Ahad, 28 Februari 2010

Daku yang tak sehat...

Hari Khamis pagi dah rasa semacam dah, tapi sebab nak kene ikut aidil pergi TDK, nilai..maka terpaksa menggagahkan diri ke opis. Pada hasrat permulaan nak bgtau aidil yang diri ni tak sehat, tapi bila sampai kat opis, firdaus ngan syazwan dah isi borang nak pegi klinik lagi awal dariku. maka kiranya kupergi jua, nampak sangat berlaku kebohongan. Maka ku gagahkan diri bersama aidil ke TDK, Nilai. Namun semuanya menjadi hampir sia-sia apabila pemergianku ke Nilai bersama Aidil hanya menjadi bebanan buat Aidil semata-mata. Manakan tidak, hampir semua kerja-kerja kami di TDK, Nilai, Aidil yang laksanakan disebabkan diriku ini yang menjadi lembik tak tentu hala. Printer MR608e yang berat pun Aidil yang angkat, Aidil yang drive kete pergi dan balik, Aidil yang set up segala kerja di TDK. Makan minum ku pun Aidil yang bayarkan (sorry bro, nanti saya bayar balik)........nak ikutkan kami kemungkinan akan stay lagi lama di Nilai, namun diriku mengatakan tidak untuk membuat ujian semula ke atas projekku yang gagal ujian EMI. Dan juga nasib menyebelahiku apabila printer MR608e yang berat itu tidak dapat berfungsi untuk melakukan ujian....(yes!!!!!!...)....maka kami pun balik awal ke PJ.
Daku pun pada hari itu balik dengan cepat agar dapat baring dibilik.......sampai umah, makan nasi, telan panadol, tido......(anak aku mengamuk sebab aku buat tak tau kat dia masa aku balik, sorry la zia, babah tak sehat la)
kufikirkan diriku dapat baik selepas daku mendapat rehat secukupnya, namunku silap. Malam itu, tatkala semua mahkluk dibumi tuhan sedang tidur, sang kelawar keluar mencari rezeki. Diriku pula sedang menggigil didalam selimut comforter 3 lapis!!!! (untuk pengetahuan, hotel dikebanyakkan diMalaysia menggunakan comforter 1 lapis).........
Pukul 7 pagi esoknya, kuminta kepada isteriku untuk membawaku ke klinik yang secepat mungkin. Namun disebabkan ianya adalah cuti umum (maulidurrasul), maka tidak banyak klinik yang akan dibuka. paling baik untuk menunggu sehingga pukul 10 pagi, waktu sekalian kedai sudah mula membuka grille perniagaan. Penantian antara pukul 7 sehingga pukul 10 itu ibarat menanti seharian.......
kami menuju ke sebuah klinik, dan doktor telah mengesahkan yang diriku mengalami flame tekak (tongsil) disebabkan batuk yang tidak berhenti-henti. Flame tekak ini akan menyebabkan diriku lemah, sakit otot-otot badan, demam panas (suhuku pada ketika itu 39.3darjah), dan selesema. Doktor memberi injection untuk merendahkan suhu badan dan memberi pelbagai lagi ubat yang pelik-pelik. Doktor mensarankan diriku untuk berehat beberapa hari (memang burn la cuti 3 hari ni)..........

Rabu, 24 Februari 2010

Dcarbo flyers baru



Flyers baru....

Harga jualan: RM55
Sila hubungi saya untuk pertanyaan lanjut dan jualan.

Isnin, 22 Februari 2010

CRV The Grille

Hari Ahad (21/Feb/2010) yang sudah (semalam lah tu), saya telah berjaya membuat satu DIY heheheh....kesahnya bermula begini......
Saya sebenarnya sudah lama rasa rimas dengan chrome line yang ada kat kereta CRV saya. Dalam kepala terpikir utk menukar grille ataupun DIY grille yang sedia ada ini. Lepas saya check grille aftermarket kat kedai "abang", harga untuk grille yang macam boleh patah guna jari kelinking pun dah cecah RM3XX!!memang tak betul "abang-abang" ini. Untuk pengetahuan rupa chrome line tu, tgk gambar nih.


Maka, saya telah pun merancang untuk melakukan pengubahsuaian secara DIY.Apa yang terlintas difikiran saya adalah menggunakan sticker berbentuk carbon untuk melekatkan keseluruhan chrome line itu. Disebabkan hari tersebut saya agak free, maka aktiviti DIY itu pun bermula....

Setelah menghantar kereta ke kedai basuh kereta, saya pun mulakan aktiviti dengan mencabut grille. Terdapat 6 biji clip yang digunakan untuk mengikat grille Honda CRV 2nd generation ini. Sila rujuk anak panah merah pada gambar dibawah untuk kedudukan grille clip.

cara untuk membuka clip ini juga perlu berpada-pada. Jangan ganas sangat, nanti clip tu patah. Caranya adalah dengan mengangkat bahagian tengah clip terlebih dahulu sebelum buleh mencabut clip itu. Ini rupa grille CRV selepas ditanggalkan dari kereta.
Selepas mencabut grille itu, saya terperasan sesuatu yang pelik. Pada lubang saluran angin untuk air filter, lubang saluran itu terletak betul betul dibelakang grille ini. Namun tiada lubang pada grille ini yang secara logiknya akan membenarkan pergerakkan angin masuk ke lubang saluran air filter. Tengok photo dibawah..

Walopon saya tahu engineer honda pasti telah memikirkan perkara ini sebetulnya, tetapi pada diri saya ianya adalah pelik. Makan saya pun telah mengambil langkah proaktif dengan menebuk lubang pada grille tersebut.
Sebelum mulakan process menebuk, saya perlu menanggalkan chrome line terlebih dahulu
supaya process menebuk nanti tidak mencacatkan chrome line ini. Di belakang grille itu, terdapat lebih dari 10 skru yang perlu dicabut untuk menanggalkan chrome line itu.
Kemudian process menebuk pun bermula. Alatan yang digunakan adalah mesin gerudi dan pengkikir. Saya mulakan kerja dengan menanda kawasan yang perlu ditebuk. Kemudian dengan menggunakan mesin gerudi, saya menebuk lubang pada grille. Dengan menggunakan mata gerudi untuk kayu, grille pula diperbuat daripada plastic, memang mudah untuk menebuk lubang. Yang perlu diingatkan adalah supaya mata gerudi tidak tergelincir mengenai bahagian lain grille yang pasti akan merosakkan grille tersebut.
Apabila satu bentuk lubang telah menjadi, keadaan lubang dikemaskini menggunakan pengkikir. Disini saya menggunakan pengkikir khas untuk besi. Ini kerana pengkikir besi mempunyai mata yang lebih halus berbanding pengkikir untuk kayu.Begini keadaan lubang yang telah ditebuk...

yosh....dengan ini siap lobang angin. Maka angin akan berkepul-kepul, berlumba-lumba masuk dalam lubang saluran angin nanti. Tetapi yang menjadi persoalan saya sekarang, jikalau hujan, air tentu juga akan masuk bersama angin ke dalam lubang saluran angin air filter. Mungkin saya buleh membuat penyelesaian dengan meletakkan jaring di lubang yang baru ditebuk ini nanti. Lubang angin dah siap.

Seterusnya kembali kepada aktiviti sebenar saya, menukar chrome line itu kepada bentuk carbon. Setelah mencuci chrome line itu, process menampal sticker carbon pun bermula. Process menampal ini memerlukan penyertaan hair dryer untuk menghalang gelembung angin dalam sticker yang ditampal. Namun, lepas siap 20%, saya dapati sticker carbon yang ada dalam simpanan saya sebenarnya tidak cukup. hampeh....
Untuk membeli sticker carbon yang lain, memang akan memerlukan duit. Saya sebenarnya inginkan DIY yang tidak menggunakan duit. Sekarang yang terlintas difikiran saya adalah dengan spray color hitam pada chrome line. Rasa-rasa ok tak?
Sekarang saya hanya memasang grille tanpa chrome line. Nak cuba bayangkan grille bila chrome line tu berwarna hitam. Kemudian bandingkan dengan grille yang ada chrome line...macammana?


My Dear Cup Cakes: Episod 2

My Dear Cup Cakes started to using a nice delivery box that can insert till 25 pcs of cup cakes without possiblity for the cakes to shaking off.....pictures of the box after the jump.

Rupa kotaknya

Proses penyusunan kek

Kek siap disusun. Kedudukan kek yang tersusun tanpa berlaga sesama sendiri.

Terdapat ruang untuk meninjau keadaan kek walaupun kek telah pun ditutup.

Ahad, 21 Februari 2010

SIS or SOS

baru baru ni negara kecoh dengan perihal kes sebat seorang bekas model. Yang menjadi masalahnye hukuman sebat dikenakan, tertuduh sanggup menerima hukuman, sekali pemberi hukuman pulak tak berkemampuan memberi hukuman....lepas tu banyak pulak cerita berkaitan yang datang...
itu takpelah, itu masalah hal ehwal kelemahan hukuman agama islam kat sebuah negeri tu. Kemudian, sebuah negeri lain telah mendedahkan hukuman sebat ke atas wanita, atas kesalahan syariah telah dijalankan. Serentak dengan itu pelbagai pihak telah cuba menunjukkan hero dengan memberi pelbagai hujah menerima dan menolak. Namun yang memeningkan kepala adalah orang yang memberi hujah menolak itu adalah orang yang tidak tahu menahu mengenai hukum hakam agama Islam! Cuba menunjukkan hero kepada mata dunia dengan mengisytiharkan perbuatan sebat ke atas wanita adalah satu kesalahan..
Sedangkan hal rumah tangga rumah orang pun, semua orang tahu, tak payah nak amik kesah. Serupa jugak dalam hal ini, ini adalah hal ehwal undang undang Islam, undang-undang Islam berlainan dengan undang undang sivil. Sebab itu di Malaysia di wujudkan Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil. Kalau yang memberi hujahan menolak tu adalah kaum yang tidak mengerti erti sujud syukur mahupun sembahyang 5 waktu, kita mungkin buleh faham....."ala, mereka belum memahami lagi, nantilah kita beri mereka masa". Namun ada jugak yang memberi hujah menolak adalah kaum yang diwajibkan untuk sujud 32 kali sehari di atas sejadah!!!Sakit ke diorang nih???!!
Kononnya mereka ini berjuang demi golongan wanita agar tidak ditindas, tidak permainkan, mewujudkan persamaan antara lelaki dan wanita. Tidak mengapa jika memang mereka ingin berbuat demikian, asalkan mereka faham maksud agama yang mereka anuti sebetulnya. Namun segala hujahan yang mereka berikan selalu adalah sering yang melibatkan hukum hakam Islam. Sebarang penindasan wanita yang tidak ada kaitan dengan Islam, contoh seperti kesah wanita pembantu rumah yang dibuli majikan, tidak pula mereka memberi hujah menunjukkan hero. Namun apabila berita memaparkan kesah wanita diberikan hukuman Islam, mereka membantah. Apa yang kita nampak adalah, bukannya mereka ini akan menjadi hero, tetapi mereka cuba menentang sebarang undang undang, hukum hakam, kewajiban sebagai seorang Islam ke atas wanita. Memang mereka sakit.......
Beberapa bulan dahulu, majalah Al-Islam telah memaparkan kesah temubual majalah dengan orang kuat golongan ini. Mereka mengaku yang mereka cuba mempertahankan golongan wanita daripada penindasan. Sebarang tindak tanduk yang melampau mengeksploitasikan kaum wanita akan mereka bantah. Mereka memberi hujah berdasarkan sejarah nabi, sejarah isteri isteri nabi...(cuba menunjukkan yang mereka memahami Islam). walhal, orang kuat mereka ini yang sedang ditemuramah ini, yang cuba memberi hujah mengikut sejarah para anbiya, cuba menunjukkan yang beliau memahami Islam....adalah seorang wanita Islam yang tidak memakai tudung.................................tanpa segan silu beliau telah mngatakan yang bertudung itu bukanlah satu kewajiban dalam Islam....memang mereka sakit...........
Kita sebagai muslim lain yang mengerti kekufuran yang mereka alami, sering marah atas segala hujahan mereka. Tiada satu pun yang cuba berdiskusi, mengajak mereka berbincang mengenai Islam mereka. Apa yang mereka perlukan adalah bantuan............................SIS or SOS

