Kali saya dan kawan2 opis telah melakukan lawatan sambil belaja ke Bukit Fraser. Ramai yang kata bukit fraser ni tak best, bosan, takde mende nak buat. Tapi semua tu buleh diubah kalau ada kawan2 yang buleh merancang satu perjalanan yang menarik...betul tak?..
Setelah segala persediaan mahupun perbincangan telah dilakukan beberapa minggu sebelom, akhirnya hari yang ditunggu telah pun tiba.....
6/Feb/2010
9:30am- berkumpul di Petronas stesen kat Ulu Yam (dekat ngan rumah parents bazi)
10:30am- bertolak
11:00am-tiba di empangan ???? (tak tau nama). beberapa shot gambar telah diambil disini
11:00~11:30am- "perlumbaan" touge (bukit) sesama member (sebab nak kejar waktu naik bukit)...(anak saya pertama kali muntah ketika ini)
11:30am-mula pendakian one way ke atas bukit fraser
11:55am-tiba di atas bukit fraser. berkumpul di depan Puncak Inn..(memandangkan "lori" CRV lambat naik bukit). sesi bergambar bermula..
12:30pm- bertolak ke "Rumah Agam" (panggilan banglo untuk anwar)
12:40pm-tiba di rumah agam
12:45pm-check-in, angkut barang, jengok bilik
1:00pm-sesi makan tengahari. menu utama: nasi bubur power (by chef zaida), mee goreng mantap n ayam goreng slurp (by chef farizal), makeroni syok (by chef aidil)........
2:00pm-sesi berehat sesama sendiri
3:30pm-bertolak keluar berjalan jalan sekitar bukit fraser
3:45pm-meninjau kawasan untuk bbq malam nanti
4:00pm-tiba di Tasik Allen. sesi bersantai..beberapa member menaiki bot kayuh (member yang mengandung pulak tuh.....pelik betul)...ketika ini anwar terserempak dengan sepupunya. tatkala yang sama budak budak lain ingatkan tu kawan aku (sebab aku ada borak ngan sepupu anwar masa anwar naik bot)
4:40pm-bertolak ke tempat memanah
4:55pm-tiba ditempat memanah. aidil's family layan kuda..(sorry aidil, kitorg tak sempat nak tgk korang naik kuda. lama sangat nak tunggu turn korang). yang selebihnya telah "memburu" dengan panah dan busur...seperti dijangka robin zaidi telah berjaya membunuh 4 ekor rusa dan 3 ekor arnab....yang lain semua dapat tangkap rumput dan semak.....pencapaian diutamakan, rakyat didahulukan
5:45pm-sesi minum petang kat warung. mende yang saya pesan tak sampai ke tangan sehingga hari ni...kopi o
6:10pm-bergerak balik ke rumah agam untuk buat persiapan bbq
6:30pm-aidil dan beberapa member telah bergerak ke tempat bbq dahulu
6:45pm-zaidi dan beberapa lagi baru nak munculkan diri. serentak dengan itu, sesi pembakaran telah bermula. peralatan maupun perkakasan semua telah tersedia rapi
7:15pm-hari semakin gelap, namun lampu jalan diatas kepala kami masih belum menyala. saya dan anwar telah mula merancang untuk men-hijack stesen janakuasa lampu kawasan taman itu, namun terhenti sebab takut mati kene letrik
7:30pm-lampu jalan menyala. lot pertama ayam bbq telah masak. sesi bbq menjadi semakin rancak..segala pergerakkan kami mula menjadi buah mulut orang ramai yang lalu di kawasan itu
9:10pm-ayam semua telah habis dibakar. peralatan semua telah mula dikemaskini, dibersihkan...masing2 telah kekenyangan yang teramat......pujian buat aidil family kerana membawa otak2 bakar yang menjadi idaman setiap rakyat jelata
9:30pm-bertolak pulang ke rumah agam
10:00pm-lepas mandi, semayang...sesi beriadah bermula..perlawanan carrom terhebat telah berlaku. saingan sengit diantara farizal dan firdaus makin terserlah. anwar dan saya sekadar katak ditepis tepis mereka..shah masih baru belajar...gambatte kudasai. manakala, kak ina (wife aidil), anwar, aidil dan bazi telah memeriahkan suasana dengan permainan ???(lupa nama, tapi serius nampak cam best)
12:30am-masing2 pulang ke bilik untuk tidur.
7/Feb/2010
7:15am-kenampakkan kelibat pasangan anwar ngan bazilah kat depan rumah agam
7:35am-saya satu family menyertai pasangan anwar untuk sesi bergambar
8:00am-pasangan anwar, pasangan firdaus dan saya satu family bergerak ke pekan bukit fraser untuk sesi bergambar
9:00am-breakfast di rumah agam. menu utama: nasi lemak bukit fraser (by chef bazilah), roti sandwich gempak (by chef aidil)
9:30am-sesi beriadah dan berehat
11:00am-bertolak keluar dari rumah agam. check out dan menuju ke air terjun
12:00pm-tiba di air terjun. suasana yang dingin dan baru lepas hujan membantut perasaan ingin mandi
12:45pm-bertolak ke pekan bukit fraser
1:10pm-sesi membeli belah, bergambar, berpasangan.......diakhiri dengan sesi bergambar beramai ramai
2:00pm-mula menuruni bukit fraser
3:00pm-tiba di pekan kuala kubu bharu untuk makan tengahhari.
3:30pm-golongan bujang senang mula bergerak pulang
3:45pm-kami yang selebihnya bergerak pulang
5:00pm-"lori" CRV tiba di rumah parents bazi untuk menurunkan pasangan anwar
Secara keseluruhannya perjalanan kali ini berjalan dengan baik, tanpa sebarang masalah. alhamdulillah....
Turutan kenderaan:
1. Toyota Altezza (aidil family)
2. Toyota Vios (pasangan firdaus)
3. Honda "lori" CRV (Saya family dan pasangan anwar)
4. Honda Stream (golongan bujang senang: syazwan, shah, farizal)
Gambar akan diupdate kemudian hari sebab saya nak tido sekarang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan