Saya dah lama nak update blog, tapi selalu takda masa. Antara punca2 dia, kat opis sekarang saya memang tgh busy, kalau kat rumah pulak. saya tak dapat nak masukkan gamba2 sebab semua gamba2 saya simpan kat pc opis...insyallah kalau ada masa saya akan tulis beberapa artikel yang ada dalam kepala otak saya sekarang nih......antaranye:
nak cerita pasal perjalanan saya dan kawan2 ke bukit fraser...
nak cerita pasal cara2 menukar wiper kereta..khas untuk golongan yang tak tau menukar wiper kereta seperti golongan wanita....
nak cerita pasal projek dcarbo pada kereta stream yang terpaksa ditangguhkan sebab tak jumpa vacuum hose...
nak cerita pasal adab bersopan dijalan raya....
tapi sekarang ni saya ada masa sedikit utk memberi respons terhadap satu movie yang baru saya tonton....tajuknye THE COVE
The Cove sebenarnye adalah satu movie documentari yang diterbitkan oleh Ric O'Barry mengenai penganiayaan terhadap ikan lumba lumba (dolphin) di Taiji, Wakayama Prefecture Japan.
Siapa Ric o'Barry?
Ric O'Barry ni sebenarnya telah menjadi femes pada tahun ...60an kot (tak ingat) sebab berjaya menangkap 5 ekor dolphin, pelihara dan melatih dolphin ini di rumahnya sendiri. Disebabkan kehebatan dolphin dia, sebuah drama mengenai dolphin in telah dijalankan bertajuk "Flipper" (nama seekor dolphin dia yang paling bijak). Populariti Flipper menjadi hangat pada masa itu sehingga Sea World membeli dan meletakkan Flipper di kolam mereka dibawah pengawasan O'Barry. Flipper akan menjadi dolphin latihan untuk tontonan umum mengenai kehebatan dolphin....(ala, yang dolphin dok terbang2 keluar air kat kolam tu ler)...namun disebalik keseronokkan melihat dolphin2 ini menari, berenang riang di di kolam Sea World, rupanya dolphin mengalami ilusi, atau bayangan akibat daripada stress. Ye la, dolphin kan selalu berenang lumba kat laut, alih2 kene berjoget kat kolam, stress ler...namun stress itu bukan main2, sebab ianya boleh menyebabkan maut pada dolphin. Itulah yang terjadi kepada Flipper dimana dia telah membunuh diri di pangkuan O'Barry, kawan manusia yang paling dia percaya. Flipper telah membunuh diri dengan menahan nafas semasa dipangkuan o'Barry...dalam masa yang singkat, ajalnya tiba. Di saat itulah O'Barry sedar atas keperitan yang di alami oleh dolphin. semenjak itu dia telah berazam untuk menghalang mana2 penganiayaan terhadap dolphin....
The Cove
The Cove mengisahkan O'Barry bersama pasukannya telah menyeludup masuk ke tempat yang dikatakan kawasan perlindungan taman negara di Taiji, Japan. Mereka telah menemui satu penemuan yang memeranjatkan mengenai penganiayaan terhadap dolphin dan penipuan mengenai daging paus yang berada pasaran Jepun. Seperti yang saya katakan tadi, ini adalah dokumentari movie, jadi ianya satu kisah yang benar2 terjadi.......
sebenarnya bulu roma saya agak meremang semasa satu babak dimana babak yang sama kita biasanya buleh lihat pada movie2 epik dan filem rekaan. namun yang saya saksikan ini adalah realiti apa yang berlaku disana.........saya amat mengesyorkan anda semua menonton filem dokumentari ini. kepada kawan2 terdekat, siapa nak pinjam dari saya, bgtau lah..nanti saya bagi................klik sini untuk website THE COVE dan dibawah ni pulak preview filem...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan