Saya rasa mesti di kalangan anda semua yang pernah dengar nasihat sebegini, "kalau kau eksiden kete kat kampung orang, tak kira la kau salah ke tak salah, baik kau lari dari situ sebelum kau masuk ICU".
Pernah juga saya dengar kisah daripada rakan saya mengenai seorang lelaki yang dibelasah penduduk kampung yang salah faham dalam satu eksiden jalanraya yang berlaku di kampung tersebut. Eksiden yang berpunca daripada seorang penduduk kampung yang menunggang mot0rsikal membuta tuli lalu melanggar kereta lelaki tersebut. Kemudian ianya disalah erti oleh penduduk kampung yang beranggapan lelaki tersebut yang melanggar. Maka dalam masa yang pantas, lelaki itu akan dimasukkan ke hospital kerana dipukul penduduk kampung. Saya percaya perkara ini adalah perkara yang biasa berlaku di mana-mana tempat di Malaysia hasil daripada sifat gdebe (bersifat samseng) masyarakat terutama orang melayu. Perkara fakta dan kebenaran ditolak tepi, bisikan halus dipercayai. Menghasilkan masyarakat yang tidak tahu sabar dan memilih keganasan.
Perkara sebegini juga buleh kita lihat dalam pelbagai aspek lain lagi selain di kampung kampung. Seperti apabila seorang ahli politik bukan melayu membicarakan mengenai diskaun perumahan mewah untuk bumiputra. Apabila disuarakan sahaja, lantas pelbagai organisasi dan tokoh melayu melenting. Sedangkan itu baru disuarakan, belum lagi diarahkan atau dilaksanakan. Kemudian ada yang berura-ura ingin membuat laporan polis, tunjuk perasaan aman dan lain-lain lagi bagi menunjukkan mereka membantah cadangan tersebut. Disamping itu, bagi ahli-ahli politik, ini sudah suatu bonus bagi mereka bagi mempamerkan yang kununnya mereka ini memperjuangkan hak anak-anak bangsa. Sunnguh lantang ahli-ahli politik ini bersuara, media-media utama pula mula menemubual ahli ahli sejarah dan pendidikan mengenai perkara ini. Sedangkan itu barulah cadangan semata...
Baru-baru ini berlaku insiden di perairan Malaysia dan Indonesia. Kedua-dua negara mengatakan yang insiden berlaku di perairan masing-masing. Bagi pihak kerajaan kedua belah pihak, hal ini telah di selesaikan secara baik namun tindakan susulan mengenai persempadanan perlu dilakukan bagi mengelak insiden serupa berlaku lagi.
Tetapi bagi pihak rakyat Indonesia, walaupun telah diselesaikan secara baik dan diterangkan oleh kerajaan mereka, mereka tetap menganggap kerajaan Malaysia bersalah dalam hal itu. Justeru tunjuk perasaan dilakukan di hadapan kedutaan Malaysia di Indonesia. Tunjuk perasaan yang aman kemudian bertukar menjadi ganas dan biadap dilakukan. Fasiliti kedutaan dirosakkan, jalan masuk utama ke kedutaan dihalang, maki hamun danpelbagai lagi dilontarkan. Yang paling biadap, bendera kebanggaan negara dibakar dan najis dilontar ke dalam kedutaan Malaysia. Apa yang Malaysia lakukan? Atas semangat persaudaraan, kedutaan Malaysia hanya memberi notis bantahan kepada kerajaan Indonesia. Bagaimana pula dengan bendera yang dibakar? Tiada pun sebarang bantahan daripada kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia. Seolah-olah semua orang membiarkan sahaja kerana ia tidak penting. Mungkin begitu juga yang dirasai oleh masyarakat Israel apabila kita membakar bendera Zionis.
Di bulan kemerdekaan ini, kerajaan menggalakkan semua rakyat mengibar bendera, tetapi apabila bendera Malaysia dibakar oleh orang luar, semua rakyat Malaysia hanya berdiam diri sahaja............?!
kemana pergi pejuang-pejuang bangsa yang lantang bersuara tadi?
kemana perginya hero-hero kampung ini?
Dengan jumlah rakyat Indonesia di Malaysia yang mencecah hampir sejuta orang, dan belum lagi dikira yang datang secara haram. Sekiranya pendapat seorang di Malaysia adalah RM500, cuba bayangkan berapa banyak pengaliran wang masuk ke dalam Indonesia oleh semua penduduk mereka. Dan mereka masih meminta agar gaji amah dinaikkan. Dan mereka masih memaki hamun Malaysia............
Mungkin semangat persaudaraan mereka hanya terletak pada diri pemimpin mereka sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan