Ahad, 21 Februari 2010

SIS or SOS

baru baru ni negara kecoh dengan perihal kes sebat seorang bekas model. Yang menjadi masalahnye hukuman sebat dikenakan, tertuduh sanggup menerima hukuman, sekali pemberi hukuman pulak tak berkemampuan memberi hukuman....lepas tu banyak pulak cerita berkaitan yang datang...
itu takpelah, itu masalah hal ehwal kelemahan hukuman agama islam kat sebuah negeri tu. Kemudian, sebuah negeri lain telah mendedahkan hukuman sebat ke atas wanita, atas kesalahan syariah telah dijalankan. Serentak dengan itu pelbagai pihak telah cuba menunjukkan hero dengan memberi pelbagai hujah menerima dan menolak. Namun yang memeningkan kepala adalah orang yang memberi hujah menolak itu adalah orang yang tidak tahu menahu mengenai hukum hakam agama Islam! Cuba menunjukkan hero kepada mata dunia dengan mengisytiharkan perbuatan sebat ke atas wanita adalah satu kesalahan..
Sedangkan hal rumah tangga rumah orang pun, semua orang tahu, tak payah nak amik kesah. Serupa jugak dalam hal ini, ini adalah hal ehwal undang undang Islam, undang-undang Islam berlainan dengan undang undang sivil. Sebab itu di Malaysia di wujudkan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Kalau yang memberi hujahan menolak tu adalah kaum yang tidak mengerti erti sujud syukur mahupun sembahyang 5 waktu, kita mungkin buleh faham....."ala, mereka belum memahami lagi, nantilah kita beri mereka masa". Namun ada jugak yang memberi hujah menolak adalah kaum yang diwajibkan untuk sujud 32 kali sehari di atas sejadah!!!Sakit ke diorang nih???!!
Kononnya mereka ini berjuang demi golongan wanita agar tidak ditindas, tidak permainkan, mewujudkan persamaan antara lelaki dan wanita. Tidak mengapa jika memang mereka ingin berbuat demikian, asalkan mereka faham maksud agama yang mereka anuti sebetulnya. Namun segala hujahan yang mereka berikan selalu adalah sering yang melibatkan hukum hakam Islam. Sebarang penindasan wanita yang tidak ada kaitan dengan Islam, contoh seperti kesah wanita pembantu rumah yang dibuli majikan, tidak pula mereka memberi hujah menunjukkan hero. Namun apabila berita memaparkan kesah wanita diberikan hukuman Islam, mereka membantah. Apa yang kita nampak adalah, bukannya mereka ini akan menjadi hero, tetapi mereka cuba menentang sebarang undang undang, hukum hakam, kewajiban sebagai seorang Islam ke atas wanita. Memang mereka sakit.......
Beberapa bulan dahulu, majalah Al-Islam telah memaparkan kesah temubual majalah dengan orang kuat golongan ini. Mereka mengaku yang mereka cuba mempertahankan golongan wanita daripada penindasan. Sebarang tindak tanduk yang melampau mengeksploitasikan kaum wanita akan mereka bantah. Mereka memberi hujah berdasarkan sejarah nabi, sejarah isteri isteri nabi...(cuba menunjukkan yang mereka memahami Islam). walhal, orang kuat mereka ini yang sedang ditemuramah ini, yang cuba memberi hujah mengikut sejarah para anbiya, cuba menunjukkan yang beliau memahami Islam....adalah seorang wanita Islam yang tidak memakai tudung.................................tanpa segan silu beliau telah mngatakan yang bertudung itu bukanlah satu kewajiban dalam Islam....memang mereka sakit...........
Kita sebagai muslim lain yang mengerti kekufuran yang mereka alami, sering marah atas segala hujahan mereka. Tiada satu pun yang cuba berdiskusi, mengajak mereka berbincang mengenai Islam mereka. Apa yang mereka perlukan adalah bantuan............................SIS or SOS

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...