Malam ni sempat kejap tengok Buletin Utama, lepas bermacam kesah kejadian, kutuk mengutuk, fitnah memfitnah, bangga diri, akhirnya sampai ke kesah sukan. Antara kesah yang dipaparkan adalah bermulanya Kejohanan Lumba Basikal Trak Dunia yang disertai oleh pelumba handalan negara dari terengganu, saudara Azizulhasni Awang. Azizulhasni ni mendapat liputan meluas ramai wartawan asing disebabkan prestasinya yang naik mendadak. Saudara AzizulHasni, berasal dari sebuah kampung di Dungun (kalau tak silap)...bukan dilahirkan dikalangan anak-anak bangsawan ataupun datuk. Sekarang menjadi jaguh lumba basikal trek yang menjadi sebutan dunia. Gua memang respek lu la, berusaha gigih sendirian, tak payah harapkan kerajaan pada permulaan.
Kemudian buletin utama menyiarkan kesah bekas penjaga gol terbaik dunia datang merancakkan kelas bolasepak tiger soccer kids. Yang menarik perhatian saya adalah apabila beliau berkata (SETELAH DITRANSLATE KE BAHASA MELAYU) "Saya agak hairan kenapa pasukan Malaysia tidak berjaya masuk ke Piala Dunia, sedangkan apa yang saya saksikan pada hari ini, ramai antara bakat-bakat kecil yang sangat hebat". Mungkin nampak macam dia tengah mengampu, tapi lepas tu tv tunjuk gaya permainan kanak-kanak tu semasa berlawan dengan orang dewasa.............patut ler si peter ni kata hebat, memang mantap giler budak-budak tu main..serius tak tipu. So saya rasa jawapan untuk soklan encik peter ni, adalah pada sistem pendidikan negara kita la kot. Budak semasa kecik, dilatih sebegitu hebat, selepas UPSR, diorang pegi mana?masuk ler MRSM ke SBP ke.....bila dah masuk situ, bukannya dapat main, cikgu paksa suruh belajar. Main tu still main ler, tapi takat mana je, paling hebat sampai wakil daerah pastu bila terpilih main ke negeri, cikgu tak bagi, kene study untuk PMR ngan SPM. Dah tu kalau kene study jek, lepas SPM masuk ler matrikulasi....maka jadik ler budak-budak tu budak unibesiti yang boleh bermain. dah masuk unibesiti, dah bebas dari sekolah, bebas dari cikgu, bebas dari parents, mau ke budak-budak tu study?mau ke diorang concentrate kat sports?takde nye, lagi suka bercinta ade ler.......
lagi satu kelemahan sistem pendidikan terhadap sukan negara nih, antara syarat-syarat nak masuk MRSM, SBP, Unibesiti........kene ada aktif dalam sukan. Kalau budak tu masa sekolah rendah wakil negara main bola pun, bila masuk sekolah asrama, dia buleh concentrate kat bola lagi ke?........yes, dia buleh wakil sekolah, tapi dia tak boleh lebih-lebih, nanti cikgu marah. Lagi satu, budak....bila dah kuat bersukan, badan cergas, minda pun sure cerdas...orang-orang ni ler jugak nanti yang result UPSR, PMR, SPM cemerlang...orang-orang ni ler jugak yang akan mengisi kuota asrama yang akan membuat sukan yang selama ni diorang hebat.......bertukar menjadi kenangan. Tak caya? cuba tanya budak-budaj yang pernah masuk asrama ataupun yang pernah gi belaja obersi, sebelom diorang jadik robot untuk belaja, pernah tak diorang aktif ngan mana-mana sukan? -end-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan