Selasa, 2 November 2010

Pengawas sekolah hisap rokok

Rumah saya terletak di Cheras dan berdekatan dengan sebuah kem polis. Setiap pagi dan petang akan kelihatan beberapa buah van yang dinaiki dengan sekumpulan anggota polis keluar dan masuk daripada kem ini. Mereka ini sebenarnya bergilir tugas di pondok-pondok polis yang terletak di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur. Mungkin disebabkan anggota polis daripada balai polis adalah tidak mencukupi, maka anggota daripada Pasukan Gerakan Am terpaksa digunakan. Alhamdulillah, dengan adanya mereka sekurang-kurangnya kita boleh melihat kelibat anggota penguatkuasa menjaga keamanan di tempat-tempat panas sekitar Kuala Lumpur. Tapi ada juga ketidak-best-annya disini.
Di kem polis, mereka akan berkumpul dahulu sebelum bergerak ke lokasi-lokasi yang mereka bertugas. Lumrah orang Malaysia, sangat sukar menepati masa. Masa nak pergi kerja itulah anak menangis, paip rumah bocor, motor pancit, bangun tidur lambat dll. Kita yang kerja swasta ni pun selalu kena masalah lebih kurang. Itu yang buatkan jadual perjalanan kita terjejas. Tetapi, terlambat macammana pun, waktu mula bekerja tetap sama, takkan berubah pun. Sama la juga dengan anggota2 polis ini. Tapi bagi kita, sebab fikirkan posibility masalah yang akan tiba itulah punca kita akan bergerak awal untuk ke tempat kerja. Tetapi bagi anggota2 polis ini, mereka ada cara mereka sendiri.
Cara 1 : Penyalahgunaan
Kalau sesiapa yang biasa menggunakan lebuhraya sekitar kem polis ini setiap pagi dan petang, pasti akan nampak kelibat van polis yang dinaiki sekumpulan anggota polis dan diiringi dengan kereta peronda polis, membunyikan siren, memecut laju dan memecah kesesakan. Kalau sesiapa yang tak tau pape, "owh, ade masalah ke dihadapan?"...tapi bagi yang dah kenal mereka2 ini, pasti akan berfikir "damn, senang giler diorang pergi kerja."
Cara 2: Aku Berkuasa
Di sebelah pagi, bagi kumpulan yang menuju pulang ke kem dan disebelah petang, kumpulan yang keluar dari kem, biasanya mereka tidak perlukan bantuan kereta peronda kerana jalan kurang sesak. Tapi mereka akan memandu di lorang paling kanan dengan halaju yang melampau tinggi. Sekiranya terdapat kenderaan yang memandu perlahan dari mereka di hadapan, lampu tinggi akan diberi supaya kenderaan itu memberi laluan untuk mereka. Kadangkala mereka akan mencilok-cilok sesuka hati mereka. Lampu signal tidak akan digunakan kecuali untuk berhenti di tepi jalan. Dikala semua orang mengeji perbuatan memotong barisan, mereka ini tanpa segan silu menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan, memotong tanpa signal, dengan halaju yang tinggi.

Yang jadik persoalan, selamat ke cara pemanduan mereka?memandu laju dengan menaiki van isuzu (kalau tidak silap) yang buruk, selamat ke?dengan penumpang yang ramai, van dipandu laju, selamat ke?untuk pergi memulakan kerja, kenapa mereka perlu diberi layanan baik?Kerajaan menyuruh semua rakyat menjadi pemandu berhemah, tapi waktu yang sama anggota penguatkuasa sendiri memandu ikut kepala sendiri, takpe ke?

Pernah satu hari, saya mengikuti lebuhraya KL-Seremban, terserempak dengan van polis mereka ini bergesel dengan satu motosikal. Motosikal tergolek, nasib baik tak injured teruk, yang polis2 ni pulak, semua keluar dari van. Mau tak cuak mamat yang naik motor tuh, mana berani nak marah pemandu van tu kalau sekali ramai polis keluar dari van. Itu eksiden kecik, macamana kalau eksiden teruk?dah la zaman sekarang nih, eksiden sikit jek, terus terbakar kereta. Dengan penumpang yang ramai camtu, sempat ke nak selamatkan semua?

Yang pemandu nih, konpem punye la bila balik rumah, bawak kereta sendiri konpem buat cara pemanduan yang sama. Anak2 diorang ni yang duduk dalam kereta, pun nanti bila dah besar terikut dengan cara pemanduan diorang. Sampai bila pun kita takkan dapat pemandu berhemah kalau macam tu. Sepatutnye diorang ni jadik la contoh untuk rakyat. Kalau ade polis trafik tengah saman pemandu yang pandu cam hampeh kat tepi jalan. Tengah dok tulih saman tuh, sekali lalu van polis diorang ni bawak cam lahanat jugak. kalau yang kena saman tu tanye, "bang, tu dia bawak laju boleh pulak?". Takkan polis trafik tu nak jawab, "diorang takpe, diorang tu polis"...so polis boleh bawak laju la?

kalau nak buat perumpamaan, masa kita kat sekolah dulu-dulu.......bila ketua pengawas kita tengah hisap rokok dalam dorm asrama. Respek lagi ke kita kat pengawas tuh?buleh bagi harapan ke kat pengawas tuh?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...