Isnin, 9 Ogos 2010

Magnetic Fuel Saver


Alat radas ni saya beli masa kenaikan harga minyak yang meninggi suatu masa dahulu. Saya yang menggunakan kereta Honda Accord euro R ketika itu hanya boleh mengisi minyak RON97 yang sedia maklum mahal harganya. Jadi, terpengaruh dengan sifat boleh menjimatkan minyaknya, saya pun membeli sebijik untuk kegunaan Euro R saya ketika itu. Perubahan yang dirasa memanglah ada sedikit, tetapi memang terlampau sedikit. Kemudian, ada seorang mekanik bengkel menasihatkan saya agar tidak menggunakan alat itu lagi kerana alat itu mungkin akan mengehadkan laluan minyak ke dalam enjin, maka saya pun menanggalkan kembali alat itu.
Kini setelah Euro R pun telah dijual, penggantinya pun adalah sejenis makhluk yang tak kurang hebat dalam menelan minyak kereta. Walaupun bukan niat saya untuk mengurangkan penggunaan minyak makhluk besar ini, tapi disebabkan alat radas magnet itu telah pun duduk tersadai dirumah, maka saya pun memasangkannya pada 'makhluk besar' saya bernama Honda CRV.

Alat radas ini dipasang pada salur minyak kereta dan untuk kereta honda yang menggunakan enjin K20A seperti CRV ini, salur minyaknya boleh dikenalpasti dengan merujuk kepada satu connector yang berwarna hijau terletak dibawah satu cap besar berwarna kuning/peach seperti gambar dibawah. Maka salur hose yang bersambung dengan connector inilah salur minyak kereta anda, yang menghantar minyak daripada tangki minyak ke enjin kereta.

Perubahan yang saya rasa? hmm.......bimyou ni aru kedo... (ada tu ada la rasa sikit tapi...) .Ntahlah, ada tak ada je la, sebab effect yang dia ada tak besar mana.

Macammana alat radas ni berfungsi? Camni, alat ni sebenarnya magnet kuat semata. Apabila diletakkan pada salur minyak kereta anda, ianya akan menarik partikel-partikel jahat yang ada dalam komposisi minyak anda. Meninggalkan minyak yang bersih masuk ke enjin. Tambahan pula, apabila magnet ini menarik partikel itu ke dinding salur (hose) minyak, ia akan mengecilkan sedikit saluran minyak anda dan ini membuatkan minyak yang mengalir memancut laju ke dalam enjin. Sama macam hos paip air yang kita tutup/kecikan lubang dia, air yang keluar tu akan memancut laju la kan.

Kebaikannya adalah ia akan pastikan hanya minyak yang bersih dengan pressure yang kuat masuk ke dalam enjin. Keburukannya pula adalah apabila digunakan sekian lama, dikuatiri saluran minyak akan menjadi terlampu kecil (pada pendapat saya).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...