Jumaat, 30 Julai 2010

Hepi Birthday

Last Wednesday, my department organized a birthday party for 2 of our members. The party or we call it "makan-makan" was held at an italian restaurant located in SS2, Petaling Jaya.
Pizzeria Bella Italia

menu viewing

first meals came....can see all of our department members...

Birthday girl

Birthday boy

The cakes

The birthday girl will take long holiday until after Hari Raya for a some reasons

Mr. Bean is their model???

After the meals.......(sorry coz picture not so clear)

How the meals?...hmmm...the pasta and spagheti really good but i'm not sure about pizza. But for the drinks, please dun think about it. It is better u guys take plain water huhu..

Khamis, 29 Julai 2010

Fire Extinguisher



Gambar di atas saya ambil dari sebuah stesen minyak di Cheras. Apa yang menarik pada pemerhatian saya bukanlah stesen minyak itu ke bentuk pemadam api tu ke atau sampah yang kelihatan di dalam gambar itu. Tetapi apa yang menarik perhatian saya adalah cara pemadam api itu diuruskan. Untuk pengetahuan, pemadam api itu diletakkan di dalam kotak berkunci berwarna merah seperti gambar di atas, manakala kotak berisi pemadam api itu diletakkan betul-betul bersebelahan dengan pam minyak di tempat mengisi minyak.
Cuba anda perhatikan lukisan menawan saya di bawah dan fikirkan apa yang berlaku sekiranya satu kebakaran berlaku pada sebuah kereta yang sedang mengisi pam di kawasan "A".


Petunjuk:
A: Kawasan mengisi minyak A
B: Kawasan mengisi minyak B
P: Mesin pam minyak
TS: Tong sampah

Gambarajah di atas adalah gambaran dari atas kawasan mengisi minyak di sebuah stesen minyak. Pada gambarajah di atas, pemadam api terletak pada posisi bertanda kotak merah. Sekiranya kebakaran berlaku pada kenderaan di kawasan A atau B, anda sudah pasti tidak boleh menghampiri kotak pemadam api untuk mengambil pemadam api kerana ianya terletak betul-betul bersebelahan dengan pam minyak dan ada risiko kebakaran merebak ke pam minyak dan berlaku letupan. Tambahan pula kotak berisi pemadam api itu dikunci dan sudah pasti mengambil masa untuk mengeluarkan pemadam api itu dan ini akan menambah risiko kepada diri anda.
Maka secara tak langsung, pemadam api daripada pam minyak di sekeliling akan digunakan. Sekiranya sebuah stesen minyak mempunyai kira-kira 4 tiang (2 pam setiap tiang) mengisi minyak seperti gambarajah di atas. Satu pemadam api tidak dapat digunakan atas sebab keselamatan dan tinggal 3 pemadam api yang buleh digunakan.
Persoalannya, kenapa kita perlu menggunakan 3 pemadam api sedangkan kita buleh pasti kesemua 4 pemadam api digunakan?
Caranya hanya dengan meletakkan pemadam api tersebut di kawasan yang berjauhan dengan pam minyak.
Persoalan kedua, berapa banyak salinan dan berapa ramai yang memegang kunci untuk bekas pemadam api itu?
sebaiknya diberi satu kunci pembuka kepada setiap pekerja supaya apabila berlaku sebarang insiden, tindakan pantas dapat diambil. Tidak perlu menunggu penyelia datang ataupun perlu berlari ke kaunter untuk mengambil kunci.

Apapun itu hanya pendapat saya sahaja, saya pasti pemilik stesen minyak sudah memikirkan dari pelbagai sudut semasa membuat tindakan meletakkan pemadam api tersebut di situ.

