Semenjak dua menjak ini, ada sedikit bunyik datang daripada bawah kereta yang menyakitkan hati saya. Bunyik tu masa mula-mula beli kereta dulu takde, pastu mula ada sedikit, makin lama main kuat jadiknya. Saya sudah pergi ke satu kedai taya, diorang kata ada masalah ngan satu bar kat bawah kereta. Pastu saya pergi ke kedai lain, kedai tu syorkan saya menggunakan kembali rim asal CRV itu. Ini disebabkan taya yang saya gunakan sekarang ni agak nipis untuk kegunaan sebuah kenderaan yang berat dan besar.
Dah memang saya gak pasal mende ni, kereta besar macam tu tapi guna taya nipis, hentakan daripada jalan yang tak rata buleh buatkan ashimawari (undercarriage/bahagian bawah kereta) senang rosak. Tapi saya mengharapkan suspension dapat cover dengan baik hentakan semua tu. Lagipun banyak MPV buat ok jek, BMW X5 pun pakai rim besar, taya kecik, ok jek.
Berdasarkan nasihat kedai pertaman tadi, mungkin lepas rapair bahagian yang diorang kata rosak tu, bunyik tu dapat hilang. tapi tahap mana je ketahanan bahagian-bahagian yang lain?lama-lama nanti, ada bahagian lain lak yang rosak. So the best solution adalah dengan memasang kembali rim lama (ataupun guna taya tebal lagi).
Saya akan cuba menggunakan pendekatan dengan rim sekarang tapi dengan taya yang lebih tebal lagi. tapi saya akan ada masalah dengan gear ratio dan speedometer.
Kalau ikut keadaan sekarang,
taya n rim original punya diameter: 639mm (215/60/15)
taya n rim pakai sekarang punya diameter: 648.9mm (215/50/17)
Ralatnya sekarang, kalau saya bergerak dengan speedometer menunjukkan 100km/h, kelajuan sebenar saya adalah 101.7km/h. Sekiranya saya menukar ke taya yang lebih tebal, sudah tentu akan membuatkan CRV saya makin tinggi dan ralat kelajuan akan menjadi lagi besar.......
kemudian, kalau saya tukar ke rim original, dah tidak se-cun keadaan sekarang ler...dah tak jadik extreme CRV lagi dah ler...
maka, apa option yang saya ada sekarang...
1. tukar ke rim original
2. kekalkan rim sekarang tapi tukar ke taya besar
3. kekalkan rim dan taya sekarang. repair mana-mana yang rosak nanti
siapa ada idea?
Tukar CL7R
BalasPadamandainya ku mampu uhuk uhuk
BalasPadam