Rabu, 14 April 2010

Bleach vs Bercakap Dengan Jin

Siang semalam saya hantar kereta kenari mama untuk repair aircond. Semua sekali kene RM2++ untuk tukar motor kipas radiator, aircond pressure sensor ngan gas aircodn sekali. Hari sebelom tu saya dah habis nak dekat RM300 untuk repair bunyik tak best bawah CRV tuh...So, sekarang anda semua tahu la bagaimana duit saya selalu habis. Punya banyak kereta yang saya nak kene maintain. Tu belom kira kereta pak mertua..pastu kalau balik kelantan, kereta orang tua kat kelantan tu pun manjang ade je mende nak kene repair bila saya balik sana. Duit saya dah banyak laburkan kat workshop2.....

Malam tadi sebelom tidur, saya layan sekejap cerita hantu dari siri Bercakap Dengan Jin hasil nukilan saudara Tamar Jalis. (anda buleh mengikuti kisah tersebut dari sini).

Lepas baca dua tiga muka surat, saya dah rasa semacam. Bila baca buku, lojik la kita bayangkan apa yang kita baca, kebetulan pulak lampu bilik dah padam.....terus rasa semacam. Pastu dalam hati ni ...."kenok gi lagu nih"...(cannot pergi macam nih)..pastu saya pun terus tukar baca manga pulak. Manga (komik jepun) yang saya baca adalah Bleach.

Bleach ni mengisahkan pasal seorang budak yang secara tak sengaja menjadi shinigami (Death God) yang bertugas untuk menghapuskan roh-roh yang berkeliaran dibumi. Ada la kesah dan drama yang berlaku antara dia, keluarga dia, roh-roh jahat dan sesama shinigami yang lain. Nak tau lebih lanjut, tengok kat sini.

Alkesahnya lagi, lepas saya dah rasa mengantuk masa baca Bleach tu, saya pun tidur. Tiba-tiba saya bermimpi yang saya menjadi watak shinigami dalam Bleach tu menentang roh-roh jahat. Pada mulanya roh-roh jahat tu serupa dengan apa yang ada dalam manga tuh, kemudian bila dah banyak roh jahat yang berjaya saya hapuskan...tiba-tiba keluar satu roh yang berbentuk rangka manusia. Rupa yang sangat original macam dalam siri Bercakap Dengan Jin. Perasaan ketika itu bukan main takut lagi, setakat "pedang shinigami" memang tidak mampu melawan. Terus saya tersedar dan rasakan seperti ada sesuatu yang berada hampir dengan saya. Memang tak boleh lelap terus lepas tu, saya pun melompat pergi tidur peluk mama....

moral: kawen la cepat2, baru ada orang yang boleh peluk masa tidur heheh

2 ulasan:

  1. weyy moral yang sgt 18SX tawww hahahaha...apa tak mimpi pomen2 keta tu adalah roh-roh jahat yang telah mengambil duit dibank anda sebab asyik kena repair keta saje hehehehe....

    btw, bagus la menantu ni..keta pak mertua pun tolong menten kan..

    BalasPadam
  2. alkisah sehari lepas repair kenari tu, kenari tu rosak lagi.....pastu minggu ni pulak, penemuan terbaru mengenai suspension CRV yang rosak beserta kenari punya aircond rosak lagi sekali.......abih duit joli untuk bulan nih

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...