Rabu, 24 Mac 2010

Just another story....

-mula- kali ni aku bukan nak cakap pasal kereta. aku nak cakap pasal semangat kenegaraan. baru2 ni aku ade baca bahagian dimensi dalam paper berita harian. antara artikel yg ade dalam tu ade satu tu sentuh perasaan aku jugak la sebagai seorang rakyat malaysia yg sayangkan negara.
Demi Negara
Oleh Ziauddin Sharuddin



KEMERDEKAAN Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 pernah diperlekehkan sesetengah pihak kerana dicapai melalui jalan perundingan dan bukan dengan cara mengangkat senjata, titisan darah dan air mata.
Era selepas Perang Dunia Ke-2 menyaksikan satu demi satu negara yang dijajah bangkit menuntut kemerdekaan. Sesetengah negara terpaksa melalui proses pertumpahan darah untuk diisytiharkan sebagai negara berdaulat.
Walaupun merdeka dengan cara yang dianggap lunak, negara melalui sejarah pahit kerana masih berada dalam keadaan darurat hingga diisytiharkan tamat pada 1960 dan hingga hari ini, parutnya masih dapat dilihat.
Pengganas komunis yang kononnya bermatlamat memerdekakan Tanah Melayu terus menjadi pengkhianat menggugat kewujudan negara berdaulat hingga tahun 1970-an dan 1980-an, peristiwa anggota pasukan keselamatan terbunuh dan cacat dalam pertempuran dengan pengganas komunis masih berlaku.

Begitu juga penubuhan Malaysia pada 16 September 1963 yang menerima cabaran getir anasir subversif dalam negara dan pihak luar.

Tanpa perjuangan pihak keselamatan yang meliputi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), negara ini yang baru bertatih tidak mustahil menjadi huru-hara dan kisah gemilang Malaysia hari ini belum tentu menjadi kisah benar.

Dalam sejarah perjuangan ATM dan PDRM, terdapat segelintir pejuang negara yang menunjukkan keberanian luar biasa atau melakukan sesuatu dengan gagah berani dan penuh pengorbanan tanpa menghirau keselamatan diri.

Pada 1960, anugerah keberanian Bintang Kehormatan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Panglima Gagah Berani (PGB) diperkenalkan untuk menghargai mereka yang berjuang dan berkorban untuk negara.

Bagaimanapun, SP dan PGB bukan hanya untuk anggota pasukan keselamatan, sebaliknya terbuka kepada semua.

Antara penerima bukan anggota ATM dan PDRM ialah kakitangan Jabatan Penjara Malaysia, Gean Kantar Singh a/l Gean Singh dan Ketua Juruaudit Ibu Pejabat Bank Bumiputera Malaysia Bhd (BBMB), Allahyarham Jalil Ibrahim, yang dihantar bertugas di Hong Kong untuk menyiasat skandal penyelewengan pinjaman BMF Hong Kong.

Bagaimanapun, majoriti penerima SP dan PGB adalah anggota ATM dan PDRM, terutama yang berjuang menentang pengganas komunis. Perkembangan terkini menyaksikan mereka yang berkhidmat di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga berpeluang menerimanya.

Bagi penerima SP dan PGB, mereka tidak pernah terfikir untuk menerima anugerah yang amat dihormati itu kerana ketika bertugas, mereka bertarung untuk hidup dan mati.

Mejar (B) Lee Ah Pow bangga kerana menerima PGB dengan peristiwa dikepung Tentera Katanga di Elisabethville, Congo, menunjukkan reaksi pantas dan bijak tentera Malaysia pimpinannya di arena antarabangsa.

Sesetengah penerima seperti Leftenan Kolonel (B) Basri Omar, pada mulanya menganggap PGB sebagai biasa, tetapi apabila umur semakin meningkat dan selepas bersara, mulai merasa bahawa anugerah itu adalah sesuatu yang amat bernilai.

Mejar (B) Datuk Salehuddin Abdul Mutalib yang menceritakan kisah di Simanggang, Sarawak, kepada Berita Minggu memberitahu, ini adalah kali pertama bercakap dengan media massa kerana mahu menjaga maklumat yang pada suatu ketika mungkin sulit dan rahsia besar.

Apa pun alasan yang diberikan, penerima SP dan PGB adalah sebahagian anggota pasukan keselamatan yang berjuang mempertahankan negara, suatu perkataan yang bukan diperbesarkan tetapi realiti.

Kini kemajuan dan keamanan menyebabkan segelintir rakyat mungkin terlupa untuk menghayati kemerdekaan seperti generasi awal.

Lee yang kini berusia 69 tahun terbabit secara langsung dalam peristiwa besar 31 Ogos 1957 apabila ditugaskan menjaga VIP (tetamu kehormat) pada hari itu kesal kerana lagu Negaraku tidak mendapat penghormatan sewajarnya.

“Dulu sebelum merdeka, lagu God Save the Queen dinyanyikan setiap hari di sekolah untuk memupuk kesetiaan kepada British, tetapi hari ini, Negaraku hanya dinyanyikan sekali seminggu,” katanya.

Salehuddin juga mempunyai pengalaman hampir sama apabila menonton teater di Istana Budaya, segelintir penonton mengeluh apabila diminta berdiri untuk menghormati Negaraku dan lebih malang, ada yang langsung tidak bangun.

“Kita mungkin hidup selesa, tetapi kemajuan dan keamanan tidak datang dengan sendiri dan perlu dipertahankan,” katanya.

Begitupun, Basri melihat dari sudut berbeza kerana zaman berubah dan yakin semangat rakyat mencintai negara tetap kental, tetapi bersetuju bahawa samangat itu perlu dipupuk terutama di kalangan anak-anak kecil.-end-


ade cikgu bahasa jepun aku pernah cakap, 'kita takkan kenal negara kita yg sebenar selagi kita tak keluar drpd negara pastu tgk negara kita dari luar' kata cikgu matsuoka. aku dulu pun sebenarnya ade gak perangai malas nak nyanyi lagu negaraku semua tuh. rasa mcm budak sekolah rendah yg kene nyanyi masa perhimpunan. tapi lepas aku dtg kat negara penjajah ni, kalau boleh rasa nak nyanyi lagu negaraku setiap hari.

kita kebanyakkan org2 muda kat malaysia ni mmg tak pernah risau pasal keselamatan. kita tak payah risau amerika nak serang kita, kita tak payah risau pasal terorist mcm kat thailand ngan indonesia, kita tak payah risau pasal bangsa melayu jatuh, kita tak payah pikir pasal apa nak jadik ngan anak kita 40 tahun lagi, kita tak payah risau keselamatan atas jalanraya. bg kita tu semua kerja kerajaan kita yg kita dok kutuk selama ni. yg kita tau, selagi makan minum kita tak terkacau, lantak la nak jadik apa dgn negara.
tapi org2 kat parlimen tu semua tua2 dah, 20 tahun lagi sapa nak duduk kat parlimen tu jaga rakyat malaysia yg buat bodo pasal negara?kita ni la yg nak kene duduk sana jaga rakyat. kita yg selalu pergi kerja lambat, malas buat kerja tapi nak gaji tinggi. kita ni la selalu amik kesah kabar2 angin bodo, pastu dok mengumpat kat kedai2 makan berjamjam. kita ni la yg malas belajar kat sekolah pastu berangan nak keje engineer, nak gaji tinggi, nak pakai kete besar bukan proton. tapi kita tak pernah risau pasal sapa yg nak majukan negara, kita dok pikir ade la org2 yg hebat belaja tinggi2 nanti buat semua tu, pastu kita teruskan keje melepak kat kedai makan. kalau semua orang dok pikir camtu, abih tu sape nak buat bende2 kebajikan nih. kerajaan la jugak kene pikirkan semua tu. kerajaan amik sorang melayu, bg jaga company besar2. pastu rakyat dok marah sebab kerajaan amalkan kroni. dah tu hangpa tak nak buat kerja sapa suruh!
pastu org2 yg malas nak usaha carik rezeki ni, amik jalan senang. ragut beg tangan orang, rompak rumah org2 yg dah usaha betul2 utk carik nafkah. pastu polis pulak kene marah sebab biarkan jenayah jadik. polis pulak tensen, nak kurangkan jenayah, terpaksa la tambah anggota polis. pastu org2 yg apply utk jadik polis ni pulak, org2 yg dah tak de tempat lain nak keje. jadik la anggota polis yg tak ihklas, pau duit org yg buat salah jalanraya. hilanglah respek rakyat kat polis. kesian woo kat anggota polis zaman bpk aku dulu yg buat kerja betul bg jaga nama diRaja tuh.
byk lagi nak kutuk sebenarnya, tapi kita pikirkan penyelesaian terus je la senang. kita org muda2 nih toksah la nak pikir cara nak carik duit dgn cepat tapi malas. tak de org yg dapat duit 3 juta sehari dgn duduk umah tak buat ape. kalo ade pun, mesti die ade usahakan bende sebelom tu yg buat die berjaya. nak duit byk, nak jadik org besar, buat la kerja dgn ikhlas, tak payah nak ikut nafsu. kerja makan gaji mmg susah nak dapat duit byk, tapi kalau kita ihklas kerja, berbelanja sekadar mampu, insyaallah kita boleh gak kaya. kerja pun tak payah la nak memilih, tak semestinya belaja keluar universiti wajib kerja engineer. membe aku yg lulusan universiti kat oversea pun, balik malaysia kerja kat 7E, kerja bengkel, kerja cuci lantai dulu. setakat lulusan universiti biasa pastu nak kerja engineer gaji tinggi, tgk result dulu la.

kalau kita buat benda sebab negara, sebab agama kita, sebab bangsa kita, insyaallah, korang boleh dapat semua yg korang nak. kalau semua org mcm tu, tak de la problem2 murtad, problem ragut, problem curik kete(ni yg aku paling risau hihhi)...

akhir kata, aku nasihatkan kepada aku sendiri dan semua org, sayangkanlah diri dan negara korang.....-end-

16/September/2006

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...