Last weekend, my wife with her business partner menyediakan set cup cakes untuk seorang customer ini meraikan birthday housemate dia. Jumlah yang diminta adalah 25pcs....so, sepanjang weekend lepas saya hanya seorang bapak yang ditugaskan untuk menjaga seorang anak yang buas.....
Mengikut hasil pemantauan saya sebagai pengurus pemasaran untuk cup cakes mereka ini, dapat saya simpulkan disini yang skill mereka semakin meningkat. Skill yang diambil kira daripada segi masa, quality dan ketelitian. Namun terdapat beberapa kelemahan yang perlu diambil berat oleh pasukan My Dear Cup Cakes iaitu persiapan untuk memasak. Sudah berpuluh kali, ratusan (ataupun ribuan) cup cakes telah berjaya dibuat selama ini, selama itu juga akan kedengaran suara yang meminta saya keluar membeli barang ketika proses memasak telah pun bermula....setakat keluar membeli gula ataupun butter, buleh ditepis-tepis atau buleh la keluar kejap, tapi kalau keluar pergi beli cup ke kotak ke...pergh, jauh tu nak pergi beli....nak tak nak, kene ler keluar....tapi semua tu tak kesah pun, sebab yang penting adalah customer!! Semua permintaan customer perlu disediakan setakat mampu!!!.....oleh itu, saya akan membawa hal kelemahan dalam penyediaan barang memasak ini ke mesyuarat agung My Dear Cup Cakes....hoho
Berbalik kepada "main masak-masak" yang berlangsung last weekend, berikut adalah beberapa keping gambar cup cakes yang sudah siap....
Cup cakes yang diminta adalah perisa Banana Coklat bersama Icing ButterCream.
Serentak dengan ini juga, My Dear Cup Cakes ingin mengumumkan pelarasan harga bagi semua cup cakes dibawah jenama My Dear Cup Cakes.
Cake kosong = RM1.00/pc
Cake+ButterCream Icing =RM1.50/pc
Cake+Fondant Icing =RM2.00/pc
*Berkuatkuasa serta-merta
Kalau siapa tak tau ButterCreamIcing tu macammana, tengok gambar-gambar kat atas tu. Ia adalah Icing yang lembut seperti cream cake biasa, yang buleh dicalit-calit dengan tangan. Fondant Icing pulak icing yang keras sikit tu, kelebihan fondant nih, ia tidak akan tercalit-calit dimana-mana apabila memegang kek jenis ini. Maka rupanya dapat bertahan lagi selagi belum masuk dalam mulut atau dicungkil oleh mana-mana budak. Gambar Cake+fondant icing adalah seperti dibawah....
Gambar cup cakes diatas itu adalah cup cakes yang ditempah oleh rakan sekerja saya untuk digunakan sebagai hantaran kawin kepada husband dia yang merupakan rakan sekerja saya juga.
Sebarang pertanyaan mengenai cup cakes ini buleh disampaikan terus kepada saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan