Selasa, 3 Ogos 2010

Innalillahiwainailaihirajoin

Semalam kami warga Sato telah mendapat khabar sedih mengenai seorang pekerja yang telah meninggal dunia akibat sakit kronik.

Saodah, ataupun nama panggilannya kak odah adalah akak operator di PCB Manufacturing Department. Pengalaman lamanya di bahagian PCB function check telah membuatkan dia mempunyai skill yang banyak. Warga R&D Department dan Electric Component group (ECG), Engineering Department adalah antara engineer-engineer yang banyak bekerjasama dengan arwah Kak Odah. Apa yang hebatnya arwah ni, selain tingkah lakunya yang lembut dan baik hati, dia juga cepat memahami perihal teknikal untuk setiap electronik sistem pada produk dan checking machine. Untuk sebarang projek bagi produk baru, biasanya kami akan mengajar arwah teknik-teknik untuk memeriksa setiap PCB untuk produk baru tersebut dan arwah dapat belajar dengan pantas sekali.

Kehebatannya arwah dalam menyelenggara semua mesin memeriksa PCB memang diakui oleh kesemua engineer di Sato Malaysia. Sudah 20 tahun Sato beroperasi di Malaysia, arwah adalah satu satunya operator di Sato yang boleh menyelenggara kesemua mesin dengan baik dan juga mengingati tatacara memeriksa PCB bagi semua produk dengan baik. Bagi pihak warga R&D dan ECG mengiktiraf arwah sebagai engineer secara tidak langsung. Walaupun begitu, arwah masih bersifat rendah diri sentiasa.

Dengan usianya yang lanjut dan di tambah dengan beberapa sakit yang kronik, pemergian arwah membuat satu impak dan kejutan kepada keseluruh pekerja Sato. Apa yang berlaku adalah takdir Yang Esa. Semoga roh arwah Saodah dicucuri rahmat dan dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...