja.
Di sesetengah negara seperti Jepun, siasatan polis akan diteruskan ke pejabat2 lebuhraya ini, SOP etc semua dikaji untuk tentukan kenapa lori itu berada disitu pada waktu itu. Jika ada cara konsesi lebuhraya didapati tidak betul, syarikat akan menerima hukuman. Itulah cara yang sepatutnya....

Di sini, kalau bas express eksiden sampai maut, polis akan siasat pemandu. Masa tu la baru tau pemandu ada kesalahan lampau. pemandu di penjarakan sebab memandu cuai, kesian anak bini pemandu. 
Sepatutnye kalo bas tu eksiden, bukan pemandu je...syarikat pun patut disiasat. Siasatan pulak bukan setakat panggil bos dtg balai...mmg best la bos kelentong. Last kena kat pemandu sorang. Sepatutnya polis pegi syarikat bas tu, periksa setiap dokumen. check semua list pemandu yang diorg ada. Mmg pemandu bersalah and ada kesalahan lampau, tapi kenapa syarikat tak periksa n main hired je driver tu? 
Check jugak data bas yang eksiden tu, mmg la bas baru beli tapi kalo beli dgn harga tersangat murah, sure ada tak kena...kena check gak semua kebrangkalian tu.

Malas dah nak cakap banyak. Kesimpulan, kepada incik penyiasat, saya tahu incik byk kes nak setelkan. Tapi anggota ramai, time management ada, kalau ada kes camni, tolong la siasat dari semua arah. Kesian kat mangsa kemalangan tu, kadang2 bukan salah diorg. (dalam kes mendiang, saya tak sure la salah siapa)

To mendiang....RIP.

Rabu, 3 Julai 2013

My new family member

First of all, our new born child. Not new actually, she is 1 year and a month already...(seriously?!..how long I didnt update my blog?). Born on XX, May,2013 at Hospital Pantai Cheras with the help from Doctor Suriati again. My third child also a girl and got help from same doctor as her sisters.
Since born, she was pampered much by our Indonesian maid (not ours actually, but my mother in law. Just my wife sister and brothers had their own maid, so mother in-law maid took care of our new born child until last March when we got our own maid). So the maid was pampered her so much, dukung je everytime. My child also very small in size. Now she could not jalan yet, only merangkak. But she looks so small compared with her sisters and cousins when they same age as her now.
She also likes to sengih. Sometimes if she looking at someone talking, she will smile. If the person are playing with her and she smile, it is normal. But if the person are talking with someone else about serious matter, she will sengih also. That is the most beautiful thing she have.
I dont want to compare the good things of her compare to her sisters, I have 3 kids and I love them all. It is just to share my experiences from 3 of them.
It is easier to bring her jalan-jalan because she will not merengek or buat hal, even if she is sleepy or feels hot sunny. My mother in law likes to bring her to any kenduri kahwin because of that.
So now she is 1 year and a month, she could only merangkak, cannot walk and speak yet. But she can gaduh with others already. If she get angry, she will cakar opponent muka and bring out angry voice. I think she got the ability after keep gaduh with her naughty cousin, Aydin who few months older than her. Aydin just can walk recently but very active and naughty. He rarely sitting in a day and love to walk around the house. He like to tarik his cousins rambut especially my eldest, Zia and my niece, Dania. Before this, he like to walk in silence and then suddenly we can hear someone screaming because he tarik their rambut. But now we can trace him where he goes because he love to walk while speaking his own language.
So that was a story of my new family member. I will give another story of our new member next time.


Isnin, 17 Jun 2013

Beginning a new adventure

Salam satu Malaysia,

Lama sudah tak menghasilkan seni yang indah kat sini.
Dulu saya janji nak menceritakan perihal sebuah ahli keluarga baru. Tapi tak berkesempatan jugak. Masa berlalu, manusia berkembang dan maju, perubahan tidak dapat dibendung.
Saya juga tidak terlepas dari terjebak ke arah perubahan. Perubahan yang diperlukan supaya sentiasa maju ke hadapan.
Pelbagai jenis perubahan wujud, sesetengahnya drastik, sesetengahnya hanya kemunduran atau kemajuan dari yang sedia wujud.
Perubahan yang saya alami boleh dikata satu perubahan drastic. Tapi perlu dilakukan agar saya tidak tersangkut di satu peringkat. Mungkin boleh menjadi seorang yang professional sekiranya terus berada di satu peringkat itu, tapi adalah lebih baik menjadi seseorang professional dengan pelbagai kemahiran dan hala tuju.
Saya sendiri sedang cuba menyesuaikan dengan perubahan drastik ini dan waktu yang sama sedang menimba ilmu dan kemahiran supaya tidak tersungkur dengan perubahan mendadak sebegini.
Insyaallah, didalam kesibukan saya akan cuba menambah sedikit sebanyak catatan yang tidak berapa pasti tajuk sebenar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...