Isnin, 15 November 2010

SHOWA MALAYSIA....ka yo?

Okey...bagi mengingati abang matsuda, owner kedai basikal technical Showa yang selalu kitorang singgah masa kat Akita dulu. Saya pun mengisytiharkan geng basikal terbaru yang buat masa sekrang ini dianggotai oleh saya seorang saja, sebagai Team Showa Malaysia......kahkahkah...cam poyo jek..lantok ah...ni link utk kedai basikal yang kat akita dulu.

Abang tu hebat tuh, dah banyak dah tournament international yang dia join. Dia pun pernah dtg malaysia untuk Le Tour de Langkawi. Orangnye pun peramah, baik hati...selalu ajar kitorang mcm2 pasal basikal. Ada sekali saya beli basikal BMX, dia ade bg free video tape cara nak belajar main BMX. Pastu bila saya beli mountain bike GT kat dia, dia bg free lagi video cara nak service basikal. Ingat lagi masa tu kalau cakap "arigatou gozaimasu" (terima kasih) kat dia, dia mesti balas "tondemo gozaimasen" (no hal lah). Kedai dia ni asalnye kecik jek, cam kedai runcit buat dari papan kat kampung2...lepas tu kerajaan negeri nak amik tanah kat kedai dia sebab nak besarkan persimpangan kat daigaku-michi(betul ke nama jalan nih?)...so dia pun bukak kedai baru yang besar kat tegatayama. Lepas dia bukak kedai baru tu, kitorang jarang pegi kedai dia sbb kedai dia atas bukit yang curam, pastu kitorang pun sebuk ngan study, takde masa sgt ngan basikal.

Dulu kalau beli basikal kat dia, nanti dia bagi sticker 'SHOWA' tampal kat basikal kitorang. Dia kata biasanye dia bg sticker tu kat team basikal dia jek. Rasa nak buat lak sticker tu tampal kat basikal baru saya nih......

Lagi satu utk pengetahuan semua la, kalau beli basikal kat Jepun, nanti biasanye kedai basikal akan tanye kita nak nombo plate tak?kalau nak nanti diorang akan register nombo untuk basikal kita, pastu tampal nombo tu kat celah2 frame basikal. Tujuannye supaya bila basikal kene curik atau tersadai kat tempat public, polis akan tahu owner basikal lepas check ngan sistem. Saya kadang2 bila kene tahan ngan polis sebab naik basikal waktu mlm tak pasang lampu, polis tu sure check nombo basikal ngan sistem diorang. Diorang nak check kot2 basikal curik ke...tapi biasanye polis lepaskan je kitorang bila tahu yang kitorang ni student asing heheh...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...