Ahad, 28 Februari 2010

Daku yang tak sehat...

Hari Khamis pagi dah rasa semacam dah, tapi sebab nak kene ikut aidil pergi TDK, nilai..maka terpaksa menggagahkan diri ke opis. Pada hasrat permulaan nak bgtau aidil yang diri ni tak sehat, tapi bila sampai kat opis, firdaus ngan syazwan dah isi borang nak pegi klinik lagi awal dariku. maka kiranya kupergi jua, nampak sangat berlaku kebohongan. Maka ku gagahkan diri bersama aidil ke TDK, Nilai. Namun semuanya menjadi hampir sia-sia apabila pemergianku ke Nilai bersama Aidil hanya menjadi bebanan buat Aidil semata-mata. Manakan tidak, hampir semua kerja-kerja kami di TDK, Nilai, Aidil yang laksanakan disebabkan diriku ini yang menjadi lembik tak tentu hala. Printer MR608e yang berat pun Aidil yang angkat, Aidil yang drive kete pergi dan balik, Aidil yang set up segala kerja di TDK. Makan minum ku pun Aidil yang bayarkan (sorry bro, nanti saya bayar balik)........nak ikutkan kami kemungkinan akan stay lagi lama di Nilai, namun diriku mengatakan tidak untuk membuat ujian semula ke atas projekku yang gagal ujian EMI. Dan juga nasib menyebelahiku apabila printer MR608e yang berat itu tidak dapat berfungsi untuk melakukan ujian....(yes!!!!!!...)....maka kami pun balik awal ke PJ.
Daku pun pada hari itu balik dengan cepat agar dapat baring dibilik.......sampai umah, makan nasi, telan panadol, tido......(anak aku mengamuk sebab aku buat tak tau kat dia masa aku balik, sorry la zia, babah tak sehat la)
kufikirkan diriku dapat baik selepas daku mendapat rehat secukupnya, namunku silap. Malam itu, tatkala semua mahkluk dibumi tuhan sedang tidur, sang kelawar keluar mencari rezeki. Diriku pula sedang menggigil didalam selimut comforter 3 lapis!!!! (untuk pengetahuan, hotel dikebanyakkan diMalaysia menggunakan comforter 1 lapis).........
Pukul 7 pagi esoknya, kuminta kepada isteriku untuk membawaku ke klinik yang secepat mungkin. Namun disebabkan ianya adalah cuti umum (maulidurrasul), maka tidak banyak klinik yang akan dibuka. paling baik untuk menunggu sehingga pukul 10 pagi, waktu sekalian kedai sudah mula membuka grille perniagaan. Penantian antara pukul 7 sehingga pukul 10 itu ibarat menanti seharian.......
kami menuju ke sebuah klinik, dan doktor telah mengesahkan yang diriku mengalami flame tekak (tongsil) disebabkan batuk yang tidak berhenti-henti. Flame tekak ini akan menyebabkan diriku lemah, sakit otot-otot badan, demam panas (suhuku pada ketika itu 39.3darjah), dan selesema. Doktor memberi injection untuk merendahkan suhu badan dan memberi pelbagai lagi ubat yang pelik-pelik. Doktor mensarankan diriku untuk berehat beberapa hari (memang burn la cuti 3 hari ni)..........

2 ulasan:

  1. mmg cuti 3hari tu bkn milikmu..
    ku ucapkan 'odaijini' walaupon kini kau hanya duduk beberapa ela dari aku..

    BalasPadam
  2. tapi dihari cuti itu jua, besday mama heheh....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...