Isnin, 29 November 2010

Modifikasi bermula

Lepas kesah gear bermasalah sebelah pagi masa pergi Bandar Tun Razak tuh, saya terus bawak basikal saya pergi kedai basikal milik encik Mahadir kat Kg. Sungai Ramal Dalam. Tujuan pertama untuk suruh repair gear saya, lagi satu nak mintak tengokkan header lock yang senget.

Header lock senget tu saya perasan masa nak tukar stem basikal hari tu, stem yang baru tak leh masuk sebab header lock senget. Masa bawak gi kedai Mahadir, dia kata memang senget, lepas dia pasang lock baru, dia pasangkan sekali stem yang baru.....dah mula nampak gah dah beskalku. pastu dia pun betulkan gear. Sebelom balik, saya buat test ride dulu, tukar2 gear...ok dah. Sekali ngan stand basikal 2nd hand saya beli dari Mahadir, total bayar RM27 kat dia....dia ni memang amik murah je manjang....sebab tu saya suka pergi kedai dia walopon jauh.
Stand basikal murah RM20
Stem yang telah ditukar

kat rumah petang tu saya teruskan proses transforming basikal saya. Barang2 yang nak ditukar, handle bar, grip, 'tanduk' ngan skewer utk seat post.
SEBELOM


SELEPAS


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...