Isnin, 29 November 2010

Selamat Ulangtahun


26/November/2010: genaplah setahun encik CRV ini bersama keluarga saya. Tak seperti kereta kereta saya sebelom ni, kereta kali ni tiada seni modifikasi ekstrim yang diterapkan sangat. Antara perubahan yang telah dibuat...tukar rim dari standard ke Advan RG termasuk tukar taya, pasang windscreen visor, pasang langsir untuk seat belakang, tukar lampu maghrib ke LED, pasang foglamp, tukar lampu foglamp ke HID, pasang grounding cable pada enjin, tinted aircool, korek lubang angin pada grill depan….itu je yang saya teringat..hmm..byk gak. Pastu untuk repair barang yang rosak, saya dah tukar seal apa ntah yang buat enjin oil leaking ngan tukar bar apa ntah yang rosak bawah kereta.

Pakai kereta SUV ataupun 4WD ni memang lain berbanding pakai kereta biasa. Antara kelebihan yang dapat saya rasa sepanjang setahun ni bila gunakan SUV:
1. bila lalu kat lopak, tak terasa masalah hidroplan.
2. naik bukit laju berbanding dengan kereta FF biasa.
3. boleh redah lubang ngan jalan tidak rata dengan tenang.
4. dalaman kereta yang luas, memang best buat balik kampong.
5. selamba badak lalu kat pasir pantai.
6. posisi yang tinggi, senang nak tgk kat depan.
7. bila jalan naik air, sementara semua kereta serba salah nak lalu ke tidak, SUV dengan muka selamba redah air hehe…(kene tgk ketinggian air gak).
8. Boleh parking kat tempat yang tak rata langsung, tempat yang kebanyakkan kereta sedan memang takkan parking macam bahu jalan yang ada gap tinggi antara jalan ngan bahu jalan.

Kelemahan:
1. Power takde, kalau pakai X6 ke, X5 ke, Q7 ke, toureg ke lain la cerita
2. kene charge mahal bila basuh kete.
3. roadtax mahal sket.
4. minyak boleh tahan kuat (tapi kalau pandai cara drive, memang save minyak)
5. saiz yang besar, memang tak sesuai buat pergi pasar.

Erm...buat masa ni tu je la terpikir. Tapi overall, memang kelebihan lagi byk dari kelemahan. Sebelom pakai SUV, saya ade terdengar review yang mengutuk SUV sebab besar dan hanye menyempitkan jalanraya, pastu ade yang kata SUV ni hanye sesuai ngan negara 4 musim je sebab ada salji, sedangkan Malaysia takde. Tapi bagi saya, SUV ni banyak kelebihan dia berbanding dengan sedan. Sebab tu saya pernah dengar orang berkata, bila sudah pakai SUV, memang susah nak beralih guna sedan balik. Mungkin betul gak la....pada diri saya, insyaallah, kalau takde masalah, saya akan terus menggunakan SUV ini sehingga saya mampu utk membeli MPV idaman saya.

3 ulasan:

  1. Salam..Saya Ishak dr K.Kangsar, Perak.Saya baru ambil CR-V tahun 2005(kilang 2004)enjin K20A mcm Zaidi punya. Saya cukup tertarik dgn blog ini.

    BalasPadam
  2. Salam kembali encik ishak, selain encik ishak ada gak lagi yg kontek sy. siap ada yg ajak buat club hehe...tp sbbkan xde masa sgt, sy lg prefer kongsi idea thru online je.

    CRV 2005 ke?taya original saiz 16 kan?...facelift ni nampak tegap sikit banding ngan model mcm saya sebab spare taya cover kat belakang tu pun besar n comel lagi. pastu ade setengah tu siap plat undercover utk bumper depan ngan belakang. pergh..kalau kene gayanye, memang comei ah..

    btw, kete saya tu arini abg saya pinjam buat pegi angkut taya untuk dia punye 4by4....hampeh...heheh...selamat kenalan

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh dptkan email en. zaidi, sy nk tanye lebih ttg crv 2002. sy baru angkat crv ni..nak tahu pasal kipas kt bhg depan enjin. harap dpt membantu.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...