Selasa, 27 Julai 2010

Zia Zaara luka

Semalam semasa saya tiba di rumah petang semalam, Zia tengah didukung oleh pembantu rumah kami. Muka Zia yang tersangat monyok buat saya bertanya kepada pembantu rumah dan dia berkata kaki Zia luka. Bila saya menoleh kepala kepada luka dikaki nya, secara automatik Zia menangis sambil mengangkat kakinya menunjuk ke arah saya. Terdapat luka di jari kaki kanan dia dan nampak seperti baru sahaja kena sebab darahnya masih basah.
Kemudian saya pun mendukung Zia dan bertanya kepada penduduk rumah dengan lebih lanjut, rupanya tiada sesiapa yang tahu apa yang terjadi dan tiada sesiapa yang perasan bila ia terjadi. Zaida (isteri saya) hanya perasan luka dikaki Zia semasa Zia bangun daripada tidur dan saat itu jugak Zia mula menangis. Oleh itu tidak tahu bila berlaku dan bagaimana ia berlaku. Semasa saya bertanya kepada Zia kenapa dia berdarah, dia hanya menunjuk kearah troli mainan yang dibeli oleh mak saudaranya dahulu. Troli itu telah pun patah rodanya dan pada pendapat saya mungkin kakinya terkena baki roda yang ada pada troli tersebut. Mengikut cerita ibu mertua saya pula, Zia mula meragam dari pagi lagi dan pada fikiran saya mungkin luka itu dia telah kena pada pagi hari lagi tetapi disebabkan tiada sesiapa yang menegur mengenainya maka Zia hanya berdiam diri dan hanya akan menagis apabila terasa sakit.
Maka sepanjang malam tadi, Zia sentiasa berada dipelukan saya kerana kaki dia akan berdarah kembali setiap kali dia bergerak atau berjalan.
Malam apabila dia sudah tidur, saya pakaikan ubat di lukanya dan pakaikan stokin agar lukanya tidak bergesel dengan barang lain semasa tidur. Pagi ini juga sebelum bergerak ke tempat kerja, sekali lagi saya letakkan ubat di kaki dia.
Zia semenjak dua menjak ini memang tidak boleh duduk diam dan ada sahaja komplen yang saya dengar mengenai kenakalannya. Dan kerana kenakalannya itu juga kadang-kadang kala membuat dia cedera. Seperti minggu lepas apabila jarinya tersepit di pintu semasa menemani pembantu rumah mengemas bilik di tingkat atas. Di muka dia sahaja pun sudah pelbagai calar yang terhasil akibat kenakalannya.

Itulah Nur Zia Zaara yang pada pendapat saya tengah emosi sedikit buat sementara ini kerana mendapat adik baru.

Isnin, 19 Julai 2010

HID da CRV

Beberapa bulan yang lepas saya telah menukarkan rim kereta saya dan menggunakan rim standard CRV. Maka dari saat itulah, projek Xtreme CRV saya terpaksa saya hentikan atas sebab-sebab tertentu. Ianya telah menjadi seakan-akan satu pembekuan aktiviti terhadap CRV saya sehingga buleh saya katakan selain menukar minyak hitam, tiada apa yang saya lakukan termasuk membasuh kereta yang hanya dilakukan 2 bulan sekali.

Baru-baru ini saya merasa sesuatu yang tidak kena dengan CRV saya, setelah saya amati, saya dapati yang lampu foglamp yang saya pasang sebelum ini tidak memainkan peranan dengan baik. Sebenarnya kualiti lampu foglamp aftermarket (lampu jenama lain yang dipasang selepas kenderaan keluar daripada kilang) sememangnya tidak setanding dengan lampu original. Tetapi pada diri saya, asalkan lampu itu dapat menunjuk jalan dengan baik ketika gelap dan hujan pun cukup baik dah. Ini kerana saya telah menukar mentol untuk lampu utama daripada warna kuning kepada mentol lampu putih. Lampu yang putih tidak dapat berfungsi dengan baik apabila waktu hujan dan kabus. Pada ketika inilah lampu foglamp perlu memainkan peranannya dengan lampunya yang berwarna kuning. Namun begitu pada kes CRV saya ini, jarak penglihatan CRV untuk lampu foglamp ini adalah tersangat dekat.