Sabtu, 20 Februari 2010

My Dear Cup Cakes

A story of My Dear Cup Cakes....
My Dear Cup Cakes is actually a blog page containing a cup cakes infos and progress of cup cakes business by my wife. She started it as an hobby since last year when she made it for family members birthday party. Then some of families friends had tried the cakes and love it. Since then the orders for cup cakes came every week. Because of the her job conditions at that time, she had a lot of time to spent with the cup cakes, and the business had grew up with a lot of order came. Below are some pictures of cup cakes she have made.





The cup cakes can be ordered for any occasions or event. I can guarantee that our price is lowest that you ever heard.

1. Perisa coklat/vanilla/Coklat banana
cake only: RM1.00/pcs
cake+buttercream icing: RM1.50/pcs
cake+fondant: RM2.00/pcs

*Because of it is homemade, all cakes expired date will be a week after manufacturing date..
*Usually we will deliver all the cakes in a box for free, but incase you want a box for every cake, an additional RM0.20 for each cake will be charged.

Cake+Buttercream can be viewed by all pictures above. I'm still in progress to have pictures for cake+fondant because i can say it is our new product, so still not received any much order yet so far.
Fondant icing (i dunno the actual name for this cup cakes heheh..) actually is same delicious as the ising but it is in hard type so it is not easy to pecah-pecah, or tercalit sana tercalit sini. Very suitable for hantaran cakes..my office colleague is the first customer for this type of ising and she ordered it for hantaran kahwin.
IF YOU NEED ANY MORE INFORMATIONS OR ORDER MATTER, PLEASE FEEL FREE TO CONTACT ME.

*Due to current job situations, cup cakes productions will be running every weekend only. Sorry for any inconviniences cause.

Jumaat, 19 Februari 2010

kereta & AKU (2): Nissan Skyline R32

Ya....kita berjumpa kembali pada sesi "kereta & AKU" siri kedua. Pada siri ini saya akan menceritakan mengenai kereta yang kedua hadir dalam hidup saya, Nissan Skyline R32 Type M....Mungkin ada yang tertanya tanya kereta apa nih?best ke?type M tu apa?....ha...tengok gambar bawah nih....
walopon kereta saya tidak ada rupa dan kuasa sehebat kereta diatas, tapi lebih kurang macam tu lah kereta nih. Skyline R32 ni lebih kurang macam pencetus era kegemilangan untuk siri skyline kerana model ini dikatakan lebih berjaya berbanding model-model skyline sebelumnya. Bermula pada model ini jugalah Nissan telah memperkenalkan siri GTR yang telah terbukti sebagai "monster" pada kalangan-kalangan performance car. Selepas kejayaan yang dicapai pada Skyline R32, Nissan telah menyambung kehebatan siri skyline melalui R33 dan R34 sebelum dikecewakan melalui model R35.
Nissan Skyline R33 adalah siri kedua skyline yang dihasilkan berdasarkan skyline R32. Dengan isipadu enjin yang lebih besar (2500cc), Skyline R33 bagaimanapun gagal dalam perkara asas utama dalam bidang performance car, kekuatan enjin yang selari dengan berat kereta.
Nissan Skyline R33 GTR
Skyline R32 dicipta dengan badan yang ringan bersama enjin 2000cc nya dan ini menghasilkan satu keupayaan yang sesuai. Manakala Skyline R33, walaupun dihasilkan dengan enjin 2500cc, berat badan kereta yang berlebihan menyebabkan model ini tidak berapa berjaya. Para pengguna perlu mengurangkan berat badan kenderaan sekiranya mereka inginkan kuasa maksimum daripda model ini. Nissan telah pun sedar akan perkara ini lalu menghasilkan satu lagi model yang kuat dan bersesuaian dengan berat badan, Skyline R34.
Nissan Skyline R34 GTR
Nissan Skyline R34 GTR adalah antara monster yang amat digeruni dan diingini berdasarkan kehebatannya yang dikatakan satu-satunya kereta komersial keluaran Jepun yang boleh menyaingi kelajuan Ferrari. Namun, sebaik sahaja Encik Carlos Ghosn menguasai Nissan, kehebatan siri skyline dikecewakan dengan penghasilan skyline R35 yang lebih menuju ke arah sebuah kereta mewah.
Nissan Skyline R35
Selepas menerima kritikan dan kutukan mengenai perubahan mengecewakan pada Skyline R35 inilah, Nissan telah mengumumkan projek penghasilan monster skyline yang baru. Selepas sekian lama, kita telah dikejutkan dengn pengumuman Nissan Skyline GTR terbaru dari Nissan sebelum namanya ditukar kepada Nissan GTR (ianya dikeluarkan daripada siri Skyline berikutan kuasanya yang terlampau hebat).
Nissan GTR
Berbalik kepada Nissan Skyline R32 kepunyaan saya dahulu, model Type M sebenarnya adalah model R32 coupe yang dikuasakan dengan single turbo, berbanding dengan GTR yang mempunyai twin turbo. R32 ini juga seperti skyline yang lain dihasilkan dalam pelbagai version. Version 4 pintu tanpa turbo untuk kegunaan pak cik makcik, version 2 pintu tanpa turbo untuk kegunaan wanita bujang (menggunakan nama panggilan GTS), Type M yang mempunyai 2 pintu dan satu turbo, dan juga GTR yang mempunyai 2 turbo 4WD.
Kereta saya semasa dibeli mempunyai spesifikasi yang simple, ekzos besar dari HKS, air filter cendawan HKS. CPU ???(lupa nama), bodykit Bomex ala ala GTR. kemudian saya telah mulakan modifikasi dengan menukar stereo kereta, menukar steering kereta, memasang blow off HKS, menggunakan Iridium Plug, menukar ignition coil kepada HKS dan beberapa modifikasi yang ringan. Terus terang saya telah berhabis banyak untuk kereta ini ketika itu.
Sethun selepas bermanja dengan skyline nih, saya pun telah mula mencongak congak mengenai kereta untuk dibawa pulang ke malaysia. dengan kereta 2 pintu seperti ini, amat sukar untuk digunakan di malaysia. apatah lagi apa telah berkeluarga nanti.. ketika itulah saya mula mencari cari kereta lain dan menjual kereta ini kepada kohai (junior) saya.
Terus terang, walaupun saya telah menggunakan honda dan toyota sebelum ini, nissan skyline ini tetap menjadi kegemaran saya yang utama. Sehingga sekarang pun saya masih terkial-kial mencari masa dan wang untuk kembali bermanja bersama Nissan Skyline R32 ini lagi.....Insyaallah.

Bukit Fraser pics yop!!

nah..




malas nak cakap pape, lagipun banyak sangat gambar nak letak. bagi yang 4 tu pun dah menggambarkan segalanya......yang penting....saiko dane!!!!!


Rabu, 17 Februari 2010

Cuti cuti Malaysia (2): Bukit Fraser Trip

Kali saya dan kawan2 opis telah melakukan lawatan sambil belaja ke Bukit Fraser. Ramai yang kata bukit fraser ni tak best, bosan, takde mende nak buat. Tapi semua tu buleh diubah kalau ada kawan2 yang buleh merancang satu perjalanan yang menarik...betul tak?..
Setelah segala persediaan mahupun perbincangan telah dilakukan beberapa minggu sebelom, akhirnya hari yang ditunggu telah pun tiba.....

6/Feb/2010
9:30am- berkumpul di Petronas stesen kat Ulu Yam (dekat ngan rumah parents bazi)
10:30am- bertolak
11:00am-tiba di empangan ???? (tak tau nama). beberapa shot gambar telah diambil disini
11:00~11:30am- "perlumbaan" touge (bukit) sesama member (sebab nak kejar waktu naik bukit)...(anak saya pertama kali muntah ketika ini)
11:30am-mula pendakian one way ke atas bukit fraser
11:55am-tiba di atas bukit fraser. berkumpul di depan Puncak Inn..(memandangkan "lori" CRV lambat naik bukit). sesi bergambar bermula..
12:30pm- bertolak ke "Rumah Agam" (panggilan banglo untuk anwar)
12:40pm-tiba di rumah agam
12:45pm-check-in, angkut barang, jengok bilik
1:00pm-sesi makan tengahari. menu utama: nasi bubur power (by chef zaida), mee goreng mantap n ayam goreng slurp (by chef farizal), makeroni syok (by chef aidil)........
2:00pm-sesi berehat sesama sendiri
3:30pm-bertolak keluar berjalan jalan sekitar bukit fraser
3:45pm-meninjau kawasan untuk bbq malam nanti
4:00pm-tiba di Tasik Allen. sesi bersantai..beberapa member menaiki bot kayuh (member yang mengandung pulak tuh.....pelik betul)...ketika ini anwar terserempak dengan sepupunya. tatkala yang sama budak budak lain ingatkan tu kawan aku (sebab aku ada borak ngan sepupu anwar masa anwar naik bot)
4:40pm-bertolak ke tempat memanah
4:55pm-tiba ditempat memanah. aidil's family layan kuda..(sorry aidil, kitorg tak sempat nak tgk korang naik kuda. lama sangat nak tunggu turn korang). yang selebihnya telah "memburu" dengan panah dan busur...seperti dijangka robin zaidi telah berjaya membunuh 4 ekor rusa dan 3 ekor arnab....yang lain semua dapat tangkap rumput dan semak.....pencapaian diutamakan, rakyat didahulukan
5:45pm-sesi minum petang kat warung. mende yang saya pesan tak sampai ke tangan sehingga hari ni...kopi o
6:10pm-bergerak balik ke rumah agam untuk buat persiapan bbq
6:30pm-aidil dan beberapa member telah bergerak ke tempat bbq dahulu
6:45pm-zaidi dan beberapa lagi baru nak munculkan diri. serentak dengan itu, sesi pembakaran telah bermula. peralatan maupun perkakasan semua telah tersedia rapi
7:15pm-hari semakin gelap, namun lampu jalan diatas kepala kami masih belum menyala. saya dan anwar telah mula merancang untuk men-hijack stesen janakuasa lampu kawasan taman itu, namun terhenti sebab takut mati kene letrik
7:30pm-lampu jalan menyala. lot pertama ayam bbq telah masak. sesi bbq menjadi semakin rancak..segala pergerakkan kami mula menjadi buah mulut orang ramai yang lalu di kawasan itu
9:10pm-ayam semua telah habis dibakar. peralatan semua telah mula dikemaskini, dibersihkan...masing2 telah kekenyangan yang teramat......pujian buat aidil family kerana membawa otak2 bakar yang menjadi idaman setiap rakyat jelata
9:30pm-bertolak pulang ke rumah agam
10:00pm-lepas mandi, semayang...sesi beriadah bermula..perlawanan carrom terhebat telah berlaku. saingan sengit diantara farizal dan firdaus makin terserlah. anwar dan saya sekadar katak ditepis tepis mereka..shah masih baru belajar...gambatte kudasai. manakala, kak ina (wife aidil), anwar, aidil dan bazi telah memeriahkan suasana dengan permainan ???(lupa nama, tapi serius nampak cam best)
12:30am-masing2 pulang ke bilik untuk tidur.

7/Feb/2010
7:15am-kenampakkan kelibat pasangan anwar ngan bazilah kat depan rumah agam
7:35am-saya satu family menyertai pasangan anwar untuk sesi bergambar
8:00am-pasangan anwar, pasangan firdaus dan saya satu family bergerak ke pekan bukit fraser untuk sesi bergambar
9:00am-breakfast di rumah agam. menu utama: nasi lemak bukit fraser (by chef bazilah), roti sandwich gempak (by chef aidil)
9:30am-sesi beriadah dan berehat
11:00am-bertolak keluar dari rumah agam. check out dan menuju ke air terjun
12:00pm-tiba di air terjun. suasana yang dingin dan baru lepas hujan membantut perasaan ingin mandi
12:45pm-bertolak ke pekan bukit fraser
1:10pm-sesi membeli belah, bergambar, berpasangan.......diakhiri dengan sesi bergambar beramai ramai
2:00pm-mula menuruni bukit fraser
3:00pm-tiba di pekan kuala kubu bharu untuk makan tengahhari.
3:30pm-golongan bujang senang mula bergerak pulang
3:45pm-kami yang selebihnya bergerak pulang
5:00pm-"lori" CRV tiba di rumah parents bazi untuk menurunkan pasangan anwar

Secara keseluruhannya perjalanan kali ini berjalan dengan baik, tanpa sebarang masalah. alhamdulillah....

Turutan kenderaan:
1. Toyota Altezza (aidil family)
2. Toyota Vios (pasangan firdaus)
3. Honda "lori" CRV (Saya family dan pasangan anwar)
4. Honda Stream (golongan bujang senang: syazwan, shah, farizal)

Gambar akan diupdate kemudian hari sebab saya nak tido sekarang...

Jumaat, 12 Februari 2010

Bukit Fraser, wiper, dcarbo, dolphin

Saya dah lama nak update blog, tapi selalu takda masa. Antara punca2 dia, kat opis sekarang saya memang tgh busy, kalau kat rumah pulak. saya tak dapat nak masukkan gamba2 sebab semua gamba2 saya simpan kat pc opis...insyallah kalau ada masa saya akan tulis beberapa artikel yang ada dalam kepala otak saya sekarang nih......antaranye:
nak cerita pasal perjalanan saya dan kawan2 ke bukit fraser...
nak cerita pasal cara2 menukar wiper kereta..khas untuk golongan yang tak tau menukar wiper kereta seperti golongan wanita....
nak cerita pasal projek dcarbo pada kereta stream yang terpaksa ditangguhkan sebab tak jumpa vacuum hose...
nak cerita pasal adab bersopan dijalan raya....

tapi sekarang ni saya ada masa sedikit utk memberi respons terhadap satu movie yang baru saya tonton....tajuknye THE COVE

The Cove sebenarnye adalah satu movie documentari yang diterbitkan oleh Ric O'Barry mengenai penganiayaan terhadap ikan lumba lumba (dolphin) di Taiji, Wakayama Prefecture Japan.
Siapa Ric o'Barry?
Ric O'Barry ni sebenarnya telah menjadi femes pada tahun ...60an kot (tak ingat) sebab berjaya menangkap 5 ekor dolphin, pelihara dan melatih dolphin ini di rumahnya sendiri. Disebabkan kehebatan dolphin dia, sebuah drama mengenai dolphin in telah dijalankan bertajuk "Flipper" (nama seekor dolphin dia yang paling bijak). Populariti Flipper menjadi hangat pada masa itu sehingga Sea World membeli dan meletakkan Flipper di kolam mereka dibawah pengawasan O'Barry. Flipper akan menjadi dolphin latihan untuk tontonan umum mengenai kehebatan dolphin....(ala, yang dolphin dok terbang2 keluar air kat kolam tu ler)...namun disebalik keseronokkan melihat dolphin2 ini menari, berenang riang di di kolam Sea World, rupanya dolphin mengalami ilusi, atau bayangan akibat daripada stress. Ye la, dolphin kan selalu berenang lumba kat laut, alih2 kene berjoget kat kolam, stress ler...namun stress itu bukan main2, sebab ianya boleh menyebabkan maut pada dolphin. Itulah yang terjadi kepada Flipper dimana dia telah membunuh diri di pangkuan O'Barry, kawan manusia yang paling dia percaya. Flipper telah membunuh diri dengan menahan nafas semasa dipangkuan o'Barry...dalam masa yang singkat, ajalnya tiba. Di saat itulah O'Barry sedar atas keperitan yang di alami oleh dolphin. semenjak itu dia telah berazam untuk menghalang mana2 penganiayaan terhadap dolphin....
The Cove
The Cove mengisahkan O'Barry bersama pasukannya telah menyeludup masuk ke tempat yang dikatakan kawasan perlindungan taman negara di Taiji, Japan. Mereka telah menemui satu penemuan yang memeranjatkan mengenai penganiayaan terhadap dolphin dan penipuan mengenai daging paus yang berada pasaran Jepun. Seperti yang saya katakan tadi, ini adalah dokumentari movie, jadi ianya satu kisah yang benar2 terjadi.......

sebenarnya bulu roma saya agak meremang semasa satu babak dimana babak yang sama kita biasanya buleh lihat pada movie2 epik dan filem rekaan. namun yang saya saksikan ini adalah realiti apa yang berlaku disana.........saya amat mengesyorkan anda semua menonton filem dokumentari ini. kepada kawan2 terdekat, siapa nak pinjam dari saya, bgtau lah..nanti saya bagi................klik sini untuk website THE COVE dan dibawah ni pulak preview filem...

Jumaat, 5 Februari 2010

penutup angin...

dah beli penutup angin taya..beli kat kedai abang semalamcamni rupa dia..pastu lepas dah pasang kat taya...

Dcarbo stok baru...

DCarbo stok baru sudah sampai!!!!

sila hubungi saya untuk sebarang pembelian. Harga jualan RM50 sebotol.
Kalau beli lebih, harga buleh kurang lagi..........

Khamis, 4 Februari 2010

Ubat batuk haram?

Hari tu saya pergi ke klinik yang agak femes dikalangan penduduk Sato nih, Klinik MediPerdana...........sebab dekat dengan Sato. Doktor tu ade bagi ubat batuk kat saya. Ubat batuk memang sedia maklum lepas minum, konpem mengantuk giler kan?pastu hari ni saya terperasan ni.....

so ubat batuk ni halal ke haram?

mesti ramai orang tertanya tanya halal ke haram ubat yang ada kandungan alkohol kan. Pada pendapat patik hamba hina dina nih, ubat yang mengandungi alkohol still halal. sebabnye:
1. yang haram adalah arak, bukan alkohol. benda yang mengandungi arak, confirm haram tapi benda yang mengandungi alkohol tak semestinya haram. (berdasarkan ajaran beberapa ustaz kepada saya)
2. Benda yang digunakan dengan tujuan perubatan adalah halal. (yang ni saya tak sure sangat, sebab kalau alkohol tu logik lagi, tapi kalau benda2 seperti najis?)

so terpulang kepada korang nak minum ke tak ubat batuk. sebab kalau check kat mana2 ubat batuk import nih, memang takde cop halal pun....(tapi dah dapat pengesahan Kementerian Kesihatan). Tapi sebab nombor 1 tadi pun memang logik la, kalau tak caya buleh search kat tenet.....



Dunia ini luas dan bebas untuk diterokai

Rabu, 3 Februari 2010

Zia dan CRV

zia dah berwajah baru...manakala CRV aku punye penutup angin tayar kene rembat....
2, 3 ari ni aku rasa tak sedap semacam je bila naik kereta...rasa macam tak cukup angin jek taya. rasanya baru je minggu lepas isi angin taya, takkan dah keluar balik?....semalam nak balik dari keje, aku tengok taya kereta dah kempis sikit. takpe, pagi besok masa nak gi keje baru isi angin taya, masa tu suhu sejuk sikit, baru la tak ralat pressure angin taya nanti. sampai rumah aku nengok zia dah jadik macam ni...
sudah...mak mertua dah tarah kepala zia. sekali tengok dah macam Kurin dalam cerita dragon ball
sama tak?
pagi ni masa nak isi angin taya, aku tengok penutup angin taya kereta aku hilang. ingatkan hilang satu jek, check semua taya....abih hilang! tinggal satu je tinggal
ini bukan terjatuh ke apa ke ni, ni sah orang curik nih. mungkin satu yang tinggal tu dia tak sempat nak curik pastu aku datang ke apa ke.......memang "#$%&&('(')''&$&'(...(tengah mencarut)...mungkin rim aku ni menarik perhatian diorg tapi susah nak curik sebab aku pakai lock nut, pastu kete aku tinggi, susah nak jeck. alih2 diorg amik penutup lobang angin tu je. patut ler kurang angin taya kete aku...c**** betul.
mungkin korang pikir, apekejadah ler nak bengang orang curik penutup lobang angin tu, pastu buat ape ler orang tu curik penutup tu. ha..meh tengok rupa penutup tuh...
1. tgk rupa penutup tu. lain dari penutup lain. pastu material dia pun lain. penutup tu memang jenih yang mahal punye....

2. tengok apa tulih kat penutup tu...."RAYS"...brand gempak tu. mana korang nak carik penutup angin taya macam tu. aku dapat dulu sekali ngan rim masa beli rim kat jepun dulu...susah nak carik kat mesia dah.
macammana buleh hilang?
aku dah pakai rim ni kat mesia dah 3 tahun kot. takde masalah walopon kereta lama aku penah kene pecah masuk, orang curik seat ngan steering. tapi rim still macam tu...cuma kali ni aku letak rim tu kat kereta CRV. pastu kebetulan dalam seminggu ni aku parking kereta kat luar rumah sebab halaman rumah tgh renovate. masa tu si pencuri ***** ni mencurik penutup tuh. mula mula memang ler curik penutup tuh sebab tak dapat curik rim..mana tau malam ni diorg datang bawak jeck besar, pegi jeck kete cucu. pagi esok aku nak pegi keje tgk kereta tak ada rim...ha nak buat came masa tu?bengang betullah ngan rakyat mesia sekarang ni...masa kecik2 orang suruh belaja betul2, tak nak. gi nyorok belakang sekolah hisap rokok. bila dah besar, tak leh nak carik keje, pastu mimpi nak pakai kete best2....tu yang pegi curik kete orang, pecah kete orang, rompak orang, ragut sana ragut sini.........semua ni orang atasan punye pasal la ni. kalo taraf hidup negara berpatutan dengan sosioekonomi rakyat, takdenye jadik mende2 camni...takdenye jumpa engineer keje sampingan jual dadah (cerita benar)....stupid

Siapa yang bertuah?

beberapa minggu lepas, cucu ada mengajak anwar ngan syazwan (dua2 ni kawan opis) untuk main ping pong kat sports planet. malam sebelom hari permainan, cucu dapat sms dari orang kampung kat kelantan pasal ade orang kampung kami yang meninggal di gombak...
cucu pun terus call abang cucu untuk konpem ngan dia bila buleh pergi rumah arwah sebab cucu nak pergi sama. abang cucu pun telepon kata nanti dia konpem balik sebab tak tau bila nak kebumikan arwah...cucu pun teruskan planning untuk bermain ping pong pagi esoknya.
pagi esoknya sebelom anwar sampai rumah cucu, ayah cucu kat kelantan call ckp yang arwah akan dikebumikan pukul 11 pagi. maka mengelabahlah cucu mentelepon abang cucu untuk ajak dia pergi sama...

cucu: "angah, diorang kebumikan pukul 11 pagi nanti. nak pegi kul berapa nih?"
angah: "ler...ko nak pergi ke?aku nak gerak dah ni"....

bengong...kita punye tunggu dia call bgtau aku bila nak gerak. last2 cucu kene gerak sendiri. dah ler cucu tak ingat jalan gi rumah arwah, last cucu pergi masa sekolah rendah dulu.
lepas bersosial kejap ngan anwar n syazwan, cucu pun pergi ke rumah almarhum (gamble gak la carik jalan). pastu semayang jenazah..jumpa sedara mara yang lain...pastu balik.
hari ahad malam yang lepas (31/Jan/2010), ade keluar kat buletin utama pasal pensyarah menang 1 juta power root.....rupanya anak almarhum yang menang 1 juta tu. alhamdulillah...
cucu ingin mengucapkan tahniah dan takziah buat anak arwah ni (sori ler..cucu lupa nama panggilan dia, cucu rapat ngan adik bongsu dia je)...artikel utusan
bertuah sungguh anak arwah dapat menang duit dan bertuah sungguh arwah dapat anak yang baik macam tu......semoga roh arwah dicucuriNya. Amin

ALFATIHAH untuk arwah mak cik Zaharah.........

Isnin, 1 Februari 2010

Satu Malaysia satu jalanraya: EPISOD 1

Kehadapan mereka mereka yang memandu di jalanraya. bersopan santunlah anda dijalanraya, maka kepada anda jualah orang lain akan bersopan santun. Episod satu kali ini akan meninjau perihal perangai pengguna jalanraya yang bijak tidak tau menggunakan lampu signal.
lampu signal sebenanye adalah satu objek/ciptaan bijak dihasilkan oleh orang yang bijak mencipta kereta. Lampu signal ni memang ada kat semua kenderaan bermotor yang terdapat di atas jalanraya dimana mana di muka bumi ciptaan Allah ini. Sama ada anda suka atau tidak, apabila anda membeli kenderaan di dunia ini, lampu signal akan disertakan sekali sebagai pakej bersama kenderaan anda. Apa itu lampu signal?
kalau kita search kat Wikipedia, lampu signal ini akan merujuk kepada lampu untuk memberi signal secara visual. Signal signal ini diberikan berdasarkan kod morse untuk memberi maklumat atau data kepada pasangan kita di sebelah sana. Kebiasaannya digunakan ketika perang oleh kapal terbang dan juga kapal perang. Secara logika juga, lampu signal yang terdapat pada kereta adalah untuk memberi signal kepada orang orang disekeliling kita supaya peka terhadap pergerakkan yang kereta kita akan lakukan. Apakah kegunaan lampu signal kereta?
Apabila merujuk kepada pergerakkan kereta kita, dapatlah kita bayangkan yang kereta akan bergerak kepada 4 arah, depan, belakang, kiri dan kanan. Apabila kedepan, tiada lampu akan menyala, dan kereta bergerak kedepan pun sudah dianggap kita faham yang kereta sedang melakukan pergerakkan ke depan. Pergerakkan ke belakang pula dapat dilihat signal melalui lampu berwarna putih yang menyala di belakang kereta (kalau lori kat jepun, ada keluar suara kata lori tengah berundur). Manakala pergerakkan ke kiri dan kanan pula dapat ditunjuk niatnya melalui lampu signal, kalau kiri nyala, ke kiri lah pergerakkan kereta, kalau ke kanan menyala, ke kanan lah pergerakkan kereta. Oleh itu, penting tak lampu signal ini?memang sangat penting supaya orang lain tau yang kita sedang melakukan pergerakkan ke mana. Bila sepatutnya guna lampu signal ni?
lampu signal sepatutnya digunakan apabila:

1. hendak menukar lorong
2. hendak memasuki simpang
3. hendak keluar simpang
4. hendak berhenti ke kiri jalan/ kanan jalan (apabila sudah berhenti diberi lampu hazard light)

4 keadaan ini adalah basic kepada pengguna jalanraya untuk menggunakan lampu signal. Dengan memberi signal, kita dapat memberitahu orang lain yang kita akan melakukan pergerakkan membelok dan dengan ini orang lain itu akan berwaspada atau bersiap sedia. Dengan memberi signal juga kita dapat memberitahu kepada penunggang motor dibelakang kita supaya tidak memotong kita sesuka hati dan sebarang kemalangan dapat dielakkan.
walaupun boleh dikatakan semua orang tau apa itu lampu signal, bagaimana menggunakannya, ada juga terdapat sesetengah orang/malaun yang tidak tahu memberi signal semasa memandu. sepanjang pemerhatian saya sebagai pemandu, boleh saya asingkan mereka kepada beberapa golongan:

1. golongan muda yang baru mula membawa kereta. kereta pun baru (pemberian mak bapak), pastu nak berlagak kat jalanraya.
2. golongan wanita (semua sedia maklum)
3. golongan kaya yang memandu kereta besar2. Otak bijak dapat beli kereta besar, tapi stupid pasal tak tau guna signal.

Bukannya semua yang golongan2 ini termasuk dalam geng2 tak tau guna signal. ada juga yang tau menggunakan secara berhemah. Tetapi dalam kebanyakkan kes, ataupun majoritinya adalah golongan diatas. (sesiapa yang rasa pendapat saya tak betul tu, jangan risau, kalau anda bukan orang macam tu, anda termasuk dalam golongan minoriti ler....hebat la tu).
contoh contoh keadaan yang mereka tidak tau menggunakan signal:
Kereta merah: anda
kereta kuning: stupid driver
kereta hijau: kereta lain yang tiada kene mengena


Kes 1: Apabila anda hendak ke keluar simpang samada ke hendak ke kiri atau ke kanan, ada sebuah kereta datang dari sebelah kanan anda. sekiranya kereta itu hendak terus ke hadapan, adalah bahaya untuk anda keluar simpang. But this stupid driver without giving any signal, turn to his left into the junction. Bengang tak?anda sudah menunggu lama nak keluar, sekali kereta tu buat macam tu. So anda terpaksa tunggu sehingga tiada kereta yang lalu atau terdapat kereta yang memberi signal hendak ke kirinya.



kes 2: anda sedang memandu dengan kelajuan maksimum had laju (110kmh) di laluan tengah lebuhraya apabila terdapat sorang stupid driver memasuki lorong dihadapan anda tanpa memberi signal ataupun daripada lorong kiri terus memotong dihadapan anda untuk ke lorong paling kanan. adakah anda bengang?andai kata dia memasuki lorong anda dengan jarak 1km dari anda, anda pedulik hapa. tapi kalau dengan jarak tak sampai 1 meter depan anda, camne?anda terpaksa menekan brek kereta anda secara mengejut. kalau penumpang anda tgh melakukan sebarang kerja seperti buat susu anak, tak ke melambung dia ke hadapan kerana anda brek kereta.



kes 3: anda sedang memandu dibelakang sebuah kereta. tiba-tiba kereta itu membrekkan keretanya. Pada pendapat anda mungkin terdapat kereta/motor/basikal dihadapannya yang menghalang laluannya. Secara tibatiba kereta itu brek dengan lebih kuat dan masuk ke kiri. Anda yang sedang memandu dengan kelajuan biasa tidak tahu yang dia akan membelok secara tiba2 terpaksa membrek dengan tiba2 bagi mengelak berlanggar dengan belakang kereta nya. Anda bengang tak?sekiranya that stupid driver menggunakan lampu signal memberitahu kita yang dia akan membelok, sudah pasti kita akan bersiap sedia untuk menekan brek atau kita menukar laluan dan memotongnya sahaja. Keadaan akan menjadi lagi bengang sekiranya kereta itu hendak berhenti di tepi tanpa memberi signal, dan kemudian teragak agak untuk mencari ruang kosong untuk parking. Ini semua dilakukan tanpa memberi signal. Anda yang tidak tau niatnya pasti akan memaki hamun.

begitulah tuan tuan dan puan puan mengenai betapa pentingnya menggunakan lampu signal semasa memandu. Ingatlah akan pemandu2 dan orang2 disekeliling kita, peka terdapat persekitaran kita semasa kita memandu. Fikirkan apa yang mereka akan rasakan sekiranya anda melakukan masalah semasa dijalan raya. Yang pasti, maki hamun, sumpah seranah, carut mencarut sudah pasti hinggap dimulut orang yang bengang dengan tindakkan anda tidak tau memberikan signal. Walopon orang yang mencarut itu akan dapat dosa sebab mencarut, anda yang memandu tidak menggunakan signal juga akan mendapat dosa sebab menjadi punca orang tu mencarut. Oleh itu, gunakanlah lampu signal anda sebetulnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...