Jumaat, 19 Mac 2010

Proton oh proton

Sebenarnya selain daripada blog cucu tok awang nih, saya telah pun mula berkecimpung dalam bidang penulisan semenjak 5 tahun yang lepas lagi semasa menuntut di unibesiti. Kemudian setelah pulang ke Malaysia, takde masa la pulak nak mengupdate blog waktu tu sehinggalah saya mendapat tahu yang server blog tu akan ditutup. Kemudian saya telah pun save sebahagian besar penulisan saya ketika itu. Saya akan cuba menghiasi blog cucu tok awang ni dengan penulisan saya dahulu kembali mengikut kesesuaian..(copy and paste je)...bermula dengan artikel ini......
perusahaan otomobil nasional

Proton oh proton.....

ape tu proton?ada kene mengena ke proton dgn electron?kenapa rakyat mesia selalu kutuk proton, apsal tak kutuk electron ngan perodua?proton tu syarikat besar kereta kebanggaan kat mesia......

kereta mula2 sekali dicipta sebelom 1900 lagi kat europe, lepas tu usa buat, lepas tu jepun. kereta toyota mula dibuat taun 1930 an dgn memakai enjin yg diilhamkan drpd mesin jahit masa pengasas toyota pergi melawat kilang mesin jahit kat europe. sekarang dah taun 2006, nak dekat 100 taun dah toyota keluarkan kereta. sekarang ni toyota syarikat kereta nombo 1 kat jepun, syarikat nombo 2 kat dunia lepas general motors(GM). kereta proton dikeluarkan awal 1980 an, beza umur 50 taun jugak la dgn toyota. sekarang dah 20 taun lebih proton mula bergerak dgn model kereta ade tak sampai sepuluh. pencapaian memberansangkan?merosot?boleh digelakkan?

kemajuan dalam bidang electronic yg cepat sgt sebenarnye membuatkan kemajuan dalam bidang permotoran makin cepat. langkah Tun Dr. Mahathir menubuhkan proton masa awal 80 an dulu sebenarnya satu langkah yg bijak aku rase. sebab kalo dr. mahathir tak cadangkan, sampai sekarang kita takkan nampak rakyat mesia yg akan pegang syarikat kenderaan sendiri. kalau ade yg kaya gila babi yg boleh buat syarikat kereta sendiri, still gagal jugak aku rase last sekali. bukan senang nak kejar teknologi yg toyota GM ferrari ada nih, kalau teknologi tak sepadan, org takkan beli kereta kita, lingkup jugak company nanti.

masa dr mahathir cadangkan dulu, malaysia baru je lancarkan dasar pandang ke timur. so, syarikat kenderaan kat jepun ngan korea lebih diberi peluang untuk tolong malaysia buat kereta. tapi memandangkan korea pun mintak tolong kat jepun, so, kerajaan amik company jepun. masa tu mitsubishi dengan rela hati tawarkan diri untuk menolong kerajaan buat kereta and kerajaan pun bg la sikit saham proton kat mitsubishi..........satu langkah yang sebenarnya tidak bijak kerajaan lakukan tapi terpaksa. kerajaan terpaksa buat sebab nak amik langkah cepat utk boleh keluarkan kereta sendiri. tapi dgn amik mitsubishi sebenrnye silap. mitsubishi sampai la beberapa tahun lepas(kalau tak silap), ade byk accident kereta mitsubihi, kebaykkannye punca dr kesilapan teknikal kereta tu. so, polis bhgn jenayah komersial kat jepun terus buat serbuan kat ibu pejabat mitubishi kat tokyo . hasil siasatan...mitubishi sorokkan senarai panjang gile babi model2 kereta yg sepatutnya kene recall tapi mitubishi tak nak umumkan. takut kete tak laku. antaranya ade la kete yg proton guna utk base kereta sendiri. apsal perodua tak de masalah kat parts die?sebab perodua buat usahasama dgn daihatsu, anak syarikat toyota. toyota motor keluarkan kereta lebih 1000 cc, daihatsu keluarkan kereta bawah 1000 cc. sebab tu quality daihatsu ngan perodua mantap.

lagi satu, org malaysia selalu kutuk proton cakap proton tiru kereta tu kereta nih. tapi caya tak kalo aku cakap, sebenaye mitubishi yg dok tiru proton. org malaysia kalo nak tau mmg hebat dlm bab2 designing bende, mcm org italy ngan jerman(sebab tu kete italy ngan jerman lawa2). bila org kita kat proton dah design satu bende, nak tak nak diorg kene bincang ngan pihak mitubishi utk tentukan bende tu boleh masuk tak kat kete nanti. tapi, kalo dah lulus, sementara proton nak keluarkan model yg ade design diorg tuh, mitubishi dah keluarkan dulu kereta yg ade design org malaysia buat tu. pastu company lain tiru dr mitubishi. kat sini proton tak boleh buat ape, proton mmg makan masa utk keluarkan satu model. tak mcm company kereta lain kat jepun, semua ade tempat research ngan pengeluaran kat satu dunia. tak de masalah utk buat satu model dgn singkat. masalah2 mcm ni lah yg buat proton ngan mitubishi selalu gaduh, tambah pulak dgn masalah pentadbiran proton, kutukan dr rakyat malaysia. proton susah nak membgn sejak beberapa taun lepas.

sebenanye proton sedar diorg susah nak bekembang kalo tak de campor tgn org barat dlm pentadbiran ngan RnD. tapi sebab ni company rakyat, tak boleh la nak bg org barat pegang company ni mcm company2 jepun buat.(semua company kereta kat jepun sekarang milik org asing kecuali toyota yg still org jepun pegang). so, proton cuba cara lain dgn beli company barat. sebab tu Lotus sekarang milik proton..aku ingat lagi satu ceramah bisnes masa sekolah dulu. masa tu CEO petronas datuk hassan merican yg bg ceramah, die cite camne susah pengerusi proton nak beli company barat nih. kandou gak aa bile dgr...

sekarang dah 20 taun proton hidup. dah banyak model yg proton buat sendiri tak pakai base dr mitubishi lagi. still, rakyat kutuk dgn quality proton. nak buat camno, mitubishi teruk, pastu proton lak dok bg kat kroni sana kroni sini yg dok buat parts, harga mahal, quality tak dak la. kalo proton yg buat sendiri parts tu kan senang. tapi ape pun aku still respect ngan proton sebab dapat bersaing ngan kereta lain kat europe walaupun umur still muda. tapi aku tetap takkan beli kereta proton selagi proton ade buat kerjasama ngan mitubishi.

-3/Oktober/2006-

3 ulasan:

  1. proton berada di dalam list terakhir dalam hidup aku selepas basikal dan kereta lembu.aku tak berapa nak salahkan proton, tp aku kecam kerajaan yang manjakan MELAYU dan proton sendiri menyebabkan tempiasnya pergi ke proton.
    alhamdulillah 'kereta murah' ada alternative selain proton.

    BalasPadam
  2. Aku pengguna kete proton...
    aku rase oklah dari takdek..
    kira syukurlah ade kan!

    BalasPadam
  3. artikel tu aku tulih 4 taun lepas. masa tu proton belom kluarkan satria neo ngan gen2....so kalau nak tengok sekarang ni, ada la nampak kemajuan sikit. lebih2 lagi bila proton keluarkan enjin CPS hoho.....tapi aku still kurang semangat untuk beli proton. aku nak tunggu lagi beberapa taun lagi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...