Seperti yang ditunjuk pada gambarajah diatas, kawasan limpahan lampu foglamp hanya boleh dilihat sedikit sahaja daripada cockpit CRV. Ini boleh dikatakan sebagai tidak berfungsi dengan baik.
Berhubungkait dengan itu, maka saya pun dengan secara rasminya mengaktifkan kembali projek Xtreme CRV saya dimana projek kali ini dimulakan dengan meng-HID-kan lampu foglamp.
Oleh itu, baru-baru ini saya telah pergi membuat tinjauan ke beberapa kedai aksesori kereta untuk mencari lampu foglamp dengan harga yang berpatutan. Untuk pengetahuan, harga lampu HID bergantung kepada jenis mentol yang digunakan selain jenama, kualiti dan berapa banyak kedai eksesori itu akan mencekik "darah". Bagi Honda CRV generasi kedua seperti saya punya ini, mentol foglamp adalah daripada jenis 9006. Berdasarkan cerita dongeng staff kedai eksesori, mentol jenis ini adalah mahal, oleh itu harga HID setnya pun adalah tinggi sedikit daripada mentol jenis lain. Ada sesetengah kedai eksesori hanya memberi harga barang sahaja tanpa bayaran untuk upah pemasangan. Oleh itu pastikan anda bertanya mengenai upah pemasangan sekiranya ingin mereka lakukan pemasangan untuk anda.
Berbalik kepada cerita saya, setelah membuat pemantauan, akhirnya sebuah kedai telah memberi harga yang agak murah berbanding dengan kedai lain, tetapi upah pemasangannya agak mahal sedikit. Namun begitu jumlah keseluruhannya masih rendah berbanding dengan kedai lain. Kalau nak diikutkan, cara pemasangannya adalah senang sahaja kerana ianya telah dibuat untuk sesuai dengan connector pada kereta kita. Kita hanya perlu sambungkan connector itu dan kemas semua wayar2, pasti kita akan berjaya save lebih kurang RM 50 upah pemasangan. Tetapi seperti yang telah saya katakan sebelum ini, untuk kereta saya kali ini, saya berasa malas untuk melakukan aktiviti DIY, dan lebih suka menyerahkan kepada kedai untuk memasangnya. Maka leburlah duit saya lagi sebanyak RM60 untuk upah pemasangan yang senang. Pemasangan memakan masa selama lebih kurang 20 minit. Hasilnya:

SEBELUM

SELEPAS


*AMARAN: Menggunakan lampu HID adalah dilarang bagi undang-undang Malaysia. Segala apa yang tertulis di dalam artikel ini adalah sebagai rujukan saya sahaja. Saya tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah dan propaganda yang tercetus pada pihak pembaca sekiranya meniru atau melakukan apa yang saya lakukan.
*AMARAN: Lampu HID adalah merbahaya kepada mata sekiranya ia dilihat secara terus atau direct. Sila berwaspada terhadap pengguna jalanraya dan pejalan kaki lain sekiranya anda menggunakan lampu HID. Sila tutup lampu HID sekiranya tidak menggunakannya.

Jumaat, 16 Julai 2010

Lampu "Maghrib"

Last week saya bersama kawan opis ke sebuah kedai eksesori kereta di Petaling Jaya. Setelah berpusing-pusing melilau menjenguk harga (mende utama yang akan mula-mula dilihat kalau lelaki bershopping), saya pun membeli satu mentol kecil untuk lampu kecil kereta. Harganya pun tidak semahal mana iaitu RM9.50 untuk lampu kecil jenis LED. Memandangkan saya pun tidak tahu nak menggelarkan mentol ini kerana lampu lain pun menggunakan istilah “mentol”, dan kebetulan kawan saya tu, Syazwan menggelarkan mentol ini sebagai “lampu maghrib”, maka saya akan menggunakan istilah ini di dalam artikel saya ini. Mungkin kerana lampu kecil ini biasanya akan dipasang oleh kenderaan apabila waktu maghrib kot.


Cara Menukar Lampu Maghrib
Untuk cara pemasangan mentol ini pada kereta, saya akan pecahkan kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah apa yang perlu dilakukan bagi pengguna CRV generasi kedua untuk menukar mentol ini, dan bahagian kedua pula akan menunjukkan cara menukar mentol ini bagi pengguna kereta lain. Ini kerana cara menukar mentol ini adalah sama sahaja pada mana-mana kereta cuma halangan yang ada untuk mencapai mentol ini sahaja berlainan.

Bahagian 1: CRV generasi kedua

1. Buka bonet hadapan CRV dan anda akan nampak satu cover plastic hitam yang menutupi ruan bahagian hadapan enjin termasuk radiator.

2. Buka cover plastic itu dengan membuka klip-klip di situ. Terdapat 7 klip yang perlu dibuka dan satu perlu dibuka dengan skru kerana ia bersambung dengan plat besi pemegang bateri kereta. Rujuk gambar dibawah untuk kedudukan klip dan skru, klip ditanda dengan anak panah merah dan skru ditanda dengan anak panah hijau. (AMARAN: Sila buka klip dengan cara menarik ke arah atas bahagian tengah klip dahulu sebelum menarik keseluruhan klip keluar.

3. Setelah itu anda akan ternampak satu connector seperti gambar di bawah.

Bahagian 2: Cara menukar mentol

1. Sila cari satu connector seperti gambar di atas di belakang kedudukan lampu maghrib anda.

2. Pusingkan connector itu ke arah kiri atau kanan dengan pusingan 90 darjah dan connector itu akan terkeluar bersama dengan mentol. (Bergantung kepada jenis kereta, ada setengah kereta yang hanya perlu menarik keluar connector tersebut).

3. Tarik keluar mentol itu daripada connector tersebut. Tidak perlu buat pusingan atau goyangkan mentol, hanya ditarik keluar sahaja.

4. Kemudian gantikan dengan mentol yang baru dan periksa samada mentol baru menyala atau tidak.

5. Pasangkan kembali connector itu ke kereta dengan pusingan 90 darjah juga.

6. Mentol yang lama buleh disimpan untuk kegunaan dimasa hadapan.


Sebelum ini saya menggunakan lampu meghrib LED yang berwarna biru, namun disebabkan mentolnya yang agak besar menyebabkan warna birunya menyerlah dan lampu foglamp saya pula kuning, nampak ketidak serasian disitu menyebabkan saya menukar ke mentol LED berwarna putih.Hasilnya:

Terus terang, kalau dilihat didalam gambar ini, nampak sama je tetapi kalau dilihat dengan mata kasar pasti nampak perbezaan. Cuma saya sendiri tidak tahu yang mana satu lebih menarik huhu..

UPDATED: My new born baby pictures

Dear Sir n Madam,

Attached here are my new born baby pictures.
Mama action at Doctor Suriati Clinic at Alam Damai
Nur Zahirah Zaara a while after born

Her eyes on the born day

A day after being born


Thank you n best regards,
Zaidi, Zaida n Zia

Selasa, 13 Julai 2010

Puteri kedua

Setelah saya berjumpa kembali pengecas bateri kamera digital saya, mulalah pelbagai idea dan topik yang datang melekat di kepala ini. Antaranya penggomolan saya terhadap CRV, berjalan-jalan dengan mama n zia...tetapi idea penulisan itu semua masih tidak dapat mengalahkan satu idea penulisan terbaru....................kelahiran anak kedua saya.

Kalau kita buka mana-mana penulisan, blog, warkah mengenai kelahiran orang baru ini, saya pasti kebanyakkan akan menceritakan perubahan si ibu, apa perasaan ibu, apa yang si ibu rasa, apa yang bapa patut buat, hadis-hadis nabi, dan pelbagai lagi mengenai saat-saat kelahiran bayi di dunia ini. Tidak perlu saya menambahkan lagi maklumat yang dah tersedia penuh di alam cyber tersebut. Maka saya hanya menceritakan apa yang berlaku kepada kami sahaja.

Adapun isteri saya, berdasarkan kiraan mesin scan, sepatutnya dijangkakan akan melahirkan bayi pada awal bulan 8. Dan jika difikirkan yang anak pertama saya telah dilahirkan 2 minggu lebih awal daripada tarikh jangka kelahiran, maka kami menganggap yang adiknya juga akan dilahirkan 2 minggu awal iaitu minggu ketiga bulan 7. Maka saya dan isteri pun tidak melakukan persiapan sepenuhnya dan hanya bersiap sedia ala kadar dengan beg untuk dibawa ke hospital.

10/July/2010
Dipagi hari, saya membawa Zia berjalan-jalan di taman di Alam Damai. Pagi yang sejuk dan hujan di hari sebelumnya membuat taman permainan kanak-kanak di taman itu sedikit basah dengan embun pagi. Tidak banyak yang buleh Zia mainkan. Maka kami pun bertolak balik sambil singgah membeli nasi lemak untuk mama.
Petang itu kami keluar membawa mama dan Zia ke Jusco Balakong untuk membeli sedikit barang keperluan rumah.
Malam itu Zia tidak mahu tidur, di anak main dan makan sahaja. Sepupunya yang lain telah pun lelap lama tetapi dia masih nak bermain sahaja. Saya yang ingin tidur cepat kerana ingin bangun menonton perlawanan world cup antara Jerman menentang Uruguay pula berasa tertekan dengan perangai Zia pada malam itu. Akhirnya setelah Zia termuntah sekejap, (akibat makan banyak), dia pun terlelap...mungkin kerana penat.

11/July/2010
Dari pagi sehingga ke petang kami hanya berada di rumah sebab saya yang mengantuk kerana menonton world cup dan perlu simpan tenaga untuk perlawanan akhir malam nanti.
Petang itu saya membawa mama dan Zia berjalan-jalan ke Putrajaya. Kebetulan pada hari itu Putrajaya ada menganjurkan hari Flora Putrajaya, maka banyak la gerai jualan dibuka. Mama yang terus excited teringin untuk berjalan-jalan di gerai-gerai tersebut. Tetapi memikirkan parking kereta yang jauh dan waktu yang menghampiri maghrib, maka kami pun tidak berhenti dan terus pulang. Tetapi yang menimbulkan kehairanan pada diri saya, ketika waktu menghampiri maghrib, waktu ketika nyamuk aktif beraksi dan juga waktu yang sama para jin menjadi giat, ketika itulah di setiap celah pelusuk putrajaya (kawasan kompleks-kompleks kerajaan dan taman sekitar masjid) penuh dengan manusia yang sedang berasmara, bermain-main, beriadah, bergambar dan serba maklum majoriti adalah orang Islam!
Kami tiba dirumah pada jam 8 malam dan saya terus mandi dan mengerjakan solat sementara mama menjaga Zia. Setelah selesai giliran saya, mama pula akan mandi dan bersolat dan saya menjaga Zia. Setelah selesai maghrib, mama pun duduk di atas sejadah menanti waktu Isyak dan saya masih menjaga Zia di dapur rumah. Setelah beberapa lama dan Isyak pun telah masuk, mama pun keluar daripada bilik sambil tersenyum kambing memanggil ibu mertua saya. Pada pendapat saya, cara senyuman itu samada mama sudah sampai waktu ingin bersalin (yang saya pasti belum tiba waktunya lagi), ataupun mama ingin meminta kebenaran ibu mertua untuk keluar malam itu. Rupanya perkataan yang saya pasti tidak akan keluar, muncul di bibir mama....."sudah sampai waktu".
Saya yang blur pun tiba-tiba jadik panik, lahir awal bulan ke?persiapan apa pun tak buat lagi nih....dah la world cup final pun malam tu juga! maka saya pun terus menyiapkan beg mama dan menukar baju. Saya dan mama pun keluar rumah sementara orang gaji mendukung Zia ke dalam bilik. Kami singgah di surau untuk memaklumkan kepada bapa mertua saya, dan kami juga singgah ke rumah seorang tukang urut untuk meminta air selusuh untuk mama (telah dimaklumkan yang kami tidak menyediakan apa-apa persiapan termasuklah air selusuh). Sementara saya berjumpa tukang urut/bidan wanita ini, mama pun menalifon doktor panelnya dan doktornya menyuruh kami ke kliniknya yang terletak di Alam Damai. Ini kerana masih awal untuk mama melahirkan bayi dan doktor suriati ingin membuat kepastian. Sampai sahaja di klinik nya, mama terus dimasukan ke bilik rawatan, dan doktor terus memeriksa keadaan mama.............open 3 cm oredi. Sudah sampai waktu tetapi doktor menyuruh kami ke hospital selepas pukul 12 tengah malam untuk mengelak daripada dikenakan bayaran wad untuk hari itu. Lagipun mama masih tidak merasa sakit, cuma terdapat sedikit lendir yang telah keluar sahaja. Maka kami pun pulang dahulu ke rumah.

12/Julai/2010
Jam 12:15 pagi kami sampai ke Hospital Pantai Cheras dan terus daftar masuk ke wad. Jururawat yang memeriksa menjangkakan mama akan melahirkan bayi pagi itu dan menyuruh mama rehat di wad dahulu. Saya menemani mama sepanjang malam itu, dan dapatlah juga saya menonton perlawanan akhir world cup dari dalam wad huhu.....
pukul 7 pagi, mama dimasukkan ke labour room (bilik bersalin)
Pukul 9 pagi, saya dipanggil masuk ke labour room.
Pukul 9 setengah air ketuban mama di pecahkan.
Pukul 10 suku pagi, bukaan telah pun 6 cm. Persiapan mula dilakukan.
Pukul 10 setengah pagi, bukaan telah pun 9 cm. Persiapan diteruskan, dan ketibaan doktor dinanti. saya perlu menunggu diluar bilik buat sementara dan masuk semula setelah doktor suriati tiba.
Pukul 10:45 pagi, seorang bayi perempuan seberat 3.5kg telah selamat dilahirkan.

Perasaan ketika itu sukar dikatakan, tetapi terus terang kelahiran kali ini saya rasakan lebih rilek dan tidak secuak masa yang pertama dahulu. Perasaan menjadi bapa itu, tanyalah kepada orang yang telah menjadi bapa lain.
Apapun, saya bersyukur dengan kelahiran ini. Mama pun telah bertenaga kembali semasa blog ini ditulis, dan Zia masih tidak tahu yang dia telah pun ada adik walaupun pernah ditunjukkan bayi itu kepadanya.

Maaf, gambar tidak dapat di tunjukkan lagi atas sebab masalah teknikal terhadap PC. nanti saya upload gambar baby....

Jumaat, 9 Julai 2010

Saya yang tersangkut


Beberapa hari ni saya memang tak ada idea nak tulis apa yang blog. Bukannya otak kering, tapi sesuatu yang buat saya kering. Oleh sebab itulah beberapa hari ni saya hanya menulis mengenai sesuatu yang saya baca di internet sahaja. Habis itu selama ini bagaimana pula saya mendapat idea?
Semuanya kerana kamera digital saya. Kamera saya ini merupakan sumber inspirasi saya. Sebabnya, apabila saya terlihat sesuatu yang menarik, saya akan mengambil gambar perkara itu dan tuliskan diblog ini. Untuk itu, saya akan sentiasa meletakkan kamera digital saya di dalam kereta. Tetapi, sejak beberapa minggu ini, bateri kamera saya ini telah pun habis dan saya tidak tahu kemana hilangnya pengecas (Charger) bateri kamera saya ini. Oleh itu, apabila datang idea untuk menulis, ketiadaan kamera buatkan saya buntu. Pagi ini setelah dicari cari, akhirnya saya telah pun menjumpai pengecas bateri kamera saya yang di letakkan di bilik R&D di opis saya. Terlupa pula yang saya yang tinggalkan di situ bila kali terakhir menggunakannya. Maka lepas ni buleh la melaram kembali dengan kamera ini huhu...

Khamis, 8 Julai 2010

mydearcupcakes.blogspot.com telah berfungsi ...




Akhirnya setelah lama ditunggu-tunggu, blog milik My Dear Cup Cakes telah berjaya digerakkan. Anda buleh melayari blog ini untuk mendapat maklumat mengenai My Dear Cup Cakes. Sila layarinya di sini.
Walaubagaimanapun, seperti yang telah digembar gemburkan sebelum ini, my dear cup cakes terpaksa berehat sehingga pertengahan bulan september atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Selasa, 6 Julai 2010

Tiket kapal terbang berdiri


Ryanair, sebuah syarikat penerbangan murah ala ala Air Asia berasal daripada Ireland sedang merancang untuk membuat penerbangan disertakan dengan seat berdiri..........?!

Hasrat itu disampaikan oleh wakil syarikat tersebut baru-baru ini. Tujuan utama mereka adalah untuk menambah seberapa banyak penumpang didalam satu penerbangan. "Seat Berdiri" itu akan diletakkan pada mana-mana ruang yang kosong di dalam kapal terbang tersebut. Persoalannya, selamatkah? selesakah? pikir la sendiri ye...

Isnin, 5 Julai 2010

Pelajar mempelajari pelajaran belajar

Kalau lah kita berjaya meluangkan masa membaca surat khabar setiap hari, tidak kira surat khabar apa pun pasti ada satu dua yang akan menceritakan perihal masalah yang menimpa dan dibuat oleh pelajar-pelajar Malaysia sekarang. Sebagai contoh didalam Berita Harian hari ni ada mengisahkan mengenai pelajar pecah rumah cikgu dan satu lagi kisah mengenai pelajar perempuan bergaduh di sekolah lalu diambil video pergaduhan itu oleh pelajar lain dan disebarkan. Esok sudah pasti kesah lain pula mengenai pelajar akan mengisi berita nasional kita. Persoalan saya kepada diri sendiri:

1. Diorang ni ada masa banyak ke?
Kalau mengikut keadaan anak-anak buah saya yang sudah pun seramai satu pasukan bola sepak dan sedang bersekolah di sekolah menengah dan sekolah rendah, memang tidak ada masa untuk mereka bersosial selain di sekolah. Anak buah saya yang bersekolah rendah misalnya akan ke sekolah di pagi hari sehingga petang jam 3. Kemudian pulang berehat sebelom ke sekolah semula selepas asar. Jikalau menghampiri musim peperiksaan UPSR atau PMR, kadang-kadang mereka perlu pula ke kelas tambahan di malam hari. Sudah mengalahkan saya yang bekerja la pulak. Ada ke masa terluang untuk buat mende lain?

2. Mak Bapak pelajar ni pergi mana?
Cara kehidupan di zaman moden ini......"ibu dan bapa sibuk mencari harta dari mendidik anak di rumah". Di sini saya menggunakan perkataan mendidik, ianya berbeza daripada membesarkan atau menjaga. Saya amat gemar dengan situasi di mana si ibu akan berada dirumah sepanjang masa menjaga anak-anaknya dan si bapa akan keluar mencari rezeki. Insyaallah, kalau diizinkan tuhan saya akan mengamalkan situasi sebegini dalam keluarga saya sendiri.

Selebihnya memang terletak pada masyarakat sendiri untuk mendidik pelajar-pelajar. Namun apa yang penting adalah peranan kita sebagai ibu bapa yang akan berada di barisan hadapan dalam mendidik anak kita menjadi yang terbaik.
Di Amerika Syarikat sekitar tahun 1970-an, ketika kumpulan Mafia menjadi musuh utama negara mereka, terdapat seorang ketua satu kumpulan Mafia yang cuba mengelak anak lelakinya daripada mengikuti jejak langkahnya. Segala pekerjaan si bapa cuba dirahsiakan daripada anaknya dan dia telah berjaya membesarkan anaknya sehingga dijangkakan akan menjadi seorang doktor perubatan. Namun semasa si anak sedang menuntut di tahun ketiga di universiti, si bapa telah terbunuh. Ketika itulah segala pekerjaan si bapa telah di ketahui si anak.
Apa yang cuba saya tonjolkan disini adalah, walaupun berada pada tahap ketua sebuah kumpulan mafia, dia cuba untuk menjadi bapa yang baik demi anaknya. Itulah sebaik baik peranan seorang bapa.

Perlu diingat disini bahawa kumpulan Mafia adalah lebih aggresif dan merbahaya daripada kumpulan kongsi gelap mahupun kumpulan penjahat. Mafia sebenarnya berasal daripada Italy ditubuhkan dengan tujuan melindungi penduduk kampung daripada serangan penjajah Sepanyol. Selebihnya carik la sendiri, malas nak cerita dah.

end.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...