Jumaat, 23 April 2010

Oh generasiku...

Paper semalam ada cerita pasal kesah seorang budak perempuan tingkatan 2 kene rogol dalam kelas sewaktu sesi rehat di sekolahnya. Jenayah rogol dilakukan oleh rakan sekelasnya dan dikawal keadaan sekeliling oleh beberapa orang rakan yang lain. Setelah pemeriksaan polis keatas mangsa, polis mendapati mangsa telah pun mengandung selama sebulan....mungkin akibat dari dirogol. Justeru itu pelbagai pihak mula kecoh, pelbagai pihak disalahkan...yang paling utama, pihak sekolah kene hentam tak ingat lah. Dalam paper hari ni, timbalan menteri pendidikan kata sekolah tu tak ikut prosedur SOP..(saya pun tak tau sangat prosedur tuh).....sekolah jugak yang kene.
Jom imbas bersama.......


Satu kelas sekolah menengah kebangsaan ada sekurangnya 30 orang pelajar..sekurangnya. Satu tingkatan ada sekurangnya 5 buah kelas...menjadikan jumlah pelajar dalam satu tingkatan seramai 150 orang. Sekolah ada 5 tingkatan menjadi jumlah pelajar seramai 750orang......itu minimum bagi sebuah sekolah kalau tak silap saya....cikgu ada berapa ramai?jenuh kalau nak jaga sorang2 pelajar.....tambah pulak kalau cikgu yang kerja tak ikhlas nih, konpem buat tak tau kat murid2....seingat saya masa belajar dulu, takde pulak cikgu jaga sorang2 budak. Tapi budak2 berjaya jugak, takde pun yang jadik penjenayah...kadang2 tu kita sendiri yang jaga kawan2 sekolah daripada melakukan jenayah....

Budak yang rogol mangsa pulak, tingkatan 2.........tingkatan 2 beb, jauh lagi perjalanan hidup dia. dikala muda dah bergelar perogol...sampai ke akhir hayat selagi tak bertaubat kat tuhan seikhlasnya, dirinya akan hancur bersama gelaran perogol. Dan dijangka dia akan bertukar menjadi penjenayah professional setelah hukuman ke atasnya tamat nanti. Ini kerana masyarakat sukar menerima dia, dia rasa rendah diri, pastu mula buat jenayah.....hancur masa depannya...

mangsa pun tingkatan 2, jauh lagi perjalanan hidup. Dikala muda telah dihancurkan hidupnya............konpem kene duduk kat rumah perlindungan lepas ni, bila anak dah lahir, dikala muda dah kene jaga anak sendiri....orang lain masa tingkatan 2, 3 nih dok terkinja-kinja dalam bilik berangan nak jadik artis, yang si mangsa ni terpaksa berhempas pulas membesarkan anak....hancur masa depannya...

Siapa yang perlu dipersalahkan?masyarakat konpem salahkan perogol, mangsa dan sekolah.......
saya salahkan ibubapa diorang............
macammana perogol tu buleh terpikir nak rogol?memang la nafsu, tapi nafsu buleh dikawal kalau ada didikan yang betul. Kalau kawan2 hasut pun, kalau ada didikan yang betul, ia masih buleh dikawal.
macammana mangsa buleh merelakan masa dirogol kali pertama?ingin mencuba..nafsu. Itu buleh dikawal kalau ada didikan yang betul.
Siapa nak bagi didikan yang betul?ibubapa lah sebenarnya kunci solex disini. Kalau anak2 gagal, ibubapa memang gagal sepenuhnya. Tak layak menjadi ibubapa....kalau ibubapa pun tak jaga amal ibadat betul2....mana anak2 nak jaga. Mana anak2 nak ada iman yang kuat...mana anak2 nak kawal nafsu...

Nak jaga ibadat bukan setakat semayang lima waktu sendirian dalam bilik, puasa bulan ramadhan, semayang jumaat kat masjid.....pastu selebihnya jadik hantu. Jaga ibadat kene dalam setiap keadaan, waktu celik mata dipagi hari sampai lelap mata dimalam hari....apa lagi cara jaga ibadat selain semayang ngan puasa?cara paling senang, kita bernafas...ingat nafas kita tu pemberian tuhan, ingat padanya. Insyaallah, ibadat kita terjaga.
Saya teringat sekali masa di Kelantan, masa tu ada tok guru agama datang rumah saya untuk ajar agama untuk penduduk kampung (kampung saya buat giliran penganjur kelas agama, tuan rumah sediakan tempat dan makan untuk kelas agama). Dalam kelas tu, ayah saya ada bertanya kepada guru agama tu mengenai ibadat.
"Kita kene selalu ingat Allah, mulut sentiasa berzikir...tapi macammana kita nak ingat Allah waktu kita tidur?"
Berdasarkan soalan ayah saya tu, baru la saya perasan apsal dia selalu bisik sorang2 selama nih hehehe..............okeh, jawapan dari guru agama tu saya tak berapa ingat. Tapi kalau tak silap saya, apabila pancaindera dalam keadaan sedar, kita kenelah sedar akan kebesaran Allah. Apabila tidur, pancaindera kita sedang rehat sama, tapi sebaiknya sebelom tidur dibacakan ayat2 agar Allah melindungi kita.
Pasti ramai yang tak berapa tau nak baca apa sebelom tidur, paling kurang pun doa sebelom tidur. Kalau nak senang, bacalah Al-Fatihah ngan beberapa surah macam Al-ikhlas ke, tu pun buleh gak....

moral: Kalau nak rogol orang, kawin dulu pastu buat kat bini hehehe.....(giler kejam)

1 ulasan:

  1. 1.mangsa rogol dalam kes ini tinggal dirumah kebajikan, mungkin jauh sekali untuk mendapat perhatian ibubapa.

    2.adakah mangsa rela dengan rogolan pertama?tiada laporan dilakukan.mungkin rela.mungkin ada kisah disebalik kerogolan yang berlaku.mungkin sekadar konspirasi budak-budak berfikiran jahat.

    3.teringat aku drama jepun '14sai no haha'(ibu 14tahun)..tapi drama tu mereka beromen suka sama suka.di Malaysia, kadang-kadang suka sama suka juga, tapi diakhiri dengan laporan rogol sebab malu, lelaki tidak mahu bertanggungjawab atau sebab-sebab lain.

    4.kesian isteri beb, masih dalam pantang.mana boleh main rogol2 ni.jahat betul ideologi kau.macam komunis..hehe

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...