Isnin, 1 November 2010

Mai iji saks

You need ideas for better Malaysian tak?

Last August, saya renew insuran & roadtax kereta isteri saya menggunakan perkhidmatan super hebat cam gampang, MYEG. Lepas dah isi semua details, sampai la ke tang pembayaran. Dengan menggunakan kredit kad isteri saya, saya pun submit application. Sekali keluar display "ERROR" dengan berkata pembayaran tidak sakses atas sebab tertentu. Dengan penuh konpius, saya cuba lagi tapi terpaksa mula dari awal sebab tak boleh back ke page sebelom pembayaran. Dengan bangang sekali saya terpaksa mengisi semula semua details ke website yang hebat nak mampos tuh. Bila sampai ke bahagian pembayaran, sekali lagi dengan kredit kad yang sama saya menghantar application. Kali ni pembayaran berjaya diproses, insuran dan kredit kad berjaya direnew..........setel la (tu yg saya ingatkan mula2).
beberapa hari lepas tu, ada sorang officer Myeg call isteri saya mengatakan yang berlaku kesilapan masa kami renew insuran. Mereka mengatakan yg terdapat masalah teknikal pada sistem mereka membuatkan kami ter-renew 2 kali. Maknanya semasa kali pertama submit application yang dikatakan "ERROR" tu, sebenarnya ia telah pun diproceed!!..........(#%&&%%%$%&&)
Maka officer itu pun berkata yang pihak mereka akan memulangkan duit kembali dan membatalkan insuran yang telah ter-register semasa error itu. Dan disebabkan itu kesilapan mereka, mereka akan memberi diskaun untuk insuran dan lesen yang telah di-register kali kedua itu. Kami yg mendengar cerita mereka pada mulanya hanye marah kerana mereka telah menyusahkan kami, tapi ok la bila mereka nak pulangkan duit. .........sebulan..........2bulan......3bulan telah berlalu dah duit yg dijanjikan tidak juga dipulangkan. Dalam 3 bulan itu juga isteri saya akan telefon Myeg setiap minggu dan jawapan yg diterima dr receptionist..."pegawai tersebut cuti"..."dia tengah meeting, nanti dia call balik"....."dia outstation"...."saya akan pastikan dia telefon balik"...dll....dan dalam 3 bulan itu juga pegawai hanya telefon sekali sahaja dan ditamatkan perbualan dengan perasaan kecewa yang teramat.
Kini, setelah menghampiri 4 bulan, dan untuk minggu ini, sekali lagi isteri saya telefon Myeg, dan jawapan yang sama diterima. Setelah dihujani dengan butiran mesingan dari mulut isteri saya, akhirnya pegawai itu menelepon isteri saya. Jawapan daripadanya, "

mai iji officer: kene tengok pada department refund, kalau still pending, saya kene apply baru...

wife: tak boleh ke call et*** mintak cancel direct?

mai iji officer: ha..itu lagi baik

wife: y dun u &'&%%&'{*{*{`


maka, terpaksa la kami setelkan sendiri masalah yang dibuat oleh mai iji yang hebat itu. Perlu saya nyatakan disini, bukan jumlah duit yang menjadi persoalan kami. Yang jadi kebengangan kami, sebuah syarikat yang kununnye hebat, memang laju dalam soal meminta duit. Tapi sangat teruk dalam urusan perkhidmatan pelanggan. Wujudnye department refund dalam syarikat itu sahaja pun sudah membuktikan pelbagai masalah yang dibuat mereka. Dan department refund itu pula masih tidak menguruskan permohonan kes isteri saya walaupun sudah 4bulan! Bayangkan berapa masalah yang mereka buat dan berapa ramai mangsa sehingga sudah 4 bulan, masalah isteri saya masih belum diproses!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...