Jumaat, 2 April 2010

Duniaku...

Zaman sekarang ni, semua ber-blog, ber-Facebook, ber-Twitter...macam-macam kesah dan perihal diceritakan. Ada yang mengesahkan pengalaman hidup, ada yang mengesahkan perihal teknikal, ada yang sekadar fitnah, ada yang menjaga tepi kain orang dan macam-macam lagi. Sebahagiannya hanya sebagai suka-suka, sebahagiannya sebagai panduan bersama dan ada juga untuk menjatuhkan pihak-pihak tertentu.

Saya tertarik dengan beberapa blog yang kadang-kadang saya baca untuk meluangkan masa diwaktu lapang. Ada blog yang selalu dilayari oleh teman-teman saya mengenai konspirasi pihak tertentu terhadap hala tuju dunia. Ada blog mengenai konspirasi untuk menjatuhkan negara dan ada juga blog mengenai konspirasi untuk menaikkan negara.

Apa yang menjadi tanda tanya kepada saya ketika ini adalah betapa mudahnya minda rakyat kita dipengaruhi.

Kita buat satu contoh minda yang senang dipengaruhi...

Kesah 1: Menceritakan konspirasi untuk menjatuhkan satu-satu organisasi, parti atau kerajaan. Di artikel itu turut menceritakan kronologi beserta bukti-bukti yang kukuh. Bukti-bukti yang senang difikirkan oleh pembaca. Bukti-bukti yang benar-benar ada.
Hasilnya: Si pembaca akan mula percaya disebabkan bukti-bukti yang diberikan adalah benar. Penulis blog kemudian memberi lagi beberapa kesah yang seperti kesah satu. Hasilnya, para pembaca akan mula percaya atas segala fakta di blog tersebut.

Kesah 2: Mengenai konspirasi mengenai pihak-pihak tertentu dalam menentu hala tuju sesebuah organisasi, pertubuhan atau negara. Disertakan disini adalah beberapa bukti yang kurang kukuh, goyah, tapi mempunyai sedikit kaitan dengan kesah yang diceritakan.
Hasilnya: Disebabkan pada kesah 1 tadi para pembaca sudah mula memberi kepercayaan, kesah 2 yang kurang bukti pun akan mula dipercayai oleh para pembaca.

Kesah 3: Cerita mengenai konspirasi dalam negara, masyarakat, kerajaan dan pertubuhan dunia. Tiada bukti kukuh yang diberikan, hanya kata-kata sahaja.
Hasilnya: Para pembaca yang telah mengikuti blog dari kesah 1 hingga kesah 2 akan terus mempercayai kesah 3 tanpa ragu-ragu.

Kesah-kesah beginilah yang banyak saya jumpai diblog-blog yang banyak menceritakan perihal tertentu tanpa bukti-bukti yang buleh dipercayai. Walaupun begitu, masih ramai para pembaca yang senang sahaja mempercayai kesah mereka. Sekiranya saya adalah penulis blog tersebut, walaupun saya menulis artikel seperti, "Petronas (sekadar contoh) telah dimiliki oleh pertubuhan XXX yang bertujuan untuk menghapuskan golongan xxx di Malaysia" (WARNING: ini hanya sebagai contoh. Bukan realiti), sudah pasti para pembaca seperti ini akan percaya. Walhal, tanpa bukti yang sebenar kukuh, bagaimana kita mahu percaya? Tapi tidak pada para pembaca setia blog-blog tersebut.
Tidak perlulah didebatkan kesah yang dipaparkan diblog itu benar atau tidak, yang penting adalah bagaimana kita menilai sesuatu perkara itu. Para pembaca yang menerima bulat-bulat sesuatu kesah dongeng seperti ini, adalah sesuai dengan satu frasa iaitu TAKSUB.

Kerana TAKSUB lah Al-Arqam jatuh, kerana TAKSUB jugalah lahirnya Al-Maunah. Kerana TAKSUB jugalah kilang arak di Subang pernah dibom (walaupun niat sebenar baik, tapi caranya salah). TAKSUB itu berkuasa untuk menjatuhkan sesebuah organisasi dan masyarakat.

Usah difikirkan mengenai konspirasi, kroni, artis itu artis ini...apa yang penting adalah diri sendiri dan keluarga pada ketika ini. Cukupkan ilmu untuk diri dan ahli keluarga agar tidak mudah terpedaya dengan bidaah luar, kukuh pegangan hidup masing-masing, kuatkan iman dan amal..........kesederhanaan dan keseimbangan dunia dan akhirat.

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...