Apa yang dikatakan oleh saudara penceramah itu bahawa kegiatan pembuangan bayi yang berlaku akhir-akhir ini adalah berpunca daripada hubungan seks bebas yang berlaku semasa ambang tahun baru yang lepas. Aktiviti bersama arak, dadah, lumba haram dan lain-lain dan disusuli pula dengan seks bebas akhirnya membuahkan hasil 9 bulan kemudian iaitu pada waktu-waktu sekarang ini. Penceramah meramalkan yang masalah pembuangan bayi ini akan berkurangan apabila memasuki bulan 9 nanti.
Saya amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh saudara penceramah. Cuma saya ingin menambah yang semuanya bermula daripada cuti sambutan krismas, dihebatkan lagi apabila sambutan tahun baru....pada lingkungan seks bebas waktu itu akan membuahkan hasil dalam bulan 8 ini. Setelah apa yang berlaku dapatlah kita bayangkan betapa teruk masalah sosial yang berlaku pada masyarakat Malaysia terutama pada golongan Islam.
Setelah saya membaca artikel itu, saya teringat awal tahun ini semasa awal bulan februari, terdapat beberapa mahasiswa Islam yang kufur telah menganjurkan Hari Kekasih tahun ini disambut dengan aktiviti tanpa seluar dalam bagi wanita. Pada mahasiswa yang telah memalukan Islam ini, apa yang mereka anjurkan menunjukkan yang kununnya mereka ini berfikiran terbuka, beriringan dengan modenisasi dunia. Kununnya setelah mereka lakukan, mereka akan kelihatan matang dan bertamadun seperti masyarakat barat. Sedangkan hakikatnya apa yang mereka lakukan itu menunjukkan betapa fikiran mereka ini berada pada tahap seperti masyarakat zaman kuno, zaman sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w lagi.
Kenapa perlu disambut hari kekasih? Sekiranya kita ikhlas kepada kekasih kita, hari-hari kita buleh sambut, tidak perlu menunggu hari-hari tertentu sebegini. Kununnya mahu hari yang istimewa untuk kekasih......buleh dibuat semasa hari lahirnya. Tidak perlu disambut hari kekasih ini.
Kemudian hari kekasih disambut dengan sang wanita tidak memakai seluar dalam. Saya pun tidak tahu dari mana datangnya budaya ini, namun begitu pada pendapat saya ianya tidak banyak beza dengan apa yang dipakai oleh beberapa masyarakat di tengah padang pasir di Afrika dan di tengah hutan belantara di Asia Tenggara. Apa yang saya pasti, sambutan dengan gaya sebegini akan menambahkan lagi statistik pembuangan bayi pada 9 bulan yang akan datang.
Sekiranya apa yang saya rasakan ini betul, 9 bulan daripada 14Februari, 2010 akan berlaku satu ombak pembuangan bayi. Dan dalam perkiraan, penghujung tahun ini akan berlaku satu lagi ombak masalah pembuangan bayi.
Pelbagai pihak mula memberikan cadangan dan nasihat untuk membendung masalah ini, tapi saya rasa tidak banyak yang membantu. Selagi tidak di bendung secara ekstrim, masalah sebegini akan berterusan dan bertambah parah.
Justeru cadangan Ketua Polis Selangor agar diwujudkan Tabung DNA adalah satu cadangan yang menarik. Sekiranya anda peminat rancangan CSI terbitan Jerry Bruckheimer, anda pasti perasan dalam sesuatu kes apabila pihak CSI mendapat DNA, mereka akan dapat mengenalpasti pemilik sesuatu DNA dengan pantas. Oleh itu, sebarang waris daripada bayi yang dibuang dapat dikenalpasti dengan pantas.
Kemudian tindak lebih ekstrim lagi buleh diambil dengan menghukum ibubapa kepada pasangan yang membuat dan membuang bayi. Ini kerana sebarang tindak tanduk anak-anak adalah hasil daripada apa yang ditunjukkan oleh ibubapa. Ibubapa wajib mendidik anak menjadi mukmin dan mukminat yang baik.
Apapun usaha yang cuba kita lakukan, selagi pengaruh daripada media massa terhadap aktiviti seks bebas tidak dikekang, selagi itu masyarakat akan menghalalkan aktiviti tidak sehat yang menyumbang kepada jenayah buang bayi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan