Selasa, 16 Mac 2010

Taking picture of people taking picture

Kita bila dah beli kamera, fungsi utama mestilah untuk mengambil gambar sebagai kenangan ataupun gambar sebagai bukti untuk apa-apa kejadian. Ada juga yang mengambil peluang mencari rezeki dengan kamera. Berikut ada beberapa gambar-gambar menarik yang diambil semasa trip ke Bukit Fraser baru-baru ini.....




Gambar-gambar diatas diambil ketika kami berhenti di sebuah empangan di pendalaman ulu yam. Gambar-gambar memaparkan aktiviti saudara pengerusi trip ke Bukit Fraser sedang mengambil gambar beberapa orang model.


Gambar diatas pula diambil ketika sesi memburu binatang ternakan...kelihatan saudara anwar (pada gambar pertama) dan beberapa photographer (gambar kedua) sedang cuba menunjukkan skill mengambil gambar masing-masing.



Dan gambar-gambar diatas pula diambil pada saat-saat sebelum kami mula turun dari Bukit Fraser untuk perjalanan pulang. Kelihatan disitu saudara Firdaus dengan aksi-aksinya mengambil gambar pasangan anwar dan bazilah. Saudara Firdaus ini sebenarnya antara jurugambar yang telah mengambil peluang mencari rezeki dengan menggunakan kameranya. Sekiranya anda memerlukan jurukamera untuk sebarang event, kenduri kahwin, personal photoshoot, buleh menghubunginya untuk berbincang. Untuk lebih mengenali beliau, buleh melayari photowebsite beliau di sini.

Ada juga sekeping gambar dimana puteri saya sedang diphotoshoot oleh saudara Firdaus didalam blog nukilan pasangan Anwar dan Bazilah...di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...