Ahad, 4 April 2010

"Tanah sekangkang beruk je"...

Mansor (bukan nama sebenar) dan Rosnah (bukan nama sebenar) telah lama berkahwin dan telah dikurniakan 4 orang cahaya mata. Mansor bekerja sebagai anggota polis manakala Rosnah hanya sebagai suri rumah. Harta yang dimiliki mereka hanyalah tanah yang didirikan rumah mereka itu. Namun, Masor dan Rosnah inginkan sesuatu yang buleh dibuatkan sebagai warisan harta pusaka, maka mereka pun merancang untuk membeli sebidang tanah untuk simpanan mereka. Untuk tujuan itu, Mansor dengan gaji anggota polis pada tahun 1960an yang hanya beberapa ratus ringgit, telah mula menyimpan gaji, Rosnah bersama 2 orang anaknya yang paling besar, Aida (yang paling tua, bukan nama sebenar) dan Sham (nombo dua, bukan nama sebenar) telah mula menjaja nasi lemak untuk dibuat simpanan duit. Ketika itu Sham dan Aida masih bersekolah rendah...Aida akan bangun seawal pukul 4 pagi untuk membantu Rosnah membuat nasi lemak, manakala Sham akan menjaja nasi lemak itu ke sekolah. Memandangkan pekerjaan MAnsor yang tidak tentu masa, pelbagai pekerjaan mencari bahan membuat nasi lemak akan dibuat oleh Sham sendiri. Selesai sesi sekolah, sham akan ke hutan mencari daun pisang dan pelbagai bahan untuk dibuat nasi lemak.

Setelah duit hasil penjualan nasi lemak dan beberapa barang kemas digadai oleh Rosnah, akhirnya mereka berjaya membeli tanah sawah dan paya seluas 2 ekar. Menjadi tugas Sham dan Mansor untuk menerangkan kawasan hutan paya tersebut, dan ditanam mereka dengan tanaman buah buahan. Selain itu, Sham akan melakukan pelbagai tugas lain untuk kegunaan belanja sekolahnya yang tidak pernah diminta daripada ibubapanya. Setelah mereka mula membesar, menjadi tugas mereka memastikan adik adik mereka pula mendapat pendidikan secukupnya.

Kini, Sham sudah pun berjaya menjadi Pengetua di sebuah sekolah menengah, Aida pula hanya surirumah dan tinggal jauh di bandar bersama keluarganya. Adik beradik mereka seramai 7 orang yang lain juga masing-masing telah berjaya. Tetapi Mansor telah pun pergi meninggalkan keluarganya dan Rosnah. Amanat terakhir Mansor kepada Sham, Aida dan Rosnah adalah..."jagalah tanah titik peluh kita tu. Jangan dijual..."

Namun, setelah adik beradik mereka yang lain telah mula menyerah diri kepada keindahan dunia yang sementara ini, Rosnah dimaki hamun, Sham dikeji dihina, Aida pula diperli-perli. Semuanya disebabkan tanah peninggalan Mansor itu. Mereka yang ketika lahir, telah pun diisi dengan keindahan dunia moden, dimanjakan oleh Sham dan Rosnah, telah mula terlupa diri. Tanah yang sepatutnya menjadi kenang-kenangan keluarga telah menjadi punca pergaduhan keluarga.

Itu adalah kesah benar yang terjadi kepada seseorang yang saya kenal, kita ambil dengan watak "Aida" diatas. Dan kesah yang hampir sama juga berlaku kepada keluarga suami "Aida" itu. Pergaduhan sesama adik beradik kerana perebutan tanah. Persamaan juga pada kesah suami isteri ini adalah, 'pemberontak' adalah dari adik-beradik yang muda2.

Mungkin, sukar untuk kita fahami golongan-golongan veteran ini apabila bercakap mengenai tanah pusaka. Saya juga sukar untuk fahami perkara ini, sanggup membuang keluarga kerana tanah. Saya fikirkan ia mungkin akan terjadi setelah kita menjadi veteran dan saya cuba untuk menonton adakah kesah yang sama terjadi kepada keluarga ibubapa saya di Kelantan. Tetapi apa yang terjadi adalah kesah yang berlawanan. Datuk saya sebelah mak adalah peneroka@pengasas kampung, ini secara tidak langsung mengisytiharkan yang dia memang ada tanah yang banyak. Namun setelah dia uzur, tiada sebarang masalah mengenai warisan tanah-tanahnya. Malahannya, sedara-mara saya, sepupu sepapat semua dok ber-offer-offer untuk menyerahkan tanah datuk saya kepada sesiapa yang berminat. Tiada sebarang perebutan yang berlaku. Bukannya tanah hutan, tanah yang telah diusahakan, ada ladang kelapa, ada sawah padi, ada tanah kosong semata, semua bukan di tengah hutan. Akhirnya, tanah dipecahkan kepada beberapa bahagian dan diserahkan kepada sesetengah sedara-mara. Mak saya, anak yang paling sulung pun menolak daripada memiliki tanah datuk saya, namun sedara mara memberinya sedikit bayaran sebagai tanda tukar milik. Begitu juga yang berlaku kepada keluarga sebelah bapa saya. Datuk saya sebelah bapa adalah imam kampung dari kampung itu diteroka lagi (mak dan bapa saya jiran sekampung ye...), maka datuk saya sebelah mak telah menghadiahkan tanah kepada datuk sebelah bapa semasa mereka muda. Dan tanah itu ada sebahagian diserahkan kepada sepupu saya, dan sebahagian lagi kepada ayah saya. Semuanya berlaku tanpa sebarang persengketaan ataupun rasa tidak puas hati.

Ada lagi kesah dari sedara sebelah isteri saya mengenai penyerahan tanah pusaka yang berlaku tanpa masalah.

Jadik, apa yang membuatkan sesetengah warga veteran ini sanggup membuang keluarga demi tanah yang sekangkang beruk?dan yang memberontak itu pula adalah adik beradik yang muda yang tinggal di rumah-rumah teres dibandar, manakala warga veteran yang ditentang adalah adik beradik yang tua dan tinggal dikampung.................tok pahe la kawe

1 ulasan:

  1. (HR Tirmidzi)
    "andaikan dunia itu senilai dengan sayap nyamuk di sisi Allah.Maka, Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir walau seteguk air dari dunia."
    nantikan kemunculannya di beesharing.blogspot.com!haha

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...