Sejak kecil memang saya menyambut Aidiladha bersama keluarga. Semasa kecil kebanyakkannya kami menyambut di Kuala Lumpur kerana ayah tidak mendapat cuti, biasa la kalau keje polis. Bila saya dah form 3, keluarga pun dah pindah terengganu dan pindah pula ke kelantan setahun kemudian, berhari raya aidiladha memang disambut setiap tahun di Kelantan saja.
Saya mula tidak menyambut Aidiladha bersama keluarga semasa belajar di Jepun dahulu. Walopon sedih sedikit, tetapi perasaan ingin mengimarahkan aidiladha di negara orang lebih kuat. Sebabnye, masa belajar kat Akita dulu, surau pun budak2 Malaysia yang organize, baca yassin malam jumaat, semayang jumaat sampaikan sembahyang raya pun kami budak2 malaysia yang organize. Sebabnye kat Akita tak ramai Islam, selain budak2 malaysia 20 lebih orang nih, ade la indonesia 2 3 orang pastu bangladesh sorang. Solat sunat raya pun kami yang baca khutbah dll....so hidangan lepas raya pun ada....kami terpaksa meriahkan suasana supaya tidak merasa sedih beraya diperantauan. Kadang-kadang, selepas solat raya, makan kuih sejemput dua, terus pergi kelas amik exam semester.
Kemudian selepas balik ke Malaysia, Aidiladha pertama selepas pulang itu saya tidak dapat beraya bersama keluarga juga. Kerana tiada cuti yang banyak, hanya cuti satu hari di hari raya sahaja. Kononnye tak nak amik cuti lain sbb nak bagi komitmen kat keje la....hampeh gila. Masa raya tu pun bangun lambat, tak pegi solat sunat. Masa tu duduk serumah ngan abang saya..dia pulak balik kelantan masa raya tu, duduk la saya sorang2.....di pagi raya makan megi.
Aidiladha seterusnya saya telah pun berkeluarga, memang sambut aidiladha kat Kelantan selalu. Dah nak dekat sepoloh tahun tak beraya aidiladha kat kelantan, toksah cerita la seronoknya. Orang pun dok kata, meriah la aidiladha kat kelantan, tapi bg saya sama je kot. Sampailah aidiladha kali ni, barulah saya sedar.......
Bersambung.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan