Seperti yang diuar-uarkan mengenai misteri kejadian dahiku yang hitam, pelbagai kemungkinan buleh difikirkan disini. Mistik yang berlaku walaupun membabitkan pembabitan dua alam yang berbeza, namun secara sintifiknya dapat difikirkan secara logik. Cuma yang menjadi persoalan, adakah anda percaya?.....
Semuanya bermula pada hari Sabtu yang seminggu yang sudah,adik iparku bersama suaminya pulang lewat setelah pulang lewat daripada melawat saudara mereka di Ampang. Kepulangan lewat sehingga ke lewat malam mereka bukan berpunca daripada pemergian mereka ke rumah saudara mereka, ada satu tempat lain yang menjadi persinggahan mereka sehingga kepulangan mereka menjadi lewat. Dengan kepulangan mereka itu juga dapat kurasakan sesuatu yang aneh, sesuatu yang secara fizikalnya dapat dilihat (kalau anda buleh melihat) dan kemungkinan dapat disentuh, ada bersama-sama mereka pada kepulangan lewat malam mereka.
Selama seminggu "benda" itu telah berada dirumah yang kami duduki ramai-ramai, dan seminggu itu jugalah tiada sesiapa yang berada dirumah itu benar-benar pasti dengan fungsi dan kehadiran "benda" itu.
Kemudian, pada pagi Ahad yang lalu, berkesempatan dengan keadaan isteriku yang perlu menyiapkan pesanan pelanggan bagi tempahan cup cakes, aku telah mengambil peranan sebagai penjaga kepada kanak-kanak yang berada di rumah itu ketika itu. Pelbagai jenis permainan telah kami main sehinggalah aku terpandang kepada "benda" itu. "Benda yang tidak diambil kesah oleh sesiapa disekelilingnya. Adakah mereka tidak nampak "benda" itu? Adakah hanya aku seorang yang mampu melihatnya? Dengan perasaan yang serba ingin tahu, aku cuba menyentuh "benda" yang berupa seakan mahluk yang kecil itu. Berbekalkan pengalaman sebagai researcher di universiti dulu, dan penganalisis masalah produk di syarikat sekarang, aku cuba membuat analisa terhadap mahkluk tersebut. Walaupun gelodak sifat kerisauan dan ketakutan menebal dihati, namun gelodak sifat ingin tahu lebih mencorak pergerakkan aku ketika itu. Setelah beberapa minit, akhirnya aku dapat mengagak apakah mahluk itu sebenarnya. Serentak dengan itu, corak air muka aku pun berubah sepenuhnya, namun perlu aku sorok perubahan air muka itu supaya tidak mereka yang berada di sekelilingku tidak menjadi panik. Dengan berbekalkan sedikit ilmu mengenai mahkluk yang ku pelajari daripada ayahanda di Kelantan, aku membaca sedikit bacaan dan cuba meletakkan mahkluk itu di tempat yang tinggi supaya, namun setiap kali aku letakkannya, setiap kali itu juga ianya akan jatuh ke lantai. Akhirnya aku "memacakkannya" di atas lantai, dan serentak dengan itu juga seperti satu magnet yang melekat dibesi, mahkluk itu tidak dapat dicabut dengan senang. Sedikit tenaga dan pengetahuan diperlukan hanya untuk mengalihkan mahkluk yang telah dipacak itu daripada lantai!
Perkara yang sama juga terjadi kepada dahiku ini......
Secara saintifiknya, akan saya cuba analisis disini. Memacak makhluk ini tidak memerlukan ilmu dan kepakaran tertentu, hanya sedikit tenaga diperlukan. Mungkin....apabila kawasan di tengah mahkluk ini dipacakkan ke bawah, satu tenaga akan dihasilkan untuk memacakkannya. Dan seperti satu tenaga vacuum telah terhasil untuk menghalang ianya daripada dialihkan daripada tempat yang telah dipacak. Cuba bayangkan benda seperti pelocok ataupun getah untuk menggantung barang di cermin, mungkin konsep yang sama digunakan oleh mahkluk ini. Cuma ianya tidak dapat dipacak pada tempat yang menegak atas sebab yang saya masih tidak jumpa puncanya.
Perhatian gambar di atas, anak panah merah adalah arah yang kita pacakkan, kuning adalah satu pergerakkan mahluk ini semasa memacak dan anak panah biru menunjukkan kawasan yang mungkin dihiasi dengan tenaga vacuum tersebut setelah dipacak pada mana-mana tempat. Dan sekiranya teori saya ini betul, maka tidak ragu-ragu lagi mahkluk ini berupaya menghasilkan tenaga sedutan yang sama pelocok. Dan sekiranya tidak berhati-hati dan cuai, kemungkinan anda juga mungkin akan mengalami nasib yang sama apabila anda memacakkan mahkluk ini di dahi anda.....
Dan inilah rupa mahkluk yang saya katakan....
dan dibawahnya mahkluk itu berupa begini dengan tujuan yang sepatutnya digunakan untuk melekatkan dilantai, dan tanpa pengawasan orang dewasa lain, saya telah tersilap langkah dengan memacakkannya di dahi saya.......binawe sungguh...
hahahahahahaha~!!!lain kali memang kene ada pengawasan orang dewasa!
BalasPadamkahkahkah!!! pecah perut gelak. lawak2.. blh pinjam tak? nk cacak kt dahi jack time dia tdo tengahari. *pssst... senyap2 je jgn bgtau jack
BalasPadammasa kene kat dahi aritu, satu rumah semua gelakkan aku....terus tak keluar rumah seharian, jadik anak dara sunti nyorok dalam rumah kekeke
BalasPadamaku pun pernah kena jugak. masa sekolah rendah. pelik aku pasal ape lah kat sekolah, cikgu ngan kawan2 aku tegur pasal dahi aku? aku pun jenis buat dont know je. balik rumah tengok cermin baru la perasan ada kesan2 merah tu, mak aku cakap dahi kena cium dengan hantu.. hihihi. then, teringat semalam masa main, ada lekat suction cup jenis kuat drpd peluru pistol mainan kat dahi. rasa malu jugak pasal dah kena tegur dgn ramai orang esp cikgu. nasib baik masa tu aku masih budak2, jadi tak kisah sangat.. hahaha...
BalasPadam