Isnin, 29 Mac 2010

Dah tukau taya...

Lambat sangat korang nak bagi respons kat poll yang saya buat tu, maka saya pun membuat try n error untuk masalah taya kereta saya. Saya telah menukarkan ke empat-empat taya ke saiz yang lebih tebal sedikit. Beli pun yang secondhand punye, supaya andai kata tak menjadi dengan solution tukar taya tebal nih, saya buleh jual terus rim tanpa rasa segan silu sebab taya pun taya second hand. Ni hasil nya.....

Gambar atas tu untuk previuos taya (215/50R17)

Gambar atas pulak untuk taya yang baru tukau (215/55R17)

Taya yang baru tukar tu, belah depan brand bridgestone, belah blakang brand yokohama. Tapi yang belah belakang tu sebenarnya dah agak teruk, tapi sebab kedai tu pun takde lain dah, bulah la pakai untuk temporary. Saya pun sebenarnya nak cuba je saiz ni. beli pun murah je, RM80 sebijik....macam taya kancil secondhand la pulak.

Positive Result: taya yang baru tukar ni lebih senyap, tak rasa gegar kereta bila langgar lobang, bunyik2 yang sebelom ni menyakitkan hati pun dah takde, taya punya cengkaman pun ada.
Negative Result: Sebab diameter taya besar, bila nak setat jalan tu memang jadik lambat. Respons dari mula tekan minyak sampai kereta mula bergerak, makan masa sikit. Masa cornering rasa senget semacam dari sebelom, disebabkan oleh kereta yang makin tinggi.

Apa pun saya akan cuba buat pengawasan terhadap semua aspek terutama minyak kereta, sebelom boleh buat keputusan samada nak stay using the rim or change to stock rim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...