Last week ada hot air baloon festival berlangsung di Putrajaya dari Khamis (18/March/2010) hingga Ahad (21/March/2010). Khamis n Jumaat kerja, so saya pergi ler hari sabtu malam. Yang pergi malam tu, satu sebab tak panas, lagi satu malam tu ada pertunjukkan bunga api. Saya, mama n zia gerak dari rumah lepas semayang maghrib terus ke putrajaya. Nak mencari parking satu hal kat sana sebab ramai orang, nasib baik dapat parking dekat dengan tempat festival.
Sampai je terus carik belon panas tu, tengah dok tinjau-tinjau tu, terkejut beruk tengok ada kepala Darth Vader besar kat depan mata....tapi tok leh nak amik gambar sebab kepala dia hitam, so malam memang tak nampak ler kepala besar tuh...dapat amik gambar belon panas yang nih jek..
Tengah dok melayan belon panas, terkejut lagi sekali bila fireworks dah start. dah la kitorang duduk paling dekat ngan fireworks tu, memang besh ler..zia pulak teruja tengok fireworks. mulut ternganga pastu tangan dok tunjuk-tunjuk kat fireworks heheh...tapi saya tak amik gambar fireworks, lagi suka menghayati daripada simpan buat stok dalam kamera.
Dalam 15 minit camtu je la fireworks dia...lepas abih fireworks, diorang sambung dengan konsert mini dari band mana ntah.....kitorang pulak jalan-jalan carik makan...
ni gambar orang ramai lepas fireworks tuh...
Masa dok carik makan tu, mama duduk kat satu tempat mengadap belon panas sambil suap zia, saya pulak pergi beli burger kat gerai. Ada la sorang minah saleh ni beli burger, tapi masalah dia semua yang jual burger tu tak gheti cakap omputeh. Masa sorang tu nak buat egg benjo untuk minah tu, mamat tu tanya "nok bulak ko nok petok?"(translate: nak bulat ke nak petak?)...tergelok kawe denga..bengong nate budok nih.
lepas makan kitorang jalan-jalan pastu balik pukul 11 malam......zia terus tido dalam kereta, penat ler tuh..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan